CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: StellaSakuragi

Horror Novels/Novel Seram

[Copy link]
 Author| Post time 26-11-2008 04:13 PM | Show all posts

Rahsia Agenda Alam Hitam II : Vamprha

Ruang Mengutuk
===========

AKu nak mengutuk MPH. Berako (berakar, loghat orang Muo) aku tunggu tapi takde sapa call. Lantas aku ke Ampang memberanikan diri ke Pekan Ilmu. Setibanya, baru kelihatan Van MPH. Hampeh, hampeh taik kucing. KOrng memang buat kejer lem***. Bos Pekan Ilmu kata, MPH lambat order. CILAKAK... Nasib baik aku tak ngaruk (loght Muo, dialek BK) kat situ, mbalik-balik van tu. :@

Ruang memuji
=========
Bos Pekan Ilmu bagi 30% off, siap suh tinggalkan no kontek kalo dorang ada stok Rahsia Agenda Alam Hitam : Kelahiran Mufrad. Aku angkat 2 :victory:  . Alang-alang. Bos tu bagi present buku himpunan cerpen "Nostalgia yang hilang: Mohamed Latiff Mohamed" tau...

*** Kat MPH mana nak dpt 30% off, siap bg present..

Ruang SInopsis
==========
Minta maaf jika sinopsis ni tak memadai. Saya ni baru jer beli tghari td.. g sana naik public transport lg.. so baru jer sampai page 50... BUku ni sambungan dari Kelahiran Mufrad...

Kalo dalam Kelahiran Mufrad, ada chapter Massurya g England, ternampak Juan Kilaninta... NI sambungan bagi pihak Juan Kilaninta, selepas dia ternampak Massurya. Dia kat England pasal ada meeting Alam Hitam.. Ni dia citer  pasal leluhur dia, yg jadik ketua kat sana. Then ada menyebut (hingga ms 50 yang saya baca ni) permata chakaral, pemimpin2 tertinggi alam hitam yang pelbagai bangsa dan dorangnyer dasar politik dan kuasa Alam HItam. Cerita pasal origin Juan Kilaninta, dan tujuan kenapa dia mengembara ke serata benua.. sbb dia mencari permata Chakaral untuk menghidupkan Utopia Alam Hitam.

Kalo dari segi sejarah, kan pesalah dan hamba2 Eropah dibawa ke Amerika kan? Kat sini di ceritakan mereka di bawa ke satu pulau, di brainwash hingga menjadi Binatang bertopengkan manusia.. Diceritakan bagaimana proses ini dijalankan.. I guess Anne Rice pun tadak camni...(Forgive me if I'm wrong).

perancangan Alam Hitam amat dasyat.cuba baca petikan ni:

"...Ya, mungkin para alim dan penentang itu mampu melihat siapa diri mereka yang sebenar tetapi tidak manusia ramai. Yang perlu hanya sedikit cetusan fahaman yang mengelirukan dari kalangan mereka sendiri untuk meminggirkan para alim. Sosiopolitik yang akan menyusup dari jurang kosong dan membina struktur berwajah baru di tengah-tengah mereka dan dengan itu masyarakat terpaksa bermula semula dari bawah...

      "Di mana kerangka gagasan telah tersedia untuk mengambil tempatnya,"ujar Juan Kilaninta "

ms 38, perenggan 2-3.

ngerikan rancangan mereka..? I mean it was a smart plan.

Saya juga suka cara pengolahan Zehann, seolah2 membaca mahakarya Inggeris, tapi dalam Bahasa Ibunda kita.

