CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ainnymidie

[SERAM KAMPUS] Kisah Seram di UiTM

     Close [Copy link]
Post time 8-2-2013 12:43 PM | Show all posts
nescafe_ice posted on 8-2-2013 11:35 AM
Ni kisah lecturer kimia aku dulu, UiTM Jengka. Masa tu aku part 1/2008.

Kelas kimia aku selalunya ...

perghhh!!! siap lambai tangan tu......nasib baik makhluk tu x terbang terus gi sebelah lecturer tu.....maklumlah dia dah perasan yg lecturer tu dah nampak kelibat dia......kalau lah dia buat mcm tu rasa2nya mau lecturer u tu lari lintang pukang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2013 02:04 PM | Show all posts
hans78 posted on 8-2-2013 12:43 PM
perghhh!!! siap lambai tangan tu......nasib baik makhluk tu x terbang terus gi sebelah lectu ...

Lebih kurang mcm tu la ceritanya. Nasib baik dia kan? Dahlah beliau agak segak orangnya. Ewahh
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 06:31 PM | Show all posts
Siapa yang belajar kat uitm jengka sekarang, mesti tahu Blok b yg blok baru belakang makmal fka yang lama tu. Awal-awal siap dulu, ada student jogging situ senja-senja terserempak dengan cik pon. Ada juga student pernah nampak masa kelas malam/test kat blok-blok baru tu. Tahun 2009, lecturer math aku cerita ada student lelaki dari kolej lelaki (blok c) ternampak candy masa dia naik ke bilik dia pukul 3 pagi centuh. Masa dia nampak tu memang kawasan hutan tepi kompleks siswi, tepi blok A & C to be exact, tengah dibersihkan utk kolej-kolej baru yg siap tahun 2011 dulu. Masa kerja-kerja pembersihan tu memang macam-macam cerita ada. Selalu student kolej lelaki yg kena. Yelah sebab budak-budak lelaki bukan nak tidur awal kan, benda tu pulak masa awal-awal pagi tula nak merayapnya.

Pernah lecturer survey aku cerita, masa nak buat kolej ke apa tah aku lupa. Dia masuk hutan dalam kawasan U tu untuk kerja-kerja survey. Dia masuk dengan student/lecturer kayu n ladang (tak berapa ingat cerita) tapi yang pasti masa satu kawasan tu dorang dengar bunyi kera macam bergaduh, bila tengok ular setinggi pokok kelapa tengah sedap membaham kera. Setinggi pokok kelapa, tak tahu sebesar apalah kan. Lecturer aku kata dorang ada bukti gambar, tapi entahla. Nak percaya atau tidak tu terserah pada yg mendengarnya kan. Aku rasa aku pernah cerita pasal ni somewhere, tapi tak ingat kat mana. Kalau aku pernah tercerita kat sini maaf yee. Aku ni pelupa sikit. Hehehe

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2013 11:31 PM | Show all posts
takut nak bace malam2 reserved dulu. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 03:24 PM | Show all posts
aiyak!!macam mane nk tempek gambo??
huhui! aku ada story baru sal uitm neh..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 03:48 PM | Show all posts
ceritanya begini...
kejadian terjadi lepas sebulan dua kes kecoh kat uitm lendu..
aku duduk kt blok damar..mula2 aku dengar2 blok damar 1 kene histeria..tapi dengar2 camtu jelah..
lepas tu.. kecoh budak bilik sebelah aku pulak kena..diulangi..BILIK SEBELAH..!!
huarggghh..!! seram tu seram la gak..tapi aku n rumet2 aku semua buat dek je..

bilik sebelah aku lak pintu tertutup je..ustaz tengah ngobat lagi..aku x pasti diaorg setel pukul berapa sebab kejadian ni dh lama..
aku pun x ingat sangat dah..TAPI! yg paling aku ingat..kejadian kedua..

