CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42762|Reply: 98

[MERGED] -- Burung Cenderawasih

[Copy link]
Post time 20-10-2004 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Kita dikisahkan dengan keunikan burung cenderawasih, sehingga kini masih ramai yang tidak mengetahui cerita sebenar tentang burung cenderasih. Cenderawasih diceritakan sebagai burung dari syurga, makanannya hanyalah embun di awan, hidupnya di awan, hanya turun ke bumi bila hendak mati. Burung yang dikatakan tidak berkaki, munasabah dengan cerita tidak pernah turun hinggap ke bumi atau dahan-dahan pokok.  

Pedagang burung Cenderawasih (yg diawet) merahsiakan cerita sebenar. Kehebatan digembar-gemburkan. Namun kini terdapat burung Cenderawasih yg masih hidup dijual di Malaysia dengan harga ratusan ribu ringgit.  Burung cenderawasih berharga samada hidup atau mati.

Namun, kehebatan sebenar burung ini ialah pada kecantikan bulunya, burung cenderawasih mempunyai bulu yang menawan. Bangkainya tidak reput, dikatakan diawet dengan cara pengasapan, satu kaedah pengawetan yang hebat. Perihal bangkai burung yang tidak reput, burung punai juga ada yang tidak reput bila mati.   

Sebelum mengetahui cerita sebenar: ikutilah kisah yang didongengkan kepada kita selama ini.

[ Last edited by DARSITA on 26-4-2005 at 07:32 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2004 01:03 PM | Show all posts

Dongeng Pertama Burung Cenderawasih.

Mengikut Kitab Lama
        AL-KISAH maka kata Sahibul Hikayat, adapun burung Cenderawasih itu burung kayangan dipelihara oleh dewa-dewa kayangan. Amatlah indah rupanya bulunya bekilauan bersinar benar tiada tolok bandingannya. Siapa-siapa tengok burung Cenderawasih rawanlah hatinya dan perasaannya tiada dapat terkira-kira lagi lakunya.
        Adapun asal kejadian burung Cenderawasih amat indah ceritanya. Kerananya tatkala Tuhan menjadikan seekor burung daripada Nur Muhammad duduk di atas Syajaratul Yaqin menilik akan rupa paras dirinya dihadapan Mir'atul Haya'. Maka tersangat hairanlah ia melihat keelokan dirinya lalu bersyukurlah ia ke hadrat Allah Ta'ala dengan mengucap Alhamdulillah rabbil'alamin. Maka burung nur Muhammad itu berpeluhlah ia oleh sangat hairannya akan keelokan rupanya. Lalu bertitikan peluhnya jadilah sekalian alam ini dan segala isinya serta segala pendeta-pendeta dan sekalian arif-arif.
        Maka apabila sempurnalah sekalian alam ini Tuhan pun lalu mengghaibkan burung Nur Muhammad itu. Hingga ghaiblah ia di dalam qindil mu'allaq. Setelah burung nur Muhammad itu ghaib maka tinggallah bayangannya sahaja seperti terbang keliling 'Arasy; ia berzikir dan berdoa.
        Syahdan, maka tersebutlah pula akan peluh yang antara dua pahanya bertitik di atas awan jadilah seekor burung cenderajinta ialah nur betina yang jadi ini roh cenderawasih maka peluh dagunya bertitik menjadi burung bratacandra bayu yang ditunggang oleh burung cenderawasih untuk terbang ke sana ke mari di atas kayangan. Maka akan peluh dadanya menjadi burung cenderakasih ialah yang menjadi inang pengasuh dan menghantarkan makanan. Adapun makanan-makanannya daripada bulatan awan dan embun jantan akan minumnya.
        Maka diceritakan orang adalah bulu burung cenderawasih yang hijau jatuh ke bumi menjadi batu zamrud dan fairuz, yang merah jatuh ke bumi menjadi batu delima dan jika jatuh ke laut menjadi marjan. Bulu yang putih menjadi intan berlian dab bulu yang hitam menjadi bau 'aiqiq' dan batu-batu permata yang lainnya.
        Adapun isi perutnya jatuh ke bumi menjadi belalang dewa bulan buat ubat berbagai-bagai penyakit manusia dan binatang. Ini dicampur ke dalam minyak kelapa hijau dan dibuat urut badan kita yang sakit. Belalang dewa boleh buat ubat perempuan lepas bersalin dan melawaskan haidh.
        Adapun bulunya jika dipakai di atas kepala kita dan dibawa pergi ke mana-mana jadi pengasih pelaris dan penunduk sekalian manusia. Isinya jika dimakan boleh sembuh penyakit-penyakit dalam badan. Otaknya jika dimakan jadi cerdik dan bijak berbicara. Bulu ekor yang panjang itu jika dibuat gelang dipakai pada lengen kanan jika laki-laki dan lengan kiri jika perempuan akan jadi hebat dan kuat badannya serta dikasihi orang.
        Maka siapa-siapa yang bertaruh burung cenderawasih dirumahnya amatlah bertuah orang itu seperti mendapat segunung emas, sepadang intan berlian dan selautan mutiara. Kuasanya bertambah, rezekinya murah hingga menjadi kaya raya dan dipandang mulia.
        Telah tersebut cerita seorang tentera Islam masuk ke dalam negeri Rom dan dia takut kena tangkap tentera kafir dan masuk penjara dia selama dua puluh tahun. Maka amatlah berdukacita kerana tidak dapat bersama anak isterinya. Pada suatu malam dia sedang duduk berfikir keadaannya dan anak isterinya, tiba-tiba datang seekor burung di atas pagar penjara dan membaca doa. Maka amatlah terperanjat tentera itu kerana seekor burung boleh baca doa dengan fasihnya.Maka dia pun turut baca doa itu beberapa kali hinggan hafaz olehnya,Kemudian dia beramal dengan doa burung itu tiga malam berturut-turut. Pada malam akhir sesudah beramal dengan doa burung itu dia pun tidak berapa lama kemudian ia tiba-tiba sedar berada di rumahnya, maka sukarialah keluarganya. Wallahu'alam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2004 01:04 PM | Show all posts

