CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
12Next
Return Post new threads
Show: 6586|Reply: 29

Francis Light bukan yang pertama buka Pulau Pinang?

[Copy link]
Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 25-9-2006 04:07 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Moderator

Weapon X

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 25-9-2006 04:37 PM |All posts
Ah...ini kes cam singapore la... Sang Nila Utama bukak, Stamford raffles yang dapat nama....
When the seagulls follow the trawler, it's because they think sardines will be thrown in to the sea.
Reply

Props Report

Post on 26-9-2006 12:01 PM |All posts
Hai...itu lah omputih...
Nak tanya sedikit..Bila Francis light ini memijak kaki nya di Pulau Pinang .
Ada tak  Pulau itu di diami oleh manusia pada masa itu??.
Kalau tak ada manusia di Pulau itu.  aku setuju Francis light yang buka.
Tapi kalau ada manusia yg tinggal di pulau itu aku 100% tidak setuju francis light yang buka ..kenapa??
semasa light tiba di PP orang dah mendiami Pulau itu...org yg terdahulu itu lah yg boleh di katakan membuka Pulau Pinang.
Org itu siapa melayukah? cina kah? india kah??.
kalau melayu ...Orang melayu ini selalu nya baik...hati. sanggup bawa org cina / india tinggal bersama.
Sekarang ini apa dah jadi dengan Pulau Pinang org melayu di pinggir lah...mcm2 lagi.
salah siapa?. tanya kepada org melayu sendiri.

[ Last edited by  nangada at 26-9-2006 12:04 PM ]
nangada from xcatcity
Reply

Props Report

Post on 26-9-2006 12:08 PM |All posts
Tak usah gaduh2 siapa yg buka ..Pulau Pinang atau singapore...
Yang penting tulis semula buku sejarah . untuk membetulkan yang tidak betul..
kepada semua ahli sejarah di negara ini..perbetulkan perkara itu..
nangada from xcatcity
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 27-9-2006 02:28 PM |All posts
aku setuju dengan hang
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 27-9-2006 04:51 PM |All posts
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 27-9-2006 04:54 PM |All posts
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Adventurer

sleepless

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 28-9-2006 02:34 AM |All posts
erkSssss ... thesis supervisor aku .... ekekekke ... terkedu jap tgk muka dia lam paper ... ekekeke ....
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 28-9-2006 12:43 PM |All posts
Originally posted by nangada at 26-9-2006 12:08 PM
Tak usah gaduh2 siapa yg buka ..Pulau Pinang atau singapore...
Yang penting tulis semula buku sejarah . untuk membetulkan yang tidak betul..
kepada semua ahli sejarah di negara ini..perbetulkan p ...



aku pong stju gak.
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 29-9-2006 02:16 PM |All posts
tu la pasal , aku amat kureng skali nak percaya pd bahan2 sejarah tulisan omputih ni ... semuanye nak tunjuk yg bangsa depa la yg paling maju konon & ramai lak org yg tertipu
.
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 3-10-2006 01:19 PM |All posts
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 3-10-2006 01:20 PM |All posts
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 6-10-2006 09:23 AM |All posts
Kajian terperinci cabar fakta sejarah
Oleh ISMAIL HASHIM


SETELAH isu masalah ekonomi orang Melayu dan penggiliran Ketua Menteri dikemukakan, orang Melayu di bahagian pulau di negeri ini kini dihadapkan dengan isu siapakah pembuka Pulau Pinang sebenarnya.

Isu ini agak menarik untuk dikaji dan diteliti kerana ia akan membawa kepada suatu pembetulan dalam sejarah Malaysia mengenai peneroka awal Pulau Pinang yang sudah dapat dipastikan bukannya Francis Light.

Walaupun ia memerlukan kajian mendalam, tetapi hakikatnya semasa Francis Light menelusuri masuk melalui jalan laut melewati pantai Tanjung Tokong, memang sudah wujud penempatan orang Melayu di bahagian pulau ini termasuk di Batu Uban juga.

Isu ini mulanya ditonjolkan oleh seorang pengkaji sejarah Pulau Pinang, Muhamad Salleh Yahya sejak beberapa tahun lalu.

Timbulnya semula isu ini bertujuan melahirkan kesedaran di kalangan warga Pulau Pinang bahkan seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui suatu hakikat bahawa memang sudah terdapat peneroka Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Light pada tahun 1786.

Selama ini memang terdapat pandangan-pandangan mengenai pembuka awal Pulau Pinang tetapi masih dianggap enteng atau sekadar di pinggiran.