masa tu baru lepas maghrib..member aku yg dekat kolej cemara datang lepak bilik aku..aku lak time tu memang duduk sorang2
sebab rumet2 aku semua g dating.. so kitorg lepakla..sembang2.. lepas tu tetibe kitorang terdengar suara orang menjerit meraung2..
member aku pun apa lagi..terus terkam pintu..bukak je.. hah! nah kau! budak sebelah yg histeria tu tengah terjelepok kat tepi pintu bilik aku..meraung2.. ada sorang lelaki n perempuan pegang dia..aku xpasti mana laki tu datang..setahu aku dia staff uitm..budak pejabat kolej aku..

aku pulak terus siap2 pakai tudung n keluar..member aku lak tolong g pegang..aku dengar sore garau menjerit2 cakap 'sakitla bodoh!!' macam2 benda tu maki hamun..lepas tu aku dengar dia cakap 'aku nak budak ni...!! aku suka dia...!! jangan kacaula bodoh..!!'
budak tu meronta2 marah..aku terus..berlari g bilik RS.. nk panggil tolong tengok..tp harammmm...sorang pon xda..

lepas tu aku gi balik kat dorg..budak2 ramai dh berkumpul..sebab time tu budak2 semua baru balik beli makan..
semua tengok ramai2..tap jauh2 sebab sorg pn xberani..
member aku yg tolong pegang pun dh hilang..rupanya dia lari balik kolej dia sebab takot..kihkihkih..

lepas je ustaz smpai.. diaorg angkat dia bawak g bilik n tutup pintu.. aku pulak time tu tgh tunggu kat
tangga blok.. ramai masa tu..ramai yg takot..tp yg aku nk tergelak tu..sebab aku tengok ramai budak2 dari
tingkat atas..turun tangga depan aku nk ke blok sebelah..sambil turun..mulut duk sebut 'astaghfirullah' laju2 dan kuat2..
haha aku yg tengah kecut pon geli hati..hahaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2013 03:58 PM | Show all posts
lepas je kejadian tu...aku cuba risik2 dengan jiran aku ni..
rupa2nya..budak tu kena sampuk time maghrib dekat pintu access sebelah bilik aku..masa tu dia thg kotor..keluar pulak
time maghrib..memang kena la..

lepas kejadian pertama.. ustaz dh pesan dekat dia..jangan keluar time maghrib.. n ustaz pesan kat semua..kalo
ada orang ketuk pintu tp xbagi salam jangan bukak sampaila subuh.. (masa ni kebetulan ada org ketuk pintu bilik..sumpah xtipu..!
semua buat muka cuak.. aku tnya..'siapa?' xda org jawab n terus pintu dibukak..hampeh! rumet aku baru balik..buat muka x bersalah..hihi)

masa kejadian kedua, rupanya budak tu keluar jugak time maghrib walaupun ustaz dh pesan..
dia keluar g makan..dengan staff kolej tu..bf dia rupanya.. si bf tu pon bengong..dia pon ada masa ustaz pesan tu..
yg gatai g bawak awek dia kua gak pasai pa xtaw..
kata ustaz..benda tu hantu laki..tinggal kat hutan tepi kolej kitorg.. dia ada perkampungan dia kat sana
dah dia berkenan dengan budak tu..tu yg dia nk bwak balik ke hutan..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 10:16 PM | Show all posts
Assalamualaikum.

Aku pun budak UiTM. hehe. banyak jugak la citer kalau nak diikutkan. tapi nak kena refresh balik la. and kebanyakannya kisah kat uitm sarawak. masa dip aku study kat situ. so, banyak jugak la kawasan angker dan cerita angker kat situ.

Kisah 1.
Ini jadik kat seseorang insan bernama Z. Lokasi, Serapi 4.  Dipendekkan cerita, satu malam tu dia terkena. Datang lah ustaz. Tapi time ustaz datang tu dia okay dah. Kalau ada sape-sape tau mane lokasi Serapi 4 ni, belakang dia adalah tasik kumbahan kat Uitm tu. yang dilarang memancing bagai tu.