Dongeng Kedua Cenderawasih.

Hikayat Burung Cenderawasih!

Sahibul hikayat telah diriwayatkan dalam Kitab Tajul Muluk, mengisahkan seekor burung yang bergelar burung cenderawasih. Adapun asal usulnya bermula dari kayangan. Menurut kebanyakan orang lama yang arif mengatakan ianya berasal dari syurga dan selalu berdamping dengan para wali.

Memiliki kepala seperti kuning keemasan. Dengan empat sayap yang tiada taranya. Akan kelihatan sangat jelas sekiranya bersayap penuh adanya. Sesuatu yang sangat nyata perbezaannya adalah dua antena atau ekor 'areil' yang panjang di ekor belakang. Barangsiapa yang melihatnya pastilah terpegun dan takjub akan keindahan dan kepelikan burung cenderawasih.

Amatlah jarang sekali orang memiliki burung cenderawasih. Ini kerana burung ini bukanlah berasal dari bumi ini. Umum mengetahui bahawa burung Cenderawasih ini hanya dimiliki oleh kaum kerabat istana sahaja. Hatta mengikut sejarah, kebanyakan kerabat-kerabat istana Melayu mempunyai burung cenderawasih. Di utara semenanjung Malaysia, yang paling ketara sekali ialah Negeri Kedah. Lihatlah kebanyakan kedai-kedai di seluruh negeri ini baik orang Melayu, China dan India mempunyai gambar Sultan Abdul Hamid. Sekira diperhatikan betul-betul pada gambar itu terdapat bulu burung cenderawasih di tengkolok baginda. Keseluruhan peniaga yang ditemui mengatakan ia membawa tuah yang hebat.