Pensyarah Fakulti Komunikasi, Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr. Ahmad Murad Merican melalui kajiannya menunjukkan bahawa Datuk Jannaton bersama-sama sekumpulan 180 orang pengikutnya telah datang ke Pulau Pinang pada 1749.

Manakala pensyarah sejarah kanan dari Universiti Sains Malaysia, Dr. Mahani Musa juga mengatakan Datuk Keramat telah membuka Pulau Pinang pada 1705. Kedua-dua kenyataan itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa terdapat sekumpulan orang Melayu datang ke Pulau Pinang dari Sumatera yang telah memugar tanah, meneroka dan membuka pulau ini.

Hakikat

Inilah bahagian sejarah yang harus dikaji dengan lebih tersusun dan didalami untuk memperbetulkan hakikat sejarah bahawa akhirnya Francis Light bukanlah pembuka Pulau Pinang.

Budaya orang-orang zaman dahulu (atau di negara Dunia Ketiga) memang tidak suka mendabik dada mendakwa mereka yang melakukan segala-galanya. Sikap individualistik tidak kelihatan ketara kepada mereka. Mereka lebih suka bekerja dan bergerak dalam kumpulan dan tidak terlalu menonjolkan diri.

Ini adalah sebahagian daripada proses mentafsirkan semula sejarah atau disebut revisionist history. Sebagai rakyat Malaysia kita sekarang haruslah menafsir dan melihat sejarah daripada perspektif kita dan bukan lagi daripada Inggeris atau sesiapa pun.

Sejarah negara ini haruslah dilihat dari sudut pandangan Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau, Murut, Iban dan pelbagai kaum di negara ini.

Malah kita harus mempunyai subjek tentang sejarah Orang Asli dalam buku teks kita termasuklah sejarah budaya dan kehidupan mereka terutamanya di Semenanjung yang begitu kurang sekali maklumat dan pengkajian mengenainya.

Dalam isu pembuka Pulau Pinang, ia bukannya suatu polemik tentang siapa peneroka awal Pulau Pinang tetapi keperluan untuk membuktikan bahawa memang terdapat perkampungan dan penempatan orang Melayu di pulau ini sebelum kedatangan si penjajah dan lanun Francis Light itu.

Inilah objektif kajian dan penumpuan sejarah awal Pulau Pinang kerana ia bukanlah suatu kerja yang sia-sia dan membuang masa. Ini kerana sesetengah akan beranggapan masalah Melayu Pulau Pinang pun belum selesai timbul pula isu kajian ke atas sejarah pembuka awal Pulau Pinang.

Ini bukanlah kerja senang, ketelitian memang diperlukan kerana ia akan menimbulkan kesan dan banyak implikasinya pula.

Adalah penting penglibatan semua pihak terutamanya pihak kerajaan, pakar sejarah, pertubuhan bukan kerajaan yang aktif menjalankan kajian mengenai sejarah awal Pulau Pinang, pihak muzium dan mereka yang berkaitan.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Timbalan Menteri Warisan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Wong Kam Hong supaya mengadakan suatu kolokium bagi mengesahkan semula sejarah pembukaan pulau tersebut.

Tetapi terdapat sedikit nada kesal dengan kenyataan beliau bahawa dalam buku sejarah Christopher Columbus dikatakan sebagai pengasas Amerika tetapi sebelum kedatangannya memang diketahui kawasan penempatan sudah wujud di sana tetapi Columbus masih dianggap sebagai pengasas Amerika.

Apakah maksud sebenar kenyataan sebegini daripada seorang timbalan menteri sebuah kementerian yang mengutamakan sejarah dan warisan negara? Adakah beliau bermaksud ingin terus mengekalkan Francis Light sebagai pembuka Pulau Pinang walaupun terdapat bukti-bukti dan nama-nama mereka yang terlebih dahulu membuka bahagian pulau ini.

Adakah kita masih terus mahu ingin mengekalkan sikap dan mentaliti penjajah walaupun kita sudah mendekati 50 tahun mencapai kemerdekaan. Kementerian harus lebih peka mengenai perkara ini. Seolah-olah seperti mempertahankan Francis Light, Kam Hong telah mencabar sejarawan tempatan membuktikan dengan fakta-fakta dan dokumen-dokumen sokongan supaya Arkib Negara dapat melihatnya.

