CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zorroe

[Penulis] Novelis Fauziah Ashari

[Copy link]
Post time 13-8-2006 05:20 PM | Show all posts
dah baca...memang best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


ciku_manis This user has been deleted
Post time 14-8-2006 02:25 PM | Show all posts
Tq for the info. Lama dah x beli novel sejak kawin n ada anak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2006 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by zorroe at 11-8-2006 05:46 PM
memang aa... aku pun frust bace sambungan ombak rindu tu. banyak sgt error nye. tak menyengat pulak tu.

expectation aku tinggi mencecah awan tiba2 tergolek dok jatuh kat bwh umah bila bace buku  ...



zorroe..kakaka...aku rasa semua orang meletakkan harapan yang tinggi utk sambungan ombak rindu..so bukan kau sorang jer yang tergolek bawah tangga...

btw cik fuziah dah jadik puan lah..dalam buku duri ada tulis untuk suami..hehe..

okay..ini komen aku.....mmg jauh lebih baik dari cinta...tiada akhir...*clap* *clap*

tapi..he he he..pitching ada lari sikit..*apa pulak kena mengena ngan pitching ek*...:hmm:

seriously aku rasa dekat2 ending tu agak mengecewakan...aku rasa mcm penulis nak cepat habiskan cerita..kalau boleh aku nak pertemuan semula hero ngan heroin tu "menyesakkan" jiwa + berkesan di hati sikit..ada unsur sedih sikit..unsur kesal dan macam2lah...macamana nak cakap ek..payah kalau bukan orang sastera ni..tapi itulah yang aku rasa..he he he..

apa pun..bolehlah kalau sape2 nak beli...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2006 01:58 PM | Show all posts
Originally posted by ThreeSya at 13-8-2006 05:20 PM
dah baca...memang best



Nak beli.. nak beli    tak nak ketinggalan
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 01:26 PM | Show all posts
Nak sewa..nak sewa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 05:20 PM | Show all posts
Originally posted by KRUfan at 16-8-2006 01:26 PM
Nak sewa..nak sewa..



krufan..sila..sila...jgn tunggu lagi..

tapi yang tak tahan tu..tulisan dia bold gitu..:geram:..
wakakaka...aku ni travel naik LRT..last Friday lepas beli excited nak baca truss..tapi  tak senang weh..kiri kanan depan belakang semua boleh share baca..hehehe..termalu pulak makcik!...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2006 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by amadeus at 14-8-2006 03:15 PM
seriously aku rasa dekat2 ending tu agak mengecewakan...aku rasa mcm penulis nak cepat habiskan cerita..kalau boleh aku nak pertemuan semula hero ngan heroin tu "menyesakkan" jiwa + berkesan di hati sikit..ada unsur sedih sikit..unsur kesal dan macam2lah...macamana nak cakap ek..payah kalau bukan orang sastera ni..tapi itulah yang aku rasa..he he he..
...



:setuju:

mcm mana mak metua sufi tu boleh terima dia, bila dia dgn zhaf jumpa balik, zhaf jumpa
anak dia.. patutnya biarla lebih detail n touching sikit. apapun, ok la cerita ni
walaupun aku rasa ombak rindu lg best
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2006 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by eleisha at 17-8-2006 09:26 AM



:setuju:

mcm mana mak metua sufi tu boleh terima dia, bila dia dgn zhaf jumpa balik, zhaf jumpa
anak dia.. patutnya biarla lebih detail n touching sikit. apapun, ok la cerita ni
walaup ...



yer betul..tepat sekali perkataan kau..kena detail and lebih touching..barulah aku akan baca berulang kali sampai lunyai mcm ombak rindu..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2006 01:51 PM | Show all posts
tengah baca buku ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 02:44 PM | Show all posts
zorroe..ader adegan mumantis tak?:love:hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2006 09:47 AM | Show all posts
nak sewa..nak sewa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 12:28 AM | Show all posts
dah beli..blm start baca lg..sebab terbantut tgk tulisan die...kn cr masa betul2..yg leh baca sampai abih...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2006 09:46 AM | Show all posts
awat la buat tulisan besou sangat...aku ni kalu nak beli buku mesti tgk tulisan dulu....sedap mata nak baca hehehe..

