CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TimahMulia

[MERGED] Panglima Awang @ Enrique @ Ariberto : Melayu Pertama Mengelilingi Dunia

[Copy link]
Post time 8-9-2010 02:18 PM | Show all posts
Reply  B.K


    wah, menarik betul cite ni..by the way u still ada ke buku tu? bukan apa, kalau ...
KimoraHakim Post at 8-9-2010 13:19



    dah x ada kot, nie buku lama sgt
    iols kne selongkar balik almari lma
    tahun 1958 buku nie diterbitkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2010 02:25 PM | Show all posts
Panglima Awang atau Henry The Black dan Enrique of Melaka merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan  untuk mengelilingi dunia . Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand Magellan. Beliau disebut sebagai Henrich dalam bahasa Sepanyol.

Asal usul Enrique diperdebatkan oleh ramai sejarawan. Ada yang menyatakan beliau dari Melaka, Sumatera, Maluku dan dari Cebu.

Kisah pelayaran Ferdinand Magellan dicatat dalam diari Antonio Pigafetta, seorang sukarelawan Itali yang turut serta bersama Ferdinand Magellan. Beliau menyatakan Enrique adalah seorang Melayu yang ditangkap dan dijadikan hamba dalam kapal tersebut. Enrique dikatakan berasal dari 'Zamatra' atau Sumatera / Semudera sekarang ini.

Enrique adalah pahlawan / pendekar Melayu yang berjuang mempertahankan Melaka dari serangan tentera Portugis pada 1511. Beliau adalah 'hamba raja' kepada Sultan Mahmud, sultan Melaka yang terakhir. Di dalam kapal itu, Enrique bertugas sebagai jurubahasa di Sabah, kepulauan Mindanao dan sebagainya dan seterusnya menuju Lisbon, Portugis pada 1512.

Tafsiran lain menyatakan Enrique merupakan hamba dari Sumatera yang telah dibeli di pasar Melaka . Dia telah dibaptis dan diberi nama Henrique atau enrique. Nama sebenarnya tidak diketahui dengan jelas.

Apabila Raja Portugis lemah , Magellan berkhidmat pula dengan Raja Charles I dari Sepanyol pada 1517. Portugis telahpun menguasai Melaka dan kepulauan rempah khususnya di Maluku. Magellan memberi pelan bagaimana Sepanyol boleh menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara.

Raja Charles I setuju dengan cadangan Magellan itu. Akhirnya Magellan menyediakan angkatan kapal yang terdiri dari kapal San Antonio, Conception, Victoria , Santiago dan kapalnya sendiri Trinidad bersama kelasi seramai 270 orang.

Mereka meninggalkkan pelabuhan Sanlucar de Barrameda pada 20 September 1519. Mereka belayar menyeberangi Lautan Atlantik. Kemudian tiba di benua Amerika Latin dan menyeberangi Lautan Pasifik.
Sampai di Filipina

Akhirnya pada 16 Mac 1521, selepas belayar selama 18 bulan, mereka sampai di satu lokasi di kepulauan Filipina yang bernama Samar. Tempat ini dikira masih jauh dari kepulauan rempah di Nusantara. Pemuda yang bernama Enrique bertindak sebagai jurubahasa kerana bahasa di Filipina dan Nusantara difahami oleh Enrique untuk mendapatkan bekalan makanan, minuman, pertukaran barangan , berhubung dengan pedagang , menghantar mesej keamanan dan berhubung dengan pemimpin dan masyarakat setempat di Nusantara.

Di Kepulauan Cebu,Filipina , Ferdinand Magellan telah berhubung dengan Raja Humabon . Raja Humabon bersama 800 orang rakyat di Cebu, Filipina berjaya dikristiankan oleh Ferdinand Magellan. Magellan mengisytiharkan penduduk Cebu sebagai warga Tuhan Sepanyol. Magellan memanggil penduduk Cebu sebagai 'Indian' kerana berkulit gelap sebagaimana penduduk selatan India.

Raj Humabon meminta Magellan membantunya menghapuskan pemberontakan di perkampungan Mactan yang dipimpin oleh Lapu Lapu. Pada hari Sabtu 27 April 1521 Magellan telah menyerang kampung Lapu Lapu dengan 60 orang menggunakan senapang, meriam , senjata besi dan lain-lain. Sementara Lapu-lapu bersama 1500 pahlawan hanya menggunakan buluh runcing dan panah beracun.

