View: 1958|Reply: 14
|
[Dunia]
Sertai Larian Dalam Cuaca Ekstrem Di China, 21 Peserta Ultra-marathon Ditemui Ma
[Copy link]
|
|
Sertai Larian Dalam Cuaca Ekstrem Di China, 21 Peserta Ultra-marathon Ditemui Mati
CHINA- 21 peserta ultra-marathon dilaporkan maut kerana mengikut perlumbaan larian dalam cuaca ekstrem yang dilakukan di kawasan pergunung sejauh 100 kilometer (km) dibarat laut China.
Acara maraton altitude tinggi itu dilaporkan diadakan di Gunung Huanghe shilin yang bermula pagi semalam.
Menurut laporan CNN, cuaca dikatakan berada dalam keadaan baik ketika acara berkenaan bermula. Bagaimanapun, menjelang pukul 1 petang, keadaan cuaca dilapor mulai berubah. Hujan batu serta angin kencang melanda di Daerah Gansu, menurut portal berita tempatan, Global Times.
Selepas itu, suhu mulai turun di Hutan Batu Sungai Kuning menyebabkan peserta mengalami hipotermia, dan sebahagiannya dilaporkan hilang.
Ekoran keadaan yang memburuk, penganjur kemudian bertindak menghentikan perlumbaan dan memohon bantuan 1,200 orang penyelamat membantu peserta yang hilang, lapor CNN.
“Pada ketika itu, saya tidak dapat merasai jari saya (kerana terlalu sejuk). Pada masa yang sama lidah terasa membeku,” kata salah seorang peserta kepada Red Star News.
People’s Daily melaporkan seramai 151 daripada 172 peserta disahkan selamat dan lapan peserta dimasukkan ke hospital. Manakala 21 lagi ditemui mati.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aduhhh.. mesti masing2 pakai baju nipis je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian..maybe mmg cuaca titibe bertukar drastically..kalo x weather mesti da diforecast kn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hutan batu sungai kuning? |
|
|
|
|
|
|
|
diorang tak pakai khidmat bomoh cuaca letttewww |
|
|
|
|
|
|
|
100 km panjat celah2 gunung
kagum nya aku
|
|
|
|
|
|
|
|
The Yellow River or Huang He is the second-longest river in China, after the Yangtze River, and the sixth-longest river system in the world at the estimated length of 5,464 km.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|