buku ni aku  sewa....kalau leh dipulangkan aku akan pulangkan sbb bagi aku tak la best sangat mcm ombak rindu...ntah tang mana kekurangannyer,....romantik zhaf dgn suri tak feel sangat..baca buku ni sbb nak tau ending dia..apa hubungan dgn zahim....apa yg mak mertua dia tu dah buat.....

setuju dgn amedues...ending dia sangat biasa...cepat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 09:14 AM | Show all posts
Saja paste....ada novel ketiga beliau dgn Intens thn ni....tak sabo tunggu...harap2 tulisan dlm novel tu jgn la besaw mcm dalam DURI...:bgrin:

Bicara Pengarang: Fauziah tulis, terbitkan novel
Oleh Shaidah Shafie


SEJAK bilakah Fauziah Ashari menceburi bidang penulisan?

Saya mula menulis selepas memiliki komputer. Itu pun menulis kerana mengisi masa luang pada waktu malam dan ingin memanfaatkan kemudahan komputer yang saya ada. Saya berpendapat setiap apa yang saya miliki adalah berharga walaupun harganya cuma RM1. Tapi langsung tidak bernilai walaupun harganya ribuan ringgit jika tidak dimanfaatkan dengan baik. Jadi, daripada melihat komputer itu berhabuk, saya mengarang dan minat berkarya bercambah. Novel pertama saya, Pergilah Sepi, berada di pasaran pada 2001.

Adakah Fauziah pernah menerima didikan formal dalam bidang ini?

Tidak tetapi mungkin kerana saya mendapat keputusan yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia ketika menduduki Sijil Rendah Pelajaran Malaysia (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sedikit sebanyak ia membantu saya. Tambahan pula, minat saya membaca. Penulis tanah air karya mereka saya baca adalah ?guru? tak langsung saya dalam dunia penulisan.

Pernahkah Fauziah memenangi sebarang pertandingan mengarang?

Tidak pernah. Saya tidak menyertai pertandingan mengarang kerana tidak boleh menulis jika terikat dengan syarat yang ditetapkan penganjur. Ini kerana saya berkarya mengikut gerak hati. Selagi karya saya tidak menyentuh hati seseorang atau menyinggung perasaan pembaca, saya akan terus berkarya.

Apakah judul novel Fauziah yang diterbitkan sebelum ini?

Setakat ini saya sudah menghasilkan lima novel dan tiga daripadanya, Pergilah Sepi (2001), Ombak Rindu (2002) dan Setia Menanti (2003) diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn Bhd. Dua lagi novel saya, Cinta... Tiada Akhirnya (2005) dan Duri yang berada di pasaran baru-baru ini, diterbitkan oleh Intens Media.

Apakah yang mendorong Fauziah berkarya?

Sokongan peminat barangkali. Sebaik novel pertama berada di pasaran, saya mendapat maklum balas daripada pembaca yang ingin membaca novel kedua saya. Ini menerbitkan rasa ingin tahu saya apakah saya mempunyai ?pengikut?. Alhamdulillah, empat novel yang berada di pasaran menerima sambutan menggalakkan. Saya yakin doa dan sokongan suami serta keluarga adalah rencah utama yang menguatkan saya meneruskan usaha dalam bidang penulisan.

Apakah perancangan Fauziah dalam industri ini?

Saya akan terus menulis selagi Tuhan menganugerahkan idea kepada saya.

Siapakah pengarang yang Fauziah kagumi?

Saya gemar membaca dan tidak akan memilih siapa juga penulis sebagai idola. Saya memilih karya untuk bacaan bukan berdasarkan kedudukan seseorang itu dalam dunia sastera tanah air. Jika novel yang dibaca ada bab yang mendatar, saya akan menganalisis puncanya. Adakah plot atau isinya tidak baik? Serentak itu, saya mendapat pengajaran.

Bilakah Fauziah berkarya?

