CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: audioslavefan

Pengalaman bersama dng seseorg sebelum mereka arwah

  [Copy link]
Post time 18-7-2006 12:03 AM | Show all posts
sedih... memang sedih... aku pun sebak dengar cerita korang semua.... semoga Allahyarham & Allahyarhammah keluarga dan sahabat handai kita di cucuri rahmat dari Allah...

ni kisah aku dgn arwah kawan aku... arwah yusuf... dia dgn aku dan team mates (aku & the gang ada tubuhkan group suka2) mcm dah jadi satu keluarga.. senang cerita macam adik beradik... aku sama2 kerja dgn arwah.. seminggu sebelum dia meninggal dia slalu main camera telepon aku amik2 gambar dia then dia snap gmbr aku tgh lentok kat bahu dia then dia delete... aku tanya kat dia kenapa delete gmbr tu then dia tanya semula kat aku.. la, ko nak simpan ke gmbr tu (dgn senyuman).... dia snap skali lg gmbr mcm yg first tadi then dia kata kat aku suruh simpan gmbr tu elok2 dlm phone... selang 2-3 hari pastu dia senyap je.. ayah aku datang kat tmpt keje aku slalunya dia borak2 ngan ayah aku tapi hari tu dia senyap je... ayah aku tanya sepuluh dia jwb sepatah...

yang buat aku sedih petang sebelum dia meninggal tu kitorang sempat makan maggi cup sama2 sebab kitorang takleh balik rehat... kitorang bancuh sama2 tapi makan berasing... dia meninggal xciden kereta... al-fatihah buat arwah yusuf....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2006 08:19 AM | Show all posts
cinderela..
mmg kena ayat `sehidup semati` pada arwah mak dan ayah cin.. alfatihah

keecap_kacip
mmg sedih kehilangan kawan terdekat.. cedihnye.. semoga keecap tabah.. alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 12:59 AM | Show all posts
Nie cerita garf plak. X-boyfriend garf dulu sebelum dia meninggal mmg banyak sgt perubahan dia.Cuma kita tak perasan ajer.Arwah mmg baik sangat dan penyayang.2 minggu sebelum meninggal dia datang tempat kerja garf.Kami berbual dan dia nasihatkan garf jaga diri baik-baik. Masa tu tak rasa apa-apa.Lagipun dia pun sibuk dengan kerja.Sehari sebelum dia meninggal, dia call. Bila tanya kenapa lama dah tak call.B'coz after jumpa tu dia terus mendiamkan diri. Dia jawab, biasa-biasakan diri tu, lepas nie dia takkan call lagi. Bila tanya kenapa, soalan tu tergantung macam tu ajer.Esoknya dapat panggilan dia meninggal. Accident.

Masa kat hospital mak dia bercerita yang dia selalu suruh mak dia masak untuk bekalan dia untuk ke tempat kerja.Dia tak nak makan masakan orang lain. Kebetulan sehari sebelum dia meninggal dia pergi jumpa kawan-kawan dia di N9.Dia pesan kat mak dia, dia tak balik. Mak dia ingat dia bermalam di sana. Rupanya lain jadinya.Kawan-kawan dia di N9 tu pula bercerita yang dia nak sangat jumpa semua kawan-kawan dia.

Al-fatihah untuk arwah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

aturcara This user has been deleted
Post time 19-7-2006 08:35 AM | Show all posts
Hmmm.....kita pun tak sempat tengok wajah ibu kesayangan kita masa dia meninggal pada 24/4/2006..kita ade kat KL..arwah kat KT..sebelum tu dah seminggu kita balik masa dia masuk wad...jadinye kita balik ke KL..masa hari dia keluar wad ..kita ingatkan dia akan pulih..memang arwah mengidap barah tiroid..dan juga ade la terkena buatan org sikit...pastu kita tak balik minggu tu kebetulan hubby dan anak tak sihat..dia tak larat nak drive..jadinye bila diaorang kata mak tenat tu hari ahad 23/4..kita tak dapat nak balik masa tu..yela kan macam2 benda berlaku..dengan hubby sibuk la masa tu.last2 hari isnin abang telefon mak dah tenat..suruh kita balik..kita masa tu macam org dah tak tentu arah kat opis..yela nak balik ngan kereta dah tak sempat..jauh 8 jam...nak cari tiket flight penerbangan paling last kul 4:30 mana sempat..last2 carik air asia tu pun tahu mak meninggal masa sibuk2 cari tiket kat KL sentral..mcm nak meraung kat situ..tapi tula tak dapat tahan air mata ..menangis jugak kat KL sentral tu...dah tak larat nak buat apa dah...mujur dapat flight malam tu...semua org cakap yang arwah mak tunggu jugak kita balik masa tu...dia macam tercari2 kita tak de...nak buat camne kan..jauh...tu la menyesal sangat kerja jauh2 ni.bila jadi hal2 macam ni.tapi nak buat camne...rezeki tak de kat tempat sendiri...sekarang ni rasa lonely sangat2 sebab walaupun ade hubby , ada anak2..ayah still lagi ade..tapi kita terlalu rapat ngan arwah..dahla kita anak bongsu...bila ade masalah je refer arwah...tapi sekarang ni tak tahu nak ngadu kat sapa...walaupun ade hubby tapi kalau bab2 tertentu lebih selesa ngan arwah...hmmm...semoga roh arwah dicucuri rahmat ...sayang mak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2006 09:00 AM | Show all posts
al-fatihah
mmg sedih tambah2 mak bapak kita yg meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 10:01 AM | Show all posts
Originally posted by cinderlela at 17-7-2006 17:04
sebak gak Cin baca citer korang semer, Cin pun ada kenangan yg Cin tak bleh lupakan sampai bila2..

