CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: arinih

Tempat tempat menarik di Perak Darul Ridzuan [merged]

 Close [Copy link]
mamakcute This user has been deleted
Post time 4-10-2006 02:07 PM | Show all posts
SEJARAH PENUBUHAN

TANJONG JAMBU

Mengikut daripada buku Riwayat Tanjong Malim, nama asal Tanjong Malim ialah Tanjong Jambu. Terletak di kuala sungai dua buah sungai iaitu Sungai Inki dan Sungai Bernam. Berbentuk seperti tanjung dan di atasnya tumbuh sebatang pokok Jambu Keling. Penduduk asal kawasan tersebut menamakannya Tanjong Jambu.

Penduduk asal kawasan ini ialah suku kaum Batak. Aktiviti harian mereka ialah memburu binatang dan menangkap ikan. Dalil yang menunjukkan kaum Batak ada menghuni kawasan ini adalah berpandukan buku "Peperangan Datuk Keranji dan Raja Batak". Dalam buku ini ada menyebut bahawa orang Batak berperang dengan Datuk Keranji kerana Datuk Keranji tidak bersetuju anak gadisnya yang digilai oleh Raja Batak dikahwinkan dengan Raja Batak tersebut. Raja Batak naik marah dan mengarahkan pengikutnya menyerang Datuk Keranji yang berada di sebuah bukit. Sebelum orang-orang Batak naik ke bukit tersebut, terlebih dahulu mereka mengasah senjata di batu bukit tersebut. Lalu bukit tersebut dipanggil Bukit Asah atau pun sekarang dikenali sebagai Changkat Asah. Kedudukan Changkat Asah ini adalah betul-betul bersebelahan dengan Tanjong Jambu.

ORANG BUGIS

        Kedatangan Orang Bugis adalah disebabkan peperangan yang berlaku di Kuala Selangor antara Sultan Abdul Samad dan menantunya Tengku Kudin dengan Raja Mahdi. Sultan Abdul Samad mendapat bantuan dari orang Kedah dan Pahang sementara Raja Mahdi mendapat pertolongan dari Orang Bugis. Akhirnya Raja Mahdi tewas dan melarikan diri ke Hulu Selangor yang terletak di Sungai Bernam bersempadan dengan Tanjong Jambu. Orang-orang Bugis turut lari melepaskan diri dan ada antaranya yang lari ke Tanjong Jambu melalui Sabak Bernam.

        Di Tanjong Jambu, mereka bertemu dengan kaum Batak yang sedia ada dikawasan ini. Orang-orang Batak tidak suka bercampur dengan orang mendatang mengambil keputusan untuk berpindah ke tempat lain. Orang-orang Bugis pula sangat tertarik hati untuk mendiami kawasan tersebut telah membuat perkampungan dan melantik seorang ketua yang dipanggil menteri untuk menjaga keselamatan mereka. Bukti yang menunjukkan orang-orang Bugis mendiami kawasan ini ialah wujudnya bekas kubur orang Bugis dibelakang Panggung Cathay Ulu Bernam

ORANG RAWA

       Pada tahun 1870, satu kumpulan orang Rawa yang diketuai oleh Haji Mustafa bin Raja Kemala telah datang ke Tanjong Jambu dengan tujuan mencari perlindungan dari serangan orang Negeri Pahang. Mereka ini datang lengkap dengan alat senjata seperti meriam, keris, tombak dan lain-lain lagi. Setibanya mereka di Tanjong Jambu, mereka telah disambut oleh orang Bugis dan sama-sama mendiami kawasan tersebut. Tetapi akhirnya orang Bugis tidak dapat menyesuaikan diri dan meninggalkan kawasan tersebut menghilir ke selatan Sungai Bernam dan membuat perkampungan di Lubuk Salak.

