CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36245|Reply: 148

Horror Novels/Novel Seram

[Copy link]
Post time 31-12-2005 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Hi..dah lama saya nak buat thread berkenaan buku novel seram bahasa melayu.. Kali ni saya nak memperkenalkan sebuah novel seram karangan Zehann Ur Rakhie iaitu Rahsia Agenda Alam Hitam-Kelahiran Mufrad
-------------------------------------------------------------


Sinopsis
Mengisahkan Raja Bersiong yang telah melepaskan diri dari buruan pembesar dan rakyatnya telah menyembunyikan diri bersama keluarga kecil. Walaupun berlindung di situ, dia yang tidak tahu di untung telah bermukah dengan anak gadis tuan rumahnya dan gadis itu mengandungkan anaknya. Tidak lama kemudian persembunyiannya diketahui dan dia kembali melarikan diri. Dia diselamatkan oleh Setan dan diajak merajai Alam Hitam dan dijanjikan keremajaan, kesaktian, kekebalan dsbnya. Seperti antagonis tipikal, dia menyetujuinya. Dia perlu bertapa,merantau dan sentiasa mencari peluang untuk menambah keturunannya di seluruh dunia ini.

Sekembalinya dia ke Semenanjung Emas, dia ada kuasa untuk bertiwikrama (menukar wajah) kepada bentuk harimau atau separuh harimau dan menghisap darah, makan jantung. Dia mengembara hinggalah ke kampung Lubuk Gua. Di situ dia bertemu dengan Tengku Mas Sari, anak penghulu yang berdarah raja. Dia merasakan Sari adalah calon sesuai untuk menjadi ratunya. Dia mula membuat hal di kampung itu hingga menyebabkan kematian seorang gadis kampung itu akibat kehilangan darah, dan membunuh dua pemuda. Percubaannya untuk memukau Sari menemui kegagalan kerana diselamatkan oleh Kiai, Slamat dan Syeikh. Kiai bersama Saliman ke Kelantan untuk mencari Kitab Alam Hitam yang mengumpul maklumat berkenaan Alam Hitam.

Sepemergian Kiai, masalah yang disangkakan selesai makin meruncing. Raja Bersiong ataupun Mas Gurana mengrekruit pengikutnyanya dengan menjanjikan kekebalan dan keremajaan kepada pengikutnya. Pengikut yang bertiwikrama mengambil bentuk anjing atau separuh anjing disyaratkan untuk menodai 44 gadis untuk melengkapi ilmu mereka. Kampung Lubok Gua berpecah belah kepada dua kumpulan, satu berpihak pada Syeikh, satu lagi pada Bambang Jarum, bomoh yang baru saja tiba di kampung itu. Akidah penduduk terpesong.

Sekembali Kiai dan Saliman serta Taha Jati (pemuda Lubok Gua yang mengembara), mereka mendapati kampung diganggu pontianak Melor dan Sari dilarikan Mas Gurana. Kiai bertanya kepada Melor. Rupa-rupanya Melor mahu memberitahu mereka supaya janinnya dikebumikan tetapi tiada siapa yang memahami apa yang ingin disampaikannya. Seterusnya Kiai, Slamat, Taha dan Saliman menyerang Mas Gurana dan jinnya,Qaruth serta mencederakannya. Taha telah mati dalam perjuangan itu. Mereka menyelamatkan Sari.

Rupa-rupanya Sari merelakan dirinya dinodai kerna diugut oleh Mas Gurana yang akan menyuruh burung hitam memakan padi kampungnya, menyebabkan ramai orang kampungnya kesusahan. Tetapi Mas Gurana menanti hingga Sari datang haid untuk memastikan baka hitamnya. Sari mendapat ilham untuk mengelakkan anaknya dari menjadi pewaris Alam Hitam dengan memakai bau-bauan hingga Mas Gurana tidak dapat mengesan samada dia sedang haid atau tidak. Hasilnya, Sari mengandung. Setelah diselamatkan, bapanya tidak mengakuinya sebagai anak dan menghalaunya dari rumah. Bapanya gering tak lama lepas itu, dan meninggal. Ibunya menyusul dua bulan selepas itu.