Dia duk level 3. Bilik kat kolej tu macam dalam hotel. tertutup habis. ada lubang udara dekat hujung wing je. kat tengah2 lobi. then wing sebelah lak budak laki. pastu, bilik2 dibahagi dua barisan. satu yang menghadap jalan and roundabout serapi. satu lagi menghadap tasik. (Serapi berbentuk bulatan. kat tengah2 adalah roundabout kecik)

So, budak tu tadi masa terkena dia kat bilik yang menghadap tasik tu.  mase ustaz tu datang, dia pagar la bilik. suh baca ayat2 tertentu. suh baca yasin solat hajat bagai. pastu dia citer kat tasik tu, ada istana jan jin jun ni. and bilik tempat budak tu lepak adalah bilik kosong takde orang. tapi dorang salu simpan barang kat situ. tempat lepak bagai. time budak tu kena pun time maghrib and sorang-sorang.

Jadi, pasal istana tu tadi. ustaz tu cakap, makhluk-makhluk tu menjadikan bilik tu laluan dorang. (memang bilik tu, kalau tengok keluar tingkap, memang straight je boleh nampak tasik.) sebab tu ustaz tu pagar bilik tu and halau sume makhluk tu balik.

then, si Z ni, boleh pulak dia g jenguk kat tingkap tempat bilik yang dia kena tu. dia nampak macam ada laluan dari tasik naik ke atas bilik tu. macam kilau-kilau gitu. warna warni. pastu makin lama makin hilang. sejak hari tu la, si Z ni asyik jenguk kat luar tingkap tu kot masih lagi nampak laluan tu. sebab katanya, cantik laluan tu. macam pelangi.

ps: orang cakap pihak uitm tak bagi masuk and memancing kat tasik tu sebab situ tempat segala kumbahan taik maik dibuang. tapi member aku selalu curik2 mancing. banyak giler ikan. tapi aku tak lalu nak makan.

tammat.


Kisah lain aku sambung lain kali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2013 09:23 AM | Show all posts
uitm ada kampus baru khas untuk jurusan perubatan kan?
kampus tu kat sg. buluh..
alkisah adik aku skrg keja kat site tu..ada satu lagi pusat pengajian belum siap..kalau tak salah fakulti pergigian kot..
hari rabu lepas, dia balik lewat sikit..dlm kul 8.30 mlm, dia berdiri kat pintu site cabin tu..lebih kurang dalam 20m gitu la..dia nampak satu lembaga putih, panjang rambutnya berdiri disebelah cabin yg lain...siap ada bunyi..hooott..hooot..mcm bunyi burung hantu tu lah...
adik aku lama gak tenung mende alah tu..sbb mmg jelas nampak..tapi muka tu tak nampak la..badannya dari paras kepala sampai ke lutut...yg ke bawah tu mmg takde la..aku tanya adik aku tak seram ke yg dia pi tenung lama2 tu...? dia kata dalam hati Tuhan je tau berderau darah dia..dengan bunyi hooott hoot tu mmg menusuk kalbu lah..ahahaha..sbb masa tu bukan dia sorg je kat site cabin tu, tu yg dia berani sikit...

adik aku kata lembaga tu dr spesies pontianak..dah ramai org kat site terserempak..ada yg nampak seawal pukul 7.30 mlm..ada yg jumpa kat bawah pokok la..yg buruh2 indon tu mmg selalu la kena usik..kadang2 dengar ada org curah air atas atap rumah kongsi..
adik aku kata ada 3 ekor yg suka mengusik ni..sekor yg usik adik aku tu la..yg ni ekstrem sikit sebab berani tunjuk diri..ada dua ekor lagi kat basement parking..blok mana tak pasti..tapi parking tu mmg gelap walau pun pada waktu siang hari.ada 2 org indon pegi ke basement parking pukul 11.00 pagi dengar bunyi mengilai..

