CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8685|Reply: 30

Misteri Kuala Selangor,jalan mawar, kampung bunian

  [Copy link]
Post time 8-8-2021 08:39 PM | Show all posts |Read mode
Misteri Kuala Selangor

Saya nak ceritakan satu pengalaman saya,
pengalaman berkenaan saya termasuk kampung bunian dan diganggu sepanjang perjalanan pulang kerumah.
kisah saya ini berlaku di kuala selangor.

Ceritanya satu hari, saya membawa ayah mertua saya bersama keluarga pulang ke kampung beliau, di kuala selangor,
terletak di bukit kucing. salah seorg ahli keluarganya meninggal dunia, jadi kami pulang menziarah. Disini adalah perkampungan felda dan kebanyakannya adalah berdarah jawa.keluarga mertua saya juga adalah org jawa.Jalan-jalan disitu memang agak sempit,
dan dikelilingi hutan atau kebun-kebun sawit dan memang tiada lampu jalan.

kami bergerak pagi dan smpai sebelum tengah hari, selepas sudah segala urusan , dan dah smpai waktu petang,
saya, isteri juga adik ipar ingin keluar berjalan-jalan di pekan berdekatan,maklumlah, ini kali pertama kami smpai disini,
jadi kami keluar berjalan-jalan selepas magrib kira2 pkul 8.30 mlm.

Tiada apa2 yang menarik di pekan tersebut, hanya sekadar kedai makan.

"Jom karaoke nak ?" ajak adik ipar saya ni, disebabkan bosan , saya dan isteri juga setuju.

Jadi saya terus buka google map dan cari tempat karaoke yg paling dekat, dan memang ada ,tak jauhpun dalam 10km,
lebih kurang 20minit perjalanan. Jadi kami teruskan mengikut gps map tadi. Saya masih ingat nama tempat karaoke itu
sebab namanya unik Pusat Karaoke Serumpun. Nama pun klasik gitu,tapi bila tgk gambar di maps tu mcm rumah kedai,
Jadi sambil menyanyi-nyayi kami ikut gps map membawa kami jalan yg ceruk2 hutan.

Sekali sekala ada lampu dan taman2 perumahan,saya agak pelik dlm kampung2 felda begini ada pusat karaoke,

tapi mungkin ini jalan shortcut. Jalan punya jalan, akhirnya smpai,


map saya bersuara "you have reach your destination, your destination is on your right."

Tapi di sebelah kiri kanan kami ini hanyalah hutan,hutan!!. saya semak berkali2 google map saya ini.
Memang dia ckp dah smpai,dan memang map tersebut dijalan yg kami berhenti ini.

kata adik ipar saya, "betul ke ni jalan dia bang, cuba tengok balik gps tu, tak kan la gps salah, google map ni, bukan cap ayam"

Masa saat ini, saya rasa tak sedap hati. saya cuma jawab "tak apa, kita teruskan dulu, mana tau ada kat depan sana. nampak macam terang je depan tu." saya teruskan memandu ke depan. Tak lama lepas itu  , kami lalui satu taman perumahan, ada deretan kedai.

"haa, gps silap tu tadi, tak ada line kot tadi" kata saya. jadi saya on balik google map tadi dan ternyata hampir sampai dalam 200 meter.

Sampai di satu simpang, kami terpaksa melalui satu jambatan, saya ingat lagi ada papan tanda selamat datang di tepi jambatan tu.
Cuma yang peliknya, semua papan tanda yang kami nampak bertulisan jawi. Betul-betul sebelum naik jambatan tu, kami nampak ada ramai orang.
Dengan lengkap berpakaian sampin bertanjak sambil memegang tombak,persis seperti dalam cerita melayu lama hang tuah tu,

isteri saya dengan kagum nya bersuara "wah, hebat org sini, ni mesti ada kenduri kahwin ni".

Lepas kami lalu jambatan itu, gps suruh buat u-turn pulak.


"eh abang ni mesti dah terlepas ni, karaoke tu mesti kat kedai2 tadi." jadi saya berhenti dan patah balik, naik semula ke jambatan tadi.

Disini la bermulanya mimpi ngeri kami.sejurus kami turun dari jambatan, Semua jadi tak masuk akal, suasana jadi tak masuk akal,
hiruk pikuk yang meriah tadi tak ada, dan jalan gelap  , sedangkan tadi terang benderang dan meriah.Saya tengok belakang, jambatan yang kami naik tadi sangat2 usang,

bayangkan la perasaan kami masa itu, kami cuma diam dan bingung , tiba-tiba perasaan takut, sejuk menyelubungi kami.Masing-masing jadi diam , cuma kedengaran bunyi cengkerik. Adik ipar saya terus naikan semula tingkap dan suruh saya teruskan jalan . Masa ini, isteri dan adinnya cuba bukak gps namun tiada signal dan line phone ketika itu.

