CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ReuK

Sepak takraw

[Copy link]
Post time 5-10-2008 09:16 AM | Show all posts
masih ingatkah dengan Jenama dari China ini ?





WARRIOR SHOES

http://www.warriorshoes.com/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2008 08:51 AM | Show all posts
huhu. apo ke hey lak ngan warriors tuh
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 01:33 PM | Show all posts

Reply #302 sonadid's post

Kasut masa sekolah dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 03:18 PM | Show all posts

Reply #301 HangPC2's post

eh..pernah tengok warrior shoes ni...
tapi budak lelaki aje yang pakai kasut jenama ni hang --
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 12:34 PM | Show all posts
bila nak main takraw ni weiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 10:31 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 26-2-2011 12:20

Skuad wanita buahkan hasil




04/10/2008






pembentukan semula skuad wanita sejak Jun tahun lalu, secara perlahan-lahan sudah menunjukkan hasil. Gambar ASWAD YAHYA


KUALA LUMPUR - Skuad sepak takraw wanita negara berhak menikmati Hari Raya Aidilfitri dengan lebih kegembiraan sebagai meraikan kemenangan sulung mereka di peringkat antarabangsa dalam Piala Raja Thai Ke-23 di Bangkok, