CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122259|Reply: 625

[Penulis] Novelis Noor Suraya

[Copy link]
Post time 5-3-2006 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by attokz at 25-4-2012 02:00

Ok sapa minat hasil tulisan Noor Suraya?....
mmg  kita ada thread Novel best keluaran cretive ent, tp arini acun nak khaskan satu thread utk novel Noor Suraya je....
bg acun tulisan dia mmg best...garapan yg menarik serta pantun yg memikat...emm teruja....
ok mulakan dengan Novel ini.............

[ Last edited by Acun at 5-3-2006 12:39 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-3-2006 12:04 PM | Show all posts


Biru itu warna cintamu, Fattah. Warna yang terpancar indah dari penjuru matamu. Dalam diam aku dapat rasakan cinta yang bersinar, cinta yang tidak pernah pudar. Hangat dan menyala. Tulus dan bening.... Sedangkan ungu itu warna dukaku. Yang membeku di dalam hatiku, yang mengalir dalam jantungku dengan luka yang paling dalam, berdenyut nyilu... menjalar pilu... menjulang lesu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2006 12:14 PM | Show all posts


Dia pintar dan kadang-kadang garang tetapi menarik. Dia penyayang dan kadang-kadang terlalu sensitif tetapi pemaaf. Yang pasti Ain ialah insan dalam dunia dengan gayanya yang tulen. Anggun dalam darjahnya yang tersendiri. Indah dalam peri-badinya yang sempurna…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2006 12:22 PM | Show all posts


Dan sepi itu terus menghambat aku ke mana-mana sehingga menjadikan aku resah gelisah tiada jalan pulang. Aduhai, masa yang indah itu sudah pergi semuanya...sehingga tidak ada apa-apa lagi yang tersisa untukku di sini. Aku seperti camar yang patah sayap. Aku bagaikan biduk tanpa perhentian. Aku umpama permaisuri tanpa kerajaan. Lalu bagaimana lagi harus aku kutip sisa hari-hari mendatang yang sirna itu, bersendirian? Tanpa dia dan tanpa kamu? Aku betul-betul kesepian. Mana hilangnya semua masa lalu yang indah itu? Aqmar: Senyuman itu membuat hutan rasanya terbakar, dan lirikan mata sang bidadarinya membuat beku hatinya bisa cair. Zainur: Beku hatinya pernah 'sekali' cair dengan panahan mata sang dewi cinta. Cintanya pernah hangus pada sinar api renungan dia. Khalida: kekasih, akulah rusuk kirimu yang hilang itu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2006 12:26 PM | Show all posts


Cinta itu seumpama serangkai mutiara... kadang-kadang ia putus dan kita perlu mengarangnya sekali lagi. Kadang-kadang ia hilang, lalu kita harus mencarinya semula... tetapi kadang-kadang kita tidak mungkin menemuinya lagi; walau di mana-mana pun dan walau sampai bila-bila pun. Atau mungkin tiba-tiba kita telah menemui mutiara yang lain pula? Lalu perlukah kita karangkan semula cinta baru itu di tangkai hati kita?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2006 12:32 PM | Show all posts


Apa guna pasir setambun,
Kalau tidak setinggi duduk,
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup,

Yana,
Apa khabar nasi di daun,
Nasi di talam bagai nak basi,
Apa khabar tinggal setahun,
Tinggal semalam bagai nak mati.

Ku Fitri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-3-2006 12:38 PM | Show all posts
setakat ni hanya ada 5 saja hasil tulisan Noor Suraya terbitan Creative Enterprise ...

1) KERANAMU AIN -2001
2) TANAH ANDRIANA-2002
3) BIRU UNGU CINTA-2003
4) RINDUNYA KIAN MEMBARA-2004
5) NYANYIAN TANJUNG SEPI -2005

semua koleksi ni acun beli....mmg beshhh....boleh cuba..

:bgrin::bgrin:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ai_ai_ai This user has been deleted
Post time 6-3-2006 08:09 AM | Show all posts
Ai belum ada Tanah Andriana.. carik kat kedai sumer tak de stok.
Dalam banyak2 novel Noor Suraya, Ai paling suka Rindunya Kian Membara
menceritakan ketabahan seorang perempuan dengan anak kembar apabila anak2 nya di tarik hak penjagaan daripadanya...

