CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong

Rawatan: Senggugut atau sakit semasa haid

[Copy link]
Post time 10-12-2008 12:04 PM | Show all posts
Banyak brand supplement ni skrg. Ade yg makan ini berkesan ade yg makan itu berkesan. Terpulang pada masing2. Tapi for me, takut skit nak makan supplement sembarangan especially dah banyak kan supplements yg dah kena tarik balik sbb merbahaya etc. I pun penah kena dulu. So skrg ni i only makan supplements yg mmg i tau latar belakang dgn details and the quality. Luckily my medical and biological knowledge help eventhough i dont wanna be a doctor...hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2008 04:35 PM | Show all posts

Balas #22 neomorpheus\ catat

OK ke? skang ni aku ade amek EPO..
Kalau suplement nie cam takot skek nak makan takot sel badan tak serasi kan kang penyakit laen lak tiba..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 05:53 PM | Show all posts
Kalau u amik supplement yg betul2 natural and organic, should be no problem to your body cells. Masalahnye kalau amik supplement sembarangan yg sintetik, itu yg tak bagus. Yg kat pharmacy or yg harga murah2 skit tu mostly are sintetik punye supplement.

Yg i amalkan sekarang ni are all organic and natural supplements. Ada yg mengambil masa bertahun2 utk dihasilkan. Tapi harga pun setanding lah ngn proses die hehe. But effective & worth the money that we spent.
Sama jugak dgn LD Venus tu fully menggunakan herbs2 ramuan tradisional cina. No chemicals. Dpt Anugerah pingat Emas in 1992 dlm Pameran Hasil Teknologi & Kepraktikalan Teknologi China and also dlm Pameran Produk Kegunaan Kanak-kanak dan Wanita Peringkat Kebangsaan China. Also Sijil Produk Cemerlang. Meaning sesuai utk kanak-kanak jugak so tak merbahaya langsung.
Antara Ramuan die:
1. Radix Angelicae Sinensis (Dang Gui)
2. Radix Codonopsis Pilosulae (Dang Shen)
3. Radix Galviae Miltiorrhizae (Dan Shen)
4. Herba Patriniae (Bai Jiang Cao)
5. Herba Leonuri (Yi Mu Cao)
6. Radix Astragali Seu Hedysari (Huang Qi)
You may try to find the ingredients kat kedai sensei tapi very expensive ones.

EPO is also good. However, in my opinion, it's much better to take spirulina than just EPO. Sbb kandungan GLA dlm spirulina adalah lagi tinggi drp EPO. Lagipun u can get other 46 'nutrients perlu' dlm spirulina and also anti cancer pigments. So in other words, u can save more money. Just makan satu benda dpt seolah-olah makan EPO, multivitamins etc. Make sure u take high quality spirulina though sbb ada bertimbun spirulina dlm pasaran...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by misspooh84 at 9-12-2008 08:34 PM
thanks all..
sy pernah makan painkiller tapi ade side effect la...
kang sakit pinggang la ape la...
so memang sy elakkan terus makan painkiller...
tapi tu la tak tahan..
minum air suma je ke ...


ni saya setuju..painkiller ada efek jangka panjang...sebaiknya cure dgn solution lain..

boleh mencuba suggestion2 yg diberi samada EPO, jamu atau herba2 khusus utk wanita atasi masalah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 11:10 PM | Show all posts
sy kalau period kekadang senggugut kekadang tak...
tapi ble senggugut datang smp berguling2
semua position tak kena... 15 saat menonggeng pas2 kene tukar position lain plak...
sakit sgt2 smpai tak tau nak describe sakit tu cam mana...
hanya org yang kena 2 je tau cam mana sakitnya.....
besanya lepas bangun tdo dah ok tp nak boleh tdo 2 la seksa woooo.....
rasa nak belah je perut tu buang kat luar....
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 07:27 AM | Show all posts
Post Last Edit by zamzuri_a at 12-8-2010 07:34

Reply 57# menatang

COLA DIET MENYUSUT TAHAP KALSIUM WANITA


Ia mungkin mengandungi sifar kalori, tanpa gula dan memberikan tambahan tenaga, tapi soda diet boleh menyusut tahap kalsium dan fosforus dari tubuh anda, berdasarkan kajian awal yang dibentangkan suatu konvensyen perubatan.


Suatu kajian oleh Walter Reed Army Medical Center melaporkan bahawa wanita sihat yang minum cola diet menyusut lebih banyak kalsium dan fosforus berbanding cola biasa.

