CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: homeboy

Ning Baizura - 3113

[Copy link]
Post time 7-8-2006 03:20 PM | Show all posts
lagu ni teramat kelasss..

aku dengar sekali jer dah jatuh cinta..esp part NIKKI mengakrobatkan vokal dia tu..memang kelas..tak sabar nak tengok diaorg perform live kat AE 06 nanti..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2006 06:20 PM | Show all posts
lagu ni memang best...lirik pun catchy...baru sekali dengar je dah boleh hafal, terutama part corus tu...dramatari yang tercipta, penuh huraian aneka warna...karya yang terindah...asmara ini..mengubah rasa...sebuah repsodi keriangan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 11:15 PM | Show all posts
best ke lagu ni? katner nak dgr?
nikki ada wat whistling tak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 02:44 AM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 7-8-2006 11:15 PM
best ke lagu ni? katner nak dgr?
nikki ada wat whistling tak?


kat atas Rhyno ada bg link..kat myspace Ning,Nikki,Yanie ada lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 04:08 AM | Show all posts

Reply #22 KoSe's post

Diorang wat show ke kat AE06 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 11:55 AM | Show all posts
Originally posted by PengKid at 8-8-2006 04:08 AM
Diorang wat show ke kat AE06 tu?


KEMUNGKINAN BESARLA..SEBAB NAMA NING,NIKKI DAN YANIE ADA DALAM SENARAI YG AKAN BUAT PERSEMBAHAN..MESTILAH DIORG NYANYI LAGU NIE..(MEMANDAI JE AKU NIE)..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2006 08:01 PM | Show all posts
Sapa komposer lagu ni ek? Best sangat...suara Ning pun mengancam...macam menggoda gitu... :love:
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 08:05 PM | Show all posts
Originally posted by KoSe at 8-8-2006 11:55 AM


KEMUNGKINAN BESARLA..SEBAB NAMA NING,NIKKI DAN YANIE ADA DALAM SENARAI YG AKAN BUAT PERSEMBAHAN..MESTILAH DIORG NYANYI LAGU NIE..(MEMANDAI JE AKU NIE)..



kose mmg PANDAI kan......so,betolla kot apa U cakap tue..lgpon,itu yg U nak kan????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2006 01:14 AM | Show all posts
wah...baru jek dgr lagu ni kat myspace nikki.
best siot.

tp part bridge lagu tu kan...masa ning wat sore soprano dia tu...ttiba dia tarik tinggi...itu ning or nikki?
aku rasa mcm nikki, cos ning mana larat lagik wat cmtu.

tapi part last tu nikki whistling pon best arr... bila la idayu nak join diorang nih... :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 01:15 AM | Show all posts
aku suka giler intro lagu ni dgn piano klasikalnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by Rhyno at 8-8-2006 08:01 PM
Sapa komposer lagu ni ek? Best sangat...suara Ning pun mengancam...macam menggoda gitu... :love:


lagu audi mok
lirik ad samad..

ANTARA LIRIK TERBAIK DARI AD SAMAD
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 12:02 PM | Show all posts
sore yanie tu takde pon takpe. tak beri impak langsung.
nampak sgt ning just kesian kat dia n letak dia utk tempelan dlm lagu ni.
lainla mcm nikki...mmg dia penyeri lagu ni, esp utk tackle part jerit2 yg ning dah tak larat nak buat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 04:14 PM | Show all posts

NING BAIZURA - 3113

Keasyikan bersama Ning


ARTIS: Ning Baizura
JUDUL: Ning 3113
GENRE: Pop

KALAU mahu mengembalikan ingatan anda kepada lagu lama penyanyi soprano Ning Baizura, maka album ini mungkin boleh membantu. Saya suka juga dengan barisan himpunan lagu yang dipilih untuk dimuatkan dalam album ini.

Untuk tonasi vokal dan rona yang lebih remaja, fresh dan mentah anda boleh dengar menerusi Pada Aksinya (Trek 3) Kembali (Trek 5), Curiga (Trek 6), lagu slow Latin Dugaanku (Trek 2) dan Dekat Padamu (Trek 4).