Adalah diharapkan suatu bentuk persidangan meja bulat atau kolokium dapat dilakukan dengan segera. Ini mungkin merupakan perintis untuk memulakan banyak lagi kajian menafsirkan semula sejarah Malaysia bagi menemukan perspektif yang betul mengenai negara ini.
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 20-10-2006 11:09 AM |All posts
002 Pencinta Tegar Abam KJ
Reply

Props Report

Fighter

[AikOLiaN]

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 21-10-2006 05:36 PM |All posts
kalo belajar sejarah sistem perundangan malaysia nih, memangbukan francis light pun yg 'bukak' pulau pinang...dah ada orang kat bahagian pulau tu semenjak 1710 lagi, dan kalo belek kes lama2 pun, kes 1800'an, memang hakim2 omputih ni mengaku penang ni ada orang seblom francis light lagi, tapi diorang tanak ngaku sebab diorang nak carik alasan jugak camne nak guna undang2 omputih kat penang masa tu...

kalo dari segi undang2 ada istilah ceded & settled
ceded tu maknanye tanah yg omputih datang hanya sebagai pendatang je, datang tengok2, singgah2 & ada penempatan dah masa tu...bukan sampai2 je pulau tu memang takde orang...jadik dari segi nak pakai undang2, orang british terima yg diorang kena pakai undang2 asal kat tempat tu (kalo dalam kes pulau pinang, undang2 negeri kedah tu la, undang2 islam)...

settled pulak kalo omputih datang menakluk atau membuka (dalam erti kata pulau tu memang takde penghuni) satu2 tempat tu...dalam kes ni, undang2 yg terpakai kat tempat tu automatically ialah undang2 british, sebab tempat tu memang asalnye takde undang2...

maka, hakim omputih omputih ni cuba menjustifikasikan penggunaan undang2 british kepada orang2 penang dgn alasan penang ni ialah settled land, bukan ceded land...kalo settled land, undang2 asal takde, maka undang2 british yg perlu dipakai...maknanya kat penang memang takde orang langsung masa francis light sampai, hakikatnya tak macam tu...pakai logik akal la dah berkurun sultan kedah pegang pulau pinang takkan takde sorang pun yg duduk kat pulau pinang...

semua ni terjadi sebab keegoan hakim2 british yg tanak guna undang2 kedah utk perintah pulau pinang, maka terpaksala dicarik alasan nak meng'halal'kan penggunaan undang2 british tuh...dan kesannya, sampai skangla kite ikut undang2 british tuh...
segala yang dihasrat tapi tak didapat adalah nikmat yang paling padat
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 26-10-2006 01:54 AM |All posts
abih tu nak siasat balik.kalau camtu buku teks f2 kene cetak semula.pastu kene baca balik.dah la taun depan aku nak pmr.
Dota n CS Player
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 29-1-2007 12:09 PM |All posts
Sejarah dari sudut Timur
Oleh DR. A. MURAD MERICAN


Sejarah mempengaruhi kesedaran kolektif kita. Apakah tahap kesedaran sejarah di kalangan para elit intelektual dan politik, serta rakyat di negara ini? Setiap warganegara adalah pengguna sejarah, sama ada kita inginkannya atau tidak.

Sejarah bukan hanya apa yang telah terjadi, tetapi apa yang sedang dan apa yang akan terjadi.

Tahun 2007 merupakan 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Setengah abad bukanlah singkat. Akan tetapi di mana kita sekarang? Siapa kita? Tahap kesedaran sejarah yang rendah akan hanya seterusnya meminggirkan kita dari arus kemajuan dan pemodenan. Tanpa satu perspektif sejarah, kita akan hanya lemah ketahanan diri, hilang arah dan identiti. Sejarah hendaklah digunakan dengan seadil-adilnya. Sejarah merupakan senjata dan kuasa. Akan tetapi, siapakah pemilik sejarah kita?

Sejarah tidak boleh diubah. Apa yang dapat dinilai dan dirombak ialah penceritaan dan pengkisahan persejarahan. Kita tahu Francis Light mendarat di Tanjung Penaga (di mana terletaknya Esplanade dan Fort Corwallis) pada Ogos 1786. Dan kita tidak menafikan bahawa seorang ketua masyarakat Melayu di Tanjung Penaga pada masa itu ialah Nakhoda Kechil atau Ismail, yang berasal dari Payakumbuh, alam Minangkabau, telah menyambut pedagang Inggeris itu.

Nama-nama mereka yang terawal dari Nakhoda Light dan bila mereka bermastautin di Pulau Pinang (perlu dilihat sebagai Kedah), seperti Nakhoda nan Intan, Datuk Jannaton dan Datuk Setia, serta Datuk Kramat memang telah tercatat dalam pelbagai sumber yang diketahui umum - jurnal, buku, majalah dan akhbar yang diterbitkan sejak kira-kira tahun 1800-an lagi.

