CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Francis Light bukan yang pertama buka Pulau Pinang?

[Copy link]
 Author| Post time 23-4-2007 05:10 PM | Show all posts
Jejak: Pulau Pinang diduduki dengan tipu muslihat
Oleh Nasron Sira Rahim


Francis Light buat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 secara peribadi, tanpa persetujuan SHTI

FRANCIS LIGHT menduduki Pulau Pinang secara haram. Demikianlah antara fakta sejarah pulau digelar 慞ulau Mutiara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2007 05:11 PM | Show all posts
PADA 1791, Sultan Abdullah mengumpul bala tenteranya di Seberang Perai bersama dorongan semangat untuk merampas kembali Pulau Pinang yang diduduki British secara haram dan tipu helah.

Selain angkatan perang Kedah, Sultan Abdullah turut meminta bantuan ketenteraan dari Riau, Siak dan Selangor dan mereka akan menyeberang laut menuju Pulau Pinang bagi menawan kembali pulau itu.

Bagaimanapun, kehadiran kapal perang yang berlabuh di pinggir pantai Seberang Perai mula disedari Francis Light. Lelaki itu sedar percaturan Sultan Abdullah untuk menyerang dan merampas kembali Pulau Pinang.

Francis Light segera meminta bantuan angkatan tentera laut British untuk menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang Perai. Kemudian, peperangan meletus antara angkatan perang Sultan Abdullah dengan angkatan ketenteraan Francis Light.

Bagaimanapun, penentangan hebat bagi mengusir penjajah yang diberikan tentera Sultan Abdullah itu tidak berhasil dan Kedah kalah kepada tentera Francis Light dalam peperangan berkenaan.

Kekalahan itu menyebabkan Sultan Abdullah terpaksa menandatangani 慞erjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 08:47 AM | Show all posts

Reply #18 zueusoff's post

Bior bebenor...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 08:56 PM | Show all posts
bukan  amerika  jer  org  islam  dah  pi..
tapi tak tauler yg red indian tuh masuk islam ker tak..
tp aku setuju kalau kata red indian punya agama ada asimilasi islam sikit kot...
kalau tak silap australia tuh org islam jugak yg jumpa...
ada orang islam kat australia tuh sebelum british angkut para penjenayah
dan pemberontak menghuni australia...
dan orang islam yang sedia ada di australia , ada yang balik ke negara asal dan ada yang dtg kat malaysia dan indonesia...
memulakan hidup baru....
kan org melayu mudah menerima org asing...
pulau pinang tuh kompemler bkn francis light yg jumpa...
francis light bukan org menemukan pulau pinang..
tapi penjajah pulau pinang..
dari pulau pinang ler, british mulai berkuasa di utara semenanjung malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 09:41 PM | Show all posts
actually kalaulah kita mampu membuktikan perkara ni di awal awal zaman dulu mungkin undang undang malaysia bukan undang undang common law seperti mana sekarang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2008 10:11 AM | Show all posts
Francis Light bukan orang pertama buka Pulau Pinang?

Oleh Raja Syahrir Abu Bakar
(Yang mengikuti lawatan
Jawatankuasa Keluarga
Dato’ Jenaton ke Medan
dan Batu Bara, Sumatera,
Indonesia baru-baru ini)



SEJARAH pembukaan Pulau Pinang perlu dikaji semula bagi memastikan kesahihan dakwaan bahawa orang Melayu terlebih awal meneroka pulau itu berbanding Francis Light pada 1986.

PERKARA berkaitan sejarah seperti ‘memperbetulkan' fakta, acap kali mendapat perhatian kerajaan-kerajaan di dunia, media, ahli politik, keturunan sesuatu bangsa, sehingga ke peringkat individu berkaitan subjek yang dibahaskan.

Sering kali juga, sesebuah diskusi sejarah menarik minat orang perseorangan yang merasakan diri terlibat dengan subjek itu, sekurang-kurangnya berdasarkan sentimen-sentimen tertentu.

Dalam kes-kes yang ekstrem, pertikaian sesuatu fakta sejarah membawa kepada pertempuran angkatan-angkatan tentera kerajaan berjiran, seperti yang tercetus di antara Kemboja dengan Thailand beberapa bulan lalu.

Konflik berkenaan merupakan rentetan daripada perbalahan puluhan tahun berhubung pemilikan sebuah kawasan hutan dekat Candi Preah Vihear, di sempadan kedua-dua negara.

Pertikaian itu ‘hidup semula’ selepas kuil purba berkenaan diisytihar sebagai sebuah Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) tahun ini.

Berdasarkan contoh itu, pembaca mampu membayangkan betapa sensitif serta kompleksnya usaha untuk menyelesai dan membuktikan sesuatu fakta sejarah.

Kerana itu juga, para sejarawan serta pihak berkuasa dipercayai menangguhkan penyelesaian sesuatu tuntutan tersebut, sehingga kadang-kala ‘terlupa untuk mengkajinya kembali.