Saya teruskan sahaja berjalan, ikut balik jalan tadi untuk pulang ke rumah. tapi dah sejam lebih, kami tak jumpa jalan besar,

padahal tadi dari pekan cuma 20minit untuk ke sini,Kami dah mula cemas, kami sedar yang kami telah tersesat jauh.

Pada ketika ini, adik ipar saya nampak ada sebatang pokok yang terbakar di hujungnya. Saya cuma cakap mungkit bakar pokok2 sawit yg lama, atau halau nyamuk. sejurus selepas dia tunjuk kearah api itu, api itu kelihatan terbang seiring kereta kami.

Dan alangkah terkejutnya,Saya memang nampak dari cermin,ada sesuatu duduk disebelah adik ipar saya di seat belakang.


Memang saya nampak jelas, mukanya tak ada mata hidung dan mulut, mukanya kosong, tapi memang jelas saya nampak.tapi adik ipar saya tak nampak dan perasan. Cuma saya sahaja, saya tak nak perkara jadi lebih buruk, saya cuma terus baca ayat kursi berkali2, lepas tu saya turun kan tingkap, baru la hilang penumpang extra tu.

isteri saya dah mula belabah waktu itu, adik ipar pula dah ketakutan.

Saya tak putus-putus membaca ayat2 alquran sambil memandu dengan laju. Kemudian saya nampak signborad dan jalan besar,
lega tak terkira ketika itu. Rupanya kami dah jauh hampir ke shah alam, Jadi kami ikut jalan puncak alam dan bersambung di jalan ijok.

jalan ijok ni agak keras dan gelap,tapi saya redah juga sebab dah lewat dan juga nak cepat sampai kerumah. Kami teruskan ikut jalan ijok dan akhirnya keluar semula di jalan besar pekan yang kami mula-mula berjalan tadi. Dari sini kami masuk ke jalan felda untuk ke kampng kami itu.


Tapi sekali lagi kami tersesat, kami pusing di jalan felda tersebut tak jumpa jalan masuk ke kampung mertua saya tu. Saya amat pasti saya dijalan yang betul,  sebab pagi tadi kami ikut jalan ini dan ada simpang kiri dengan pintu gerbang besar masuk kampung mertua saya tu.

Tak tahu la berapa kali saya pusing di jalan tu,sebab minyak kereta saya hampir habis.


kami semua memang tawakal dan tak putus membaca surah-surah yang kami ingat.Apa yang saya ingat, mcm mana pusing sekali pun, kami tetap berada di jalan mawar. Tak habis dari itu,saya nampak ada sesuatu terbang berambut panjang,terbang betul2 di sebelah tgkap memandu saya dan sama laju dengan kereta saya. Saya cuma pecut dan baca apa yg patut sehingga la ia tidak kelihatan.


Sejurus kemudian, ada pakcik menahan kereta kami dan pakcik itu adalah saudara isteri saya. kami berhenti dengan keadaan pucat dan letih. pakcik itu seolah-olah tau apa yang berlaku pada kami dan  dia suruh kami ikut dia untuk balik kerumah,


Sampai dirumah kami ceritakan apa yang berlaku.Pakcik kami tadi bagitau, dia nampak kami ulang alik dijalan depan td berkali-kali.
rupa rupanya kami dijalan yang betul,tapi mata kali ditutup dan tak nampak jalan masuk gerbang kampung itu.

Bekenaan kampung bunian dan jalan mawar tadi, rupa-rupanya hanya 15km sahaja dari jalan depan pintu gerbang kampung ini.

cuma bila kami tersesat naik jambatan bunian itu menyebabkan kami jauh hingga ke shah alam.

Lepas pada tu, kalau kammi pulang ke sana, memang kami tak keluar rumah dah,

begitu la cerita pengalaman saya ni, berhati-hati la di kuala selangor.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun bila kisah ni TT?? X rasa time covid2 ni kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2021 09:10 PM | Show all posts
SalenaGomez replied at 8-8-2021 09:06 PM
Tahun bila kisah ni TT?? X rasa time covid2 ni kan?

ooo lama dah, masa ni 2014 kalau tak silap, ke 2015, gitu la

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Meriding bulu roma baca kisah tt nie...selepas2 insiden tu, tt xde da ke lalu tempat tu tem siang2 hari?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2021 09:20 PM | Show all posts
krimkraker replied at 8-8-2021 09:15 PM
Meriding bulu roma baca kisah tt nie...selepas2 insiden tu, tt xde da ke lalu tempat tu tem siang2 h ...