Baru jer page 50, maaf, tiada ulasan lagi... saya harus kembali

***Awas peminat2 Anne Rice.. saya baru jer baca sampai page 50... tapi, ASYIKKKKK sekali.... penantian ini amatlah berbaloi.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2008 08:07 PM | Show all posts

Balas #101 StellaSakuragi\ catat

waaahhhh... stella dah dpt? zorroe dah order terus dari pekan ilmu.
belum smpai lagi...
tak sabar nak baca ni...
tak sabar rasenye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2008 03:53 PM | Show all posts
  huwaaaaaaa.. dah abis dah baca Vamprha..... BEST.. memang gilernye best....

mengikut pengamatan saya, takde lagi sambungannya,.. sbb Masurya berjaya membunuh Penguasa Alam HItam yang terawal.. ini, mcm untuk memulihkan sumpahan ke atas dirinya.. then dia jadikk org tua.. nhuhuhu....

Tapi, ada jugak tanda tanya.. macam Datuk dia (seorang penguasa Alam HItam di India) seolah redha dengan nasib dirinya.. siap bagi info pd Masurya..tolong dia utk bunuh Juan Kilaninta, maybe dia ada rasa kasih kepada Masurya, kan dia cucu... Perghhh.. memang best..sebab Zehann tak menekankan sangat.. but scene ni amat mengesankan. MAsurya ada peminat? siapa dia? hehehehe Rahsia laa....

Susunan peristiwa menarik... terasa tak ingin menghabiskan bacaan.. tetapi akhirnya terpaksa merelakan   walau tidak ikhlas...

Nak ceritakan sinopsis.. tapi... rasa biarlah dulu.. sbb nak ulang 2nd round.. yosh.. stay up mlm ni..

TApi, saya ceritakan lah background2 cerita...
1. sambungan dari pertembungan MAsurya dan Juan Kilaninta di Westminster, Juan Kilaninta pergi ke mesyuart agung Alam Hitam.. Well, pertemuan ni macam ala2 ANne Rice laa, ada party2, ada vampire2 dan kuncu2 Alam Hitam...
2. Kisah orang yang di brainwash kat istana mana tah untuk di rekrut jd pengikut ALam Hitam.
3. Pengembaran MAsurya atas kapal untuk balik ke nusantara. ala2 Pirates of carribean laa ni.. huhuhu...
4. Pengembaraan Masurya di India.
5. Masurya membunuh Ketua Penguasa ALm Hitam di London
6. PArt ni paling tak best.. laju sangat.. sbb ni kan ringkasan apa berlaku pd MAsurya selepas itu. Offer oleh Pendeta untuk dia naik takhta ALam Hitam yang kosong.

TAMAT...

huhuhu.. Hope there are more, but nampaknya aku terpaksa mengucapkan sayonara kepada MAsurya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 11:27 PM | Show all posts
Nampaknya Pekan Ilmu Publications semakin dikenali.

ni zorroe baru terpandang blog pekan ilmu yang baru tak beberapa hari ditubuhkan.
ada beberapa buku dari Pekan Ilmu yang diiklankan di situ.
nak pesan buku pun boleh rasenye.
y dont u guys check it out. http://mekmulong.blogspot.com/
... mane la tahu kut kut ade lagi terbitan Pekan Ilmu bergenre seram yang menarik utk kita semua buat koleksi.

[ Last edited by  zorroe at 29-11-2008 11:39 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 08:44 PM | Show all posts
nak cr jgk la RAAH... bosan gak asyk bace novel jiwang jek...
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 10:48 AM | Show all posts
Review RAAH II : Vamphra



Cerita ini bermula dari kesinambungan Massurya Syah yang meneruskan perjalanan ke England untuk mencari beberapa helai lembaran dari kitab hitam yang hilang. Perjalanan pulang dengan menumpang kapal Blue Spirit menyusuri Sungai Thames telah menemukan sekali lagi Juan Kilaninta dengan Massurya Syah. Dari situ Juan Kilaninta mengetahui bahawa Massurya Syah adalah musuh utama. Di dalam novel ini lalu diceritakan kehebatan Juan Kilaninta sebagai Jeneral tertinggi Alam Hitam yang ditakuti berjumpa dengan Pendeta (pengasas Alam Hitam) di sebuah kastil (castle) tersembunyi bersama ahli penguasa Alam Hitam yang lain yang dipanggil Vamprha. Juan Kilaninta diberi kepercayaan untuk menghapuskan datuknya sendiri Mahadiwa Rakshasha penguasa Alam Hitam di benua Sindhu dan mengambilalih jajahan takluknya.

