CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3821|Reply: 7

[VIDEO] Ikan Paus Raksasa dalam hutan

  [Copy link]
Post time 5-2-2021 07:41 PM | Show all posts |Read mode
Misteri Tiga Bentuk ‘Ikan Paus Raksasa’



Setiap negara mempunyai keunikan dan keindahan semula jadinya yang tersendiri. Disebabkan keunikannya membuatkan ramai pelancong berminat untuk melancong ke negara tersebut.

Begitu juga di negara Thailand yang mempunyai keindahan dan jumlah pelancong yang ramai setiap tahun. Thailand mempunyai satu keunikan dan menjadi daya tarikan kepada pelancong luar dengan kewujudan ‘Hin Sam Wan’ atau ‘Three Whale Rock’.



‘Three Whale Rock’ adalah satu tempat yang menakjubkan dan tidak diketahui oleh ramai pelancong. Bagi yang pernah berkunjung, mereka dapat melihat keindahan dari sudut pandang atas iaitu di pantai Mekong, gunung Pakkading di Laos dan Hutan Phu Wua dari tebing batu yang sangat tinggi.



‘Hin Sam Wan’ adalah sejenis batu yang telah menjangkau usia selama 75 juta tahun yang kelihatan terkeluar daripada gunung.  Nama batu tersebut diberi sesuai dengan rupanya yang berbentuk seperti ikan paus.

Batu yang kelihatan seperti ikan paus ini sangat menakjubkan kepada penduduk di Thailand dan pelancong luar kerana mereka boleh menikmati keindahan alam semula jadi dan menerokai pemandangan di kawasan hutan dengan penuh tenang dan aman.

Jika anda memilih untuk melancong di kawasan ini, pengunjung perlu berjalan dari sembilan laluan yang berbeza. Semasa anda berjalan, anda akan menjumpai air terjun, pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan semula jadi serta keindahan yang memberi ketenangan sepanjang perjalanan di kawasan itu.



Selain itu, anda juga berpeluang untuk melihat matahari terbenam pada sebelah petang. Semestinya ia satu pengalaman yang menakjubkan kerana anda seperti berada di atas ikan paus melihat kejadian tersebut walhal anda sebenarnya berada di atas batu yang besar.

Sehingga kini, batu gergasi mirip dengan ikan paus ini dilindungi oleh kerajaan Thailand dan menjadi khazanah kepada negara mereka.

Rujukan

(1) National Geographic (2018) Thailand’s tourism goes green. Sumber dipetik daripada https://www.nationalgeographic.c ... tourism-goes-green/

(2) Read Me (2018) “3 Whale Rock ” Hin Sam Wan cliff at Phusing, Buengkan : Unseen Thailand Sumber dipetik daripada https://readme.me/p/17294

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2021 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Menariknyaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram pulak tgk batu besar mcmni!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik betol
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Igtkan ikan btol yg terdampar...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantikkkk..tp tk berani panjat..gayat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2021 11:45 PM | Show all posts
wow amazing... makin banyak tarikan thailand la nampaknya... dah la negara deorang ni ramai pelancong luar... duit makin tinggi pulak tu... makanan murah tak hengat... kalau seberang sungai golok tu lagi tak masuk akal harga makanan walaupun duit kot lagi tinggi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2021 12:01 AM | Show all posts
mcm mana batu ni wujud?

kisah mitos dlu situ lautan luas.... pastu paus kna sumpah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.068608 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list