CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JUSTcircle

Komik & Majalah Malaysia:Ujang,Gempak etc.

  [Copy link]
Post time 27-10-2010 03:56 PM | Show all posts
Three-way deal for Malaysian toon



Malaysian animation company Funcel has signed a three-way coproduction deal with the country's National Film Development Corporation (Finas) and Japanese studio Gonzo.

Funcel will work with Finas and Gonzo on adventure animation Satria - The Warriors of the 7 Elements (26x24'), a series targeting 9-14s that blends historical facts with fictional characters from South-East Asia.

Satria will be directed by Hiroyuki Kitakubo, the director behind original animé show Blood : The Last Vampire, and is due to be completed in autumn 2012.

The property is the first coproduction between Malaysia and the Japanese animation company, whose previous credits include the Samuel L Jackson-voiced Afro Samurai.

Meanwhile, Spacetoon Media Hub, another Malay company backed by governmental initiative MSC Malaysia and the country's Multimedia Development Corporation, is set to produce a new 3D TV series.

Net.Works! (26x22') is a dramatic 3D adventure aimed at 6-11s. The story follows a misfit data-packet delivery boy who must save their world after he overhears a plot to invade the internet.

Fellow MSC-backed companies Animasia Studio, Agogo International and Neptuno Films announced at Mipcom that they were starting production on animated action-adventure series Kung Fu Chicken, while Ed-Online Technologies, Scrawl Studios and Bryant Whittle signed an agreement to produce animated preschool series Red, Yellow & Blue.



Hannah Hudson
20 Oct 2010
© C21 Media 2010



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2010 04:20 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2010 10:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 03:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2010 03:15 PM | Show all posts
Reign In Black




Painter/Illustrator/Comic Artist : Aedes / Aedestrix / Hulubalang Lubuk (Ahmad Kamil Sabri)


http://www.facebook.com/reigninblack

Email : aedescomic@yahoo.com













Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2010 11:41 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-1-2011 08:41 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2011 10:21 AM | Show all posts
LAGENDA ZOY !



Friday, October 30, 2009






Sejak berusia 15 tahun, Zoy yang cukup meminati karya kartunis Lat, Halim Teh dan Raja Hamzah mengasah bakat melukis lalu menghasilkan komik. Yakin dengan kemampuan diri serta semangat mahu meneroka industri kreatif, Zoy membawa naskhah komiknya itu ke Kuala Lumpur untuk diterbitkan.

Pendedahan di Kuala Lumpur menajamkan lagi bakat Zoy. Sebagai kartunis baru, Zoy bertuah kerana dibimbing pelukis komik, Yamin Daud. Mula cerita, sejurus tamat persekolahan, Zoy diterima bekerja di sebuah syarikat akhbar sebagai artis grafik. Antara karya awalnya di syarikat akhbar itu ialah siri kartun, Ragam Wazata yang menampilkan watak Wazata seorang penghibur dan pelawak popular pada era 1980-an.

Pada 1985, Zoy beralih angin ke sebuah syarikat akhbar tabloid, Harian Nasional sebagai pelukis kartun editorial. Di sinilah, Zoy mula berjinak-jinak menghasilkan kartun politik. “ Sebagai kartunis editorial, karya yang ditampilkan lebih banyak tertumpu kepada isu semasa dalam masyarakat manakala bagi kartun politik, subjek sudah pastinya berfokus kepada isu politik. “ Sebenarnya, saya tidak berapa menggemari melukis kartun politik kerana ia agak mengundang risiko. Ini kerana penerbitan akhbar tertakluk kepada isu sensitiviti dan Akta Mesin Cetak.

“ Pucat lesi jugalah muka setiap kali ada isu yang dibangkitkan bersangkut-paut dengan karya yang kita hasilkan,” kata Zoy mengingatkan detik awal menjadi pelukis kartun politik.