Tetapi bagi Profesor Dr. Ahmad Murad Merican, kerumitan merungkaikan sesuatu fakta sejarah adalah perkara yang mencabar tahap intelek dan ketahanan fizikal seseorang, serta mengujakan.

“Lebih penting, memperbetulkan fakta sejarah adalah usaha untuk meletakkan sesuatu kepada haknya,” katanya kepada Mega di Batu Bara, baru-baru ini.

Mengakui bahawa sejarah bukanlah bidang kemahirannya, pensyarah di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Petronas itu tidak gentar untuk berhadapan dengan tanggapan yang mengatakan beliau tidak layak memperkatakan sesuatu isu sejarah.

“Saya telah mengkaji sejarah pembukaan Pulau Pinang sejak akhir tahun 1990-an lagi dan kaedah (mengkaji) yang saya gunakan adalah sama dengan sejarawan lain.

“Apa yang saya dapati, pulau (Pinang) itu telah didiami oleh Dato’ Jenaton Bin Raja Labu sejak tahun 1749,” tegasnya.

Justeru beliau mendakwa, catatan sejarah bahawa Pulau Pinang dibuka oleh kelasi Inggeris, Francis Light pada 1786 tidak boleh diterima.

Menurutnya, sejarah itu adalah ‘resipi’ British yang menidakkan pembukaan Pulau Mutiara tersebut oleh orang Melayu.

Keluarga Dato’ Jenaton

Dengan bukti-bukti sejarah seperti buku, artikel dan salasilah, Ahmad Murad memberitahu, Dato’ Jenaton berasal dari Pagar Ruyung di Sumatera, Indonesia, sebelum beliau berpindah pula ke Batu Bara yang juga terletak di Sumatera.

Menurutnya, pasangan Dato’ Jenaton dengan isteri pertamanya, Ambun Suri dari Pagar Ruyung tidak dikurniakan anak.

“Kemudian, apabila berhijrah ke Baru Bara, Dato’ Jenaton berkahwin pula dengan Tuan Gadih atau Cik Puang, anak pembesar di sana dan dikurniakan seorang anak,” tambahnya.

Ahmad Murad mendakwa, selepas berhijrah dan membuka Pulau Pinang pada tahun 1749, Dato' Jenaton melalui perkahwinan ketiganya dengan seorang wanita berketurunan Arab-China, seterusnya dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Namun, satu perkara yang dikesalkan Ahmad Murad dan seorang lagi pengkaji sejarah Pulau Pinang serta salasilah Dato’ Jenaton, Fazil Shuhaimi Talib, nama isteri ketiga individu yang membuka Pulau Pinang seperti didakwa mereka itu sehingga kini masih belum ditemui.

“Namun kita akan terus mengkaji dan mendapatkan nama individu wanita, isteri ketiga Dato Jenaton itu kerana beliau merupakan asal-usul keturunan Dato’ Jenaton di Malaysia, termasuk kami,” ujar Fazil.

Ahmad Murad dan Fazil yang juga sepupunya boleh dikatakan dua ‘orang kuat’ dalam mencari, melengkap dan memperbetulkan sejarah Dato’ Jenaton, seterusnya membawa kepada penubuhan sebuah persatuan tidak berdaftar dinamakan Jawatankuasa Keluarga Dato' Jenaton pada tahun 2002.

Berdasarkan salasilah yang dikemukakan kepada penulis, mereka berdua merupakan generasi keenam waris Dato’ Jenaton hasil perkahwinan dengan isteri ketiganya di Pulau Pinang sekitar pertengahan 1950-an.

Salasilah itu juga mencatat beberapa nama besar waris Dato’ Jenaton di sini seperti Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique ; Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail dan Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawan Teh.

Rozali merupakan pengerusi jawatankuasa keluarga itu, sementara presidennya pula ialah Rahmah Abdul Aziz dan Ahmad Murad serta Fazil merupakan ahli jawatankuasa persatuan berkenaan.

Akhir bulan lalu, seramai 30 orang daripada kira-kira 500 ahli persatuan itu di Malaysia telah ke Batu Bara untuk berjumpa dan bermesra dengan waris Dato’ Jenaton di sana.

Waris-waris Dato’ Jenaton dari Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur itu juga berkesempatan melawat pusara, bangunan serta tinggalan yang mempunyai kaitan dengan individu itu atau warisnya.

Di sana, perancangan perjalanan program lawatan mendapat kerjasama sepenuhnya dengan wakil keluarga Dato’ Jenaton sebelah Indonesia, M. Yusuf Morna atau dikenali dengan panggilan Buyung.

Fazil dan Buyung bertemu di Kampung Medan, Petaling Jaya, Selangor secara serius pada tahun 2005 selepas Fazil beberapa kali melawat Sumatera untuk mencari waris Dato’ Jenaton di sana.

“Setelah kami diperkenalkan melalui seorang kawan, saya dengan Fazil pada awalnya bertengkar membincangkan identiti Dato’ Jenaton.