Sari dijaga oleh Syeikh selepas dihalau bapanya. Dia menerima cacian kerna mengandungkan anak Mas Gurana yang dikatakan akan mewarisi kepuakaan bapanya. Sari meninggal selepas melahirkan anaknya. Anaknya diberi nama Sulaiman Syah oleh Syeikh tetapi ditukar kepada Massurya Syah selepas Syeikh melihat bayi itu berhenti menangis di bawah kerlipan selendang benang emas Sari yang membalikkan sinar suria keemasan.Anak ini dididik dengan kasih sayang dan ilmu agama oleh Syeikh, diajar supaya bersabar. Massurya turut dicerca seperti ibunya. Walaupun Massurya tidak pernah belajar ilmu silat tetapi dia pernah membela dirinya dari samseng kampung hingga cedera parah mereka. Ibu bapa samseng remaja itu tidak berpuas hati walaupun Syeikh telah menghukum Massurya dan mendesak penghulu memenjarakan Massurya. Massurya dipenjara seminggu.

Setelah Syeikh meninggal, Massurya dijaga oleh Slamat. Slamat kurang di hormati kerna dia hanyalah Jakun yang memeluk Islam. Slamat diracun orang, maka tinggallah Massurya seorang diri dan tiada pelindungnya lagi. Rumah tinggalan Syeikh yang menjadi kediamannya dibakar orang kampung. Dia hanya dapat menyelamatkan beberapa kitab dan sebuah kitab catatan Syeikh yang merupakan rentetan peristiwa puaka yang Syeikh tidak membenarkan Massurya membacanya melainkan setelah menyelesaikan teka-tekinya.

Massurya bekerja kampung, tetapi selalunya ditipu ,tidak dibayar upah. Begitu sekali penduduk reaksi penduduk kampung itu walaupun datuknya dahulu penghulu yang disegani dan ibunya sang puteri desa. Hinggalah satu hari, ketika Massurya mengutip sirih bersama seorang gadis, sekumpulan perompak ingin menodai gadis itu. Massurya menyelamatkan gadis itu dan berlawan dengan perompak itu. Sebaik sahaja keris perompak itu dibalikkan kepada tuannya, darah memercik ke wajah Massurya dan dia tertiwikrama ke bentuk separuh harimau dan membunuh perompak-perompak tersebut. Apabila dia merubah kembali wajahnya, gadis yang diselamatkannya menjerit ketakutan. Massurya melarikan diri dan beroleh petunjuk teka-teki Syeikh dan membaca kitab catatan itu. Barulah dia mengenali origin dirinya.

Dari panduan Kitab, dia mencari sahabat baik Syeikh, Kiai dan belajar. Kiai menerangkan bahawa Massurya merupakan Kelahiran Mufrad (satu, tunggal) dalam pewaris Alam Hitam kerna ibunya disentuhi ketika bukan dalam haid. Mengikut Kitab Alam Hitam miliknya, akan ada satu waris Alam Hitam yang membelakangkan Alam Hitam, mengikut tafsirannya ialah Massurya. Massurya disuruh belajar ilmu silat dengan Laksamana.

Setelah tamat, Massurya memburu pengikut-pengikut Alam Hitam dan pewaris Alam Hitam,Juan (yang telah membunuh Mas Gurana, bapanya sendiri). Massurya juga mencari bahagian-bahagian dalam Kitab Alam Hitam yang telah hilang, dan ditemuinya di England.

---------------------------------------

Komen saya.. citer ni best giler... dan ada misteri menyelubungi, seolah-olah buku ni adalah part 1, yang menceritakan origin Mas Surya. menurut kawan saya, biler baca berulang kali, seolah ada part yang belum pernah dibaca sebelum ini. Ini menyebabkan kita terleka dan asyik dalam ceritanya. Harga buku ni amat berpatutan RM25.90 untuk 700 pages. (yer, buku ni tebalnya hampir 1 inci). Cover buku ni ialah wajah lelaki yang berbelang pada pipinya. Saya rasa buku ni lebih bagus dari  Anne Rice.. hehehe..

*credit utk penulis sinopsis, saya copy saja.. hehehe(dgn izin)

Harap ada kawan2 forumers yang pernah baca buku ni dapat memberi komen ye.. Harap jugak dapat membuka minat pembaca dan peminat cerita seram. tha's all for now.. daaa...