Malangnya Magellan menjadi mangsa pertama serangan kerana lengan kanannya terkena panah beracun. Pengikut Magellan pula lari lintang - pukang kembali ke kapal untuk menyelamatkan diri dari serangan balas yang tidak terduga itu. Magellan telah tersungkur dan mati. Peperangan disebut dalam sejarah Filipina sebagai Peperangan Mactan.

Enrique turut cedera dalam serangan itu.

Duarte Barbosa , seorang kelahiran Portugis telah memilih Enrique sebagai kapten kapal yag baru menggantikan Magellan.

Dengan kebolehan berkomunikasi yang dimiliki oleh Enrique , Enrique telah berunding dengan Raja Humabon dan Raja Humabon telah setuju menghadiahkan batu permata dan pelbagai hadiah lain untuk Raja Sepanyol. Malangnya mereka telah diserang hendap oleh Humabon pula.

Rekod rasmi Sepanyol menyatakan Enrique of Melaka bersama 27 orang yang lain telah terselamat. Kapal tersebut kembali ke Sepanyol.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 02:27 PM | Show all posts
Diari Pigafetta hanya menyatakan 18 orang yang selamat kembali ke pelabuhan Sanlucar de Barrameda, Sepanyol

18 orang ini sampai pada 9 Jun 1522 dengan diketuai oleh Juan Sebastian Elcano dengan kapal La Victoria dari kepulauan Maluku. Elcano dianggap sebagai orang yang berjaya melengkapkan pelayaran mengelilingi dunia.

Diari Pigafetta tidak menyatakan dengan jelas sama ada Enrique of Melaka kembali ke Melaka, kembali ke Sumatera atau menetap di pulau Cebu, Filipina.

Kemungkinan Enrique merupakan penduduk Cebu yang bekerja di Melaka semasa Portugis menyerang pada 1511. Mungkin juga Enrique dibawa dari Cebu ke Melaka dan diberi nama Enrique of Melaka. Mungkin juga Enrique seorang Filipino.

Tetapi bahasa yang digunakan oleh Enrique ialah bahasa di sekitar Cebu - Bisayan . Enrique dinyatakan bijak berkomunikasi dengan pemerintah tempatan dan ketua pedagang di Nusantara dan bahasa Melayu menjadi lingua franca ketika itu.

Seorang guru lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim bernama Harun Aminurrashid telah menulis novel pelayaran 'Panglima Awang' pada 1958.

Cikgu Harun adalah orang Melayu pertama dapat mengesan akan kejayaan Panglima Awang ini. Beliau mungkin mendapat bahan-bahan sejarah Portugis yang menyerang Melaka pada 1511.

Universiti Kebangsaan Malaysia telah berminat untuk mengkaji asal usul Panglima Awang atau Enrique of Melaka ini.

Beberapa persoalan yang memerlukan kajian ialah :

   1. Apakah mungkin Enrique telah dikristiankan oleh Ferdinand Magellan dan menjadi orang Melayu pertama berjaya dimurtadkan.
   2. Di manakah letakkan kubur Panglima Awang ini jika telah kembali ke Melaka,ke Sumatera atau kembali ke Cebu, Filipina.
   3. Mengapa nama Enrique tidak termasuk dalam senarai 18 orang yang sampai ke Serville, Sepanyol itu.
   4. Mengapa sejarawan barat masih mendakwa Ferdinand Magellan sebagai orang pertama mengelilingi dunia dan bukannnya Elcano dan 17 sahabat yang lain dan seorang hamba Melayu bernama Enrique of Melaka atau Henry the Black.
   5. Apakah benar beliau menjadi perancang untuk memerangkap dan membunuh Ferdinand Magellan di pulau Cebu, Filipina.

sumber: wikipedia
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 05:44 PM | Show all posts
lembu punye susu, sapi dapat nama....

nama ferdinand gak naik..susah2 team die yg 18org termasuk panglima awang tu keliling dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 06:02 PM | Show all posts
ilmu baru utk aku yg cetek ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 06:20 PM | Show all posts
lembu punye susu, sapi dapat nama....

nama ferdinand gak naik..susah2 team die yg 18org termasuk  ...
annehuda Post at 8-9-2010 17:44



    yg mengelingi dunia ialah pnglima awang,
    sbb dia drpda melaka balik semula ke melaka,
    tpi ferdinand smpai cebu jer, blm ckp satu kitaran keliling dunia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2010 07:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by BotakChinPeng at 9-9-2010 15:16

Awang/Enrique bukan seorang panglima. Beliau hanyalah bekas hamba kepada Sultan Melaka.