Syahdan dinyatakan lagi dalam beberapa kitab Melayu lama, sekiranya burung cenderawasih turun ke bumi nescaya akan berakhirlah hayatnya. Dalam kata lain burung cenderawasih akan mati sekiranya menjejak kaki ke bumi. Namun yang pelik lagi ajaibnya, burung cenderawasih ini tidak reput seperti bangkai binatang yang lain. Ini kerana ia dikatakan hanya makan embun syurga sebagai makanannya. Malahan ia mengeluarkan bau atau wangian yang sukar untuk diperkatakan. Burung cenderawasih mati dalam pelbagai keadaan. Ada yang mati dalam keadaan terbang, ada yang mati dalam keadaan istirahat dan ada yang mati dalam keadaan tidur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2004 01:10 PM | Show all posts

Adakah ini dongeng moden?

Benarkah cerita ini?
ada pihak yang kononnya telah menjalankan kajian secara rapi untuk menerima hakikat sebenar mengenai BURUNG CENDERAWASIH ini. Mengikut kajian saintifik yang dijalankan, burung ini lebih terkenal dikalangan penduduk nusantara dengan panggilan Burung Cenderawasih. Bagi kalangan masyarakat China pula, burung ini dipanggil sebagai Burung Phoenix yang banyak dikaitkan dengan kalangan kerabat istana Maharaja China. Bagi kalangan penduduk Eropah, burung ini lebih terkenal dengan panggilan 'Bird of Paradise'. Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau dikesan sehingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA, Indonesia sahaja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor sahaja dalam tempoh tujuh tahun. Dan ianya turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana 'tuahnya'. Burung cenderawasih digunakan sebagai 'pelaris'. Samaada pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan, misteri, ajaib, tuah dan kami di Melayu Antique bawakan ia eksklusif untuk tatapan dan rebutan anda semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2004 01:15 PM | Show all posts

Dongengan Cenderawasih Ke 3.

Cenderawasih di Irian Jaya Burung Surga Bernasib "Neraka"
ADA dongeng rakyat Irian Jaya ... Suatu ketika, Logohu, seekor burung
cenderawasih menggugat dewa. Dia iri melihat kecantikan burung lain.
Logohu minta, agar dirinya dijadikan burung yang paling indah
bulunya. Dewa pun terkejut dan berkata: "Logohu, kamu bodoh.
Seharusnya kamu bangga dengan keadaanmu sekarang. Bulumu yang cokelat
gelap, menyelamatkan kamu. Lihat burung lain yang bulunya indah,
hidupnya diincar pemburu."

Karena Logohu terus mendesak dewa. Dia ingin bulu badannya seindah
pelangi. Dewa pun mengabulkan keinginan cenderawasih buruk rupa ini.
Sekejap kemudian, Logohu berubah menjadi burung berbulu indah. Istri
Logohu justru sedih. "Jangan dekat anak-anak. Keindahanmu akan
mendatangkan bahaya bagi keluarga kita," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2004 01:18 PM | Show all posts

Hakikat sebenar Burung Cenderawasih

Vol: 1

Di Irian Jaya:

Burung cenderawasih memang menjadi sasaran pemburu sejak zaman dulu, sampai hari ini. "Berapa populasinya, kami belum mampu menghitung. Pokoknya sudah mencapai titik rawan. Kalau dibiarkan terus, burung cenderawasih itu pasti punah di Irian Jaya.  Indonesia bakal kehilangan burung terindahnya," kata Kepala Sub Balai Konservasi Sumber Daya Alam (KSDSA) Kanwil Kehutanan Irja, Ir
Budiarto MSc.

Bulu indah burung ini, memang sasaran pemburu dan maling burung.  Sebab sampai kini, masih tetap bergentayangan pedagang burung cenderawasih opsetan. "Kalau burung hidup harganya lebih mahal. Kami lebih suka menjual yang sudah kering," kata pedagang keliling di suatu hotel di Jayapura, bulan lalu. "Di Jakarta, harganya lebih mahal lagi. Mau beli?"