“Ini kerana kajian kami (waris Jenaton di Indonesia) mendapati individu yang dimaksudkan bernama Jenan dan bukannya Jenaton seperti didakwa Fazil namun kami akhirnya sepakat bahawa individu yang dicari adalah orang yang sama,” jelas Buyung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-12-2008 10:12 AM | Show all posts
Menggali sejarah

PULAU Pinang sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti sejak pembukaannya beberapa ratus tahun dahulu.

SEWAKTU rombongan keluarga Dato' Jenaton dari Malaysia melawat ke Batu Bara, Medan, Indonesia baru-baru ini, kumpulan itu turut disambut serta dipertemukan dengan Bupati (pegawai daerah) Batu Bara, Orang Kaya Arya Zulkarnain dan Ahli Parlimennya, Drs. Syarkowi Hamid.

Menariknya, kedua-dua pembesar daerah yang terletak kira-kira 150 kilometer dari ibu negeri Sumatera Utara, Medan itu juga mendakwa mereka merupakan keturunan Dato' Jenaton di Indonesia.

"Berdasarkan salasilah, catatan dan bukti lain yang dikemukakan, saya isytihar dan akui keluarga Dato' Jenaton dari Indonesia dan Malaysia adalah daripada 'moyang' yang sama.

"Saya juga percaya melalui perbualan dengan Prof. Murad, Jenaton yang dahulu tiba dan membuka Pulau Pinang," ujar Arya.

Menurutnya lagi, penemuan bukti sejarah itu diharap dapat mengeratkan hubungan Malaysia dan Indonesia amnya, serta menyediakan platform bagi kemasukan bantuan teknikal dan kewangan ke Batu Bara terutama dalam bidang pendidikan, kesihatan dan ekonomi.

Sementara itu, Syarkowi menjelaskan, beliau sedia membantu Keluarga Dato' Jenaton terutama Ahmad Merican dan Fazil dalam mencari susur galur individu tersebut seterusnya mempererat hubungan Malaysia-Indonesia.

Sebagai rekod, Batu Bara baru diisytihar sebagai kabupaten atau daerah pada Disember 2006 lalu setelah berpisah dengan Asahan.

Bagi Ahmad Murad dan Fazil serta seluruh waris Jenaton di sini, sejarah Pulau Pinang yang menyebut ia dibuka oleh Francis Light adalah tidak benar serta memperkecilkan peranan kaum Melayu Nusantara dalam pemerintahan kerajaan tradisional dan moden.

Justeru, Ahmad Murad meminta kerajaan membantu menyediakan dana untuk kerja-kerja mengumpulkan bukti serta hal berkaitan lain.

"Hendak buka satu fail pemilikan tanah di pihak berkuasa tempatan atau pejabat tanah memerlukan bayaran RM50 dan ini membebankan," keluh Ahmad Murad.

Selain dana, katanya, pihaknya juga amat mengharapkan sokongan moral daripada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KPKKW).

Tambahnya, sewaktu Datuk Seri Dr. Rais Yatim memegang portfolio itu sekitar dua tahun lepas, beliau ada mengumumkan kesediaan kerajaan bagi mempertimbangkan permohonan dana untuk mengkaji sejarah orang Melayu di Pulau Pinang jadi saya juga mohon.

Namun katanya, beberapa bulan lalu, KPKKW membalas surat permohonan itu serta menolaknya tanpa memberi sebarang sebab dan ia amat mendukacitakan.

Katanya, bukti kukuh mengenai pembukaan Pulau Pinang oleh Dato' Jenaton ialah pusara individu tersebut yang terletak di Minden, Pulau Pinang iaitu di belakang premis Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau mendakwa, kubur luas itu menandakan Dato' Jenaton sebagai seorang pembesar di situ pada masa lalu serta disemadikan di tanah yang dianugerahkan kepadanya oleh Sultan Kedah dahulu.

"Kini, sejarah pembukaan Pulau Pinang perlu diubah dengan menyebut pembuka asal pulau iaitu Dato' Jenaton sebelum kedatangan Light.

"Ini penting kerana kebelakangan ini beberapa pihak yang tidak memahami dan malas mengkaji sejarah mengatakan orang Melayu juga adalah pendatang di negara ini. Ini yang perlu diperbetul," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 02:44 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 30-12-2008 10:12 AM
Menggali sejarah

PULAU Pinang sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti sejak pembukaannya beberapa ratus tahun dahulu.

SEWAKTU rombongan keluarga Dato' Jenaton dari Malaysia melawat ke Batu  ...


susah gak nak ubah Syd.....
nanti kena tarik balik title tapak warisan dunia tu....
nak ker kerajaan ( umno ) buat...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2009 09:24 AM | Show all posts

Balas #28 tok_wann\ catat

huuh..nanti kene tarik balik gelaran "warisan dunia"...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 04:49 PM | Show all posts
orang barat suka mengagungkan bangsa depa... lau xde org kt Pulau Pinang masa tu camna boleh ade nama Tanah Melayu? buat apa nak agungkan bangsa penjajah. kenali asal usul kita daripada dok tabik hormat kt depa.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049014 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list