CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: waksir

Kertas rancangan perniagaan (RP) / Proposal Perniagaan [MERGE]

[Copy link]
Post time 26-4-2008 01:47 AM | Show all posts
cth kertas kerja ternakan ikan ada tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2008 06:32 PM | Show all posts

Reply #85 ccyber5's post

jangan risau. ada cth pertenakan ikan. complete lagi..

so..

layari WEBSITE kami :

http://www.ekertaskerja.com
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 04:05 PM | Show all posts
Rancangan Perniagaan adalah satu dokumen bertulis di antara 25 hingga 40 muka surat yang menerangkan tentang:
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 11:47 PM | Show all posts
1.0 ekar pisang,..400 rumpun

1.0 rumpun,..20kg /tandan
1.0 kg, harga borong, RM0.50/kg

hasil 400 tandan sebulan,..setiap bulan

income RM0.50 x 20kg x 400 tandan  =RM4,000  sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 07:35 PM | Show all posts
kertas kerja kami mudah di edit.
didatangkan dalam bentuk word dan excell.cth memang complete..

panduan perniagaan dan konsep perakaunan juga disediakan
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 04:52 PM | Show all posts


contoh terbaru yang diberika  percuma. dalam bentuk e-book dan cd
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2008 03:22 PM | Show all posts




diberikan percuma..

lanjut
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 10:25 AM | Show all posts
Ciri-Ciri Keusahawanan

Untuk menjadi usahawan yang cemerlang, seseorang itu perlu melengkapkan diri dengan beberapa ciri tertentu. Ciri utama ialah memastikan mereka mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburi. Ini bermakna usahawan perlu berusaha mendapatkan semua maklumat yang perlu mengenai perniagaan yang menjadi pilihan mereka. Pemilihan bidang perniagaan tidak boleh dilakukan secara ikut-ikutan sahaja, iaitu mengikuti perniagaan orang lain yang berjaya tanpa mengetahui selok-belok bidang tersebut. Kejayaan orang lain dalam sesuatu bidang perniagaan tidak bererti kita juga akan berjaya dalam bidang yang sama. Kita perlu tahu beberapa perkara asas tentang bidang perniagaan yang dipilih seperti berikut:

    * Maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan.
    * Maklumat pasaran yang disasarkan.
    * Maklumat mengenai persaingan.
    * Maklumat mengenai bekalan dan pengeluaran.
    * Struktur kos, penetapan harga dan kadar keuntungan.
    * Kelakuan-kelakuan tertentu dalam industri yang diceburi.

Kebanyakkan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2008 06:17 PM | Show all posts
Pendaftaran Perniagaan


Sebelum memulakan perniagaan, anda perlulah memastikan bahawa perniagaan anda itu didaftarkan di samping memastikan segala lesen dan permit berkaitan diperolehi.

Perniagaan ditakrifkan sebagai setiap bentuk perdagangan, pertukangan, pekerjaan, profesion atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud mendapatkan keuntungan.

Anda boleh layar ke laman-laman ini untuk mendapat maklumat lanjut mengenai pendaftaran syarikat dan lain-lain:

Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Pusat Khidmat Kontraktor
Jabatan Pembangunan Koperasi
ePerolehan
Perbendaharaan Malaysia
PERKESO
ePerkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri


Penubuhan dan Pendaftaran Koperasi
Cara Penubuhan Syarikat
Pendaftaran Perniagaan di Semenanjung
Rukuniaga Malaysia
Undang-Undang Syarikat Mengikut Akta Syarikat 1965
Pendaftaran Perubahan Perniagaan
Pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor
Pendaftaran PERKESO
Pendaftaran ePerolehan
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:07 AM | Show all posts
Maklumat Ringkas
Program Bahagian Latihan & Bimbingan Usahawan bertujuan untuk mewujudkan usahawan-usahawan baru serta mempertingkatkan tahap pengetahuan, kemahiran serta keupayaan pengurusan usahawan Bumiputera melalui latihan keusahawan, bimbingan, khidmat nasihat, bantuan dan galakan supaya mereka menjadi usahawan tulen yang berkualiti dan berupaya mengurus projek-projek perdagangan dan perindustrian kecil dan sederhana yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

Perlaksanaan :


Mengadakan kemudahan latihan dan kursus keusahawanan / perniagaan secara teori dan amali untuk membimbing dan membantu usahawan yang berminat dan berpotensi untuk menceburi bidang perdagangan dan perusahaan.