Kajian tersebut dibentang oleh Dr Noelle Larson dalam penerangan beliau pada perhimpunan tahunan Masyarakat Endokrin pada bulan Jun dan pembentangan beliau lebih menjurus kepada diet soda. Beliau rasa terpanggil untuk melakukan kajian ini kerana beliau mendapati golongan wanita muda hari ini menunjukkan kecenderungan yang tinggi meminum cola diet berbanding cola biasa.

Dalam kajian tersebut, 20 orang wanita yang sihat meminum 24 aun air atau diet cola selama dua hari. Air kencing mereka dikumpulkan selepas tiga jam mereka meminum minuman tersebut.

Kajian beliau mendapati mereka yang minum cola diet menyusut lebih banyak kalsium dan fosforus daripada kumpulan kawalan. Penyusutan tahap kalsium  tiga jam selepas minum cola adalah 6,85 miligram lebih tinggi daripada selepas meminum air. Tahap penyusutan fosforus adalah 41 miligram lebih tinggi pada di kalangan peminum cola berbanding kumpulan kawalan, menurut kajian tersebut. Kalsium dan fosforus adalah elemen-element yang saling bekerja sama dan penting dalam membina tulang dan gigi yang kuat.

Kajian sebelumnya mendapati peminum cola  (diet dan soda biasa) mempunyai kepadatan mineral tulang yang lebih rendah dan kadar patah tulang meningkat berbanding mereka yang tidak bukan peminum cola.

"Kajian kami menunjukkan bahawa pengambilan cola diet boleh menyebabkan keseimbangan kalsium terganggu di kalangan peminum cola wanita di usia muda," Larson dan rakan-rakannya menulis dalam abstrak tersebut. "Ini mungkin membantu menjelaskan penurunan klinikal ketumpatan tulang dan tahap patah tulang meningkat pada wanita yang mengambil minuman ini secara kerap."

Untuk artikel yang berkaitan lawati http://www.dreamdiamond.net
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2010 08:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by hamizatun at 12-8-2010 08:37

Reply 9# Melur01

PMS (SENGGUGUT)
Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua.

SENGGUGUT UTAMA
Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

SENGGUGUT KEDUA
Sementara senggugut Senggugut sekondari disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

RISIKO SENGGUGUT
Pemeriksaan doktor adalah diperlukan memandangkan endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.

SIMPTOM
Senggugut teruk PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian. Simptom utama--muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid--adalah mengganggu.  Resah, cepat marah, dan kemurungan mungin berlaku. Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuk:

-perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
-perasaan tegang atau resah
-serangan panik
-perubahan perasaan, menangis
-mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
-tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
-sukar menumpu perhatian
-lesu
-kemaruk atau peningkatan nafsu makan
-sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
-perasaan "luar kawalan"
-peningkatan atau penurunan nafsu seksual
-peningkatan rasa bagi intim emosi
-simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit -kepala, sakit sendi atau otot

Lima atau lebih simptom mungkin menunjukkan PMDD. Simptom berlaku semasa minggu sebelum kitaran haid dan lenyap selepas beberapa hari selepas mula haid.

SUPLEMEN YANG BOLEH DICADANGKAN
1. Protein. Ia membekalkan sembilan asid amino penting yang diperlukan tubuh.

2. B Complex. B5 menurunkan tahap stress dan diperlukan oleh kelenjar adrenal. B6 mengurangkan risiko sembab dan meningkatkan aliran oksigen kebahagian sulit wanita. ia juga mengekalkan tahap hormon estrogen ke paras yang normal. B12 memberikan kelegaan dari stress, mengelak dari anaemia dan diperlukan dalam banyak fungsi-fungsi tubuh.

3. Kalsium dan magnesium. Kajian telah menunjukkan suplemen kalsium dapat meredakan stress pada otot. Banyak kajian juga menunjukkan kekurangan paras magnesium dikaitkan dengan PMS atau senggugut. Kalsium dan magnesium perlu diambil secara bersama.

4. Evening Primerose Oil (EPO). Ia membekalkan asid gamma-linolenic, sejenis asid lemak penting yang memberikan simptom kelegaan and menyokong fungsi kelenjar agar berfungsi dengan baik.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila email penulis.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 08:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by hamizatun at 12-8-2010 08:41

Reply 38# ajergiler


KALSIUM DAN SINDROM SENGGUGUT (PMS)
Kajian klinikal baru-baru ini telah mendapati bahawa sindrom senggugut adalah disebabkan oleh kekurangan kalsium! Kalsium adalah mineral yang paling biasa dijumpai di dalam tubuh manusia, tetapi kebanyakan orang tidak mengambil jumlah yang disarankan mengikut usia dan jantina. Kebanyakan orang dewasa memerlukan 1000 mg setiap hari, tetapi kajian menunjukkan rakyat Amerika hanya mendapat 600 mg dari makanan mereka. Setengah dari sumber kalsium makanan berasal dari produk tenusu; jika anda tidak meminum susu anda hampir pasti mengalami kekurangan kalsium kecuali jika anda mengambil suplemen.