Dulu ketika masih bekerja, saya memilih waktu malam untuk berkarya. Saya memperuntukkan dua hingga tiga jam untuk menulis. Bagaimanapun ia bergantung kepada keupayaan saya juga. Kadang kala seminggu atau lebih, saya tidak menulis tetapi ada kalanya saya boleh berkarya lima jam terus menerus. Apabila memiliki penerbitan sendiri pada Mei tahun lalu, saya menulis secara sepenuh masa. Saya selesa berkarya dalam satu bilik yang sepi dan tiada banyak gangguan. Lazimnya, apabila mendapat idea, saya akan memberi sepenuh perhatian kepada karya yang sedang ditangani.

Adakah syarikat penerbitan Fauziah juga menerbitkan novel penulis lain?

Ya. Ini adalah salah satu tanggungjawab Intens Media sebenarnya. Bagaimanapun, seperti syarikat penerbitan lain, saya juga mengambil kira kualiti karya. Jika manuskrip yang dihantar ada mesej yang baik, tiada alasan untuk tidak dicetak. Kini Intens Media sudah menerbitkan dua novel dan Insya-Allah novel ketiga bakal menyusul tahun ini juga.

Selalunya apakah mesej Fauziah sampaikan dalam karya?

Saya gemar mengambil tema kekeluargaan. Dalam novel Duri misalnya, saya cuba mengetengahkan kisah ibu yang tidak adil dalam memberi kasih sayang kepada anak-anaknya. Biarpun perlakuannya tidak jelas pada mata kasar tetapi hakikatnya ia berlaku dan mempengaruhi sikap mereka apabila dewasa. Saya tidak menulisnya secara tersurat tetapi saya yakin pembaca boleh mengetahui apa yang ingin saya sampaikan.

Mengapakah Fauziah memilih menerbitkan sendiri karya?

Saya ingin mencari kepuasan dalam berkarya. Mungkin apabila karya diterbitkan sendiri, proses pengeditan karya lebih terkawal. Saya juga ingin tahu bagaimana buku dihasilkan dan apakah proses yang perlu dilalui sebelum sesebuah buku berada di pasaran. Setakat ini, walaupun tidak tahu sepenuhnya mengenai industri penerbitan dan percetakan, sekurang-kurangnya sebahagian permasalahan dan titik bengik dunia penulisan dapat saya pelajari. segala-galanya ini akan saya jadikan petua menghadapi masa akan datang sekiranya ia terjadi kepada saya.

BIODATA:
Fauziah Ashari
Tahun lahir: 1971
Tempat lahir: Batu Pahat, Johor.
Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan Dato? Sulaiman, Batu Pahat, Johor.
Jawatan: Pengarah Urusan Intens Media dan Intens Idea International Sdn Bhd.
Buku: Pergilah Sepi, Ombak Rindu, Setia Menanti, Cinta... Tiada Akhirnya dan Duri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2006 11:22 AM | Show all posts
confirm cari esok nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 11:36 AM | Show all posts
miss dah beli. tapi rasanya kureng syok skit lah citer nie. setia menanti lagi best...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2006 11:37 AM | Show all posts
dah beli tapi tak syok sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 11:39 AM | Show all posts
sori double posting. ingat posting tak kuar
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 12:13 PM | Show all posts
kira oklah jugak
best sikit dari cinta... jgn kau pergi
sanggup tidur lambat semata-mata nak tahu ending
cume frust bila nak ending
coz ending terlampau cepat
takkan seorg yg berhati keras senang-senang nak terima dan memafkan
kalau ending tu dia elaborate sikit mesti best
kalau sesape tak suka watak utama jahat may be tak suka cite ni
tp bg saya oklah
dah lama tak baca buku best fauziah ashari selepas ombak rindu

just wondering...
why penulis yg kuar dari alaf bila buat novel
mesti tak boom mcm  novel diorg ngan alaf
cth aina emir, norhayati berahim, mimie afnie, puteri andalas dan tak ketinggalan fauziah ashari
asayang...
coz tulisan diorg mmg best

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2006 01:29 AM | Show all posts
bagus juga kalau dibuat kajian buku ni. Banyak maksud tersirat. banyak prosa prosa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.134023 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list