Memberi khidmat nasihat dan menyediakan pakar runding bagi mempertingkatkan produk Bumiputera dalam aspek pengeluaran, pembungkusan, pelabelan dan pemasaran.



Menyediakan kemudahan fisikal dan lain-lain aktiviti sokongan untuk memudahkan usahawan memulakan perniagaan melalui Pusat-pusat Inkubator, Program Usahawan Teknikal (PUTEK) & Pusat Sumber Teknologi Perabot (FITEC)



Fungsi

        Menguruskan perkhidmatan kepakaran dalam perakaunan, taknikal dan pengurusan kepada projek/program yang diwujudkan.

        Mengadakan kemudahan bimbingan keusahawanan ke arah menambah dan mempertingkatkan tahap usahawan

        Memberi khidmat nasihat kepada usahawan dan bakal-bakal yang akan dan sedang menjalankan projek-projek tertentu


        Mengadakan pakar runding untuk membantu usahawan-usahawan yang bermasalah

          Memberi kemudahan asas kepada bakal usahawan yang mula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan (Inkubator)

          Menguruskan Pusat Sumber Maklumat Projek (projek-projek profile).
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 07:38 PM | Show all posts
Merancang Perniagaan Anda                                                               
Pada zaman dahulu, di sebuah negeri yang kita namakan negeri PanasKering, penduduk negeri tersebut mengalami masalah kesukaranmendapatkan bekalan air. Lalu Datuk Menteri negeri tersebut mengumumkantawaran tender untuk mana-mana penduduk yang mahu berkhidmat menawarkanperkhidmatan bekalan air.
Lalu 2 pemuda telah menawarkan diri dan Datuk Menteri menerimamereka berdua untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air di negeriPanas Kering.
Pemuda pertama, kita namakan dia sebagai Gopoh b Gapah terus menerusmemberikan khidmat menyediakan bekalan air yang diangkut dari sungai.Awal-awal pagi lagi Gopoh Gapah telah mengangkut air dari sungai. Orangbelum bangkit tidur lagi dia sudah bersiap-siap memulakan kerjanya.
Mula-mula, Gopoh Gapah menyediakan 1 baldi sahaja untuk mengangkutair dari rumah ke rumah. Dengan usaha gigihnya, menjelang tengah malamsemua penduduk telah mendapat bekalan air dari sungai.
Keesokan harinya, Gopoh Gapah menggunakan 2 baldi pula. Fikirnya, iatentu akan lebih cepat dan dia boleh habis kerja lebih awal. Laluberterusanlah dia mengangkut air dari sungai sehinggalah dia merasakandia sudah tidak larat lagi mengangkut air tersebut bersendirian.
Maka, Gopoh Gapah mengupah beberapa orang pemuda yang gagah perkasauntuk membantunya mengangkut air dari sungai. Fikirnya, dia kini bolehduduk berehat kerana sudah ada pekerja, rupanya tidak. Permintaansemakin tinggi, dia masih perlu bekerja juga.
Berterusanlah senario ini selama beberapa purnama sehinggalah orangramai mula bertanya-bertanya di manakah hilangnya seorang pemuda lagisatu.
Pertanyaan ini terjawab sepurnama selepas itu selepas pemuda yangkita namakan Bijak b Merancang ini kembali ke negeri Panas Kering.Pemuda ini bukan sahaja memulakan perkhidmatannya dengan menubuhkansebuah syarikat malahan juga dia memulakan beberapa pembinaan asas yangdiperlukan.
Mula-mula dibina empangan kecil. Loji rawatan air. Sistem parit& longkang. Sistem perpaipan yang menyambungkan air yang sudahdirawat dari empangan tersebut dari rumah ke rumah.
Tetapi Gopoh Gapah masih meneruskan kerja mengangkut air secaramanual. Dia mulanya berasa hairan kenapa Bijak Merancang tidak terusmengangkut air, tetapi membina infrastruktur tertentu terlebih dahulu?
Persoalan itu terjawab akhirnya apabila Bijak Merancang mengumumkan Skim Air Paip Bersih Boleh Diminum Terus di Rumah Anda.
Penduduk negeri Panas Kering nampaknya gembira dengan skim airtersebut. Mereka tidak perlu lagi menunggu air sehari sekali yangdihantar ke rumah-rumah oleh Gopoh Gapah. Air yang diterima dari skimtersebut lebih bersih, lebih mudah, lebih cepat dan harganya lebihmurah. Bukan itu sahaja, beberapa negeri jiran juga berminatmendapatkan skim tersebut.
Akhirnya Gopoh Gapah terpaksa memberhentikan perkhidmatannya keranatiada siapa lagi yang mahu. Manakala, syarikat bekalan air BijakMerancang terus berkembang maju kerana semua yang berlaku mengikutperancangannya yang telah dibuat sejurus selepas menerima tender dariDatuk Menteri.