tapak kolej perubatan tu dipercayai kubur tagedi 13 Mei..adik aku kata kirin kanan belakang depan ada kubur..kubur cina, kubur india, kubur melayu..abis yang tengah2 tu apa??korang pikir laa sendiri...ahahhaa

mengikut pekerja yang lama kat site tu , masa site clearing, tgh2 korek jumpa rangka manusia, jumpa keranda..itu yang diorg jumpa..agak2nya ada tak lagi rangka manusia yg lain yg masih ada bwh tapak tu..???korang pikir la lagi..ahahahah..

sebahagian dari pusat perubatan tu dah beroperasi.kalau belah mlm mmg takde nampak student berkeliaran kat luar... Last edited by disketkosong on 22-4-2013 09:26 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 11:53 AM | Show all posts
salam,

malam tadi tiba tiba rajin browsing kisah kisah seram dekat sini. sampai ke 1.30 pagi tak habis habis baca. lepas tu rasa seram sorang sorang T___T..... dahla lembah jaya sekarang ni kecoh pasai si gula gula putih tu. idokler tau betul ke tak. takat ni tak pernah  "ter-ehem-jumpa". tapi kisah dekat utim sri iskandar memang paling terkesan, dan sejak tu, aku ni memang senang "terasa" kalau mau ter-encounter benda benda gitu.

alkisahnya, cawangan sri iskandar tahun 2002 masa tu, baru sangat dibuka. sebelum tu para senior ditempatkan di manjung. jadi masa aku jejak ke situ untuk buat diploma, ada jalan yang dah siap dan ada baru nak turap. aku ni bukan budak asrama, jadi bila histeria berlaku, aku ni macam noob sangat, terpaksa kuatkan semangat. habis orientasi, aku ditempatkan di blok B (rasanyalah). (waktu tu takda nama lagi, pakai abc jek), ha sejak terjadi nye kisah ni la, slow slow sixth sense aku ni develop! demmmm. ada waktu nak tidur tu, aku tiba tiba terjaga, sedar sedar ada perempuan rambut panjang duduk atas kerusi meja study. paling best sekali, dia pandang aku, dan aku tengok muka dia tu sebijik muka aku! lepas dia berpaling tu, dia bangun terus laju meluncur ke arah pintu. zuuppppppppppppp!! lepas hilang tu, aku pulak kena tindih, tak boleh bangun, tapi mata terbukak luas.

waktu tu memang dah dengar macam macam cerita, pasal tangki air la, tasik depan pintu masuk tu la, tapi tak peduli pun. masuk telinga kanan keluar telinga kiri je. tapi kes tindih menindih ni memang selalu jadi dekat aku, roommate aku si gee pun dah paham kalau aku tiba tiba tido sebelah dia. hihihi!

masuk semester ke-3 pulak, kami budak budak ID ditempatkan di blok I ke J ntah. ada satu bilik tu memang tak berpenghuni dan berkunci. dengar cerita, dekat situla bekas senior kami terkena rasukan ke apa ntah lepas belajar ilmu silat. sekali sekala memang si senior ada datang studio kami, memang agak tak betul kalau tengok fizikal dia. macam mental je memanjang. cerita balik pasal hostel, toilet level bilik aku tu memang tak berlampu, jadi masing masing gigih masuk toilet gelap gelap sambil positifkan otak. ada sekali tu, aku masuk toilet, untuk gosok gigi dekat singki, masa angkat muka lepas kumur kumur tu, tup tup ada perempuan baju putih berdiri ke lalu ntah belakang aku. tak nampak muka sebab rambut tutup. waktu tu memang slow slow je aku belah dari situ. karang kalau aku gelabah mau aku pengsan kat situ jugak! T____T"

semester ke-4, ramai geng rajin buat kerja dekat studio, balik tengah malam buta dari studio tu memang wajib. dan wajib juga balik ber-geng! ada satu malam tu, sejurus je aku sampai bilik, ada salah seorang kawan terkejut, sebab dia baru je nampak aku balik. (okay! apsai benda ni suka benar tiru muka aku. haiihh...) masa semester ni aku pernah demam on off. lepas asar ke maghrib memang badan panas gila dan muntah muntah. siap aku kunci bilik tak mau kawan kawan masuk sebab tak mau dengar bunyi bising. tepat pukul 12, segar bugar, siap boleh mandi sorang sorang dalam toilet. seminggu jugak macam tu. lama lama aku tak tahan, aku telefon family suruh ambil malam tu jugak. waktu ni memang menguji, sebabnya aku cuti seminggu ada kot, lepas tu terus ada presentation project. nasib sebelum tu aku dah siapkan semua. wuwu