[ Last edited by  mardhiah12 at 23-8-2007 09:24 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2005 11:14 AM | Show all posts
wahh...nih salah satu genre kegemaran saya ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2005 11:52 AM | Show all posts
Hi SeriBulan.. (teringat lagu P.Ramlee dan Saloma )

Tuh laa.. lagi laa genre seram bahasa melayu mmg tak banyak. ATau perkataan yang paling tepat ketinggalan.. Dulu ada siri Bercakap dengan Jin.. tapi cerita sebegitu tidak sesuai untuk bacaan umum sbb penceritaannya keterlaluan (pada pendapat saya).

tambahan lagi, ada bahagian-bahagian dalam Rahsia Agenda Alam Hitam ni ditulis seperti gurindam dan menarik untuk dibaca. Ceritanya memang menarik.. ada elemen kelakar, sedih, pengorbanan, islamik dan misteri makhluk bukan manusia dan mereka yang istimewa. elemen yang pelbagai dan tidak keterlaluan ni memang menarik. Cerita ni ditulis berlatarkan kawasan kedah ketika awal penerimaan islam di melaka dan pada masa masyarakat dibutai dgn amalan animisme yang tebal.

Hope Seribulan jugak seronok membacanya seperti saya..

[ Last edited by StellaSakuragi at 31-12-2005 01:02 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2006 10:16 PM | Show all posts
hopefully...if I managed to find the book...ada tajuk2 lain kerr???
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2006 03:19 AM | Show all posts
Originally posted by StellaSakuragi at 31-12-2005 10:11 AM
Saya rasa buku ni lebih bagus dari  Anne Rice


rae tak tahu plak psl buku yg stella cakap ni...tp, cant help tertgk the statement above...


lg best dr anne rice? firstly, stella ni reader anne rice tak? tak sangka plak stella leh compare 2 books yg different language, but the same genre (i guess..)

cam ni mmg kena cari buku ni....coz anne rice ni mmg my favouritestttt author...i'll keep in mind bout it....thanks
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2006 09:30 PM | Show all posts
anne rice.. lama gak tak baca buku dier
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2006 09:08 AM | Show all posts
Originally posted by raeshad at 2/1/06 03:19 AM

lg best dr anne rice? firstly, stella ni reader anne rice tak? tak sangka plak stella leh compare 2 books yg different language, but the same genre (i guess..)


teringat lak statement faisal tehrani.. die cakap, org selalu pandang tinggi buku yg menang noble prize.. tapi pernah tak org terfikir, yg menang noble prize tu biasanya novel bahasa inggeris.. dan dia cakap lagi, bayangkan pula, buku yang berbahasa selain dari inggeris, ada karya masterpiece, (mungkin berpuluh-puluh yang lebih elok dari yg menang noble prize)  tapi tak dapat noble prize sbb tidak ditulis dalam bahasa inggeris..

FT sendiri pernah meminta DBP mengalihbahasakan buku Kombat 1511H untuk pasaran antarabangsa -buku yang ditulis oleh beliau sendiri dan merupakan pemenang novel remaja Exxon Mobil 2003. tapi alasan yang DBP beri, bahasa dalam buku kombat 1511H terlalu kompleks.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2006 11:58 AM | Show all posts

Reply #6 divasweet_77's post

div bacer gak buku anne rice?sayang die dah tak wat buku vampires dah...she stopped writing bout it when she revert back to christianity in 1998....(sib baik vampire chronicles dah tamat dah maser tuh...)

but she's back with a new book....br jer released - Christ, the Lord....
bout Jesus Christ's life ...sort of....

tak sbr nk baca....tp tk bl lagi....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2006 11:59 AM | Show all posts

Reply #7 limau_nipis's post

rili???

but faisal tehrani mmg best pn....my personal fav author...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2006 05:37 PM | Show all posts
Hi Raeshad.. berkenaan dgn apa yang saya kata dia lebih bagus dari Anne Rice ni, just my personal opinion..

Sbb saya rasa, cara penceritaan Anne rice agak perlahan terutama Blood and Gold (yer, saya baca buku Anne Rice) sedangkan buku Rahsia Agenda Alam Hitam (RAAH) ni, kita disajikan dengan jalan penceritaan yang kemas, dan ada elemen gurindam (ni ada ekstra markah, sbb jarang buku ditulis begini) tanpa mencacatkan gaya penulisannya. Mungkin sbb tulisan dalam BM, so dia lebih saya fahami (ekstra kredit lagi).

