CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ReuK

Sepak takraw

[Copy link]
 Author| Post time 10-2-2007 11:29 AM | Show all posts

Reply #178 dexa's post

hmmmm pemain injured pon di paksa maen ke?

apa punya coach daaaa.. dia tak tau ke maen takraw ni kalo dlm pertandingan pemain yg sihat tu penting?

pressure dah le kuat lagi nak pikir pasal sakit lagi? hmmm takkan diorg plan nak makan mardos plak wat tahan sakit?

apa pon tak best laa aku dengor pasal camni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2007 11:42 AM | Show all posts

Kelas blaja takraw oleh coach ReuK preeett

Hohoho oleh kerana ada yg nak blaja maen takraw kat sini, maka aku pon bermurah ati lah nak tolong korang hehehe

Aku ni maen takraw ada laa lama sket dari Pokya, lawan2 pertandingan biasa laa. Posisi faveret feeder, tapi tekong ngn killer tau laa caner nak maen hehehe.

Ok tips utk beginner,

1st Skill
Mesti tau caner nak timbang bola guna kaki dan bukannyer guna penimbang sayur yer Pokya..ko jgn nak loyar buruk :lol

Berlatih timbang bola tiap ari sekurang2nya 10 kali,
Bila dah pandai cuba wat 10 kali ditempat yg sama jgn jalan sana, jalan sini, ke kiri ke kanan, dan gunakan sepak sila sahaja.

Dah pandai lagi cuba wat 20 kali dan bola terakhir korang tanduk

Pastu kalau korang maen kat gelanggang, ambk posisi tekong. Ni posisi beginner namanyer. Kalau korang duk kat feeder mmg tak merasa maen laa.

Bila dah pandai tekong baru blajar posisi yg korg minat hehehe

Takraw ni mudah jer, yg penting korg maen tiga org bkn sorang  atau 2 org..

Susunan maen yg biasa ialah 1st ball (saper2), 2nd ball ialah feeder dan 3rd ialah killer..
Nampak mudah kan? Tapi nak betul mampu maen camni korang kena berlatih ngn puteri gunung ledang 7 hari 7 malam tapi ni laen kali baru aku citer hehehe.

Oh ya kadar reply aku bergantung kpd kebizian dan kelajuan pc haku nih... sejak 2 menjak ni kemain lambat lagi lah

Ada soalan? jgn angkat tangan tulis jer kat sinii hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 12:20 PM | Show all posts
Originally posted by ReuK at 10-2-2007 11:21 AM
eh? ko ni laki yer dex? :stp:


oi oi  oi
ingat kalau nak main takraw mesti lelaki ka -
pompuan tak leh main ka

saya bukan lelaki la -
tapi saya nak gak try takraw -
(saya pakaila appropriate attire nanti --)

boleh ajar ka
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 12:25 PM | Show all posts

Reply #182 ReuK's post

Bila dah pandai cuba wat 10 kali ditempat yg sama jgn jalan sana,
jalan sini, ke kiri ke kanan, dan gunakan sepak sila sahaja.


sepak sila tu apa dia --?

Dah pandai lagi cuba wat 20 kali dan bola terakhir korang tanduk


camana nak tanduk tu --
katalah saya dah buat 10 kali kat tempat yang sama
last tu saya tanduk  - tanduk camana ? ke atas ke?
dan berapa kali?

Pastu kalau korang maen kat gelanggang, ambk posisi tekong.
Ni posisi beginner namanyer. Kalau korang duk kat feeder mmg tak merasa maen laa.


yang tekong tu yang kat tengah tengah tu kan?
orang yang kat tepi baling takraw tu kat kita
then kita pun macam lipat lipat pass ke seberang -  cam tu ka?

saya rasa saya suka la jadi tekong tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2007 12:48 PM | Show all posts

Reply #183 dexa's post

isshhhh org pompuan nak maen takraw gak ker?

hihihi abis laaa aku
Reply

Use magic Report

bujanglapok This user has been deleted
Post time 10-2-2007 08:22 PM | Show all posts
Ok beb Reuk nanti aku amalkan.
Kaki aku boleh la timbang2 sila ni sikit.


Tapi tekong punya la rendah kaki aku boleh naik.