***
KEINDAHAN fantastis bulu unggas ini, memang memancing daya tarik beberapa manusia dungu. Jual beli burung cenderawasih, bukan mainan hari ini atau kemarin saja. Sejak berabad-abad lalu, kulit berbulu burung cenderawasih ini, sudah menjadi barang jual-beli pedagang. Dari beberapa pulau di Maluku, terutama Pulau Irian (saat itu masih berlum terpisah antara Irja dan Papua Niugini), burung ini kemudian menjadi komoditas "ekspor" ke beberapa kota bandar dagang di Eropa, dan Asia - termasuk Cina dan Jawa.

Bulu burung ini, entah kapan, sudah termashur sebagai hiasan topi. Misalkan saja, pengadilan tinggi di Turki abad ke-15, anggota sidang memakai topi dengan juntaian bulu cenderawasih. Topi wanita ningrat di Paris, misalnya, pasti berhiaskan bulu warna-warni burung ini. Cenderawasih sendiri, saat itu belum dikenal asal muasalnya. Di Portugal, burung ini dinamakan passaros de sol atau burung matahari. Secara umum, burung ini disebut avis paradiseus alias burung surga.  

Dalam versi Jawa, burung itu disebut manuk dewata. Konon di zaman kekuasaan Pangeran Sabrang Lor dari Demak yang terkenal berani memerangi Portugis di Malaka, orang Demak sudah mengenal adanya burung dewata yang ditetaskan di surga. Kabar burung ini berasal dari pedagang Melayu yang pulang dari Maluku. Kontan saja, burung itu dilafalkan menjadi manuk dewata, serta laris dibeli pedagang Barat.

Pedagang Portugis di Malaka, membawa pulang burung yang amat disukai untuk penghias topi. Bulu burung dagangan yang misterius itu, dinamakan ikut-ikutan bunyi manuk dewata juga, hingga jadilah nama Latin - manucodiata.

Nama di zaman kapal kayu itu, terus dipakai dengan revisi menjadi manucodia. Akhirnya ada spesies burung cenderawasih mantel kilat bernama Latin Manucodia atra, Manucodia chalybatus (cenderawasih hijau) dan M jobiensis (cenderawasih jobi) dan M kerandrenii alias cenderawasih terompet. (Slamet Soeseno, Intisari - 1995)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-10-2004 01:22 PM | Show all posts

Hakikat Sebenar Burung Cendewasih

Vol. 2

Kapan masuknya cenderawasih ke Eropa, diperkirakan sudah sejak ratusan tahun lalu. Ketika Antonio Pigafetta dari Venesia, kembali ke Sevilla dari muhibah pelayarannya keliling dunia bersama Magelhan, tahun 1522, ia membawa kulit cenderawasih kuning sebagai oleh-oleh dari Raja Bacan di Maluku, untuk raja Spanyol.

Salah satu burung itu, diserahkan Raja Spanyol ini kepada Uskup Villadolid di Roma, untuk bahan telaah ilmiah. Pakar unggas di Italia saat itu, benar-benar terkejut dan terharu melihat burung itu. Sebab cita-cita mereka terkabul, melihat dengan bola mata sendiri, burung yang sudah lama mereka anggap sebagai sylphe atau sejenis peri udara.


Semua burung cenderawasih yang tiba di Eropa, berupa kulit berbulu yang diawetkan dengan pengasapan. Juga semua burung opsetan itu, tak memiliki kaki. Kisah burung berbulu indah tanpa kaki ini, menjadi buah bibir berikut decak kagum bangsa Eropa saat itu. Padahal Antonio Pigafetta mengatakan, burung itu sebetulnya memiliki sepasang kaki, sepanjang tangan lelaki dewasa. Tapi pedagang burung, tetap mengkisahkan burung tanpa kaki dari kayangan, sebagai bumbu pemahal barang dagangannya.

Legenda bulu indah asal burung tanpa kaki asal Timur, akhirnya mendapat nama keren demi perdagangan. Jan van Linschoten sekitar tahun 1598, menamakan unggas berbulu molek ini, burung kayangan. "Tak ada yang melihat burung ini hidup-hidup. Sebab unggas ini hidup di udara terbuka, beterbangan di sinar matahari. Burung hanya ke darat kalau mati, karena mereka tak punya sayap dan kaki."  