mmg tak la jawabnya.. kui2

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
fritzer replied at 8-8-2021 09:10 PM
ooo lama dah, masa ni 2014 kalau tak silap, ke 2015, gitu la

Skrg dah byk perubahan...especially jalan2 area kuala selangor...cuma kubur cina tepi jln tu masih ada...x pasti kampung TT sama lg or ada perubahan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2021 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
fritzer replied at 8-8-2021 09:20 PM
mmg tak la jawabnya.. kui2

Hehehe....kire tt berani jugak. Xcepat panik mase nampak entiti dalam cermin tu. Ade stori lain tak tt? Cite la lagi kat sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2021 09:46 PM | Show all posts
btw sape2 ade pengalaman kat area2 ijok, kuala selangor, jalan mawar, semua2 ni share la sini, xkan den sorg je kene kat area tu, musti ade org lain gak kene.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2021 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wonderwoman melayang layang ekkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2021 09:51 PM | Show all posts
krimkraker replied at 8-8-2021 09:41 PM
Hehehe....kire tt berani jugak. Xcepat panik mase nampak entiti dalam cermin tu. Ade stori lain ta ...

Sbb kite bawak anak org, jadi kene kuatkan diri la gamaknya. kalau sorg2 mau tak tentu arah jadinya. Dalam crita mmg la nampak cool, tapi masa kejadian hanya tuhan tau, rasa mcm perut terkeluarpun ade.

cite tu ade, pengalaman seram sendiri ni, tapi kekadang tu nak share, nak kene igt balik, tu jadi seram tu. takot berulang kembali.
ade masa t den crita lagi...

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
fritzer replied at 8-8-2021 09:51 PM
Sbb kite bawak anak org, jadi kene kuatkan diri la gamaknya. kalau sorg2 mau tak tentu arah jadiny ...

Ni orang kata seram satu malam kot. Dalam beberapa jam da nak kene macam2. Mase kat perkampungan bunian nasib tt xde benti makan ke sembang2 dengan diorang kan. Bile da sampai umah tu xde demam ke? Laki den keteguran mase amek passenger teksi terus demam seminggu, tobat xnak kayuh lewat2 malam da
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 10:31 PM | Show all posts
banyak cite jalan ijok berdekatan jirat cina yang ada kuil tu. yang jalan bengkang bengkok.

sekarang jalan tu da tutup.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2021 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mak aihhhh
boleh laa tanya member iols. kampung dia dekat ijok
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram pengalaman tt
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
seram..xpnh sampai belah ijok..kalau puncak alam kat area perempuan mongolia yg mati kena bunuh tu selalu la jgk lalu
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2021 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 10-8-2021 08:22 PM
seram..xpnh sampai belah ijok..kalau puncak alam kat area perempuan mongolia yg mati kena bunuh tu s ...

Yang tu area mana?  Alam suria , yg jalan belakang ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2021 10:53 AM | Show all posts
Pergh.. Ini route naik beskal kami, biasa dari Elmina nak ke Kuala Selangor memang kami amik jalan2 kampung + jalan beso. Jalan Mawar ni mcm familiar, ahaahaha (gelak neves)

Tapi siang hari ahh..  kalau buat audax (long distance)  300km ke atas memang kena redah malam jugak hahahaha.

Kalau dengo geng2 yang buat odex 600km / 1000km, mmg banyak pengalaman. kena pulak jalan2 kg mcm kota tinggi ke Mersing - siap jumpa binatang bagai, dengan lampu takde (batteri abis), tido / solat kat bas stop. Tapi mcm diorang biasa badan dah penat gile memang dah tak pikir banyak.
Aku pun dulu masa sekolah buat trip gunung 5-6 hari memang biasanye hiking sorang2 aje, sebab taknak ikut pace orang. memang tak pikir hantu jembalang dah, pikir bila nak sampai dan bile boleh baring kat camp site je
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti TT dah pusing2 smpai jalan belakang ni.bila malam dh lalu situ mmg scary.kiri kanan kelapa sawit,dengan gelapnya.kalau x biasa memang sesat lagi2 malam.line celcom pun slow apatah lagi zaman circa insiden TT
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Afna replied at 11-8-2021 10:10 AM
Yang tu area mana?  Alam suria , yg jalan belakang ke?

Alam suria ada 2.satu sunway alam suria,puncak perdana.1 lg alam suria,puncak alam.tapi kisah TT ni berlaku di kampung belakang alam suria puncak alam.pempuan monggolia mati di jalan mokhtar dahari.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2021 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
jalan ijok tu mmg keras pun.. situ pun byk kes samun kete..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.069567 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list