Pengembaraan Massurya Syah dengan kapal Blue Spirit ke St Helena telah melalui
berbagai rintangan dan kejadian pelik. Namun yang membuat hati saya tersentuh ialah di saat Massurya Syah menunaikan ibadah solatdi pulau terpencil Pulau Ascension dengan begitu khusyuk sekali.Seolah-olah saya juga dapat merasa kelazatan solat yang khusyuk yangdikerjakan itu.
Setelah sampai di St Helena, Massurya Syah berjumpa pula dengan Tegoh Kisumanari lalu menolong lelaki itu membebaskan saudara-saudaranya yang ditawan oleh Marquis de Bullwinkle untuk dijadikan hamba abdi.Rupa-rupanya Marquis de Bullwinkle ini adalah salah seorang kuncu Alam Hitam yang boleh berupa sebagai serigala jadian. Pertempuran pun berlaku dan seperti yang sudah-sudah, Massurya Syah tetap tenang dan dengan mudah saja musuhnya ditumbangkan.

Di kalangan hamba abdi yang berjaya diselamatkan, adalah seorang India tua yang bernama Rappu Lal mengucapkan terima kasih dan terhutang nyawa pada Massurya Syah. Rappu Lal mendakwa mengetahui beberapa perkara yang terdapat di dalam kitab hitam dan boleh membantu Massurya Syah mencari tempat-tempat tersebut.

Sampai di Bombay, Massurya Syah dan Rappu Lal mencari seorang alim bernama Sheikh Ali Sharmani Al-Waliddin. Di madrasah, Sheikh alim itu telah memberikan Massurya Syah sebuah bungkusan yang diamanatkan oleh arwahgurunya terdahulu. Di permukaan bungkusan tersebut tertera bait-baittersebut;


'Wahai saudaraku, ketahuilah pemegang rahsia ketujuh itu tertakluk kepada prilaku, apabila kuasa dan ilmu itu menyatu, hanya Iman menjadi penentu, antara Dia dan aku, antara Khalik dan dewa palsu. Empunya diri mengenali akan urusannya akan yang hak pulang ke asal, bagai rohkembali ke sang Penciptanya.'

Perjalanan Massurya Syah teruskan dan kali ini dengan ditemani oleh Ibrahim dan Rappu Lal.  Di dalam perjalanan itu Massurya Syah telah menyelamatkan seorang anak raja benama Rajhi Khan dari menjadi mangsa serangan serigala jadian. Massurya Syah bersepakat pula untuk menolong anak raja tersebut menyelamatkan rakyat-rakyat terutama kekasih anak raja tersebut yang telah diculik oleh kuncu-kuncu Mavendhra Sharmauntuk dijadikan 'hamba'.

Tiba di Khanapur Massurya Syah dibawa bertemu dengan permaisuri Indrani Bashirshah yang pula menceritakan satu rahsia tersembunyi. Massurya Syah bersetuju menolong Indrani merungkaikan rahsia tersebut lalu terus bertolak ke Ajmer bagi mengkaji peta gamb
arajah kertas papirus di dalam bungkusan yang diberi oleh Sheikh Ali Sharmani.Di sana Ahmed Newar telah menunjukkan kepada Massurya Syah sebuah kitab usang dahulu kala yang mencerita dan menerangkan tentang peperangan daiwa sehingga terhumban ke dalam Alam Hitam.

Perjalananke Srinagar untuk sampai ke Gua Seribu Bintang dan Istana Bayangan Kalbu telah menemukan Massurya Syah dengan Mahaseetha, Ratu Sangular,anak kepada Mahadiwa, penguasa Alam Hitam di bumi Sindhu.