Memang saat itu, burung cenderawasih menjadi burung semi-mitologi. Katanya, satwa dirgantara ini hanya mengudara dan terbang terus. Mereka tak pernah hinggap di pohon, apalagi di tanah. Kalau mati, baru jatuh ke bumi. Mereka hanya mematuk embun sejuk dan awan halus, sebagai pakannya. Burung kayangan ini pun, hidup berpasangan dengan jodohnya sampai mati. Kalau mereka bercumbu, ya di udara. Kalau bertelur, sang betina meletakkan di atas punggung burung jantan, sambil mengerami telurnya di punggung sang suami. Kalau lelah, mereka
beristirahat dengan mencantelkan ekornya ke cabang atau ranting kayu, lalu tidur bergantung macam kalong.

Ilmuwan waktu itu, hanya mengernyitkan kening bingungnya, menanggapi beredarnya kisah seru itu. Mereka mau membantah berita tak nalar ini, namun terbentur bukti. Ilmuwan itu mau menyanggah, namun bahan sanggahannya kurang otentik. Sementara bulu dan kulit burung kayangan itu, tetap menjadi komoditas istimewa untuk hiasan kepala wanita Eropa. Makanya tak aneh kalau Carol Linnaeus, pakar taksonomi asal Swedia, memberikan nama Latin: Paradisaea apoda, alias burung paradis tanpa kaki, meski ilmuwan ini yakin burung itu pasti ada kakinya.

Untungnya, pada tahun 1824, seorang awak kapal yang bertugas sebagai juru obat, Rene Lesson, mengetahui kalau habitat burung kayangan itu asalnya dari New Guinea. Lesson diperkirakan sebagai orang bule pertama di dunia, menjadi saksi hidup soal burung kayangan yang dilihatnya hidup-hidup, berkeliaran di sekitaran Maluku dan New Guinea. Dari laporannya, beberapa tahun kemudian, burung kayangan diakui punya kaki normal. Malah burung itu, disebut-sebut, memiliki sepasang kaki kekar dan berkuku tajam, sebagai anggota tubuh burung
yang berbulu indah tanpa saingan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2004 01:26 PM | Show all posts

Hakikat sebenar Burung Cenderawasih

Vol. 3

Temuan peneliti Barat dengan burung cenderawasih ini, makin jelassejak laporan Sir Alfred Russel Wallace tahun 1869, di Kepulauan Aru. Wallace menulis begini: "Burung jantan itu menari-nari dari ranting ke ranting, sambil memamerkan getaran bulu-bulu indahnya. Di suatu pohon, terlihat belasan burung jantan saling adu pamer, di hadapan beberapa ekor cenderawasih betina ... keindahan tarian berahi cenderawasih, melebihi keindahan pameran kipas emas sekalipun.

Penelitian Wallace makin lengkap, karena C Beccari dalam ekspedisinya ke New Guinea tahun 1878, juga menyaksikan kehidupan liar kawanan burung cenderawasih di salah satu hutan di sana. "Cara burung ini memikat betinanya, sungguh unik ... banyak sekali segi lain kehidupan burung ini, amatlah unik dan tak dapat disaingi unggas lainnya di dunia," tulis Beccari.

***
SEJAK rahasia burung cenderawasih ini dikenal luas, pasaran bulu burung itu malah makin gila. Sebab burung cenderawasih makin banyak diuber-uber, dijerat, ditembak atau dipanah. Bulu burung itu tetap menjadi sasaran, karena makin digunakan untuk keperluan hiasan kepala manusia. Di awal kolonisasi Jerman di New Guinea, selama lima tahun saja, tercatat sekitar 50.000 burung cenderawasih diekspor menjadi barang dagangan untuk penghias topi.