BEST!!!!!! :love:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2006 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by ai_ai_ai at 6-3-2006 08:09 AM
Ai belum ada Tanah Andriana.. carik kat kedai sumer tak de stok.
Dalam banyak2 novel Noor Suraya, Ai paling suka Rindunya Kian Membara
menceritakan ketabahan seorang perempuan dengan anak kembar  ...


mmg best...sedih sket citer ni...
Reply

Use magic Report

ai_ai_ai This user has been deleted
Post time 6-3-2006 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by Acun at 6-3-2006 10:33 AM


mmg best...sedih sket citer ni...


:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2006 02:00 PM | Show all posts
Originally posted by Acun at 5-3-2006 12:04 PM


Biru itu warna cintamu, Fattah. Warna yang terpancar indah dari penjuru matamu. Dalam diam aku dapat rasakan cinta yang ...


Kak Su memang best cite dia....yang terakhir baru abis baca buku ni lah...sedihnya...

Latest novel dia..NTS...menarik dan sedih jugaklah....

Sekarang ni Kak Su tengah buat cite baru...Surat Ungu untuk Nuha. Boleh baca kat blog dia....hmhm yang pun pasti best...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2006 02:41 PM | Show all posts
Originally posted by Acun at 5-3-2006 12:32 PM


Apa guna pasir setambun,
Kalau tidak setinggi duduk,
Apa guna kasih setahun,
Kalau tidak seumur hidup,

Yana,
Apa khabar nas ...


Cite pun best jugak..sedih juga baca terutama masa kisah Andariyana sendiri.    suka pada tulisan Kak Su...banyak pantun seloka....menarik...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2006 09:40 PM | Show all posts
favorite monch ialah Tanah Andriyana.
in fact, kerana buku inilah
monch mula baca buku/novel dalam Bahasa Melayu.
i kept the book, balut cantik cantik
and i managed to meet kak su
during Book Fair tahun bila ntah,
mintak dia sign.

nyanyian tanjung sepi tu dah keluar di pasaran eh?
nak kena beli tuh, ada sentimental value.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ai_ai_ai This user has been deleted
Post time 8-3-2006 10:23 AM | Show all posts
Originally posted by moncherie at 7-3-2006 09:40 PM
favorite monch ialah Tanah Andriyana.
in fact, kerana buku inilah
monch mula baca buku/novel dalam Bahasa Melayu.
i kept the book, balut cantik cantik
and i managed to meet kak su ...


sentimental value:stp::stp:
bleh share kat sini tak????
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 01:26 PM | Show all posts
Originally posted by Acun at 5-3-2006 12:38 PM
setakat ni hanya ada 5 saja hasil tulisan Noor Suraya terbitan Creative Enterprise ...

1) KERANAMU AIN -2001
2) TANAH ANDRIANA-2002
3) BIRU UNGU CINTA-2003
4) RINDUNYA KIAN MEMBARA-2004
5) N ...



Agak2 nya buku keluaran tahun 2001,2002,2003 still masih ada lagi ker cetekan lain.. kay baca sinopsis semua tu..best juge...
Reply

Use magic Report

ai_ai_ai This user has been deleted
Post time 8-3-2006 03:38 PM | Show all posts

Reply #15 kay's post

setakat ni Ai ada jumpa semua buku Noor Suraya...
Masih ada dijual, kay tapi kena rajin pergi banyak kedai ler...

sesiapa yg tahu add blog Noor Suraya tolong bagitau Ai ye... tq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2006 04:21 PM | Show all posts
ni laman blogdrive noor suraya - http://noorthuraya.blogdrive.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 05:50 PM | Show all posts
Norsuraya...seorg penulis yg hebat....
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2006 02:49 AM | Show all posts
Originally posted by ai_ai_ai at 8-3-2006 10:23 AM
sentimental value:stp::stp:
bleh share kat sini tak????


segan nak citer.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2006 02:58 AM | Show all posts
ada dua lagi blog kak su.
pertama,
Rumah Kecil Tiang Seribu
yang ini melibatkan jadual hidup kak Su.

kedua,
e-novel
ada few cerpen nukilan kak Su.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.249252 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list