CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24195|Reply: 46

Panduan Bermain Game Ps2 Melalui Hard Disk

[Copy link]
Post time 30-4-2005 12:05 PM | Show all posts |Read mode
Ok aku bukannya pandai nak bercerita harap korang boleh paham.BM aku rasanya agak berterabur.

PANDUAN BERMAIN PERMAINAN PS2 DARI CAKERA KERAS (HARD DISK) HDD.
Bahagian 1


Panduan ini hanya berguna untuk PS2 versi lama iaitu yg mempunyai "Bay Type" ada ruang untuk letak HDD di belakang.PS2 versi 1.0 no model SCPH 10000, SCPH 15000 dan SCPH 18000 tak boleh pakai sebab tiada ruang untuk letak HDD.Begitu juga dengan PSTwo yg baru.Untuk menggunakan HDD ke dalam PS2 "Network Adapter (NA)" diperlukan.Ada dua jenis NA.Satu yang mempunyai modem dan Ethernet Port (RJ45) dan satu lagi hanya mempunyai Ethernet Port sahaja.Lihat gambar di bawah



Kedua - dua jenis NA ini boleh digunakan.Jenis HDD yang boleh digunakan sama dengan HDD komputer iaitu IDE bukan SATA.SATA adalah jenis HDD yg menggunakan perantara terbaru.Saiz minimum yang digalakkan ialah 40Gbyte dan jenama Maxtor yang biasa digunakan.Jenama Seagate juga boleh digunakan.Jenama Western Digital tidak digalakkan sebab ada masalah untuk penyambungan ke NA.

Pastikan HDD diletakkan pada keadaan MASTER.Rujuk pada HDD anda cara untuk menjadikan HDD itu MASTER.Lihat contoh dibawah.Ini hanyalah contoh.Setiap HDD ada dicetak di atasnya panduan untuknya.



Penyambungan NA dan HDD dibuat dengan memastikan IDE HDD dan Power Connector HDD selari dengan NA.Lihat gambar di bawah.





Selepas HDD dipasangkan ke NA, masukkan dibelakang PS2.Lihat gambar




Sekarang PS2 and bersedia untuk dipindahkan Permainan (Games) ke dalam HDD.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2005 12:05 PM | Show all posts
Bahagian 2.

Setelah NA dan HDD dimasukkan ke dalam PS2, tibalah masa untuk memasukkan permainan ke dalam HDD.Applikasi yang diperlukan adalah HDLoader atau HDAdvance.Kedua - dua applikasi ini adalah sama walaupun nama berbeza, ada sejarahnya tetapi tak perlu diceritakan di dalam panduan ini.HDLoader yang paling popular.

Bagaimana nak mendapatkan applikasi ini?

Ada beberapa cara nak mendapatkannya.Sama ada dibeli atau dimuat turun dari internet.Gunakan Google untuk mencari.Di sini DIINGATKAN, tidak semua permainan yang serasi.Maksudnya tak semua permainan boleh dimainkan melalui HDD.Untuk rujukan keserasian sila ke laman web

http://www.ps2hd.com
http://www.hdloader.net
http://www.hdadvance.com

Namun demikian,kebanyakan permainan yang terbaru boleh dimainkan dari HDD ini.Sesetengah permainan perlu dipatchkan untuk ia berfungsi dengan baik apabila dimainkan dari HDD.Seperti God Of War.HDLoader juga perlu dipatchkan untuk mendapatkan keserasian sesetengah permainan seperti GT4,God Of War,Gradius dan lain - lain lagi.


Bahagian 3

Cara Hendak Memindahkan Permainan Ke HDD.

Sekarang setelah HDLoader atau HDAdvance diperolehi, masukkan cakera applikasi itu ke dalam PS2 dan hidupkan PS2.Satu paparan akan keluar menyatakan HDD anda perlu diformat.Ikut arahan di paparan.Masa format HDD bergantung kepada saiz HDD.40Gbyte HDD tidak mengambil masa yg lama.Selepas HDD diformat, satu paparan baru akan keluar.Di sebelah kanan adalah ruang senarai permainan yg telah dipindahkan.Memandangkan HDD ini baru sahaja diformatkan, senarai tersebut kosong.Ruang di sebelah kiri adalah arahan - arahan yang terdapat pada HDL/HDA.Contoh gambar di bawah adalah untuk HDA.



Dengan menggunakan HDL/HDA semua permainan boleh dipindahkan ke HDD, tetapi tidak digalakkan menggunakan applikasi ini.Antara sebabnya ialah

1.        Masa yg panjang diambil, lebih kurang 30 minit ke 45 minit.
2.        Penggunaan lens yg berpanjangan boleh membuatkan lens rosak dalam jangka masa panjang.

Jadi applikasi apakah yang sesuai?WinHIIP satu applikasi yg ditulis khas untuk WinXP, yang boleh memindahkan permainan ke PS2 HDD.PS HDD hendaklah disambungkan ke computer dan WinHIIP digunakan untuk memindahkan sebarang permainan.WinHIIP boleh mengecam HDD yang diformat oleh HDL/HDA. Lihat gambar di bawah.