Padahal buat pribumi Irian Jaya dan Papua Niugini, bulu cenderawasih sejak berabad-abad, memang digunakan sebagai penghias kepala orang di sana. Jadi, burung ini sudah sekian lama, memang ditakdirkan menjadi buruan yang dibunuh hanya untuk kulit berbulunya saja. Sampai menjelang paruh pertama abad XX, burung cenderawasih menjadi incaran orang. Puluhan perusahaan dengan jaringan kerjanya, berlomba-lomba membunuh sebanyak mungkin burung cenderawasih. Demam cenderawasih, boleh dibilang sempat menyaingi demam emas.

"Kalau pribumi New Guinea membunuh burung itu dengan perangkap atau panah tradisional, sebetulnya tak terlalu mengganggu populasi burung cenderawasih di sana. Namun masuknya perusahaan besar dengan senjata api dan perangkap modern, mereka merambah dan membantai burung itu seenaknya dan sebanyak-banyaknya. Selain merambah hutan New Guinea, mereka juga berekspedisi ke hutan di pulau sekitarnya. Kejadian itu, sebetulnya awal lampu merah bagi keselamatan dan kelestarian burung cenderawasih yang cuma hidup di sekitaran sana. Tahun 1924 pemerintah Australia New Guinea, melancarkan larangan keras pembunuhan semena-mena burung cenderawasih atau birds of paradise. Pemerintah Belanda di Indonesia, sejak tahun 1930, memberlakukan pula larangan
berburu dan memperjualbelikan burung cenderawasih. Nasibnya kini, mungkin tetap buruk," tulis B Grzimek dan Th Schultze-Westrum, 1973.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2004 01:28 PM | Show all posts

Hakikat Sebenar Burung cenderawasih

Vol 4:

CENDERAWASIH dari subfamili Paradisaeinae, sejauh ini diperkirakan ada sekitar 42 jenis (26 spesies di Irja dan Papua Niugini, sisanya tersebar di Kepulauan Maluku dan Australia). Berukuran tubuh antara 17 sampai 120 sentimeter. Umumnya burung ini memakan bebuahan hutan, serta serangga. Burung cenderawasih jantan memiliki bulu jauh lebih indah, dibanding betinanya.

Hampir semua bulu burung ini, dikiaskan memiliki susunan bulu sehalus sutera, selembut beluderu, dan seindah renda satin. Warnanya mulai hitam pekat atau merah legam dengan kilap macam logam metalik. Warna kuning emas, hijau, jingga, hitam kebiruan, cokelat kayu manis, atau putih keperakan, makin memashurkan keindahan burung ini.

Di musim kawin, di saat embun dan matahari pagi masih lembut sinarnya, atau menjelang senja selama masih ada sinar temaram menjelang turun kabur malam, burung jantan selalu bersaing dengan tarian kepakan sayap, tegakan bulu, serta gerak akrobatiknya yang amat indah.

Gaya dan lagak burung jantan ini, merupakan suatu upaya memikat betina pilihannya. Juga untuk menunjukkan kelebihannya, dibanding jantan saingan lainnya. Betina yang terpincut, segera dikawini sang jantan. Buah berahi pasangan unggas ini, umumnya menghasilkan telur di sarang yang berbentuk cawan (ada spesies lainnya bersarang di atas tanah), di sela ranting dekat pucuk pohon tinggi. Di sinilah telur itu dierami sampai menetaskan anakan cenderawasih.

Begitu kira-kira siklus hidup cenderawasih. Amat sulit. Petugas KSDA Irja pun mengalami kesulitan meneliti tuntas burung ini. Di Irja, burung cenderawasih salah satu dari 41 jenis unggas yang dilindungi. "Dari semuanya, cenderawasih merupakan burung yang paling keras kami awasi, karena dia diincar pemburu, baik hidup atau mati," kata Budiarto. Begitu berlapisnya tingkat korservasi, sampai Presiden pun harus turun tangan."
Menilik kisah, keadaan dan kenyataanya, burung cenderawasih di Irja sejak dulu memang sudah sial nasibnya. Meski namanya, burung surga, kenyataannya nasib burung sungguh ... neraka! (top/bd)