        Orang Rawa di Tanjong Jambu telah mendirikan kubu-kubu sebanyak 3 lapis untuk mengelakkan dari dijumpai musuh. Lapis pertama di Kuala Kubu, lapis kedua di Kg. Gumut, Kalumpang dan lapis ketiga di Tanjung Jambu. Maka, nama Tanjong Jambu telah digantikan dengan nama Kampung Kubu hinggalah sekarang perkampungan ini masih wujud sebagai kawasan perkampungan tertua di Tanjung Malim. Di dalam kawasan Kg. Kubu ini dibina masjid, balai polis dan rumah rehat. Sebagai mengenang jasa baik Haji Mustafa bin Raja Kemala mengendalikan kawasan tersebut, beliau telah dilantik sebagai penghulu pertama di kawasan tersebut.

TANJONG MALIM

Tuan List merupakan wakil kerajaan Inggeris Negeri-negeri Selat bersama Raja Itam adalah ditugaskan untuk memungut cukai di Sabak Bernam dan mereka telah dapat tahu mengenai kewujudan Kg. Kubu. Maka mereka telah mudik ke hulu untuk mengetahui kemajuan kawasan tersebut.

Apabila mereka sampai, Tuan List dan Raja Itam naik ke darat untuk meninjau sekitar kawasan tersebut. Kemudian mereka terdengar suara riuh-rendah seperti orang membaca Al-Quran di madrasah yang berdekatan. Mereka menghampiri madrasah tersebut dan berbual dengan orang tua yang ada di madrasah itu. Kemudian Tuan List berkata kepada Raja Itam bahawa orang yang tinggal di kawasan itu ramai yang alim-alim dan dengan itu dia menamakan tempat tersebut Tanjong Malim dan ianya kekal hingga sekarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mamakcute This user has been deleted
Post time 4-10-2006 02:08 PM | Show all posts


MASJID JAMEK TG MALIM



Masjid Jamek Tg Malim merupakan salah satu masjid tertua di Negeri Perak yang masih lagi digunakan. Terletak di jalan utama menghala ke Ipoh dan Kuala Lumpur, masjid ini menjadi tumpuan utama untuk menunaikan ibadah. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti kedai-kedai kecil, tadika Islam dan bilik-bilik sewaan.



Masjid ini merupakan masjid tertua yang terdapat di daerah ini. Mula dibina pada 1926 dan sering dikunjungi oleh pelancong dalam dan luar negara yang hendak ke Utara atau Selatan Malaysia. Keunikan struktur bangunan ini adalah merupakan salah satu daripada daya tarikan utama mengapa masjid ini sering dikunjungi disamping tujuan utama mereka untuk menunaikan solat lima waktu.



Masjid ini direka oleh seorang arkitek berbangsa Inggeris. Struktur bangunan ini banyak dipengaruhi daripada pengaruh masjid-masjid di India. Bumbung masjid ini menampilkan ciri-ciri bumbung takuk meru. Pada keseluruhannya masjid ini seakan-akan gaya Moor yang memperlihatkan menara berbentuk empat segi dengan kubah yang tidak terlalu besar



Dengan pembangunan pesat Pekan Tg Malim dengan pembesaran UPSI dan kewujudan Proton City serta taman-taman perumahan baru, masjid ini dilihat tidak lagi sesuai untuk menampung jemaah yang semakin ramai khususnya pada hari Jumaat.

[ Last edited by  mamakcute at 4-10-2006 02:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 06:57 AM | Show all posts

Teluk Intan



menara condong
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 10:47 AM | Show all posts
Lost World tumpuan pengunjung

Laporan dan gambar HAFIZAN TAIB
metahad@hmetro.com.my

KEHADIRAN lebih 100,000 pengunjung, biarpun baru tiga bulan dibuka, sudah cukup memberi petanda Lost World of Tambun berpotensi besar untuk memahat nama sebagai antara destinasi pelancongan terunggul di negara ini.

Terletak di kawasan Bandar Sunway Ipoh, Perak yang pesat membangun, Lost World of Tambun yang dibuka pada November tahun lalu dibina di atas kawasan seluas 16 hektar membabitkan kos RM60 juta.