naik semester ke 6, aku dapat bilik untuk 2 orang lagi. tapi memang ada satu macam perasaan yang tak sedap. aha! memang betul. waktu ni pun ada tindih menindih, jadinya memang keje aku ni tumpang tido katil roommate je. lama lama dah jadi biasa dan bila makin lama makin sibuk dengan final project ni, takda la pulak gangguan yang teruk teruk. ada banyak kisah, tapi dah 7tahun tinggalkan sri iskandar ni, banyak dah lupa dah. cuma hari tu masa aku. husband dan kawan kami buat roadtrip ke Ipoh, sempatla kami buat trip jalan jalan dalam uitm dan sempat bergambar depan tasik area pintu masuk situ. memang cantik tasik tu ye, dah berjaga.

sangat rindu dengan sri iskandar! sempat jugak melawat kedai RAHMAT!

p/s: ha lepas masuk uitm shah alam untuk degree, ada lagi kisah serem. tapi bukan dekat hostel. ni dekat rumah sewa seksyen 7 gate padang jawa tu. nanti sambung
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 12:12 PM | Show all posts
kena pos dekat thread lain la nmpaknye. dah ceritanya bukan dalam uitm. hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 09:17 PM | Show all posts
salam. aku ni SR je slma ni....nk tumpang tepek citer pun, citer aku xdelah ngeri sgt. haha...lagi pun uitm aku dulu (merbok) rasanya xla seangker uitm2 lain sbb tgk xbyk story dari Merbok.

tt, sy tumpang citer eh?

aku kat Merbok sesi Dis2004-Julai2007. kira grad hujung tahun 2007 la. duduk kat Masria. masa ni, Masria adalah kolej yang belakang sekali. bilil kitorang style bertemu bulik depan. nasib baik aku punya bilik mengadap ke arah food court n blok akademik. jiran aku yg bilik depan memang menghadap hutan la. gelap je.

alhamdulilah sepanjang semester pertama, xde apa2 cerita. semuanya ok. aku duduk tingkat 4. selalunya tingkat 4 ni sunyi je. sebab org jarang naik kecuali makcik cleaner la. tapi kitorang takde plak rasa takut ke apa. even aku duduk sorang (roomate a.k.a classmate aku org Sungai Petani. kadang2 dia balik umah dia kejap).

biasalah, kalau nama budak u ni, bila jumpa geng, bersembang dan bergelak macam tak ingat dunia. aku la lebih-lebih lagi. kawan aku siap bagitahu, kalau dia duduk kat court badminton bawah, dia boleh dengar aku gelak or sembang. mmg kuat la suara aku ni. satu malam tu, ada 2-3 org kot datang buat assignment kat bilil kitorang. memang bergelak sakan walaupun jam dah tunjuk kol 12 malam. nasib la tak jadi apa-apa.

esok tu, aku lunch ngan roomate aku after dah abeh class (masa ni uitm still provide makan free). ada 2 org siswi makan kat sebelah meja kitorang. mula-mula kitorang buat hal masing2 je tapi entah macam mana kitorang ter'follow' citer siswi tu. tapi bukanlah join sembang sekali. just pasang telinga je. makan pun dah tak rancak.

rupanya, malam tadi ada budak kena histeria. betul-betul masa kami tengah bergelak sakan. memang aku ngan roomate aku terkedu abeh la. dia tengok aku, aku tengok dia. sampai sudah kami tak menyampuk apa.