Kalsium dikenali sebagai "raja mineral." Kebanyakan orang berfikir kalsium hanya berfungsi untuk menyokong tulang dan gigi yang kuat. Itu sebenarnya adalah sebahagian kecil dari fungsi kalsium. Kalsium juga diperlukan untuk fungsi-fungsi lain yang lebih penting seperti jantung, pengecutan otot, penghantaran impuls saraf, pembekuan darah, mengawal metabolisma tubuh, mengawal fungsi hormon dan banyak lagi. Kajian terkini mendapati kekurangan kalsium dikaitkan dengan kemungkinan penyebab hipertensi (tekanan darah tinggi) dan kanser usus.

Kalsium juga terlibat dengan perubahan mood, sakit dan kejang yang dikaitkan dengan senggugut. Semak tahap kalsium dari makanan seharian anda dengan menggunakan kalkulator kesihatan tulang. Jika anda tidak mendapatkan jumlah kalsium yang disarankan, anda dinasihatkan untuk menambah pengambilan makanan kaya kalsium atau memperkenalkan pengambilan suplemen kalsium ke dalam diet seharian anda.

KALSIUM DAN SINDROM SENGGUGUT
Kajian saintifik oleh S Thys-Jacobs, Starkey L, Bernstein D, Tian J., St Luke's-Roosevelt Hospital Center, College of Physicians and Surgeons Columbia University, New York, New York 10019, USA.
OBJEKTIF: Laporan terdahulu mendapati bahawa kekurangan kalsium adalah faktor penyebab sindrom senggugut dan bahawa penambahan pengambilan kalsium melalui suplemen merupakan pendekatan terapeutik yang berkesan untuk mengatasi ini. Untuk menilai pengaruh kalsium karbonat dalam fasa luteal (waktu dalam kitaran wanita antara ovulasi dan menstruasi) dan menstruasi dari kitaran haid sindrom senggugut, suatu kajian terkawal dijalankan melibatkan beberapa pusat kajian di seluruh negara telah dijalankan.

KAJIAN: Wanita sihat yang belum menopaus berusia antara 18 dan 45 tahun dipilih di seluruh Amerika Syarikat di 12 pusat rawatan luar dan dikategorikan sederhana ke parah dan berdasarkan bilangan kekerapan gejala senggugut berlaku. Gejala senggugut didokumentasikan dalam lebih dari 2 kitaran haid termasuk 4 faktor gejala (kesan negatif, retensi air, mengidam makanan, dan rasa sakit). Peserta menerima 1,200 mg kalsium se hari dalam bentuk kalsium karbonat atau pil placebo (dummy pill) selama 3 kitaran haid. Ujian kimia, bilangan sel darah, dan air kencing dilakukan ke atas semua peserta. Segala gejala harian, kesan samping, dan pematuhan terhadap rawatan dipantau se tiap hari.

KEPUTUSAN: Tujuh ratus dua puluh orang perempuan dianalisa dalam kajian ini. Kajian mendapati, semasa fasa luteal simpton senggugut didapati lebih rendah dengan ketara dalam kumpulan yang dirawat dengan pengambilan kalsium. Rawatan kalsium secara berkesan menghasilkan pengurangan 48% secara keseluruhan dalam skor total gejala senggugut berbanding dengan penurunan 30% dalam kumpulan yang dirawat dengan placebo. Kesemua faktor gejala (kesan negatif, retensi air, mengidam makanan, dan rasa sakit) juga telah dapat dikurangkan secara signifikan.

KESIMPULAN: Suplemen kalsium adalah rawatan yang mudah dan berkesan dalam merawat sindrom senggugut, dan dapat mengurangkan keseluruhan gejala-gejala negatif semasa fasa luteal.