Mengulas ruangan kartun dalam akhbar, Zoy berkata, segmen kartun dalam akhbar bukan bersifat hiburan kosong sebaliknya menjadi tarikan kepada pembeli untuk membaca is kandungan akhbar terbabit. “ Sukar untuk menarik minat orang membaca akhbar jika tidak diserikan dengan hiburan komik atau kartun. Biarpun ruangan kartun kecil berbanding kolum berita semasa atau ruangan lain, lazimnya orang akan lebih tertarik membaca kolum kartun terlebih dulu, ” katanya yang kini mengetuai kumpulan 29 artis grafik di Unit Grafik Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) sebagai Ketua Unit Grafik BHSB. Karya Zoy yang menarik hati boleh ditatap dalam sisipan Sabtu akhbar ini, yang diterbitkan setiap hari Sabtu. Ikuti temubual bersama Zoy atau mesra disapa Pak Zoy oleh ‘anak-anak buahnya ’ di BHSB.


Apakah sumber yang sering menjadi rujukan anda dalam berkarya ?

Sebagai kartunis yang tidak mendapat pendidikan formal, saya jadikan kartunis senior yang berjaya sebagai panduan. Selain itu, saya merujuk majalah komik dan humor luar negara seperti Mad dan Punch. Stroke atau idea yang dipersembahkan dalam majalah ini sedikit sebanyak membuahkan ilham dalam berkarya. Lama-kelamaan, apabila kita sudah temui gaya karya sendiri, kita teruskanlah dengan cara sendiri. Namun, biar apapun, pembacaan serta pergaulan adalah penting dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran diri. Kedua-dua elemen ini dapat memberi idea kepada kartunis.


Anda menghasilkan karya kartun yang serius dan pada masa yang sama tampil dengan karya humor. Bagaimana proses menjana idea bagi kedua-dua kartun berbeza genre ini ?


Ada pelbagai jenis kartunis. Antaranya, yang menghasilkan karya komersial seperti iklan, papan tanda dan sebagainya. Kartun begini, penumpuannya lebih kepada seni kartun itu saja. Sesetengah kartunis kurang berminat dengan isu arus perdana. Sebaliknya, mereka lebih suka memilih isu masyarakat. Sebahagian yang lain pula menampilkan kartun di mana subjeknya serius. Tidak kurang juga ada kartunis yang memiliki kekuatan karya pada stroke atau dialog. Stroke kartun atau dialog saja sudah boleh buat orang ketawa. Melukis kartun ini sama juga seperti kita menulis. Ia bergantung kepada apa yang perlu kita hasilkan dan bagaimana idea yang diperoleh ketika itu. Ada masanya, idea diperoleh ketika kita sedang melakukan sesuatu kerja dan jika lambat melukisnya, kita akan terlupa. Di sinilah pentingnya untuk membawa buku catatan ke mana saja kita pergi. Ini supaya idea yang dicetuskan boleh dicatat dan digunakan apabila hendak berkarya. Apabila timbul saja idea, terus catat dalam buku. Setahu saya, kebanyakan individu berjaya mengamalkan kaedah ini seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2011 10:32 AM | Show all posts
Berkarya melalui akhbar mempunyai batasan tertentu. Bagaimana anda melihat perkara ini ?


Kadang-kadang kita ada idea dan kita merasakan idea itu bagus. Namun, belum tentu ia dapat disampaikan melalui kartun kerana ada batasan undang-undang atau peraturan yang perlu dipatuhi. Kartun yang dihasilkan untuk akhbar bukannya boleh disiarkan sembarangan. Jika tersalah lukis atau tulis, ia boleh jadi bahan fitnah ataupun penghinaan terhadap orang lain. Ini tentunya membolehkan kita dikenakan tindakan undang-undang. Justeru, kita harus bertanggungjawab dengan apa yang kita lakukan. Ttidak kiralah penulis, pengarang atau kartunis. Disebabkan itulah, sukar untuk kartunis editorial menghasilkan karya yang tidak akan membuatkan mana-mana pihak tersinggung.


Ada juga karya bersiri anda bertemakan hubungan keluarga dan percintaan. Bagaimana anda memperoleh idea mengembangkan jalan cerita berunsur drama seperti itu ?