citer tu tak heboh mana pun tapi bila kelas petang kitorang cuba confirmkan citer tu dengan sorang lagi classmate yang berjiran dengan JPK(jawatankuasa perwakilan kolej). dia kata betul. malah kalau tak silap, jiran dia tu jugak yang berlawan ngan 'makhluk' tu. n apa yang mengejutkan, mangsa tu adalah budak batch kitorang jugak. budak kelas member aku tapi lain course(member aku ni satu sekolah menengah tapi dia amik kos lain masa kat merbok)

so, memandangkan benda tu xde efek sangat kat aku, citer tu abeh macam tu je la. baik aku, mahupun roomate aku, kitorang memang tak sebut dah pasal tu.

malam tu kitorang study je. tapi buat pertama kali, roomate aku ni nak tidur awal. dalam kol 12 kot. selalunya dia yang akan tidur lewat. aku pulak, cuba tanamkan semangat nak study tak nak ikut orang je. so, aku stayback sorang-sorang sampai pukul 230 pagi.

aku ni memang penakut, tapi bila aku dengar kat kaki lima bilik tu masih bising dengan suara senior-senior aku (masa tu, kat level tu cuma aku ngan roomate aku je budak part 1, yang lain semua part 4 dan part 6), aku xkisah sangat. lagipun lampu koridor tu terang. tutup habis lampu bilik pun, bilik tak gelap.

aku tak sedar bila aku tidur tapi aku terjaga tiba-tiba. dengar macam org ketuk pintu bilik depan tapi entah kenapa aku rasa macam 'dia' ketuk pintu bilik aku. aku cuba dengar untuk kali kedua. sah, memang ada bunyi ketuk pintu. bunyi memang macam depan bilik aku, tapi kenapa bunyi tu jauh? tak sempat nak ketuk kali ketiga, entah macam mana, tetiba terlintas kat hati aku, ' sah, aku nak kena ni,'

aku peluk erat bantal kat dada. aku pejam mata rapat-rapat.(siyes, aku tak tahu macam mana aku boleh automatik bertindak macam ni)

" apasal yang degil sangat ni? aku ketuk pintu tak nak bukak," walaupun mata aku pejam, tapi terbias di mata aku raut wajah seorang perempuan berbaju putih datang cengkam bahu aku. muka dia cantik gak cuma pucat tp lipstick merah ooo)posisi dia macam dia berdiri kat bahagian kepala aku. dia macam marah sebab aku tak bukak. mulut dia tak bergerak tapi aku mmg boleh dengar apa dia cakap.

dia cengkam bahu aku dan tarik aku ke arah tingkap.(kami tidur kepala ke arah tingkap.kaki menghala ke pintu.atas kepala ada almari then baru meja study dan tingkap. harap2 yg bukan student Merbok boleh bayang eh). ia-ia dia tarik aku sampai jatuh aku ke lantai. aku masih peluk erat bantal tu sambil pejam mata.aku memang tak nak mengalah. aku wat keras kejung boleh masa tu.

dalam pada masa yg sama, aku cuba jerit Allahuakbar. tersekat je kat kerongkong. aku pun xdela bergelut bagai sangat cuma aku kejungkan diri sambil keras xnak 'dia' tarik aku. tiba2 terlepas jugak kalimah Allahuakbar kat mulut aku. ringan terus badan. benda tu pun xde.

aku xnak buka mata sebab takut nampak sengihan yg mengerikan. tapi aku xboleh tidur dah masa tu. larat ke aku nak pejam mata macam tu je sampai pagi? sebab aku rasa masa tu dalam kol 3 lebih. nak tunggu subuh pun makan 3 jam jugak. so aku nekad nak lompat ke katil roomate aku. tp sebelum tu, aku kena jugak bukak mata. kang naya je aku landing atas roomate aku yg kurus keding tu.

slow-slow aku bukak mata. tapi bukak pun bukan la seluas alam. sekadar bley nampak sesikit je. alhamdulillah. dah takde. aku kira-kira nak bukak lampu ke tak. suis hujung kaki aku je. seriau pulak aku kalau aku tekan suis tu, 'dia' mai terpa dari belakang pulak. ah, aku nekad. apa jadi pun, bilik aku kena terang. aku tak nak cahaya kelam-kelam. dalam masa xsampai 5 saat, aku dah on switch dan lompat ke katil roomate aku yg dah belayar ke Afghanistan tu.