sumber dari : www.pakdi.net
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 07:12 PM | Show all posts
5.  Unjuran Aliran Tunai (Cashflow Projections)



Unjuran aliran tunai adalah kaedah untuk mengetahui keperluan modal kerja semasa bagi mencapai sesuatu matlamat jualan. Proses ini akan membantu usahawan mengetahui keperluan sebenar pinjaman tambahan yang diperlukan dan pengagihan tunai bagi tujuan pembayaran balik pinjaman dan perbelanjaan operasi harian. Berasaskan kepada andaian prestasi kewangan di atas, ia akan membantu bagi penyediaan unjuran aliran tunai. Dengan unjuran aliran tunai yang lengkap dan menyeluruh (tepat), anda berupaya menentukan jumlah pinjaman yang diperlukan bagi menjamin kelangsungan operasi harian perniagaan anda. Cara ini juga akan mengelakkan anda dari membuat pinjaman berlebihan yang akan memudharatkan perniagaan anda dari segi kos pinjaman dan kebarangkalian salah guna dana pinjaman.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 10:33 AM | Show all posts
Pembaca Sasaran Rancangan Perniagaan


Memahami sasaran pembaca rancangan perniagaan adalah penting. Ini bertujuan untuk memastikan rancangan perniagaan yang disediakan dapat meyakinkan pembaca yang disasarkan. Pembaca sasaran merujuk kepada pihak yang akan menggunakan rancangan perniagaan berkenaan untuk tujuan-tujuan khusus. Antara pihak yang disasarkan adalah seperti berikut:


   1.

      Usahawan


Pembaca atau pengguna utama rancangan perniagaan ialah usahawan. Sebagai pengusaha atau pemilik perniagaan usahawan perlu mengetahui selok-belok projek yang bakal dilaksanakan dengan terperinci. Oleh itu, penyediaan rancangan perniagaan dapat membantu usahawan merancang dan membuat keputusan dengan lebih berkesan. Di samping itu usahawan juga dapat menilai daya maju projek dari aspek pemasaran, pentadbiran, operasi dan kewangan.


   2.

      Pelabur


Usahawan mungkin memerlukan pihak lain untuk melabur dalam projek yang dirancang. Pihak-pihak tertentu seperti pemodal teroka atau pelabur persendirian perlu diyakinkan agar mereka berminat untuk berkongsi keuntungan dengan membuat pelaburan dalam perniagaan tersebut. Lazimnya mereka meneliti rancangan perniagaan untuk menilai sama ada perniagaan tersebut mampu memberi pulangan yang baik terhadap pelaburan yang bakal dibuat.


   3.