Dalam menghasilkan karya bersiri, kita tidak lari daripada kisah percintaan. Hakikatnya, dalam diri setiap orang, ada keinginan untuk meluahkan perasaan cinta tapi bagi sesetengah orang, ia tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Bagi golongan yang tidak dapat melahirkan rasa cinta melalui ucapan seperti saya, semua perasaan itu diterjemah melalui karya. Dalam menghasilkan kisah bersiri, saya selalu letakkan diri saya dalam cerita dan watak bagi ‘menghidupkan’ cerita. Bukanlah bermaksud watak hero itu sebenarnya adalah saya, tapi saya bayangkan, saya ada dalam dirinya. Barulah hidup cerita itu. Selalunya, alunan cerita atau tema penceritaan sudah ada, tetapi kisahnya atau plot terperinci akan datang kemudian. Bagi karya bersiri, saya terpaksa rekodkan nama watak yang ditampilkan supaya tidak terlupa.



Dalam semua jenis karya yang anda hasilkan, yang mana satu lebih memberikan kepuasan kepada anda ?


Jika diikutkan, saya lebih puas dengan karya komik. Karya jenis inilah yang menjadi permulaan saya dalam bidang ini. Melalui komik juga saya mempunyai ruang untuk mencurahkan perasaan dan pemikiran. Banyak perkara yang tidak dapat saya luahkan dalam realiti, saya salurkan dalam komik. Bukan sebab itu saja, pelbagai kisah yang dipaparkan dalam komik boleh dikaitkan dengan realiti kehidupan kebanyakan pembaca. Jadi mereka merasakan kisah yang dipaparkan ada kena-mengena dengan pengalaman mereka.


Apakah antara maklum balas yang sering diterima daripada peminat?
Khabarnya, ada juga yang mencadangkan supaya siri komik pendekar diterbitkan dalam bentuk animasi ?


Rata-ratanya meminta supaya siri komik yang saya hasilkan dibukukan. Ada rakan memberitahu kawannya selalu mengikuti karya komik bersiri saya dan menangis setiap kali membacanya. Saya juga kadang-kadang tertanya-tanya, bahagian mana pula dalam karya itu yang sangat menyentuh hati pembaca? Ada juga mencadangkan supaya karya itu diadaptasi dalam bentuk animasi. Namun, persoalannya, apakah serius atau tidak serius untuk kita menjayakannya.


Bagaimana anda melihat perubahan penghasilan kartun dan komik daripada kaedah manual kepada digital ?


Walaupun banyak aspek dalam seni lukis kartun atau komik dibantu teknologi digital, teknik penghasilan secara manual juga penting. Penggunaan teknologi baru ini selalunya lebih banyak tertumpu kepada kerja pewarnaan. Kita boleh juga melukis kartun menggunakan komputer, tetapi ia memakan masa dan hasilnya agak kaku. Jadi, lebih mudah dan puas hati jika melukis menggunakan tangan... Sama juga keadaanya dengan seni lukisan lain. Sesuatu perisian komputer mungkin boleh menghasilkan karya yang nampak serupa. Namun, karya itu tidak akan dapat menandingi karya yang dihasilkan secara manual. Teknologi sekadar membantu dan mempermudahkan kerja kita saja, terutama dalam menyimpan dan memfailkan karya yang dihasilkan.


Adakah penguasaan dalam teknologi grafik digital memberi kelebihan kepada kartunis ?

Dari awal saya menceburi bidang ini hingga hari ini, saya menyaksikan pelbagai fasa perubahan dalam industri seni kartun dan komik. Dari zaman menekap dan menampal ke penggunaan blok dan negatif, hinggalah zaman penggunaan komputer. Saya perhatikan, biar apapun tekniknya, apa yang paling penting adalah idea dan sentuhan pengkarya. Secanggih mana pun teknologi, sentuhan dan lakaran lukisan secara manual tetap menjadi asas penting sesebuah karya. Buktinya, seniman terkenal di dunia, hampir kebanyakannya mahir melukis. P Ramlee, Bruce Lee, Steven Spielberg - mereka semua bergantung kepada lakaran storyboard untuk menjayakan sesebuah babak dalam filem. Produksi filem Indonesia juga sering berpandukan lakaran storyboard sebelum dirakam dalam bentuk visual. Sebab itulah sudut rakaman mereka menarik. Dalam konteks kartunis pula, jika mereka mempunyai asas melukis yang mantap, karya yang dihasilkannya akan lebih baik. Bukan teknologi komputer yang menentukannya.