aku berkira-kira jgk nak citer kat dia ke x. ye lah satgi dia pulak yang takut, lagi la aku takut. last-last aku citer gak. ye la, atleast bagi dia faham kalau aku nak tumpang katil dia malam ni. boleh dia selamba xbagi respon? cuma dia izinkan aku tidur. n dia bagi aku tidur kat bahagian dalam. yahooo!!!!! sekurang-kurangnya, kalau 'cik kak' tu datang lagi nak tarik aku, dia kena tarik kawan aku jugak...hahhaha

tapi percayalah, malam tu memang panjang utk aku. payah aku nak tidur walaupun mata dah berat sangat. kejap-kejap aku akan terkejut. macam trauma nak tidur. roomate aku xcakap apa pun pasal benda ni bila kami bangun n bersiap ke kelas esoknya.

sampai kelas, classmate aku (yang jiran JPK) usik aku. sah, roomate aku p cerita kat dia. roomate aku selamba cakap yang dia pun takut tapi xboleh nak citer kat aku. takut aku lagi takut. ok, reason accepted.

aku tanya classmate (yang jiran JPK) pasal yang merasuk tu rupanya mcm mana. classmate aku cakap nenek tua. berkenan dgn minah yg kena rasuk tu.(part minah ni kena rasuk aku xdpt nak citer sebab aku tak tau hujung pangkal tapi ada satu citer pasal dia yg jd depan aku masa kitorang kena pergi BTN before grad. masa tu baru aku tahu siapa minah yg kena rasuk tu. bayangla dia kena rasuk masa kitorang part 1 tapi aku cuma tau muka dia masa kitorang dh nak grad)

so, untuk sedapkan hati, aku kata, 'cik kak' tu cuma nak sakat je. nak orientasi ngan aku. tapi peristiwa ni buat aku berubah sedikit. aku mula jaga solat, baca buku agama, selalu zikir after solat...masa ni aku start baca yassin. alhamdulillah. setiap minggu.

sori la citer panjang tapi tak seram.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 01:34 AM | Show all posts
bunga81 posted on 17-5-2006 06:51 PM
uihhh....dayang ekk? uitm lendu ekkk.... sapa yg dok lendu mesti tau cite dayang tu ek...die p ...