Eksekutif Pemasaran Lost World of Tambun, Zalilah Ghazali, berkata setakat ini projek pembangunan taman tema itu baru melepasi fasa pertama membabitkan kawasan seluas 10 hektar dan pembangunan di kawasan selebihnya akan disiapkan dalam tempoh kira-kira dua tahun.

Katanya, tarikan utama Lost World of Tambun ialah taman tema air dengan sebuah kolam mandi berombak seluas 3,200 meter persegi yang dilengkapi tujuh jenis ombak.

揝etakat ini, Lost World of Tambun adalah taman tema air terbesar di negara ini. Tidak cukup dengan kolam mandi besar itu, ada juga sebatang sungai pengembaraan berombak terpanjang di Asia iaitu 600 meter.

揚engunjung yang menyusuri sungai itu berpeluang melihat beberapa sudut haiwan seperti gajah, monyet dan katak yang dibina di kiri kanan sungai serta dilengkapi kesan bunyi menarik,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2006 08:52 PM | Show all posts
merged dengan thread lata lata di Perak . :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 10:49 AM | Show all posts
ok. noted.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2006 04:53 PM | Show all posts
Bongkar sejarah seni batu

Oleh Hartini Mohd Nawi
tini@hmetro.com.my

AHLI arkeologi, IHN Evans, antara individu pertama melaporkan kewujudan lukisan purba pada dinding batu kapur di Semenanjung Malaysia dengan penemuan di Gua Badak, Lenggong, Perak, pada 1926.

揝eni batu pada lukisan dan lorekan purba antara sumber maklumat signifikan dalam membongkar sejarah masyarakat silam.

揃anyak fakta dan data dapat dikumpul bagi membantu kita memahami masyarakat silam melalui 憆akaman visual

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2006 05:05 PM | Show all posts
Flora, fauna Hutan Belum


TAMAN Negeri Belum atau nama asalnya Hutan Belum adalah hutan hujan tropika yang berusia dua juta tahun dengan keluasan 113,000 hektar. Ia terletak dalam lingkungan Banjaran Titiwangsa. Kawasan pekan yang paling dekat dengan hutan itu ialah Grik di Perak dan Jeli di Kelantan.

Kebanyakan pelancong melabelkan Belum sebagai 揾utan dara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2006 05:07 PM | Show all posts
Kembara 2 gua batu kapur

Oleh Kristy Inus

MALAYSIA dirahmati dengan gua batu kapur yang banyak, di mana ia menempatkan struktur batu kapur asli yang cantik dan menakjubkan. Bagi mereka yang berminat untuk mencuba meneroka gua, boleh mencuba di Perak. Dua gua yang menjadi tarikan di Perak ialah Gua Tempurung dan Gua Kundu.

GUA TEMPURUNG

Gua Tempurung terletak di Gopeng, Perak dan boleh dilawati melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar melalui persimpangan Gopeng (kira-kira 25 kilometer di selatan Ipoh).

Dipercayai wujud seawal 8,000 sebelum masihi, Gua Tempurung merupakan struktur batu kapur asli yang terbesar di negara ini.

Berdiri megah dengan menara batu marmar dan batu kapur yang mencakar langit, gua ini terdapat lima kubah yang besar dengan setiap kubah mempunyai rupa bentuk kalsium dan batu marmar yang berbeza.

Gua Tempurung amat terkenal dengan stalagmit yang merupakan batu kapur yang timbul di permukaan lantai gua dan meruncing ke atas yang dapat disaksikan melalui pelbagai pakej pelancongan ke gua itu.

Seorang pemandu pelancong dari APT Consortium, antara pengendali pelancongan ke gua itu berkata, pelancong dapat melihat kepelbagaian formasi batu kapur dari sudut pandangan yang berbeza.