Ini adalah petikan dari novel tatkala Mahaseetha sedang mengamati Massurya Syah:

Merenung ke dalam matanya, Mahaseetha dapat merasakan penderitaannya sejak dari kelahiran. Perjalanannya yang aneh dan tersisih. Terdapat kesucian yang tak dimengertikan menetap di makam jiwanya. Tenaga dan kuasanya sangat seimbang dan murni. Kegagahannya terserlah dari fikiran yang terang.Untuk pertama kali, Mahaseetha telah jatuh cinta!

Tujuh bab terakhir adalah kemuncak kepada cerita ini. Membuatkan saya membacanya dengan laju sekali. Kesilapan dan kegelojohan Juan Kilaninta ingin membunuh datu
knya Mahadiwa mengundang padah untuk dirinya sendiri. Malah Mahadiwa telah terdahulu mengetahui akan kedatangan Juan Kilaninta ke istana candinya telah bersiap sedia dengan tipu helah. Disangkakan Mahadiwa telah mati, Juan Kilaninta beralih untuk menentang Massurya Syah pula sebaik saja Massurya Syah sampai. Setelah mengetahui akan Mahadiwa yang masih hidup maka di sinilah pertempuran paling hebat berlaku di antara Juan dan Massurya. Juan Kilaninta melakukan penjelmaan harimau jadian dan kemudian bertukar pula kepada kelawar jadian (vamprha). Begitu juga dengan Massurya Syah.

Setelah kekalahan Juan Kilaninta di tangan Massurya Syah, Mahadiwa telah memberitahu kepada Massurya akan perihal Maha Phra Sangkhawat atau TheDark Doyen. Dia adalah penguasa yang paling berkuasa di dalam AlamHitam Eropah yang harus dicari Massurya Syah di kota London.

Melalui Baron Lestarde, Massurya telah dapat menjumpai kastil tempat The DarkDoyen bersembunyi. Massurya Syah dibantu oleh Mahaseetha yang tiba lebih awal bagi menuntut bela di atas kematian ayahnya Mahadiwa. Kedatangan mereka telah diketahui dan ditunggu oleh The Dark Doyen di suatu kawasan yang tersembunyi. Pertempuran hebat juga berlaku di sini di mana Massurya Syah sekali lagi telah bertukar menjadi harimau jadian untuk berlawan dengan serigala jadian, kuncu-kuncu The Dark Doyen. Dikala itu Mahaseetha pula telah menunda serangan The Dark Doyen ke atasMassurya Syah dengan menggunakan kuasanya sebagai Ratu Sangular. Namun Mahaseetha tidak dapat bertahan lama.

Setelah dapat membunuh The Dark Doyen dan segala-galanya berakhir Massurya Syah telah kembali ke Lubuk Gua di Tanah Melayu.

..........................................................................................................

Hmmm... Apa lagi yang boleh dikatakan tentang novel ini.. suatu perjalanan yang jauh.

Novel ini adalah kesinambungan dari Novel RAAH Kelahiran Mufrad. Membaca novel ini adalah seperti membaca novel seram inggeris Anne Rice tetapi di dalam bahasa Melayu dan heronya pun orang Melayu. Malah saya merase ianya lebih hebat dari karya Anne Rice (ini pendapat peribadi saya). Bila sudah mula membaca, payah untuk saya meletakkan buku ini. Dan semasa tidak membaca, saya akan terbawa-bawa untuk berfikir dan tidak sabar untuk ingin mengetahui kisah selanjutnya.

Berlatar belakangkan pengembaraan ala-ala Clash Of The Titans dan The 7th Voyageof Sinbad, penuh dengan muslihat dan teka-teki, dengan alunan bahasa yang membuatkan pembaca turut sama tenggelam di alam penceritaan dan memikir apakah jawaban pada setiap persoalan.

Satu hal.... seperti Mahaseetha, saya juga pasti akan jatuh cinta kepada Massurya Syah yang mempunyai perwatakan yang gagah perkasa tetapi pendiam dan pemikir serta alim. Malah saya merasa sedikit cemburu apabila penulis menggarapkan watak Leela yang menyimpan perasaan terhadap Massurya Syah lalu cuba menarik perhatiannya.