Apa pendapat anda mengenai industri kartun dan komik tempatan ketika ini ?


Bakat muda kita dalam bidang ini memang ramai. Untungnya generasi kartunis muda ini, orang ramai tidak memandang rendah kerjaya kartunis seperti dulu. Sekarang, , kerjaya sebagai kartunis dianggap menarik dan dibanggakan. Begitu juga dari segi pendidikan. Ada banyak peluang pendidikan dalam seni yang boleh diikuti untuk memperkayakan diri. Namun, apa yang menyedihkan mengenai industri kita ini, kebanjiran bahan bacaan kartun dan komik dari luar negara yang tidak dipantau. Apa yang dibimbangkan, kemasukan karya ini membuatkan penggiat dan pembaca tempatan, terutamanya golongan muda terpengaruh dengan unsur negatif. Kartunis asing tidak ada batasan dari sudut moral, tidak seperti kita yang bersandarkan agama, budaya dan undang-undang. Mereka abaikan didikan sosial kepada masyarakat. Justeru, untuk memelihara industri penerbitan tempatan, kemasukan bahan bacaan dari luar negara ini perlu dikawal dan ditapis. Ini dilakukan di Jepun. Biarpun negara itu maju dalam industri kreatif, mereka menjaga industri itu dengan memastikan bahan bacaan dari luar negara dialih ke dalam bahasa Jepun sebelum dijual. Selain itu, bagi menghidupkan industri kartun, usaha ini juga diambil pemimpin dalam sesebuah organisasi masyarakat. Jika mereka nampak kepentingan dan keistimewaan seni kartun serta menyedari potensi seni ini bagi membangunkan masyarakat, langkah meningkatkan industri ini kepada tahap lebih baik boleh dilakukan.


Profil


Nama : Mohd Zohri Sukimi
Tarikh lahir : 23 Januari 1959
Umur : 50 tahun
Asal : Klang, Selangor




Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 11:05 AM | Show all posts
Upin dan Ipin jadi bahan mempelajari Bahasa Melayu di China



Siri animasi kanak-kanak di televisen tempatan Upin dan Ipin menjadi bahan berkesan mempelajari bahasa Melayu di kalangan pelajar asing di Beijing Foreign Studies University (BFSU) dan University of Peking, China.

“ Siri ini telah membantu mempermudahkan lagi penguasaan komunikasi bahasa Melayu di Beijing dan ia menjadi antara rancangan yang disukai oleh pelajar asing di China, ” kata Penyandang Kursi Pengajian Bahasa Melayu di BFSU, Profesor Dr Awang Sariyan.

Upin dan Ipin mula disiar di TV9 pada bulan Ramadan 2007 yang bertujuan mendidik kanak-kanak tentang ibadah berpuasa.

Ia kini memasuki musim keempat yang rancangannya boleh turut diikuti dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui Internet dan berjaya dipasarkan ke Indonesia.

Di atas kejayaan menambat hati penonton serantau, siri ini disenarai dalam Malaysia Book of Records tahun ini sebagai “ Animasi Paling Berjaya ”.

Awang berkata banyak VCD Upin dan Ipin didapati dimiliki oleh pelajar di BFSU yang kebanyakannya mereka perolehi dengan cara membeli terus dari pengedar  di Malaysia.

Sehubungan iu beliau menggesa penerbit filem animasi di Negara ini supaya memperbanyakkan lagi penerbitan mereka kerana pembelajaran bahasa Melayu melalui VCD kini semakin popular dan mempermudahkan pelajar asing menguasainya.