Untuk peneroka gua yang mahu melihat dan menikmati seni bina batu-batu ini tanpa mengotorkan diri, terdapat satu pakej yang dinamakan 揅atwalk Tour

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 02:01 PM | Show all posts
sape tau damai laut beach resort area mane..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 06:21 PM | Show all posts
Kalau yang dimaksudkan Swiss Garden Damai Laut tu terletak di Teluk Senangin..tempat yang memang privacy...jauh dari bandar.. Pekan terdekat ialah Lumut dan Majung..Ini link

http://www.swissgarden.com
http://directrooms.com/malaysia/ ... ut-pangkor-2068.htm

[ Last edited by  noya at 7-10-2006 06:27 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 12:58 PM | Show all posts
Short Break/Best of Hulu Perak: The Lake District
ZALINA MOHD SOM



A network of lakes, both man-made and natural, attracts visitors with its promise of peace and quiet.
WHEN you think of Hulu Perak, Lenggong or Grik, can you picture a scenic countryside with quaint kampung houses by a lake, fringed by a lush rainforest?

No? Well, you wouldn抰 probably think of a lake since the word 揾ulu
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 02:10 PM | Show all posts
Aktiviti lasak daya tarikan

Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my

PEKAN Gopeng, kira-kira 25 kilometer ke selatan bandaraya Ipoh cukup sinonim dengan Gua Tempurung dan Gua Kandu sebagai satu destinasi pelancongan popular di Perak.

Bukan itu saja, Gopeng juga semakin popular dengan kegiatan aktiviti lasak seperti whitewater rafting, berkayak, flying fox di Gua Kandu, merentas hutan, rock climbing dan abseiling.

Aktiviti yang semakin popular itu ditawarkan Kem Murni bertempat di tepi Sungai Kampar, Kampung Jahang, kira-kira enam kilometer dari pekan Gopeng.

Kem Murni yang diuruskan Tropical Outdoor Pursuit Centre (TOP) turut menyediakan khidmat menyewa chalet serta kemudahan untuk program kem bina semangat atau 憈eam building

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2006 08:08 PM | Show all posts
raya ni rasanya aku nak turun Ipoh, ada tempat menarik di Ipoh tak selain dari Stesen Keretapi ????
Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 22-10-2006 03:18 PM | Show all posts
Taiping Lake Gardens



The 62-hectare Taiping Lake Gardens is one of the biggest and most beautiful parks in the country. With a beautiful lake abounding with freshwater fish, lush greenery, a gazebo, and a colorful profusion of flowers, this is a favorite spot with visitors and locals alike. Located also within the gardens is the oldest zoo in the country, the Taiping Zoo.



Perak Museum, Taiping

Built in 1883, the Perak Museum is the oldest museum in the country. It houses an impressive collection of ancient weapons, ornaments, and archaeological treasures. Also on display are artifacts of Perak's rich historical culture and heritage.

Bukit Larut (Maxwell Hill)



Bukit Larut stands at 1,035m above sea level. At the summit, one is greeted by a spectacular view of the west coast of Peninsular Malaysia. The hill abounds with groves of evergreens and vibrantly colored flora and fauna.
Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 22-10-2006 03:20 PM | Show all posts
Deer Farm




At the Manderang vicinity of the Sungkai area lies a sprawling 100 hectares deer farm established and managed by the wildlife department. Here, deer of various species are allowed to roam freely, as if in their own natural habitat.  Set up in 1978 jointly by the state and federal authorities, the farm also provides a reserve for certain species of birds and other wildlife, as a further effort towards conservation and prevention of their extinction.

The Lon Rapids
Shttp://www.plus.com.my/kembara/perak/images/perak_lonrapid.jpg

The town of sungkai is a small place with hardly enough shop houses to complete one street. This is the town where the massive Sungkai River flows with solitary roads leading to crystal clear water and long cascading waterfalls dropping about 10 meters. Its forestry beauty is something not to be missed with a large variety of wild flowers, trees of myriad aerial roots dangling over the stretch of riverbanks above the waterfalls.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


mamakcute This user has been deleted
Post time 23-10-2006 10:14 AM | Show all posts


Bukit Larut tidak dimamah usia






SESIAPA yang pernah jatuh cinta terhadap ketenangan Bukit Larut berdekad lalu, mungkin dapat merasakan perasaan itu masih melekat apabila mengunjunginya hari ini.