Persoalan

Dan cerita-cerita tentang kewujudan Melayu di Pulau Pinang sebelum Nakhoda Francis Light mendarat memang telah tersiar dalam media massa di Malaysia sejak dua dekad kebelakangan ini. Maklumat-maklumat itu bukanlah sesuatu yang baru dan menggemparkan.

Apa yang menjadi persoalan ialah pengiktirafan kewujudan penempatan Melayu awal di Pulau Pinang dalam persejarahan negara sebelum Francis Light. Secara logik yang amat asas sekali, jika sejarah telah memberi identiti dan pengiktirafan kepada pedagang Inggeris itu, mengapa sejarah tidak boleh melakukan yang sama kepada orang Melayu-Islam di Pulau Pinang yang wujud sebelum Light?

Mereka pun mempunyai identiti, mempunyai waris, serta juga mempunyai sejarah, sama seperti Light. Jika Light disebut sebagai berasal daripada Suffolk, England; Datuk Jannaton, Nakhoda nan Intan, dan Datuk Setia pun mempunyai tempat asal mereka, iaitu, Payakumbuh, Sumatera. Sebenarnya, apa yang kita ketahui sebagai fakta sejarah Pulau Pinang, Kedah dan negara kini ditentukan dan ditakrif oleh mereka yang berkuasa.

Namun demikian, persejarahan Malaysia hanya menyebut pedagang Inggeris itu sebagai menemui dan mengasas Pulau Pinang. Ia tidak menyebut Nakhoda Kechil, dan 30 orang penduduk Melayu lain di kawasan tersebut yang juga wujud pada masa yang sama dan di tempat yang sama. Kedua-dua Nakhoda Kechil, dan Nakhoda Light mempunyai roh dan jasad. Kedua-dua mempunyai nama dan identiti. Kedua-dua mempunyai pengikut. Tetapi, mengapa seorang dipinggirkan, dan dipadamkan dari sejarah; walhal seorang lagi diagung-agungkan, sekurang-kurangnya diiktiraf dalam sejarah Pulau Pinang, Kedah dan negara?

Adakah kerana Kapten Light seorang yang berasal dari Eropah, sedangkan Nakhoda Kechil berasal dari Dunia Melayu yang bernama Minangkabau yang dianggap terpinggir, lemah dan mundur itu? Sebenarnya, sejarah yang kita tahu ditulis dan disalurkan melalui institusi-institusi kolonial, termasuk sekolah, universiti, dan birokrasi. Dan institusi-institusi tersebut telah menanamkan ideologi kolonial ke atas hampir segala kehidupan kita - termasuk kesedaran tentang sejarah.

Apa yang kritikal di sini ialah penulisan, pengkajian dan sejarah sebagai satu institusi pada tahap akademik, dasar dan popular seperti yang wujud dan perlu wujud di Malaysia. Idea-idea tentang konsep pengasas (founder), penemuan (discovery) dan penciptaan (invention) ditentukan oleh penguasaan dan takrif dunia Oksiden (Eropah) ke atas wilayah bukan Oksiden.

Misalnya sejarah penciptaan mesin cetak dikaitkan dengan seorang tukang emas Jerman bernama Johannes Gutenberg pada kira-kira tahun 1456. Kaitan penciptaan mesin cetak dengan Eropah, dan bukannya dengan China adalah usaha menyusuri keistimewaan Eropah yang kononnya muncul bermula abad ke-15.

Buku saya, Media History (Penerbit Universiti Malaya, 2005) telah menceritakan bahawa sejarah lebih murah hati kepada Gutenberg sebagai orang yang mencipta mesin cetak. Penciptaan mesin cetak oleh Eropah yang dianggap sebagai fakta sejarah dalam persejarahan ketamadunan dan sains sealiran dengan pemikiran zaman penemuan Eropah yang tidak mempedulikan penjelajahan bangsa bukan Eropah. Dalam hal ini, usaha persejarahan dalam mengaitkan penjelajahan Eropah atau penciptaan mesin cetak dengan ketamadunan Eropah menjurus kepada satu mitos.

Bagaimanapun, sejarawan seperti Norman Davies dalam bukunya Europe: A History (1997) dan terdapat ramai sejarahwan dan sarjana seperti itu, memberi pandangan Eurosentrik yang menyambut penciptaan Gutenberg itu sebagai melancarkan satu revolusi dalam teknologi maklumat, dan dengan itu mengiktiraf keunggulan Eropah dalam semua bidang dan bentuk pemikiran manusia.