Pendapat saya jalan cerita akan jadi lebih menarik kalau penulis membuat sedikit lakaran atau gambarajah tentang peta papirus, vamprha, candi dan kastil yang diceritakan di dalam novel ini supaya pembaca mendapat gambaran yang lebih jelas.

Apa-apa pun syabas dan tahniah diucapkan kepada penulis kerana sekali lagi berjaya menghasilkan sebuah karya yang berlainan dan sangat menarik.

Kepada yang berminat untuk memiliki novel mantap ini, anda boleh membuat pesanan terus di website Pekan Ilmu Publications Sdn Bhd.



petikan dari blog zorroe juga ni - Mimpi Yang Indah

[ Last edited by  zorroe at 14-12-2008 11:32 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-12-2008 01:26 AM | Show all posts
memang best kan.. nice review zorroe :handshake: 5 bintang...

akhirnya, ada yg sependapat dgn saya yg citer ni lg best dr Anne Rice.. yieeha...:victory: peminat Anne rice, jgn mare nnt kena jual... hehehehe..alaa.. sbb pd saya, kelebihan zahann dalam RAAH, dia bleh bercerita mcm Anne Ricenyer background, dan bercerita mcm org melayunyer background, india lagi..so, kalo Anne Rice dpt A, zehann dapat laa A++...kan?

nnt next year, ada harapan x utk peminat zehann bertemunya di book signing session ? huhuhu... hopefully karya zehann seterusnya sehebat RAAH dan gapura..

gapura pun best gak.. bahasa dialognya stunningly harsh... dialog street yg dark... yg kalau org yg not in that world, takkan guna bahasa tu.. then again, plot menarik, penekanan pd antagonis... takdek kissah cinta leleh2 ni... sbb apa yg penulis cuba tonjolkan, BESAR RAHMAT ALLAH tu... walau org tu dah sekotor sejahat mana pun, boleh bertaubat.. bukan cam citer BUjang SEnang: Legenda sebuah cinta oleh dr. IDris Boi(tak perlu saya huraikan kemenyesalan saya membelinya sbb dah citer dlm topik buku nyesal beli)

kepada peminat cerita seram yg bukan mcm Tamar JAlis, saya menyarankan RAAH.. mmg tak rugi..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2008 04:15 PM | Show all posts
macam best je novel nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2008 11:45 PM | Show all posts
Originally posted by StellaSakuragi at 20-12-2008 01:26 AM
memang best kan.. nice review zorroe :handshake: 5 bintang...

akhirnya, ada yg sependapat dgn saya yg citer ni lg best dr Anne Rice.. yieeha...:victory: peminat Anne rice, jgn  ...


hehehe..thank u, stella.
sebenarnya thanks byk2 to you, stella sbb you la yang rekomen habis2 pasal novel ni.
daripada RAAH Kelahiran Mufrad sampai ke RAAH Vamprha.

semase membuat review ni saya baru khatam membacanya 2 kali.
baca sekali rasa mcm tak puas kerana tak percaya kisah ni sudah tamat di sini. huuhhh.... sedih pun ada..

belum ada penulis novel melayu yang berjaya menghasilkan novel sebegini...(rasanya mmg takde, kan?)
ini adalah satu pembaharuan dan kelainan di dalam arena penulisan novel melayu..
yg membanggakan lagi ialah cerita ini ditulis dengan begitu menarik dan sempurna..
penceritaannya padat dan tidak meleret-leret, berjaya menyingkap dan menghidupkan setiap situasi dengan berkesan
supaya pembaca mendpt gambaran yang jelas utk setiap adegan.
saya rase penulis ni memang berminat tentang epik dan horror kerana saya rasa mmg susah untuk menghidupkan sesuatu adegan pertarungan antara harimau jadian dengan serigala jadian, lepas tu boleh melayang pula dan bertukar menjadi vampire disusuli dengan adegan sangular berlawan magik dengan The Dark Doyen... semua ini adalah adegan fantasi yang tidak wujud dan tak pernah kita lihat atau alami.
penulis perlu banyak buat homework dan membaca buku-buku berkenaan dengan vampire, binatang jadian dan juga buku2 pelayaran untuk mereka sebuah jalan cerita yang realistik sebegini.