walaupun dah lama tread ni nk tp nk reply gak.. umah nenek sy dekat dgn kg lendu.. nak masuk lalu kubur cina then kubur melayu... masuk lorong sebelah kubur tu.. masa sy patah kaki mmg duduk dgn nenek la almost 2month juga.. so far ok takde apa2 jd coz rajin membaca ayat kursi sebelom tito.. maklumla umah nenek yg terakhir then sebelah tu hutan.. cuma sy kerap kali terjaga tgh malam.. pastu kat tingkap selalu gak dengar bunyi tapak kasut org berjalan.. tatau la hantu or pencuri.. ai buat dont know je coz tido sorang2 dlm bilik.. huhuhu bila dah sehat, masa tu lah melenjan bawa keta maklumla 2bulan xleh drive.. nenek selalu pesan kalo nk balik jgn lebih pukul 10 malam, kalo dah lebih kul 10 malam, dia suh balik umah parent kat bertam je (coz ade adik masih tinggal ngan parent) so 1day tu lepak umah mmber sedar tak sedar jam dah pukul 12.30.. nak balik bertam alamak sesorang nk drive takutla plak.. nk tido umh mmber segan, so balikla umah nenek kt lendu.. sampai depan umah nenek tak buka lampu luar, gelap gelita.. hon2 byk kali tak dengar, nk keluar keta takut then call adik sedara byk kali yg ade kt dlm umah tu, dia bukakan pintu, siap2 kunci pintu keta, masuk je rumah selang 10minut dengar mcm ade org  pecahkan cermin keta.. kita pon diam tak berani.. malas nak kejutkan nenek, esok check keta takde plak cermin keta pecah... adik sedara plak siap bawa kayu hoki pegang n bawa tido.. coz malam tu dia dengar bunyi cakaran bebetul kat tingkap bilik dia... seram ai.. nasib baik benda tu tak masuk dlm umah...huhuhu esonya nenek bising la.. 3hari 3malam membebel marahkan ai.. barulah dia bukak citer pasal hantu2 ni.... huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2013 04:48 PM | Show all posts
Seram baca citer korang semua. Masa first year buat diploma, aku kat ITM semariang, Sarawak sebelum pindah ke Shah Alam. Satu bilik ada 3 orang dan member sebilik aku selalu lepak kat bilik lain. Satu mlm tu hujan turun dgn lebatnya dan tetiba aja black out. Disebabkan tak leh nak study, aku terus baring  kat katil. Semasa kilat  memancar, alangkah terkejutnya aku sbb ada lembaga berambut panjang dan berbaju putih duduk kat hujung katil. Aku terus melaungkan Allahu Akbar dan tak lama lepas tu lampu pun menyala semula. Terus aku kuar dr bilik dan cari roommate aku dan tanya mrk ada tak masuk bilik masa black out tadi tp mrk kata tak ada..kejadian ni berlaku pada tahun 93...lama dah, skang uitm swk dah pindah kat kota samarahan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 02:23 PM | Show all posts
waketheladies posted on 24-4-2013 09:17 PM
salam. aku ni SR je slma ni....nk tumpang tepek citer pun, citer aku xdelah ngeri sgt. haha...lagi p ...

aku pon budak uitm merbok satu sesi dis 2004 - july 2007..aku masria satu..tingkat 3, budak DIM

Ko sapa eak?? mungkin aku kenal..setahu aku budak level 4 msaria satu byk budak2 bisnes..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2013 02:35 PM | Show all posts
bearkecil posted on 17-12-2012 07:56 PM
IS221 tak ada??

Aku IS221..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2013 05:51 PM | Show all posts
wannoorazlina posted on 8-5-2013 02:23 PM
aku pon budak uitm merbok satu sesi dis 2004 - july 2007..aku masria satu..tingkat 3, budak DIM

...

ooo 1 batch la kita ni...aku duduk masria 2...bukan masria 1...budak DIA...budak DIM ada kenal beberapa org sbb dulu senior 1 lever ada budak DIM...pastu join kesatria, kena group ngan bebudak DIM lelaki...

ko memang duduk Masria 1 dari awal ke? ko tau x kes budak bisnes batch kita yg kena rasuk every sem tu?

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 06:59 PM | Show all posts
bearkecil posted on 12-12-2012 02:07 PM
bear masa diploma kat segamat..duduk kat zamrud..masa sem 4 ke 5 bear kena pindah duduk kat kolej be ...

adakah kolej blkg itu kolej nilam?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2013 07:04 PM | Show all posts
nescafe_ice posted on 8-2-2013 02:04 PM
Lebih kurang mcm tu la ceritanya. Nasib baik dia kan? Dahlah beliau agak segak orangnya. Ewahh {:s ...

wahh..ex uitm jengka la..
pernah tak dengor cerita pasal orang minyak kat sana?...



Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2013 02:01 PM | Show all posts
waketheladies posted on 10-5-2013 05:51 PM
ooo 1 batch la kita ni...aku duduk masria 2...bukan masria 1...budak DIA...budak DIM ada kenal beb ...

aku mmg selamanya dok masria 1..tahu, budak tu sebilik dgn classmate aku

ko knl nina budak dbs?? dia kan ex roomates budak yg selau kena rasuk tu..

sian wehhh..ko ingat x kes budak masria yg kena rasuk sbb tgk merak tu??

budak masria 1..bilik diaorg bwh bilik aku kot

gile takut dengar diaorg jerit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.328480 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list