“ Usaha menerbitkan perisian komputer, komik, video dan seumpamanya dalam semua bidang ilmu perlu dilakukan manakala seni dipergiatkan lagi bagi mengembangkan budaya belajar melalui wahana teknologi maklumat dan komunikasi, ” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata usaha seumpama itu sesuai dengan resolusi Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu 2011 yang berakhir di sini hari ini.

Awang berharap kegiatan kebahasaan yang kreatif dan inovatif bagi memupuk kecintaan terhadap bahasa Melayu terutama kepada generasi muda diperhebat dan diperbanyakkan dalam memastikan bahasa Melayu terus mekar dan terus maju.



- Bernama -



Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 11:12 AM | Show all posts
Malaysian Online Komik







FLIPKOMIK


http://www.flipkomik.com/







Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 05:49 PM | Show all posts
Permata Laut Silan


Painter/Illustrator/Comic Artist : Anshari

Writer : Lao



http://bluncasart.blogspot.com/


E-Komik

http://silan.miim.my/




Pada pertengahan kurun ke 13, selepas kejatuhan empayar Abbasiyyah,
dikala benua-benua berada di kancah pergelutan.
kegelapan yang menghendap muncul dicelah-celah kebingungan.

Di wilayah gugusan nusantara, amalan keras dan mistik telah menjadi
dogma yang merentas sempadan budaya. Mereka yang mengejar cahaya di langit
dalam khilaf tergelincir ke gelap lautan.

PERMATA LAUT SILAN mengisahkan perjalanan Hitam dan Seri, dalam menyusuri qadar,
terpaksa menentang kegelapan yang nyata dan merungkai bait-bait muslihat, dalam
mencari perisai pegangan agar langkahnya tetap untuk bertemu permata abadi yang
cahayanya pasti kekal menyinari nusantara ini


Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

syair PERAHU
Hamzah Fansuri



Hitam




Seri




Sinta - Ratu Naga Silan














Sample Pages











Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2011 01:22 AM | Show all posts
Malaysian Online Komik









Painter/Illustrator/Writer/Comic Artist : Kromosom



KROMOSOM LAB


http://www.kromosomlab.com/webcomics/



Penunggu Ofis




Dataran Puaka





Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2011 05:56 PM | Show all posts
Malaysian MMS Komik







CELCOM CHANNELX MMS KOMIK


http://channelx.com.my/mdp/service_page.jsp











Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 07:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 05:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 13-5-2011 23:26







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2011 10:27 AM | Show all posts
Reign In Black




Painter/Illustrator/Comic Artist : Aedes / Aedestrix / Hulubalang Lubuk (Ahmad Kamil Sabri)


http://www.facebook.com/reigninblack

Email : aedescomic@yahoo.com







Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 09:10 PM | Show all posts



Visi Kreatif Publication Sdn Bhd

Email : vc_publication@yahoo.com














Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2011 10:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2011 11:41 PM | Show all posts
Bola Kampung X





http://www.animasia-studio.com/








http://bola-kampung-cartoon-series.blogspot.com/



Synopsis


A brand new and exciting season of Bola Kampung “ X ” where it all began one day when Iwan and his friends stumble upon a group of kids dressed in costumes playing football in strange places. Iwan’s team were invited to play along this new football style and instantly, they get hooked onto the style and pace of the game, known as Street Soccer, a football game which is becoming increasingly popular.

As young and adventurous kids, Iwan and his friends wanted to try something new and cool. Thus, they decided to set up their own team by calling themselves Bola Kampung Football Club (BKFC).

Since the day of formation, the BKFC team strives to become good street soccer players and therefore set out to seek and compete with other street soccer teams.

This journey brings them to meet and play along with the best football players that have talented skills and great techniques.

Their struggling journey was challenging and fascinating where most matches are played in strange places such as the paddy field, beaches, muddy areas, in caves and even haunted houses too!

Will BKFC able to succeed and win these thrilling matches with their own unique styles of playing Street Soccer ?

With hard work, and strong determination, the BKFC team finally manage to overcome challenges by qualifying into the upcoming Youth Champions League competition.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.468444 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list