Keindahan, kedinginan dan ketenangan bukit peranginan itu nyata tidak dimamah usia biarpun ia sudah diteroka sejak lebih 100 tahun lalu.

Begitulah gambaran yang mampu diberikan terhadap Bukit Larut yang dulunya dikenali sebagai Bukit Maxwell yang terletak di Taiping, Perak.

Kunjungan pertama penulis ke situ pada 1980 masih segar dalam ingatan apabila berpeluang mengunjunginya semula, baru-baru ini.

Sebagaimana 26 tahun lalu, pengunjung ke situ masih tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri sebaliknya mesti menaiki kenderaan pacuan empat roda yang melalui satu jalan sempit yang dibina pada 1948, sekali gus memastikan ketenangannya hanya diganggu oleh bunyi `menderam' satu jenis kenderaan saja.

Banglo warisan kolonial serta satu berek rumah papan pekerja ladang teh yang pernah dijadikan hospital ketika Perang Dunia Kedua masih tegak berdiri walaupun sudah tidak berpenghuni.

Malah, kediaman Residen British pertama, JWW Birch dikenali sebagai The Cottage yang terletak di puncak Bukit Larut setinggi 1,376 meter dari aras laut, juga masih wujud.

Banglo berkenaan yang dibina pada 1884 bagaimanapun, tidak dibuka untuk kunjungan orang ramai kerana ia terletak dalam kawasan stesen pemancar telekomunikasi.

Apapun, Bukit Larut yang diteroka oleh Residen British, George Maxwell pada 1880, kekal menjadi kawasan peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia.

Kepada pengunjung, perjalanan menaiki kenderaan pacuan empat roda sejauh 13 kilometer dan mengambil masa 30 minit melalui jalan sempit dan berliku 72 selekoh tajam mengelilingi lereng bukit, mungkin menjadi satu pengalaman menarik.






Perjalanan menaiki kenderaan itu mungkin boleh membuatkan penumpangnya berasa `pening-pening lalat' tetapi akan terubat sebaik tiba di taman bunga yang ada di atas bukit berkenaan sambil menikmati angin segar yang nyaman.

Suhu siangnya antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam.

Jika cuaca tidak berkabus, keindahan bandar Taiping hingga ke kawasan pesisiran laut Kuala Sepetang termasuk kawasan Taman Tema Air Bukit Merah boleh dilihat dari atas bukit itu dengan jelas.

Lebih menarik pada waktu malam kerana limpahan lampu di seluruh Taiping serta kerlipan lampu bot nelayan di laut Selat Melaka mampu menjadi santapan jiwa sebelum melelapkan mata.

Pemandangan indah itu dapat dilihat dengan jelas dari kawasan Cendana Hut, chalet enam bilik tidur yang mula dibuka untuk orang ramai pada Ogos lalu.

Pemiliknya, Datuk Kamarulbahrain Zainuddin berkata, chalet itu diubah suai dari banglo `The Hut' yang dibina pada 1889 membabitkan kos kira-kira RM600,000.

Chalet itu menyediakan tiga bilik keluarga pada kadar RM150 sebilik semalam serta tiga bilik masing-masing menyediakan dua katil pada kadar RM80 semalam. Turut disediakan ruang riadah serta sebuah cafe, khusus untuk pengunjung berehat dalam suasana sunyi dan damai, melarikan diri daripada kesibukan dan kesesakan bandar.




Keistimewaan chalet ini ialah mempunyai tapak semaian bunga tulip, satu-satunya kawasan seumpama itu di Malaysia.

Bunga tulip mempunyai sejarah yang unik apabila ia dikatakan menjadi satu daripada petanda awal kejatuhan kerajaan Khalifah Uthmaniah di Turki dan pernah mencetuskan `Tulip Mania' di Belanda pada kurun ke-17 hingga menjadikan bunga itu barang dagangan menguntungkan.