Ketika melaka sedang ditawan, Alfonso d'Albuquerque mengarahkan semua melayu yang ditemui dibunuh serta merta. Maka tak ada kemungkinan seorang panglima melaka dijadikan tawanan.  

Ketika rakyat melayu melaka melarikan diri ke pahang mereka meninggalkan hamba masing-masing di pinggiran melaka.  Dari manakah asalnya hamba-hamba ini ?
Sudah tentu dari wilayah bukan melayu di indonesia.

Maka dapatlah disimpulkan bahawa manusia pertama mengelilingi dunia adalah seorang Indon. Bukannya Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2010 10:52 PM | Show all posts
Reply 5# CariKnow

Nak tau kenapa negro di malaysia ini hampir semuanya tak ada pasangan ?

Sama ada disebabkan mereka :

pondan lembik,
miskin,
rupa macam hamba abdi,  
kemaluan kecil,
berpenyakit ...

atau kesemuanya di atas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2010 02:22 AM | Show all posts
cam cite Leo Africanus ajer pang5 awang ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2010 03:28 PM | Show all posts
aku memang tak tahu sgt pasal ni... dgr2 mcm tu jer ... yang aku tahu ada satu citer melayu tu farid kamil heronye... lembing awang pulang ke dayang.... hahahaha...............
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2010 04:52 PM | Show all posts
Awang/Enrique bukan seorang panglima. Beliau hanyalah bekas hamba kepada Sultan Melaka.

Ketika melaka sedang ditawan, Alfonso d'Albuquerque mengarahkan semua melayu yang ditemui dibunuh serta merta. Maka tak ada kemungkinan seorang panglima melaka dijadikan tawanan.  

Ketika rakyat melayu melaka melarikan diri ke pahang mereka meninggalkan hamba masing-masing di pinggiran melaka.  Dari manakah asalnya hamba-hamba ini ?
Sudah tentu dari wilayah bukan melayu di indonesia.

Maka dapatlah disimpulkan bahawa manusia pertama mengelilingi dunia adalah seorang Indon. Bukannya Melayu.


1st.. Peta asal "malaysia' zaman melaka meliputi sumatera, siak, riau, lingga

2nd.. "Navigator" bukan hamba --- pendayung sampan... hamba.. SO.. takkan laa Sultan tu bodo sangat nak suruh hamba navigate kapal2 dia... kan??

3rd.. Mereka lari ke Muar.. BUKAN KE PAHANG... anak dia lari ke Pahang... tapi Sultan Mahmud TIDAK LARI KE PAHANG

4th... dia ditangkap PADA HARI SEBELUM PENAWANAN MELAKA... bukan pada selepas penawanan Melaka

so.. sebelum sembrono reply.. ------------- fakai hotak dzulu

hahaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2010 05:33 PM | Show all posts
1st.. Peta asal "malaysia' zaman melaka meliputi sumatera, siak, riau, lingga

unekspekted Post at 9-9-2010 16:52

Apahal pulak dengan peta melaka ?

2nd.. "Navigator" bukan hamba --- pendayung sampan... hamba.. SO.. takkan laa Sultan tu bodo sangat nak suruh hamba navigate kapal2 dia... kan??

Siapa kata dia 'navigator' ?
Lu ingat hamba semua tak boleh dilatih kemahiran pelayaran ka ?

3rd.. Mereka lari ke Muar.. BUKAN KE PAHANG... anak dia lari ke Pahang... tapi Sultan Mahmud TIDAK LARI KE PAHANG

Salah.
Sultan Mahmud lari ke Pahang .

4th... dia ditangkap PADA HARI SEBELUM PENAWANAN MELAKA... bukan pada selepas penawanan Melaka

Alfonso sendiri mengesahkan pihak portugis tak ada tawanan sebelum melaka ditawan. {:1_115:}
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2010 06:47 PM | Show all posts
Reply 26# BotakChinPeng

Sure ke Sultan Mahmud berundur ke Pahang? Sebab kalau tak salah dia pergi Muar...

Dalam Sejarah Melayu ada tulis, masa pengunduran tu, si Lamat Gagah yang usung Tun Tepok (bendahara Melaka, anak pada Tun Perak yg dah lumpuh) tak peduli rayuan Tun Tepok yang suruh dia patah balik ke Melaka sebab dia nak langgar Peringgi.