Mak dan abah cin diibaratkan mcm merpati 2 sejoli, kemana saja berdua.. ke kedai berdua, ke pas ...

semoga roh mrk dicucuri rahmat allah...:pray:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2006 12:42 PM | Show all posts
aku pun sedih gak ni.  masa mak aku meninggal dulu pun aku tak sempat nak ngadap.  tp masa on the way balik tu....zap.....terdetik dlm hati kata mak dah takde.  tak tau la camne nak explain.  sampai rumah tak leh nak kata apa2, bpk aku peluk aku menangis.  aku dah lemah longlai. last2 bpk aku yg pengsan.  terbalik. aku pulak dah kuat kan semangat.  

cuma masa saat2 akhir ngan arwah mak aku masa tu cuti sem.  sehari sebelum balik itm dia demam, sesak nafas tak leh tido.  aku tido ngan dia.  kejap2 kang dia terbgn.  aku pun tak leh nak tido tgk kan dia cam tu. kira tido2 ayam lah.  the next day nak balik itm, masa salam dia aku tgk muka dia sayu sgt. (ishhh....sedih lak)  tp iyelah kan kita ni manusia biasa mana tau apa maksud ekspresi muka dia tu.  lagi sedih masa aku menapak keluar aku toleh belakang tgk dia kat muka pintu........boleh terbayang lagi ni.  rupa2nya itu lah renungan terakhir dia untuk aku.......walo dah 11 tahun aku tetap tak leh lupa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2006 01:47 PM | Show all posts
sob sob cedihnye dengo cite pasal mak org lain meninggal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 08:29 PM | Show all posts
Arwah kakak sebelum dia koma, dia tenung je muka leona.  Masa tu dia dah tak dpt bercakap.  Tapi dia mcm nak ckp sesuatu pada leona. Mlm tu dia koma dan ptg esoknya arwah meninggal.  Jenazah arwah senyum dan tenang. Kakak.... i miss you so much....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2006 08:52 PM | Show all posts
arwah akak leona sakit apa?
al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 11:56 PM | Show all posts
Garf pun masa arwah bapa meninggal tak sempat mengadap.Dia meninggal di hospital. Waktu tu mak garf ajer ngan dia. Waktu dia nazak azan Suboh tengah berkumandang.
Sepanjang arwah di hospital, kami adik beradik sentiasa ler bersama dia. 2 hari sebelum meninggal tu dia teringin sangat balik ke rumah. Kami bawa dia balik, duduk rumah sehari ajer. Esoknya kami hantar dia semula ke hospital.Abang-abang pun terus balik ke KL. Tinggal garf ngan adik-adik di rumah.Mak jaga arwah di hospital.Malam tu cousin garf ajak gi hospital.Tapi kami tunggu-tunggu dia tak muncul-muncul.Esoknya pagi-pagi dapat berita bapa garf meninggal. Baru cousin garf beritahu entah kenapa malam sebelum tu dia mengantuk sangat dan tertidur awal. Dan mak garf cakap sepanjang malam tu bapa garf asyik sebut nama kami ajer. Dia kata kami dah sampai tapi kenapa tak naik-naik jumpa dia.Sampai hari ni garf terkilan. Lepas dia meninggal tu hampir sebulan garf demam, rindu kat dia. Garf memang  rapat ngan arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 04:52 PM | Show all posts
arwah kakak kite meninggal masa kite dajah 5..sblom dia meninggal byk perkara pelik..dia nk amik gambar pasport ..dia mintak nak pakai baju mak..padahal dia pakai tudung labuh..x nampak pon kalai nak dikira..bila dia g amik gamba..dia cuci 30 keping..bila mak tanya dia cakp..senang pasni..x yah cuci dah..kakak kite dok asrama..kat skolah kan tak bai pakai brg kemas..skali dia g merayu2 ngan mitak nak pakai gelang..skali x dpt..dia mitak balik..ms smpai rumah..belari2 dia pg carik gelang nak pakai...sbulan pastu dia meningal
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2006 03:59 PM | Show all posts
hari ni 26 Juali 2006. pagi tadi lebih kurang 9.30 pagi dengar berita bahawa Hani mohsin , bekas suami
Tiara Jacquelina dah pergi mengadap illahi. dia meninggal sebab serangan jantung. sebelum tu sihat jer. dia meninggal anak perempuan dia ada dengan dia. Dah Takdir