[ Last edited by paler kembang on 20-10-2004 at 01:30 PM ]
Reply

Use magic Report

p|xus^ This user has been deleted
Post time 20-10-2004 02:40 PM | Show all posts
rupa burung cenderawasih tuh mcm maner?? takder gambar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2004 09:54 AM | Show all posts
burung nih kalau dlm masyarakat cina panggil burung phoneix
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2004 02:28 PM | Show all posts
x penah dengau ponn seblom nih pasal burung cenderawasih nie.....

ari nih bru tau.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2004 05:19 PM | Show all posts
Originally posted by awekz_gedik at 21-10-2004 02:28 PM:
x penah dengau ponn seblom nih pasal burung cenderawasih nie.....

ari nih bru tau.....



lor.. awezz.. ko lahir kurun ke berapa ni? ahaks...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2004 11:59 PM | Show all posts
kesian nama burung cenderawansih pun baru ari ni tau ... :lol
baru nak berkawan nih hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2004 07:02 AM | Show all posts
Waduh pak paler, ngapa ngak ditranslate bahasa melayu dong, pening paler gue membaca
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2004 08:16 AM | Show all posts
Bangkai gagak pun tak reput if I am not mistaken.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Wizzling This user has been deleted
Post time 22-10-2004 11:17 AM | Show all posts
Alright! here's story of the day from Wiz ;)

Korang tahu tak.....

Burung cenderawasih & burung phoenix bukan burung yg sama species. Satu burung betul, satu burung mythical. Burung yg datangnya dari syurga tu, sebenarnya burung Phoenix. Yg bulunya yg berapi2, burung cenderawasih ialah burung yg sekarang ni diclassification endangered species.

Entah kenapa throughout the history, Burung cenderawasih & Burung Phoenix di class yg species yg sama. For example, dlm citer cina period, burung phoenix selalu jer kena translatekan burung cenderawasih...yg sebenarnya nama burung yg completely lain.

Gambar Cenderawasih
http://www.earthlife.net/birds/paradisidae.html
http://www.honoluluzoo.org/birds_of_paradise.htm
http://www.camacdonald.com/birdi ... irdsofParadise).htm
~Description
http://en.wikipedia.org/wiki/Bird_of_paradise

Gambar phoenix
http://www.phoenixarises.com/phoenix/
~description
http://en.wikipedia.org/wiki/Phoenix
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2004 07:07 PM | Show all posts
Originally posted by acegal at 21-10-2004 17:19:



lor.. awezz.. ko lahir kurun ke berapa ni? ahaks...




kurun ke selepas merdeka......:cak::lol

memang nih first time dengau name burung cenggini......
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2004 07:11 PM | Show all posts
Originally posted by Wizzling at 22-10-2004 11:17:
Alright! here's story of the day from Wiz ;)

Korang tahu tak.....

Burung cenderawasih & burung phoenix bukan burung yg sama species. Satu burung betul, satu burung mythical. Burung yg dat ...




tanx for the pic link...dapat gak nengok camner ghupe burung cenderawasih nih....

lawa gak arrr....tp wekz lagi suke burung layang2...:bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2004 01:04 PM | Show all posts
Originally posted by Wizzling at 22-10-2004 11:17 AM:
Alright! here's story of the day from Wiz ;)

Korang tahu tak.....

Burung cenderawasih & burung phoenix bukan burung yg sama species. Satu burung betul, satu burung mythical. Burung yg dat ...

Cenderawasih banyak jenisnya, sementara phoenix china tu mungkin salah satu daripada beberapa jenis burung cenderawasih, tetapi keujudan cenderawasih hidup sendiripun pada zaman lampau tidak dapat difaktakan, sehingga ianya digambarkan melampaui keadaan asal, dan Phoenix digambarkan sebagai burung yang hebat dan mempunyai ciri-ciri hampir sama dengan 'naga'.  

Sama seperti Cenderawasih dalam tanggapan lampau, selain dari bangkai yang tidak berkaki saja yang dapat dilihat, selainnya ianya digambarkan dalam bentuk khayalan yang hebat-hebat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.225471 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list