Dengan itu, berasaskan kepada logik Eurosentrisme dan ilmu kolonial, tercatatlah dalam persejarahan negara bahawa Stamford Raffles pengasas Singapura dan Francis Light pengasas Pulau Pinang, seolah-olah kedua-dua pulau di kepulauan Melayu itu tidak pernah diduduki dan dengan itu tidak ada sejarah. Sejarah negara hanya bermula dengan kedatangan orang-orang Eropah, yang dianggap unggul dalam sains dan tamadun.

Seperti yang lumrah diperhatikan, banyak bahan dalam bentuk halaman web, risalah pelancongan, penceritaan dalam bahan-bahan yang dipamerkan di institusi-institusi awam, serta dalam banyak buku tentang Pulau Pinang, disebut lebih kurang bahawa The history of Penang began from 1786 after Captain Francis Light founded the island
Reply

Props Report

Rank: 3Rank: 3

Post on 13-2-2007 03:09 PM |All posts
sama jugak macam Amerika, sebelum Columbus tiba, orang tempatan (Red Indian) dah lama tinggal di situ. Penjelajah Islam telah lama sampai sebelum dari Columbus. Ada kajian mengatakan kebanyakan kaum Red Indian mengamalkan ajaran Islam semasa kedatangan orang barat.
Reply

Props Report

Rank: 6Rank: 6

Post on 13-2-2007 11:01 PM |All posts

Reply #18 zueusoff's post

menarik nie
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 14-2-2007 02:13 AM |All posts
biasela..barat..cam tak tau.. ..ahaks
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 23-4-2007 05:10 PM |All posts
Jejak: Pulau Pinang diduduki dengan tipu muslihat
Oleh Nasron Sira Rahim


Francis Light buat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 secara peribadi, tanpa persetujuan SHTI

FRANCIS LIGHT menduduki Pulau Pinang secara haram. Demikianlah antara fakta sejarah pulau digelar Pulau Mutiara
Reply

Props Report

Syd  

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Legenderer

Post on 23-4-2007 05:11 PM |All posts
PADA 1791, Sultan Abdullah mengumpul bala tenteranya di Seberang Perai bersama dorongan semangat untuk merampas kembali Pulau Pinang yang diduduki British secara haram dan tipu helah.

Selain angkatan perang Kedah, Sultan Abdullah turut meminta bantuan ketenteraan dari Riau, Siak dan Selangor dan mereka akan menyeberang laut menuju Pulau Pinang bagi menawan kembali pulau itu.

Bagaimanapun, kehadiran kapal perang yang berlabuh di pinggir pantai Seberang Perai mula disedari Francis Light. Lelaki itu sedar percaturan Sultan Abdullah untuk menyerang dan merampas kembali Pulau Pinang.

Francis Light segera meminta bantuan angkatan tentera laut British untuk menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai. Kemudian, peperangan meletus antara angkatan perang Sultan Abdullah dengan angkatan ketenteraan Francis Light.

Bagaimanapun, penentangan hebat bagi mengusir penjajah yang diberikan tentera Sultan Abdullah itu tidak berhasil dan Kedah kalah kepada tentera Francis Light dalam peperangan berkenaan.

Kekalahan itu menyebabkan Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah
1

View rating log

Reply

Props Report

Moderator

Weapon X

Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22Rank: 22

Moderator

Post on 24-4-2007 08:47 AM |All posts

Reply #18 zueusoff's post

Bior bebenor...
When the seagulls follow the trawler, it's because they think sardines will be thrown in to the sea.
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 24-4-2007 08:56 PM |All posts
bukan  amerika  jer  org  islam  dah  pi..
tapi tak tauler yg red indian tuh masuk islam ker tak..
tp aku setuju kalau kata red indian punya agama ada asimilasi islam sikit kot...
kalau tak silap australia tuh org islam jugak yg jumpa...
ada orang islam kat australia tuh sebelum british angkut para penjenayah
dan pemberontak menghuni australia...
dan orang islam yang sedia ada di australia , ada yang balik ke negara asal dan ada yang dtg kat malaysia dan indonesia...
memulakan hidup baru....
kan org melayu mudah menerima org asing...
pulau pinang tuh kompemler bkn francis light yg jumpa...
francis light bukan org menemukan pulau pinang..
tapi penjajah pulau pinang..
dari pulau pinang ler, british mulai berkuasa di utara semenanjung malaysia..
Reply

Props Report

Rank: 7Rank: 7Rank: 7

Post on 24-4-2007 09:41 PM |All posts
actually kalaulah kita mampu membuktikan perkara ni di awal awal zaman dulu mungkin undang undang malaysia bukan undang undang common law seperti mana sekarang.
Reply

Props Report

12Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 17-9-2014 07:30 PM , Processed in 0.421983 second(s), 32 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top