CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nham22

ISU CAPRICE DAN ISU EBIT LEW TERMASUK DALAM PMYT

   Close [Copy link]
Post time 30-9-2021 08:00 PM | Show all posts
Perkembangan terkini dan terakhir mengenai Masitah Ab Jalar, dia telah mengaku bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam. Malah dia mengakui kekhilafan dirinya yang mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan hukum syarak.

"Saya menginsafi dan berjanji dengan diri saya bahawa saya tidak akan mengulangi apa juga cara yang boleh membawa kepada keadaan yang dinyatakan. Dengan ini saya bertaubat, kembali ke pangkal jalan, mengamalkan ajaran Islam berdasarkan sumber pengetahuan dan ilmu yang benar.

"Justeru saya meminta dan menyeru kepada semua pihak atau mana-mana individu yang mendengar, mengikuti dan mempercayai penyertaan tentang mimpi saya agar segera menghentikan apa-apa bentuk kepercayaan atau keyakinan berdasarkan kenyataan saya itu dan kembali kepada Islam," katanya di hadapan empat saksi utama iaitu Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Dr Ahmad Shahir Makhtar dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad sebagai saksi utama dan Pengarah Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mohd Ansarullah Hashim.

Dalam Islam, mentafsir mimpi dibenarkan dan hukumnya harus. Tetapi ia perlulah berlandaskan kebenaran serta pengalaman bukannya tafsiran secara logik semata. Dalam Islam sendiri pun ada mengajar mengenai tafsiran mimpi. Namun, seseorang yang mahu mentafsir mimpi perlulah mentafsir mimpi secara baik.

Selain itu, dia perlulah seseorang yang arif serta mempunyai ilmu agama. Dengan kata lain, seseorang yang alim. Mimpi diakui adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan, mentadbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama.

Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana ia merupakan satu ilmu yang sukar untuk dipelajari. Wallahu a’lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.473399 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list