      Bank


Bank dan institusi kewangan lain merupakan pihak yang boleh membantu usahawan memperoleh pembiayaan bagi melaksanakan projek perniagaan yang dirancang. Sebagai pembiaya, bank dan institusi kewangan memerlukan maklumat berhubung kedudukan kewangan perniagaan dari aspek kecairan wang tunai dan keuntungan perniagaan. Kecairan tunai dan keuntungan dapat memastikan kelangsungan perniagaan dan kemampuan perniagaan untuk membayar balik pinjaman yang dipohon. Oleh itu, pihak bank dan institusi kewangan perlu meneliti dan menilai rancangan perniagaan untuk memastikan perniagaan yang dirancang berdaya maju dan berkemampuan untuk membayar balik pinjaman.


   4.

      Pembekal Kredit


Lazimnya, agak sukar bagi sebuah perniagaan baru untuk mendapatkan kemudahan bekalan bahan secara kredit daripada pembekal. Bagaimanapun, terdapat pembekal yang bersedia untuk menawarkan kemudahan ini jika usahawan dapat meyakinkan mereka tentang kemampuannya untuk membayar balik hutang dalam tempoh yang ditetapkan. Oleh itu, rancangan perniagaan dapat membantu usahawan meyakinkan pembekal mengenai kemampuan perniagaan untuk membayar balik hutang tersebut.


   5.

      Pihak lain


Rancangan perniagaan juga dapat meyakinkan pihak-pihak lain mengenai daya maju perniagaan yang dirancang. Sebagai contoh, pihak yang menawarkan tender untuk bekalan sesuatu produk atau perkhidmatan memerlukan maklumat mengenai kemampuan usahawan untuk membekal produk atau perkhidmatan tersebut. Usahawan perlu menyediakan rancangan perniagaan yang membentangkan maklumat yang boleh meyakinkan pihak yang mengeluarkan tender tersebut. Di samping itu, rancangan perniagaan juga boleh menarik minat pekerja yang berkebolehan untuk berkhidmat dengan usahawan. Kebanyakan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana menghadapi masalah mendapatkan pekerja yang berkebolehan. Pekerja lebih berminat untuk berkhidmat dengan perniagaan besar kerana kebanyakan mereka beranggapan bahawa perniagaan besar mempunyai kedudukan kewangan yang teguh dan masa hadapan yang lebih baik berbanding perniagaan kecil dan sederhana. Oleh itu, rancangan perniagaan boleh meyakinkan bakal pekerja mengenai prestasi dan kedudukan kewangan perniagaan pada masa hadapan
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 08:20 PM | Show all posts
Kepentingan Rancangan Perniagaan


Salah satu kepentingan menyediakan rancangan perniagaan ialah untuk menilai sama ada peluang perniagaan yang ingin diterokai berdaya maju atau sebaliknya. Penilaian sesuatu peluang perniagaan perlu diasaskan kepada fakta dan maklumat terkini. Banyak perniagaan gagal selepas beberapa tahun dilaksanakan. Ini disebabkan oleh kegagalan pengusaha menyediakan rancangan perniagaan yang berkesan. Dalam apa jua bidang perniagaan yang ingin diceburi, penyediaan rancangan perniagaan yang lengkap merupakan langkah yang sangat penting. Seringkali dikatakan bahawa jika seseorang berhasrat untuk memulakan sebuah perniagaan tetapi gagal untuk membuat perancangan, sebenarnya dia merancang kegagalannya sendiri dalam perniagaan tersebut. Kepentingan menyediakan rancangan perniagaan secara bertulis atau dalam bentuk dokumen seringkali diabaikan oleh usahawan kecuali apabila diperlukan untuk memohon pembiayaan. Sebab itu dokumen ini sering dikaitkan dengan permohonan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan. Keperluan menyediakan dokumen ini dilihat sebagai memenuhi syarat permohonan sahaja. Tanggapan ini menyebabkan kebanyakan usahawan sukar menilai kepentingan dan keperluan menyediakan sebuah rancangan perniagaan. Setelah permohonan mereka diluluskan (atau mungkin ditolak) dokumen tersebut tidak lagi dirujuk untuk melaksanakan projek yang dirancang. Besar kemungkinan ini berlaku kerana dokumen tersebut disediakan oleh pihak lain yang dibayar perkhidmatannya. Oleh yang demikian maklumat yang terkandung dalam rancangan perniagaan berkenaan tidak menggambarkan hasrat sebenar usahawan. Sebaliknya ia cenderung untuk mempengaruhi dan meyakinkan pihak penilai untuk meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan. Rancangan perniagaan bukan sahaja penting untuk tujuan memohon pembiayaan kewangan tetapi dokumen ini juga disediakan untuk tujuan-tujuan berikut:


1. Rancangan perniagaan sebagai pelan atau 損eta
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2008 08:34 PM | Show all posts
my friend pun buat benda ni. lucrative! usually, he will charge a certain percentage on the loan amount..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 04:24 PM | Show all posts
Saya baru jer lulus loan dari TEKUN 20K..buat kertas kerja simple jer..4 m/s mcm manaya bg cth tu..alhamdulillah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2008 06:27 PM | Show all posts
Originally posted by ida78 at 14-5-2008 04:24 PM
Saya baru jer lulus loan dari TEKUN 20K..buat kertas kerja simple jer..4 m/s mcm manaya bg cth tu..alhamdulillah..


Tekun mudah.kalau RM20K kekadang takyah buat kertas kerja pun..pegawai dia buatkan sebab dia nak simple sangat.
tapi kalau Mara buat 4 kpg untuk loan dia..tunggu  jerlah untuk di reject.. PUNB pun sama at lesat 25 m/s
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 10:14 AM | Show all posts
Penulisan Rancangan Perniagaan




Sebuah rancangan perniagaan lazimnya disediakan atau ditulis mengikut format yang telah diterima umum. Isi kandungan rancangan perniagaan merangkumi perkara-perkara utama iaitu aspek pemasaran, operasi, pengurusan dan kewangan. Bagaimanapun, bilangan halaman sesebuah rancangan perniagaan bergantung kepada jenis atau bentuk perniagaan yang hendak dijalankan. Ringkasnya, rancangan perniagaan perlu membentangkan semua maklumat penting mengenai perniagaan yang dirancang bagi meyakinkan pihak yang membaca, tetapi tidak terlalu panjang sehingga membosankan pembaca. Tiada peraturan khusus yang ditetapkan berhubung jumlah halaman sesebuah rancangan perniagaan. Namun begitu, Small Business Administration (SBA) di Amerika Syarikat mencadangkan, secara purata, sebuah rancangan perniagaan yang berkesan mengandungi 30 hingga 40 halaman, termasuk lampiran dan dokumen-dokumen sokongan.




Siapakah yang sepatutnya menulis rancangan perniagaan berkenaan? Rancangan perniagaan boleh ditulis sama ada oleh usahawan atau pakar perunding. Sebelum menentukan sama ada rancangan perniagaan perlu ditulis sendiri oleh usahawan atau menggunakan khidmat pakar perunding, kebaikan dan keburukannya wajar dipertimbangkan. Menggunakan khidmat pakar perunding mungkin dapat menjimatkan masa dan tenaga, namun isi kandungan rancangan perniagaan yang disediakan belum pasti bertepatan dengan hasrat dan kemampuan sebenar usahawan. Untuk menyediakan sebuah rancangan perniagaan yang baik, seorang pakar perunding mungkin terpaksa mendapatkan maklumat terperinci daripada usahawan dan ini akan mengambil masa yang lama. Oleh itu, adalah lebih baik jika usahawan sendiri yang menyediakan rancangan perniagaannya sendiri. Faedah utama menyediakan rancangan perniagaan sendiri ialah 憁emaksa
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 10:00 PM | Show all posts

Reply #101 wira2149's post

salam...

cik wira... sye nak tanyer sket, sye berminat nk beli produk ni,

tapi sye nak tau la sket, sbb sye nk bukak business yg memberi perkhidmatan videography...

so, dlm produk u ni ader ker contoh proposal untk business yg sye nak buat ni?

sye bebetul nak bukak business, sbb da tak larat nk keje makan gaji ngn org lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 03:21 PM | Show all posts
Bagus material nie. Memang kena buat working paper untuk dapat loan. Boleh putus asa dibuatnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.067780 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list