Teruskan pengajaran anda!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2007 10:32 PM | Show all posts
Originally posted by ReuK at 10-2-2007 12:48 PM
isshhhh org pompuan nak maen takraw gak ker?

hihihi abis laaa aku



nape? tak boleh main ka -
tengok kaki la kawan!!! -- ;)
kita pun boleh lipat lipat gak tau -

ada macam scissor kick macam crouch tau!!
ha - dah menggigil la tu  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2007 12:43 PM | Show all posts

Reply #186 bujanglapok's post

ok tips nak naikkan kaki tekong...

sebenarnyer senang jer..

masa nak sepak bola tuh ko jatuhkan badan ko pastu naekkan laa kaki ko
aku nak letak gambor takder tapi sbb ko takleh angkat kaki dlm keadaan bdn ko lurus ialah kerna lutut akan terkena siku, so bila ko jatuhkan bdn, sendi pinggul akan dpt sudut lagi luas nak sepak bola atas..

aku suka wat bola pancung kalau bola atas nih sbb tapak kasut aku belah tepi tu tebal.. lagi satu bola pancung kadar kesangkutannyer rendah (bagi aku laaa)

utk beginner, korang blaja dulu tekong lepaskan net, psatu sikit2 baru blaja pancung, tapak dan kuda..

maen takraw ni paling tension kalo tekong asyik tak lepas bola jer tau :@

basic bola tinggi ialah bola paras pinggang. dari sini pon korang leh balaja wat pancung..
bola pancung paling maut ialah bila bola tu berpusing ligat dan maen atas net jer pastu jatuh tmpt sndiri hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2007 11:06 PM | Show all posts
100 regu berentap rebut Piala Timbalan Ketua Menteri
Oleh Anuar Asmadi

LEBIH 100 regu dijangka menyertai Kejohanan Sepak Takraw merebut Piala Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Seri Rashid Abdullah di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, 4 Mac ini.

Kejohanan edisi ke-11 itu juga menawarkan RM3,000 untuk juara dan RM2,000, naib johan.

Pemenang tempat ketiga dan keempat layak menerima RM1,000 serta hadiah iringan.

Urusetia kejohanan, Ahmad Jamil Othman, berkata pihak penganjur sedang mengadakan promosi jalanan untuk menarik lebih banyak penyertaan tahun ini.

"Kami yakin akan mendapat sambutan," katanya.

Selepas Kedah, jawatankuasa penganjur akan ke setiap negeri untuk meuar-uarkan kejohanan ini.

Juara tahun lalu, Gajah Emas dari Sungai Petani juga dijangka mengambil bahagian kejohanan berprestij ini.

Pemain-pemain negeri dan kebangsaan juga layak mengambil bahagian tetapi bersyarat.

Setiap regu hanya layak menurunkan seorang pemain atau bekas pemain kebangsaan atau negeri 2005-2007.

"Bagaimanapun, mana-mana regu boleh menurunkan tiga pemain yang mewakili kebangsaan atau negeri pada atau sebelum 2004," katanya.

Yuran penyertaan hanya RM80 dan tarikh tutup menghantar borang pada 25 Februari.

Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Ahmad, di talian 013-4312755 atau Baharuddin Abd Rahim 013-5205010 ataupun Syed Roslan Syed Khalid 012-4310734.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 09:06 AM | Show all posts
masa kecik2 dulu kat kampung, aku hari2 tengok brader2 kampung aku main takraw...kalau nasib aku baik time tu, diorang suruh aku jadi tukang kira...kira tugas umpire la tuh...kekadang berebut dengan member2 sebaya nak jadi tukang kira punya pasal...kalau tak diberi tugas, kami beramai2 duduk kat tepi court sambil2 menjadi pengkritik sambilan....dan sesungguhnya permainan takraw ini amatlah indah dan menghiburkan....

dulu aku ingat main takraw ni senang..setakat boley timbang bola kira dah boleh main la...tapi lepas aku berkecimpung sekejap di dalam sukan ini, baru le aku tahu betapa payahnya nak mencapai tahap permainan yang berkualiti...dan baru aku sedari yang level permainan aku selama ini baru berstatus beginner...ceh...ada hati nak masuk tournament kunun....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 09:21 PM | Show all posts
sempoi2..
aku ni nk tnya sket.
Dlm satu team ada berapa simpanan ek?
Dan katakan aku captain,cmn aku nk pilih org masuk team takraw?i mean ada ujian2 khas x?hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 09:48 PM | Show all posts
huhu,xde reply ke?
dah nak pemilihan dah nii.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 07:00 PM | Show all posts

Reply #191 mkay98's post

maaf -
tak tahu lak berapa -
lebih dari 3 rasanya -
sebab kalau pemain utama 3
simpanan mesti la at least 3 juga
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 07:01 PM | Show all posts
Satu regu takraw setiap daerah
Oleh Azizan Hashim

USAHA meningkatkan mutu sukan sepak takraw mampu direalisasikan sekiranya setiap jurulatih mampu mewujudkan satu regu mantap di setiap daerah.

Begitulah harapan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail kepada 45 jurulatih permainan itu yang selesai menjalani kurusu kejurulatihan Tahap Satu di Ipoh, kelmarin.