yupp... saya pun kasi A++++ untuk novel ini.

kengkadang saya terfikir....  penulis novel ni  seorang  vampire ke?.... harimau jadian ke?..hehehe...

[ Last edited by  zorroe at 21-12-2008 12:09 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2008 09:40 AM | Show all posts

Balas #108 komicat\ catat

dear komicat... memang best.. sbb tu saya tak segan nak rekemen kat ramai kawan2 dan forumers kat sini...


btw, zehann juga dah ada blog... saya pun baru jer tau.. hehehe thanx to zorroe yg menglinkkan blognya ke blog zehann.. walaupun blog ni baru, hope peminat2 zehann dapat drop by utk amik tau perkembangan zehann seterusnya,

blog>> http://alrakhie.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 01:10 AM | Show all posts
hoooye!
me & stella dpt jumpa Zehann secara fce to face td.
Salute to Zehann yg sanggup turun dari Jerantut dan tpaksa tinggalkan umah tanpa guardian.
hhahahaah! mmg cool mamat nie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2009 06:09 PM | Show all posts
Ye Attokz dan saya telah bertemu dengan Zehann.. Nak tahu Zehann camne? hehehe sebijik mcm Man Jai, cover Gapura.. hehehe so, agenda alam duniawi saya semalam telah berjaya! hoorayy!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 09:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by qeqaxitu_83 at 27-8-2009 21:31

Aku ni memang peminat novel seram/horror...kat sini aku nak rekemenkan beberap buah novel seram yang pernah aku baca untuk tahun 2009 ni..kiranya kalau baca tgh malam tu bleh naik bulu roma jugakla..

Kenapalah penulis kat Malaysia ni kurang sangat hasilkan cerita seram..asyik2 cinta je..huh!



Tajuk Novel : Rasuk
Karya : Zira Safiya
Penerbit : Buku Prima
Terbitan : 2009
Halaman : 604 mukasurat
Harga : rm19.90

" Kadang-kadang kita buat pilihan bukan kerana kita tahu sepatutnya siapa tetapi kerana kita memilih yang tiba dahulu. Tak ada sesiapa dapat cakap memang inilah orangnya kerana tidak mungkin kita dapat tahu liku-liku yang terbentang di depan kita. Maka kita memilih di antara mereka yang jua memilih kita. Kerana kita takkan tahu bila yang seterusnya akan datang..."

"Langkah mayat i dulu sebelum dia boleh tinggalkan i," nada Nurlisa semakin bersungguh.

"Parah tu. Ini dah kes angau betul." Shira tertawa.

"Shira, kalau i tak dapat dia, biar semua tak dapat.. " Berdendam nada Nurlisa.

Kemudian Haikal terlihat sesuatu yang aneh. Berderau darahnya. Terkejut. Buat sesaat, matanya telah mempermainkannya lagi. Buat sesaat, dia ternampak seseorang menghampiri ibunya. Ibunya yang kini keseorang di dalam rumah. Dan seseorang itu berdiri di belakang ibunya. Berdiri rapat... Sedikit menyendeng. Seakan tersandar.

"Dia bukan dia," bisik Julia pada dirinya.
"Apa?"
"Dia dah lain.. bukan dia lagi.." Julia termangu memikirkan situasi yang dihadapi Haikal. "Kena rasuk..."





Tajuk Novel : Pewaris Senja - Bahagian 1
Karya : Remy Ikmal
Penerbit : Karnadya
Terbitan : 2008
Halaman : 242 mukasurat
Harga : rm15.90


Manusia adalah khalifah di muka bumi ini.Tidak hairanlah jika ada makhluk lain yang menumpang di bumi ini akan menganggu dan seterusnya menyesatkan manusia yang dianggap sebagai permainannya..