Untuk artikel berkaitan lawati http://www.dreamdiamond.net
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2010 01:51 PM | Show all posts
Izinkn umi share kisah anak gadis umi. Dia kena senggugut sejak awal period lagi iaitu sejak 10 tahun dulu. Kalau dia period mmg kesian sgt sbb 3 hari tak boleh bangun. Perut dia mcm cramp, satu badan sejuk sgt seolah2 darah tak mengalir dalam badan. Umi pernah bawa dia g hospital jumpa pakar sakit puan tp doktor kata x de apa2. Disamping tu ada juga umi bagi dia makan produk2 herba termasuklah EPO tp langsung x nampak kesan. Kehidupan seharian dia mmg terganggu sgt. Kalau dah x leh bangun camana nak g keje kan?
Perkara ni berlarutan sampai bulan mei tahun ni. Yg kesiannya sakit senggugut dia bertambah teruk sampai muntah2 dan ceret-beret, simptom cam orang gastrik.
Ada sekali tu dia collapse sbb terlampau sakit, terus umi kejarkan dia ke hospital. Tapi doktor cakap dia sakit gastrik. Pas tu banyak kalilah juga follow-up kat hospital tp x de perubahan.
3 bulan lepas umi bawa dia g specialist (private) sbb umi risau sgt tengok keadaan dia. Lg pun dia bakal mendirikan rumah tangga tahun depan. Risau juga sbb diaorang selalu ckp kalau senggugut susah nak hamil.
Paling terkejut bila buat ultrasound didapati ada ketumbuhan (fabroid) sebesar 5cm di ovari anak gadis umi. Tp doktor x nak operate dulu dia bg ubat untuk kecutkan fabroid tu. Kebetulan ada kawan lama umi cadangkan anak  umi ni cuba 1 produk kesihatan. Mulanya umi menolak sbb dah banyak sgt benda2 yang umi bagi anak umi makan tp semuanya sia-sia.
Tapi bila dia bawa umi jumpa seorang doktor yang menyelia produk ni dan selepas diterangkan dengan sejelas2nya tentang penyakit senggugut ni, anak umi pun cubalah makan. Doktor kata fungsi produk ni selain dari meningkat kan tahap kesihatan juga sgt baik untuk mengimbangkan kadar hormon dan memulihkan sel2 yg dah mati.
Bila anak umi amalkan produk ni, pada minggu ke 2 dia ada keluar darah yg disangkakan period tp hitam dan berketul2 selama 3 hari. Dia teruskan makan lg dan 2 minggu selepas itu buat kali pertama dalam hidupnya sejak period, dia rasa sgt selesa langsung x sakit dan flow period lanjar sekali. Minggu lepas umi bawa dia pegi doktor nak tengok check balik fabroid tu, doktorpun terkejut sbb fabroid tu dah mengecut tinggal 2 cm je.
Kami betul2 bersyukur akhirnya dah bertemu 1 produk yang sgt membantu setelah 10 tahun mencari penawar. Anak umi terus mengamalkan produk tu sbb untuk memastikan fabroid tu kecut sepenuhnya dan x berulang lagi. Sebulan lagi nak kena g follow-up ngan doktor. Dia betul2 happy sekarang sbb sakit period dah hilang dan masalah jerawat yang membelenggu hidupnya dah dapat diselesaikan dengan izin Allah SWT jua...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2010 03:46 PM | Show all posts
selepas operate for endo, beranak anak kedua..br la reda sakit...ada la jugak sakit..tp tak teruk kire mampu pegi keje lagik...after bersalin anak kedua tuh time start period after 8 months beranak terasa sakit lgk..kebetulan ada plak masalah kesihatan lain rentetan kalsium yg kurang so saya telan jek multivit n mineral..skang ni kalo period, awal2 trus saya telan jek panadol 2bj...pastu ok dah takyah telan2 lagik dah..ini saya bc dlm satu buku ni pasal pain management..kalo kite amik painkiller time dah sakit gegiler..ada kemungkinan ler kita terasa jek nak amik overdose sbb sakit tuh tak pegi2.sama gak le ngan kes migrain...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2012 04:09 PM | Show all posts
Izinkn umi share kisah anak gadis umi. Dia kena senggugut sejak awal period lagi iaitu sejak 10 tahu ...
umialiah Post at 12-8-2010 13:51



   
produk ape?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2012 01:35 AM | Show all posts
imunchkin perasan kalau exercise takde period pain...pastu ada satu bulan tu tak exercise kena period pain. dulu dulu masa rumah lama ada bath tub...tadah air panas dalam bath tub pastu rendam diri dalam tu...dalam lebih kurang setengah jam, sakit tu terus hilang. kalau tak every month makan pain killer...so sekarang ni dalam seminggu munchkin akan exercise dalam 3-4 kali...exercise selama 1 jam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.069887 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list