揓ika setiap jurulatih mampu mengadakan satu regu mantap di daerahnya maka kita mempunyai 45 regu baru berwibawa selepas ini.

揑ni sudah tentu akan membolehkan kita memiliki kelompok pemain yang besar untuk diketengahkan bagi pembentukan skuad negara di masa akan datang,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 09:03 PM | Show all posts
Originally posted by mkay98 at 16-2-2007 09:21 PM
sempoi2..
aku ni nk tnya sket.
Dlm satu team ada berapa simpanan ek?
Dan katakan aku captain,cmn aku nk pilih org masuk team takraw?i mean ada ujian2 khas x?hehe.



setahu aku, substitute kena sorang aje bagi setiap regu...so kat sini coach kena pandai main strategi la samada nak substitute feeder, killer atau tekong...

dah ko captain takraw dah tentu le ko boleh nilai sape yang boleh dan sapa yang tak boleh main...sebab captain ni biasanya dipilih berdasarkan ketereran bermain permainan ini...betui dak?konsistensi, first ball dan reliability player diberi keutamaan...

setakat nak main tournament kecik2 ni tak payah ujian bagai sume...untuk state selection tak tau le pulak aku...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 07:40 PM | Show all posts
ooohh..
thanks 4 da reply.Xde la,aku takut ramai sgt nak main,takut ramai bleh main penin gak nk pilih team.
Thanks again
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-2-2007 08:07 PM | Show all posts

Reply #196 mkay98's post

alamak sori laaa wa tgh sambut gong xi huhu buah li maooooo best best

ok skrg ni style pertandingan ada format baru..

namanye ialah berpasukan
satu pasukan akan hantar nama seramai 12 org pemain kalau 3 pasukan termasuk seorang reserve sahaja..

masa anta nama ni tak disertakan skali apa posisi pemain

kendian bila dah nak maen baru tentukan  4 org yg bermain termasuk posisi dan reserve... reserve ni takde tulis dia reserve utk apa..just reserve

bestnya cara ni ialah team leh atur strategi macam2... dulu penah jumpa bdk yg patut maen tekong maen killer lak hehehe

tapi pong ada gak yg pakai cara dulu antar nama pemain siap posisi skali


ko nak anjurkan pertandingan kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2007 08:13 PM | Show all posts

Reply #191 mkay98's post

ah tak perasan lak ada soalan caner nak uji bakat....

ok ni cara aku uji bakat org...

memula paling asas suruh diorg timbang bola 20 kali..

leh timbang lebih 15- tekong
lebih 10- feeder
tak sampai 10- killer

tekong ni tunggak nadi team... so apa2 hal kalao lagi 2 org dah bangku sangat tekong maen sorang laa jwb nyer

killer lak berfungsi utk baling bola tekong dan dptkan mata, yg ni kepala mesti bagus kalo tak mmg tak brape berfungsi laaa

feeder ni mmmm leh kata penyeri gelanggang laaa... leh simpan dlm kotak tak yah wat par per atau pon kalao bagus akan me'rhytm' kan permainan


hohoho sekian panduan dari cikgu reuk
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 09:19 PM | Show all posts

Reply #196 mkay98's post

kalau gitu, ko ikut aje panduan cikgu ReuK tuh...kat situ ko boley la nilaikan player mana yang berbaloi untuk dipilih...

kekadang ada player yang boley timbang bola sampai beratus2 kiraan, tapi belum tentu dia dari jenis 'menangkap'...maksud aku, first ball kena cantek la bang...memudahkan kengkawan yang lelain sambil buat tekong lawan jadi gabra...
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 10:40 PM | Show all posts
PSM tubuh skuad takraw wanita
Oleh Lokman Zainal Abidin

BAGI meneruskan semula hasrat untuk menubuhkan skuad sepak takraw wanita di negara ini, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara serta WSFFM akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Wanita, Jun ini.


Kejohanan yang mencatat sejarah sebagai kejohanan pertama untuk wanita di Malaysia itu akan dilangsungkan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 1 hingga 6 Jun ini.

Setiausaha Agung PSM, Arshad Yahaya berkata, pada edisi sulung kejohanan berkenaan, penganjur akan hanya mempertandingkan acara antara regu dan sepak takraw bulatan.

揔ita tidak mahu mempertandingkan terlalu banyak acara kerana kita mahu melihat sambutan pemain wanita terhadap kejohanan takraw.

揔ejohanan itu terbuka kepada semua negeri serta ahli gabungan PSM, kelab-kelab serta badan korporat. Tiada had penyertaan dan semua pihak boleh menghantar lebih daripada satu pasukan.

揝etiap pasukan hendaklah menyenaraikan seorang pengurus, seorang jurulatih dan enam pemain untuk acara regu dan bulatan,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.197250 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list