“Akan kutuntut sepuluh keturunan warismu..itu janjiku dengan nenek moyangmu..!!”

Fuad terpaksa mengharungi hidupnya.Walaupun berdampingan dengan ‘pewaris’ keluarganya sejak turun temurun, Fuad tetap mencuba untuk menghapuskannya.Perkahwinannya dengan Raihana adalah langkah terbaik untuk menjaga Raihana daripada terus diganggu.

“..sehebat mana pun kuasa makhluk di dunia ini..tiada lagi kuasa yang sehebat dari-Nya..”

Fuad mengharapkan segala-galanya berakhir.Dia ingin hidup tenang dan bahagia bersama Raihana.Biarlah kisah terdahulu luput.Dia tetap laluinya.Sesungguhnya cubaan serta dugaan dapat menguji keimanan seseorang…Hanya keimanan menangkis segala kesesatan..mudah-mudahan…Amin..




Tajuk Novel : Pewaris Senja Bahagian II
Karya : Remy Ikmal
Penerbit : KarnaDya
Terbitan : 2009
Halaman : 265 mukasurat
Harga : rm 16.90

Fuad terpaksa merahsiakan dariapda pengetahuan isterinya, Raihana tentang 'pewaris' yang berada dalam keturunan dia dan Pak Ngah Ghani yang semakin menjadi-jadi. Kini 'dia' mula menjelma menuntut perjanjiannya. Anak kembar lelakinya pula menjadi mangsa. Fuad dan Pak Ngah Ghani semakin bingung.

Semenjak kedua anak kembar Fuad dibawa balik ke rumah, pelbagai peristiwa aneh telah berlaku. Mustahil seorang bayi kecil yang masih belum berusia sebulan mampu berkata-kata dan melampiaskan amarahnya!

'Pewaris' terus membuat onarnya. Rahsia yang disimpan oleh Fuad dan Pak Ngah Ghani terbongkar juga akhirnya. Misteri yang selama ini menghantui kehidupan mereka semakin menggila. Tiada siapa yang dapat membantu. 'Pewaris' itu tetap mahukan haknya!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2009 09:32 PM | Show all posts
Ada sesiapa yang pernah baca novel seram yg aku publishkan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 03:07 AM | Show all posts
keep on posting tajuk2 buku genre seram from local author
tp make sure best nyer la ...
bile nampak thread nie baru teringat zehan ur rakhie ...
trus email cs MPH .. tanya buku vamphra masih ada ke idak
pelik la buku genre seram xde sgt kat malaysia
cite cintan cintun bersepah ....
sume pakat baca n khayal cam kene injek dadah
buku cinta x memberangsangkan minda langsung

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 11:00 AM | Show all posts
115# fly_in_d_sky
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2009 11:02 AM | Show all posts
utk tahun ni hanya 3 buah buku tu sajalaj yang betul2 seram bagi aku..

yg lain tu belum menarik minat aku lagi la...

so aku rekemenkan dulu novel ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 11:41 AM | Show all posts
buku yg u rekemen tu ada kat bookstore mane?
MPH? Popular? The Times? Kinokunya?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2009 04:08 PM | Show all posts
Masa saya beli kat MPH pun ada..

Kat POPULAR pun ada gak...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2009 01:26 PM | Show all posts
119# qeqaxitu_83

ye ke?
leh la fly memburu cite seram ...
thanks for the info .......
oh yer .. fly ada email kat zehan
rega buku rm 25 plus kos hantar plus ada sign zehan ...
kene byr dulu kat acc maybank dia then sertakan email dia
then baru dia antar buku tu

x sabar nak baca RAAH 2 : Vamphra
kat mph midvalley ada 1 copy
ntah2 yg x elok nyer .......
tensen tul .........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.067976 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list