Mengikut sejarah, ketika zaman kemerosotan Daulah Uthmaniah, bunga tulip menjadi lambang kemegahan dan amat digilai pembesar kerajaan berkenaan termasuk pemerintahnya, Sultan Ahmed III (1703-1730) yang banyak menghabiskan masanya di kebun bunga tulip daripada di meja pentadbiran.

Zaman pemerintahannya yang dikenali sebagai `Era Tulip' berakhir selepas ditumbangkan dalam satu revolusi.



Kini, bunga tulip menjadi tarikan kepada mereka yang mengunjungi Bukit Larut yang bersejarah terutama ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April.

Pengurus Tapak Semaian Bunga Tulip, Mohd Rafiq Mokhtar, berkata benih bunga itu yang diimport dari Belanda setiap tahun, disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang lapan darjah Celsius selama 15 minggu. Ia akan berbunga selepas dua minggu dibawa keluar dari bilik berkenaan.

Bunga tulip yang disemai di situ adalah dari jenis yang berwarna merah, merah jambu, putih serta ungu dan dijual pada harga RM5 sekuntum atau RM15 bagi satu pasu yang mengandungi tiga kuntum bunga.

"Tahun lalu, kami mengimport 40,000 benih bunga Tulip, manakala setakat awal tahun ini sebanyak 22,500 benih sudah ditempah. Penyemaian bunga Tulip di sini semata-mata kerana minat serta sebagai daya tarikan pengunjung ke Bukit Larut dan bukannya bermaksud keuntungan," katanya.


Penginapan:

Mereka yang berminat mengunjungi Bukit Larut boleh mendapatkan maklumat lanjut dan tempahan penginapan dengan menghubungi Pegawai Menjaga Taman Peranginan Bukit Larut di talian 05-8077241/243.

Bagaimana untuk ke Bukit Larut?

1. Anda perlu ke Bandar Taiping terlebih dahulu.
2. Bandar ini boleh dihubungi melalui Jalan Persekutuan Kuala Lumpur-Butterworth, Jalan Pantai Barat Gelang Patah, Johor-Changkat Jering, Perak, Lebuhraya Utara-Selatan melalui Plaza Tol Changkat Jering di selatan dan Plaza Tol Taiping Utara di Utara.
3. Dari Pantai Timur pula melalui Lebuhraya Timur-Barat di Kuala Kangsar dan Jalan Selama-Grik.
4. Laluan Keretapi pula melalui Jalan Kuala Lumpur-Butterworth di Stesen Keretapi Taiping.
5. Pengunjung yang ingin ke puncak bukit mesti menaiki Land Rover yang disediakan Pejabat Taman Peranginan Bukit Larut di kaki bukit dengan dikenakan tambang RM4 bagi dewasa dan RM2 (kanak-kanak antara lima hingga 12 tahun) untuk perjalanan dua hala ke stesen atas bukit.
6. Tambang untuk perjalanan dua hala ke Banglo Cendana, Tempinis dan Rumah Rehat: RM5 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak antara lima hingga 12 tahun)
7. Jadual perjalanan Land Rover: antara 8 pagi hingga 5 petang (satu perjalanan bagi setiap jam naik dan turun)
8. Kapasiti Land Rover: 8 orang dewasa

Fakta

*Bukit Larut adalah kawasan yang paling lembap di Malaysia. Hampir setiap hari waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini.

*Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit.

*Kebanyakan pengunjung warga Inggeris yang datang pernah menyamakan Bukit Larut sebagai Switzerland musim bunga.

*Tea Garden - dibina pada 1887 dengan kos RM3,600.00 untuk kegunaan pegawai-pegawai British. Pada asalnya kawasan ini terdapat ladang teh jenis Assam, kemudian dipindahkan ke Cameron Highlands.

*Rumah Rehat Bukit Larut - terletak 1,034 meter di atas paras laut dan 10.1 kilometer dari kaki Bukit Larut dengan keluasan kawasan lebih kurang 1.2 hektar.