Dear SeriBulan.. so far, buku ni saja dlm genre seram yang saya jumpa dan berkenan. kalau nak kata buku Ramlee Awg Murshid seram, saya kira tidak boleh dimasukkan dalam kategori seram. Thriller lebih sesuai, sbb Ramlee sentiasa ada explaination saintifik dalam hal ini.

Walau buku terbarunya, Bagaikan Puteri ada elemen hantu, kuntilanak, jin, tapi tidak seberat RAAH. Penceritaannya mengiakan kewujudan makhluk ini dan tujuan mereka untuk menyesatkan manusia, tetapi dalam RAAH, penulis mewujudkan, menceritakan perihal makhluk halus ni. Saya kira, penulis,Zehann ini menjadikan RAAH sebuah fiksyen seram dgn mewujudkan watak Massurya (watak ini bertujuan menumpaskan alam hitam), sama seperti Anne Rice (yang mewujudkan watak vampire) tanpa unsur khurafat. Lagipun ini adalah generasi baru kisah seram berbahasa melayu yang meninggalkan corak penulisan kisah seram dulu (cth: Siri bercakap dgn jin,oleh Tamar Jalis).

Yup limau nipis.. malangnya panel yg buat akrediasi antarabangsa ni cuma tahu BI saja.. tak semua karya mampu diterjemahkan dalam BI, hilang serinya nanti.. hehehe..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 02:23 PM | Show all posts
Originally posted by StellaSakuragi at 3-1-2006 05:37 PM
Hi Raeshad.. berkenaan dgn apa yang saya kata dia lebih bagus dari Anne Rice ni, just my personal opinion..

Sbb saya rasa, cara penceritaan Anne rice agak perlahan terutama Blood and Gold (yer,  ...


blood and gold perlahan? hmm...ntahla....selama nih tak pernah got disppointed by anne rice's books..esp her vamp. chronicles....kalu series lain tu faham la....i like it nonetheless....

yeap...ur entitled to ur opinion..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 02:27 PM | Show all posts
nak tanya, katner agaknya boleh dapat beli buku nie...agak menarik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2006 04:58 PM | Show all posts
hi insankecil..

buku ni boleh didapati kat MPH (sbb saya beli di MPH).. agak menarik? tak cukup tu.. citer ni MEMANG MENARIK !!!!!

saya tak kesah kalau gaya saya mcm mempromosi, sbb penulisan begini amat jarang didapati.. dan lagi saya amat tak setuju jika dikatakan ramai rakyat m'sia kurang membaca.. well, dorg banci sapa ni? kalau banci orang yg tgh lepak2 tak tentu pasal tu mungkin laa.. tp tgklah masa book fair.. penuh sesak pengunjung.. mana pula pembanci nak membanci kat situ kan? kena lenyek plak.. hehehe

apapun, saya kira, kiraan yg menunjukkan rakyat m'sia kurang membaca tu kurang tepat.. oleh itu selamat maju jaya para pembaca malaysia..

[ Last edited by StellaSakuragi at 4-1-2006 05:04 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2006 09:40 PM | Show all posts

Reply #13 StellaSakuragi's post

true...tp itu kat bandar....how bout sub-urb nyer area......u tak pernah gi saner lg kan?

i think kiter read less, comparably ngan other countries la.....maser g london arituh, and kat dublin ni pun, kalu kat dalam bas and tube/luas... dlm 10 org yg u jumper, at least 2-3 ppl mesti tgh pegang buku...bukan mags....but real books...yg tebal....kalu tak pun, i rili found out that they like to do the crossword puzzless....

can u find that in m'sia? :hmm:

[ Last edited by raeshad at 4-1-2006 09:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 08:18 AM | Show all posts
Originally posted by StellaSakuragi at 4/1/06 04:58 PM
kalau banci orang yg tgh lepak2 tak tentu pasal tu mungkin laa.. tp tgklah masa book fair.. penuh sesak pengunjung.. mana pula pembanci nak membanci kat situ kan? kena lenyek plak.. hehehe

apapun, saya kira, kiraan yg menunjukkan rakyat m'sia kurang membaca tu kurang tepat.. oleh itu selamat maju jaya para pembaca malaysia..  


kiraan penduduk malaysia kurang membaca? that is so true.. as what raeshad said, budaya membaca di kalangan rakyat malaysia ni memang kurang.. kalu dok dalam lrt tu, aku rasa aku akan jumpa sorang atau 2 org je baca buku (inclusive of myself), pernah jumpa orang lain tgh buat soduku atau jawab kertas peperiksaan je.. yang lain, ignorance, even they stared at us when we were reading inside the lrt..