Life is fragile. dont takr things for granted
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 02:33 PM | Show all posts
sebak giler bace citer korang semua...
bergenang aje air mata nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2006 04:56 PM | Show all posts
al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 10:08 AM | Show all posts
fuh, berpeluh cari topik ni... ni Cub nak kongsi ngan korang ada sedikit info mengenai Tanda2 Hampirnya Kematian seseorang Islam

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM

( KURSUS PENYELENGGARAAN JENAZAH OLEH USTAZ ABDULLAH MAHMUD -KOR AGAMA TENTERA DARAT DI SURAU ANSAR, LORONG KIRI 5, JALAN DATUK KERAMAT, KUALA LUMPUR)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk engkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2006 12:05 PM | Show all posts
pengalaman aku lak...
kejadian ni berlaku lama dah...
ofismate aku (lelaki) sehari sebelum dia pergi buat selama2nya...
satu hari tu masa aku tengah buat keja dia dtg kat meja aku...
tengok muka aku lama2...aku pelik gak...tanya dia apasal ko tengok aku lain mcm tu...
renungan matanya sayu...tepat kat mata aku...(dia ni mmg jenis seuka menyakat org)
dia jawab...aku nak tengok muka ko lama2 nanti esok lusa tak dpt tengok lagi...
aku rasa tak sedap ati...terlintas gak kat ati aku...budak nih buang tebiat ke?

keesokkan harinya...aku dengar berita dia eksiden dgn keta masa naik moto beli rokok...
dia meninggal di tempat kejadian...kepala pecah.
aku bebetul terkejut...
baru semalam dia bercakap merepek ngan aku...aku sedih tul masa tu...

Alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 02:10 PM | Show all posts
ni pengalaman aku.. baru jek jd.. arwah atuk aku.. sebelum dia meninggal.. dia banyak cakap pasal aku.. tgk adik aku pun dia kata aku.. atuk aku di kampung (kedah).. aku lak kart kl... 2 minggu sebelum dia "pergi" dia selalu tanya pasal aku... nenek aku pun jd pelik..

seminggu sebelum dia 'pergi".. aku rasa pelik.. x sedap hati, badan aku menggeletar... aku dok pk benda apa nak jd neh..

seminggu lepas tuh dia pun tadakk.. time tuh aku dcc dia..
-----------------------------------------------------------------------
al-fatihah untuk semua kaum muslimin n muslimat yg dah meninggal dunia
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 09:38 AM | Show all posts
CUb nak kongsi pengalaman adi Cub lak..

adik aku ni minat sangat ngan moto, walaupon dah ada keta.. ditempat kerja , kwn2 pun suma minat ngan moto.. so derang sekawan(6 org) pakat beli moto Yamaha R6 rasanya.. kiranya klu weekend tu derang akan konvoi kemana2 la... kengkadang pegi keja suma naik moto...walaupon suma mereka ada keta sendiri.. abah Cub mmg dah bising la kat adik aku ni.. ibu Cub lak, dah tak terkata.. sbb Cub pun paham dgn adik cub ni.. minat dier ngan moto mmg dr kecik lagi...

1 day, kwn dier sound kat adik aku, ckp nak konvoi ramai2 ke KB, tp adik aku mls ikut..dier ckp, ari minggu tuh dier nak dating ngan gf..so kwn dier ni paksa gak adik aku,ckp kat adik aku, hari ahad tu jer la kali terahir dier naik moto dan konvoi ngan kwn2 sebab moto tu dah nak pindah milik..dia nak jual sebab nak kawin..sebelum hari tu tiba, pada hari jumaat, dier kol adik aku lagi, ckp dier tak jadi pegi konvoi sebab pembeli tu nak sangat moto tu..dier janji sebaik jer dpt duit moto, dier nak blanja adik aku kat tempat derang slalu lepak.. dier pesan kat adik aku supaya pesan kat kwn lain yg dier nak blanja drang mkn..tu pagi dlm pukul 10.. ptg dlm pukul 3, adik aku dpt kol yg kwn dier tuh  xcident dlm perjalanan nak hantar moto dier tu kat pembeli tersebut.. mati ditempat kejadian..berpunca dr  sebuah kreta kluar simpang tanpa menoleh kiri kanan,. sudahnya langgar arwah..mmg kesian la... sbb umur pun muda lagi..nak kahwin bulan 6, kejadian berlaku pada bulan 1 2004..  so adik aku n kwn2 dier la tolong uruskan jenazah arwah..derang tolong gali kubur...
yg paling berkesan kat adik aku, bila dier ckp, sebaik jer dpt duit moto, mlm tu dier nak blanja kawan2.. tp yg berlaku, mlm tu la derang makan kat majlis tahlil arwah tu.. Cub yg dengar berita waktu tu pun dah tak tau nak ckp apa.. speechless jer.. Cub yg langsung tak kenal arwah tu pun rasa marah kat pemandu kreta tu..kesilapan diri, org yg dpt musibah...
tak sampai 2 bulan kejadian tersebut, semua sekawan jual moto...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 10:58 AM | Show all posts
cian.. touching maa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.073688 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list