Masa tengah berundur tu jugak, ada singgah di suatu kawasan berair. Tun Tepok guna air tu untuk cuci muka dan dia kata "segar amat". Dari situ timbul nama Segamat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2010 11:36 AM | Show all posts
Hahaaa... dia tak skolah.. bapak dia yg cakap kot.. hahaa!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2010 11:06 AM | Show all posts
mmg org melayu ni keturunan pelaut yg hebat,cuma kita telah dianiayai oleh penjajah portugis,belanda dan british smpai kita hilang kehebatan tu. dgn kebangkitan china dan india,org melayu kena berminat balik dgn perdagangan dan perkapalan, kita recreate balik new melaka
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 02:07 PM | Show all posts
Adapun nama sebenar melayu ni tidak dapat diketahui... Harun Aminurrashid memilih nama 'Awang' sebagai nama dalam bahasa melayu.  Sila baca mukadimah novel Panglima Awang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 12:44 PM | Show all posts
Reply 1# gerektua


    Good Info... baru den tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 09:23 AM | Show all posts
Adakah benar Jack Sparrow itu Panglima Awang Hitam ?                                       

by admin on June 6, 2012



By: Asyraf Farique

“Wei betul ke Jack Sparrow tu orang Islam? “
“So what if he is a muslim? Ohh he MUST be a nasty or a bad man!” ( Top Commenter 9 Gag)
“Umut Yılmaz Did I say that? I simply said that there was no proof that the character Jack Sparrow had any relation to Islam.” ( Commenter 9 Gag)
“isn’t that a cross tattooed on jack’s face :O he’s a Christian! lol no offence Kustabh is right, does it even matter? haha “ ( Commenter 9 Gag)

Saya tertawa membaca komen-komen di atas. Pada masa yang sama, berasa sedikit bangga. Sekurang-kurangnya barat sedar dan harus akui bahawa orang Islam mampu berjaya.
Berjaya di sini bukanlah berjaya menjadi lanun seperti Jack Sparrow yang gah dipotretkan barat melalui filem Pirates of Caribbean mereka. Tetapi berjaya yang dimaksudkan di sini adalah seperti apa yang dipotretkan Imam Suhaib Web dalam kajiannya mengenai asal usul Jack Sparrow ini. Katanya ;
And finally, who was Yusuf Reis, formerly Captan Jack Birdy, formerly Captain John Ward, who would rescue thousands upon thousands of Spanish Jews and Muslims fleeing the Moriscos and Conversos expulsion of the 16th and 17th centuries?These were all one man.

Atau terjemahannya secara ringkas :
Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion.
Tujuan penulisan saya pada hari ini, tidaklah bermaksud ingin mencari serta mengukuhkan lagi hujah-hujah samada memang benar Jack Sparrow itu Yusuf Reis, ataupun Panglima Awang Hitam. Saya tidak punya fakta. Dan memang benar sejarah boleh direka-reka.

Anda bayangkan jika saya yang berkuasa penuh ke atas dunia pada ketika ini. Tidak mustahil dengan kuasa yang ada, saya boleh memanipulasikan sejarah keseluruhannya. Dan, sudah tentulah saya akan memenangkan pihak saya.
Sebagai contoh jika yang berkuasa itu adalah orang kristian Sepanyol. Tidak mustahillah sejarah ini boleh dimanipulasikan oleh merekal untuk menutup aib bahawa mereka bangsa yang tidak tahu suatu ketika dahulu.
Bagi saya, cukup aiblah jika mereka hendak memberitahu pada dunia, akulah bangsa paling berkuasa ketika itu ! Tetapi aku diajar ilmu pelayaran oleh orang Islam !

Maka
Ingat kata-kata ini ;
‎”History is what the winners want us to read and believe. Only the winners win the history “
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 09:24 AM | Show all posts
Antara semalam dan hari ini

    Negara Islam merasa selesa dan alpa di bawah naungan kerajaan Othmaniah dan sultan-sultan Othmaniah hingga terleka dengan apa yang berlaku sekeliling mereka. Dalam masa yang sama, Eropah yang pernah mengecapi sinaran Islam di Barat melalui Andalus dan Timur melalui angkatan salib tidak pernah mensia-siakan peluang ini.