and if you compare it with book fair, maybe you havent been to pc fair crowd lagik, atau other fair rather than books.. you should see the number of people going to pc fair, mmg bersesak, nak masuk pun berhimpit.. i remembered last year, when i went for pc fair, i just bought the things i needed, no time to look around.. tapi bila ada book fair, siap boleh jalan sambil melegakan ototo di badan.. so what do u think? u should observe other fairs in msia and compare it with book fair, you will be shock at the numbers of people attending book fair, very small numbers compared to other fairs
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2006 11:33 AM | Show all posts

Reply #15 limau_nipis's post

firstly, u mean sudoku kan? not soduku rite?

and yes, jrg nmpk org baca kat lrt....s'kbr tu kengkadang ader la..ngan mags...but novels....:hmm:

pc fair? don remind me, mmg sesak ya amat......lautan manusia cam hapa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2006 01:13 PM | Show all posts
pemenang nobel prize buku dalam bahasa inggeris??...tak berapa betul sebab banyak dari bangsa dan bahasa lain...rabindranath tagore (india), naquib mahfouz (Mesir), gunther Grass (german), Elias cannetti (bulgaria), dan banyak lagi dari cina, jepun,  italy, portugal , israel dsb nya....

orang malaysia tak minat membaca??....ini statement betul pada am nya...
pada pendangan saya orang tak minat membaca kerana kita terdedah atau kenal dengan bacaan yang  kurang bermutu...

oleh itu kita kalaupun  mula nya minat nak membaca pun lambat laun akan rasa bosan....
kerana kita tak jumpa KUNCI RAHSIA buku2 yang boleh meningkatkan kemahuan kita untuk membaca...

masaalah nya 'buku yang berkualiti' tu agak subjektif....
setiap genre punyai buku2 berkualiti dan buku2 sampah...
masaalah nya bagaimana nak nilai yang mana kaca yang mana intan??....

bagi saya paling senang ia lah kita kena ada satu 'frame of reference'....
misal nya kalau kita nak tahu kualiti lukisan...kita kena banding  dengan yang ada dalam art museum/gallery...
kalau nak tahu pasal buku2...kita perlu tahu buku2 klasik dalam genre berkenaan...
misal nya sapa  penulis yang terkenal dan di anggap pakar atau ahli  dalam genre itu...atau baca review dari literary  magazines atau newpapers yang  berkualiti....

bagi saya dalam bab buku seram buku yang saya paling suka masih lagi  buku klasik "dracula' oleh bram stoker....

filem drakula yang paling baik bagi saya ia lah 'nosferatu' di arahkan oleh werner herzog dan di bintangi oleh klaus kinski sebagai dracula.... music nya pun seram...dari music klasik 'the ring' oleh wagner....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2006 03:55 PM | Show all posts
hmm.. maybe sbb saya g book fair masa weekend so tu yg sesak giler, kalau weekdays bleh kot legakan otot2.. .. pc fair? jgn citer laa.. psl buat pun 2-3 hari..  tu psl sesak

dear insankecil.. awak ke kinokuniya? x silap saya kinokuniya ni kalau buku BM dia ikut publisher yg paling glemer. tak silap pemerhatian saya lah.. sbb sebuah buku fantasi karangan penulis tempatan (yg akan saya ulas tak lama lagi) pada awalnya diaorg mintak 10 jer. Tapi habis sebelum launching. Dan mereka mintak 20 lagi, dan seterusnya (dorg tak sangka ramai rupanya peminat writer ni). sbb mereka mcm tak konfiden kalau buku tu publishernya kurang dikenali..

oleh itu, insan kecil, awak duduk area mana? sbb saya bleh cadangkan mph sunwaypyramid, bookstore dlm puduraya.. kedai buku minerva maybe ada..maybe (mcm pernah nampak kat situ)

anyway, nice of u guys, giving opinions on this.. hope buku yg saya cadangkan ni berbekas dalam hati..tersemat di naluri..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 01:51 AM | Show all posts

Reply #17 Greenbottle3's post

eii...i did a lit review on that......best buku tu...

this is where it all comes from - kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2006 01:53 AM | Show all posts
forgot to state - armenian flag...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.083791 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list