*Banglo Beringin - asalnya dikenali sebagai Rumah Rehat Watson. Luas kawasannya 1.2 hektar dan berada pada ketinggian 1,036 meter atas paras laut dengan jarak 10.2 kilometer dari kaki Bukti Larut.

*Banglo Angkasa - dibina pada 1906 dan dikenali sebagai 'The Federal Bungalows'. Banglo ini disewakan khas untuk VIP saja.

*Banglo Cendana - dikenali sebagai The Hut yang dibina pada 1889 dengan kos sebanyak RM2,000.00.

*Banglo Tempinis - asalnya dikenali sebagai Banglo Treacher. Sejarah pembinaan dan tujuannya tidak diketahui.

*Sri Kayangan - dikenali sebagai The Box yang juga rumah kediaman rasmi Residen Perak. Kawasan ini mempunyai ketinggian 1,242 meter dari paras laut dengan jarak 11.7 kilometer dari kaki Bukit Larut. Persekitarannya amat menarik, kerana pemandangan dari bahagian hadapannya dapat menyaksikan kebiruan Selat Melaka serta panorama Bandar Taiping.

*Rumah Rehat Gunung Hijau - asalnya dikenali sebagai The Speedy Resthouse dan terletak pada ketinggian 1,113 meter dari paras laut.
Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 31-10-2006 03:34 PM | Show all posts



Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama daripada kuala Sungai Kangsar yang bertemu dengan Sungai Perak.

Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah yang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang beralamat di Jalan Raja Chulan, 33000 Kuala Kangsar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 31-10-2006 03:35 PM | Show all posts
Terdapat beberapa kawasan pelancongan dan rekreasi di Kuala Kangsar



Istana Iskandariah di Bukit Chandan
Masjid Ubudiah di Bukit Chandan
Galeri Sultan Azlan Shah
Istana Kenangan / Istana Kuning yang kini dijadikan Muzium DiRaja Perak. Bangunan ini unik kerana dibina tanpa menggunakan walau sebatang paku
Perak River Safari
Pusat Rekreasi Jabatan Pengairan & Saliran
Taman Rekreasi Raja Intan Suraya
Kelab Polo Sultan Iskandar
Kelab Golf Kuala Kangsar

Bot Penambang Sungai Perak (Foto Ihsan Chan Sow Yan)Anda juga boleh menaiki bot penambang menyusuri tebing Sungai Perak.

Galeri Sultan Azlan Shah ( SAS )
Industri Kraftangan

Labu Sayong
Tekatan Benang Emas
Medan Cendol dan Laksa dibina bersebelahan bazar kraf dan Laman Budaya. Di sini terkenal dengan masakan kampung dan ikan bakar. Anda dapat makan Laksa panas dan cendol lemak manis yang sejuk sambil memerhatikan keindahan Laman Budaya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

mamakcute This user has been deleted
Post time 31-10-2006 03:36 PM | Show all posts
Kemudahan-kemudahan



Pendidikan
Institusi pendidikan di Kuala Kangsar termasuk:

Madrasah Idrisiah (MIBCKK)
Kolej Melayu Kuala Kangsar
SMK Clifford
SMK Tun Perak, Padang Rengas
SMK Raja Muda Musa
SMK Raja Perempuan Mazwin
SRJK(C) Tsung Wah
SMJK Tsung Wah
SRK Clifford
SRK Datin Khadijah
SRK Sultan Idris II
SMK RLKT Lasah Sg Siput (U) Perak
SM (Persendirian) Tsung Wah



Pengangkutan
Stesen Keretapi Kuala Kangsar
Hentian Bas Tempatan / Ekspres
Dalam Daerah Kuala Kangsar, terdapat 5 buah jambatan yang dibina merentangi Sungai Perak.

Jambatan Iskandar dibina tahun 1928
Jambatan Sultan Azlan Shah (laluan Lebuhraya Utara Selatan)
Jambatan Sultan Abdul Jalil (menghubungkan bandar ini dengan Kampung Sayong)
Jambatan Victoria (jambatan keretapi terpanjang)
Jambatan Keretapi Landasan Berkembar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.086985 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list