Kalau tak silap, satu-satunya cubaan mempamer kebolehan membawakan sesuatu yang sedikit berbeza dalam album ini boleh anda dengar menerusi Senang Tari (Trek 9). Lagu ini sarat dengan elemen etnik, Timur Tengah dan Sepanyol yang kita biasa simpulkan sebagai world music.

Sesuatu lebih menarik boleh anda dapati pada lagu Erti Pertemuan (Duet Bersama Jay Jay) pada Trek1-CD 2, juga satu lagi lagu duet, Lagu Gembira

bersama Jamal Abdillah Trek 8 - CD2. Memang penulis gembira dengar lagu ini sebab Ning cuba mempamerkan kebolehan menyanyi dengan vokal normal (bebas dari soprano) dan ia nyata berjaya.

Tidak ketinggalan Di Akhir Garisan (bersama Nora, Ziana Zain dan Dessy Fitri) pada Trek 10 yang cukup digemari suatu ketika dulu.

Lagu Bukan Sebarangan (Trek 3 -CD 2) rasanya jarang-jarang diperdengarkan. Jadi sesuai untuk anda kejar semula dengan album ini bagi menyegarkan kembali ingatan terhadap Ning. Turut dimuatkan, satusatunya lagu Inggeris yang memang sedap, In Another Life (Trek 7).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 04:15 PM | Show all posts
sorry - dah lama keluar ka 3113 ni?
ingat baru release  aje...

ada sesiapa yang dah beli cd dia?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 04:21 PM | Show all posts
nak tanya yg gambar petak warna merah berbunga2 dgn nama ning semua tu kiranya cover utk CD single Drama ke??? mmg akan keluar ke dlm bentuk CD single?? sapa2 tau tarikh single nie akan dipasarkan??
aku nak beli arr CD single dia tapi semata2 nak dgr part nikki je...lain hampeh je.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2006 06:49 PM | Show all posts
Lagi best kalau Yanie diganikan dengan Idayu ke...Nita ke....

Ala Yanie kan protege Ning so no wonder la dia nyanyi sekali....

Lagu Audi Mok kali ni memang class!! :love:

nak tanya yg gambar petak warna merah berbunga2 dgn nama ning semua tu kiranya cover utk CD single Drama ke??? mmg akan keluar ke dlm bentuk CD single?? sapa2 tau tarikh single nie akan dipasarkan??


:ah:

Tarikh release tak pasti tapi dalam bulan Ogos gak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2006 09:45 PM | Show all posts
[Ning]
Bagai sebuah mimpi
Milik Sang Puteri
Putera yang dinanti
Melamar jiwa yang sepi
Begitulah aku
Pada kala ini
Bagai terbuai-buai
Dialam fantasi

[Nikki]
Asmara ini
Menggubah rasa
[Ning]
Yang luarbiasa

[Yanie]
Asmara ini
Menggubah rasa
[Ning]
Bayangan indahnya syurga

Dramatari cinta pun tercipta
Penuh uraian aneka warna
Karya yang terindah
Asmara ini
Menggubah rasa
Sebuah rapsodi keriangan

[Yanie]
Bulan jatuh ke riba
Mimpi jadi nyata
Kasih yang kudambakan
[Nikki]
Hadir menjelmakan diri
Takkan kulepaskan
Takkan kusiakan
[Ning]
Anugerah teragung
Yang kau persembahkan

[Nikki operatic soprano, Ning solo]
Percayalah kasih
Hanyalah dirimu
Setiap denyut nadi dan heretan nafasku
[Ning dan Yanie harmoni]
Di dalam jaga
Mahupun lena
Tiap ketika

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 05:36 AM | Show all posts
Enjoy!

http://d.

no sharing secara terbuka2 yer..saper yg nak mp3 lagu ni silalah pm fairytale..

[ Last edited by  KoSe at 11-8-2006 06:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2006 02:39 AM | Show all posts
sory KoSe...

Ok kalau sape nak mp3 drama, pm saya ok.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2006 07:09 AM | Show all posts

Reply #36 AyieBoyZ's post

Orait! dah ada lyric! best!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.073007 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list