CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1943|Reply: 0

Isteri akan bahagia jika diurut kata SAINS

[Copy link]
Post time 5-2-2021 10:26 AM | Show all posts |Read mode
Isteri akan bahagia jika diurut kata SAINS

Ibu-ibu semua, ini mungkin sesuatu yang kita nak sangat suami kita tahu.

Menurut kajian dan pemerhatian, wanita yang sentiasa diurut oleh pasangan mereka akan berasa lebih gembira, ceria, penyayang dan konfiden!

Ini sebabnya.

5 MANFAAT URUTAN SUAMI KEPADA ISTERI



1. URUTAN MEREDAKAN STRES
Dari pagi sampai ke malam isteri sentiasa sibuk dengan pelbagai tugasan di rumah dan menguruskan anak-anak.

Kebanyakan masanya isteri tentu akan berasa letih, bukan saja penat fizikal tetapi juga penat mental. Maka tak hairanlah kadangkala isteri ni mudah emosional tak tentu pasal kan?

Urutan dan sentuhan boleh membantu mengurangkan paras kortisol (iaitu hormon stres) sebanyak 30% dan meningkatkan paras hormon gembira iaitu seratonin serta dopamine sehingga 31%.

Jadi, urutan ni bukan saja melegakan rasa sakit pada badan, tapi juga mengembalikan mood yang merudum, menjadikan isteri berasa lebih ceria!




2. URUTAN BOLEH MENINGKATKAN SISTEM IMUN
Terdapat kajian yang mendapati urutan juga mampu meningkatkan penghasilan sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit.

Ini bermaksud, kalau isteri sentiasa mendapat urutan, dah tentu dia akan berasa lebih sihat dan sukar dijangkiti penyakit.

Bila rasa sihat, wajah isteri pun akan nampak lebih berseri dan bersemangat di rumah.

Taklah asyik nak marah-marah. Kan?

3. MEMBANTU ISTERI LEBIH KONFIDEN
Percaya atau tidak, sesi urutan juga dapat membantu isteri berasa lebih selesa dengan tubuh badan mereka sendiri.

Ada isteri yang mula berasa malu, terutamanya selepas bersalin sebab tubuh badan mereka dah tak seperti dulu lagi.

Namun, urutan seorang suami menandakan menandakan kasih sayang mereka terhadap setiap pengorbanan isteri dalam melahirkan zuriat.

Sebab itu, isteri pun dapat berasa lebih konfiden terhadap kekurangan tubuh sendiri melalui urutan dan belaian si suami.

4. MASA BERKUALITI BERSAMA
Sesi urutan bukan saja menjadi sesi ‘rawatan’ badan, tetapi masa yang terluang bersama juga membantu merapatkan lagi hubungan antara suami isteri.

Tanpa sebarang gajet, tanpa gangguan televisyen, sentuhan dan belaian melalui urutan memainkan peranan penting dalam mengembalikan cinta pada pasangan.

Sambil mengurut, isteri boleh juga bercerita atau berbual tentang apa jua perkara yang terbuku di hati. Orang perempuan ni bila dapat luahkan pun dah cukup lega!

5. IA MEMBUAT ISTERI RASA DIHARGAI
Tak kisahlah sama ada urutan suami tu sehebat tukang urut profesional atau amatur, yang penting sentuhan daripada seorang suami itu tentunya akan membuat isteri rasa saaaangat dihargai.

Tak semestinya hadiah yang mahal, urutan kasih sayang pun dah cukup membuat isteri rasa seronok.

Betul tak?



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.069187 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list