Masa yang diambil oleh WinHIIP untuk memindahkan permainan adalah lebih pantas daripada HDL/HDA (lebih kurang 5
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2005 12:06 PM | Show all posts
Bahagian 4

Apa itu fail ELF?

ELF bermaksud "Executable and Linking File", ia adalah seperti EXE fail untuk Windows.Fail ELF ini biasanya untuk sistem Unix atau Linux.Kesemua applikasi PS2 menggunakan format ELF untuk menjalankan sesebuah applikasi atau program juga untuk permainan.Jika kita lihat kandungan disc permainan PS2, kita akan perasan nama fail SLXX_YY.ZZ.Ini juga adalah sejenis fail ELF.Fail ELF ini boleh dijalankan melalui cd atau kad memori dan juga USB thumbdrive.

Bagaimana hendak membuat fail ELF dijalankan daripada CD?

Di dalam format CD PS2, satu fail bernama SYSTEM.CNF diperlukan bersama dengan fail ELF di dalam kandungan supaya fail ELF itu boleh dijalankan.Di bawah ini contoh isi kandungan SYSTEM.CNF (Fail ini boleh dibuat dengan menggunakan Notepad di Windows).

BOOT2 = cdrom0:\HDLOADER.ELF;1
VER = 1.00
VMODE = PAL/NTSC


Sekarang ini kita sudah ada 2 fail yang akan dimuatkan ke CDR iaitu fail HDLOADER.ELF dan juga fail SYSTEM.CNF.

Perhatian : Kedua - dua fail ini mesti BERHURUF BESAR.Lihat gambar di bawah.



Applikasi yg diperlukan untuk membuat imej file :-

CDGENPS2 v3.0
DummyFIle

Kedua - dua fail ini boleh di muat turun dari http://www.exploitstation.com/index.php?page=downloads.

Cara Membuat Fail Palsu Menggunakan DummyFile.Jalankan dummyfile.exe.Pilih "Pick Location", pilih lokasi elf fail tersebut kemudian letakkan angka 30 dan tekan Build.Lihat gambar di bawah.





Sekarang ini di dalam folder HDLOADER mempunyai 3 fail iaitu SYSTEM.CNF,HDLOADER.ELF dan juga dummy.bin.Lihat gambar di bawah.



Sekarang jalankan CDGENPS2.Tarik fail SYSTEM.CNF dahulu dari folder HDLOADER tadi ke dalam CDGENPS2.Tekan butang kanan tetikus dan pilih Edit.Lihat gambar



[ Last edited by tot31 on 30-4-2005 at 10:23 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2005 12:07 PM | Show all posts
Pilih Fix LBA dan masukkan nilai 12231 di dalam kotak LBA dan tekan OK.Rujuk gambar di bawah.



Kemudian tarik fail dummy.bin dahulu, selepas itu tarik pula fail HDLOADER.ELF tadi ke CDGENPS2.Sekarang ini kesemua fail sudah berada di dalam CDGENPS2.Rujuk gambar.



Kita sudah bersedia untuk membuat fail imej yang boleh diburn ke Nero.Tekan butang IMG dan pilih lokasi untuk disimpankan fail imej ini dan juga berikan nama untuknya.Di dalam contoh ini HDLOADER dan tekan butang SAVE.



Proses membuat imej akan berjalan dan satu mesej akan keluar apabila proses ini tamat.Rujuk gambar



Kita akan dapati dua imej fail baru iaitu HDLOADER.bin dan juga HDLOADER.cue.



Imej fail ini boleh diburnkan menggunakan applikasi Nero atau Alcohol 120 ke CDR.
Ambil CDR tersebut dan masukkan ke PS2 dan HDLOADER akan dijalankan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2006 08:52 AM | Show all posts
PS2 slim leh pakai hdd tapi kena pakai HDConnect, nak pasang mmg leceh sbb solder point dier semua kecik nak mampus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2006 02:46 PM | Show all posts
tak payah nak bukak casing pc, beli jer ide2usb asapter cam aku dan  cucuk kat usb port lagik laju transfer rate dari network.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-7-2006 04:02 PM | Show all posts
Kabel tu murah jer sekarang dlm RM30.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2006 06:36 PM | Show all posts
Aku dah lama tak masuk kat sini sebab dah ada OTAI konsol baru iaitu si LAKUM....jadik kena respek kat OTAI baru nie ler....biar aku bersara dari PS2...PS3 pun nak kuar dah jadi kena tukar angin lah...huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2006 05:48 PM | Show all posts
Originally posted by komando_cj at 19-10-2006 11:39 PM



Boleh ajar macam mana nak pasang hard disk pada PS2  nipis?

Kena pakai HD Connect atau HD Combo. Kena solder kat PS2 nipis ko tu. Soldering points semua kecik nak mampos.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.156773 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list