    Mereka, mula mempertingkatkan kekuatannya dan bergabung dengan Bangsa Frank di Portugal untuk menakluk Sepanyol. Mereka berjaya menyekat kemaraan tentera Islam di Barat. Mereka berjaya menimbulkan pergesaran di kalangan umat Islam di Andalus. Kesannya akhirnya umat Islam di Andalus diusir ke negara-negara jajahan Inggeris dan Perancis (Imam Hassan Al Banna)

Anda tahu mengapa Hassan Al Banna menulis risalah Antara Semalam dan Hari Ini ? Tidak lain tidak adalah untuk membangkitkan kesedaran umat Islam bahawa mereka adalah bangsa yang ditindas melalui aspek penceritaan sejarah.

Melalui sejarah, tahulah kita bahawa umat Islam sebenarnya sedang berada dalam satu zaman yang membutu*kan kebangkitan. Bagaimana, dimana , dan siapa pendokongnya ? Jawapan atau formula itu juga terkandung dalam sejarah.

Segalanya boleh dipelajari melalui sejarah. Perubatan, kewangan, kejuruteraan, sebut sahaja bidang apa. Tanpa sejarah tiada kejayaan yang mampu tercipta. Kerana kegagalan pada suatu masa dahulu juga adalah satu sejarah.

“Kata sejarah secara harafiah berasal dari kata Arab (شجرة: šajaratun) yang artinya pohon. Dalam bahasa Arab sendiri, sejarah disebuttarikh (تاريخ ). Adapun kata tarikh dalam bahasa Indonesia artinya kurang lebih adalah waktu atau penanggalan. Kata Sejarah lebih dekat pada bahasa Yunani yaitu historia yang berarti ilmu atau orang pandai. Kemudian dalam bahasa Inggris menjadi history, yang berarti masa lalu manusia. Kata lain yang mendekati acuan tersebut adalah Geschichte yang berarti sudah terjadi “

Al Quran selaku kalam Allah juga banyak mengajar manusia melalui sejarah. Sejarah kaum Nabi Luth, kaum Nabi Salleh dan kaum-kaum yang dibinasakan pada suatu ketika dahulu.

Jadi, salahkah jika ingin mengkaji sejarah ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2012 09:24 AM | Show all posts
Apakah benar Panglima Awang Hitam itu murtad ?

Universiti Kebangsaan Malaysia telah berminat untuk mengkaji asal usul Panglima Awang atau Enrique of Melaka ini.

Beberapa persoalan yang memerlukan kajian ialah :

    Apakah mungkin Enrique telah dikristiankan oleh Ferdinand Magellan dan menjadi orang Melayu Islam pertama berjaya dimurtadkan ?
    Di manakah letakkan kubur Panglima Awang ini jika telah kembali ke Melaka,ke Sumatera atau kembali ke Cebu, Filipina ?
    Mengapa nama Enrique tidak termasuk dalam senarai 18 orang yang sampai ke Serville, Sepanyol itu ?
    Mengapa sejarawan barat masih mendakwa Ferdinand Magellan sebagai orang pertama mengelilingi dunia dan bukannnya Elcano dan 17 sahabat yang lain dan seorang hamba Melayu bernama Enrique of Melaka atau Henry the Black ?
    Apakah benar beliau menjadi perancang untuk memerangkap dan membunuh Ferdinand Magellan di pulau Cebu, Filipina ?

Seperti yang dinyatakan di atas, siapalah saya ingin mengatakan bahawa Panglima Awang Hitam itu sudahpun murtad. Sekali lagi ditekankan, saya tiada apa-apa hujah yang mahu dipertahankan.

Jika beliau adalah seorang Kristian, cukup kadar kita menolak dia. Tetapi jika beliau adalah seorang Muslim, maka kisah kejayaannya mengelilingi dunia itu, harus dijadikan contoh dan iktibar. Kerana salasilah dirinya yang dekat dengan kita iaitu seorang Muslim dan berbangsa Melayu, maka tidak mustahillah untuk kita bawa kisah kejayaanya agar dibanggakan oleh segenap lapisan masyakat Melayu Muslim di Malaysia.

Salah ke ?

Saya rasa tidak salah. Seperti mana masyarakat Cina Muslim berbangga dengan laksamana Cheng Ho, seperti itu jugalah kita mahu berbangga terhadap Panglima Awang Hitam.

Dan

Seperti mana masyarakat Turki berbangga dengan Sultan Muhammad Al Fateh, seperti itu jugalah kita mahu berbangga terhadap Panglima Awang Hitam. Walaupun Islam pada hakikatnya tidak diamalkan sepenuhnya di Turki, mereka tetap berbangga dengan Sultan Muhammad Al Fateh, baik sekular Islam mahupun Islamis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.072026 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list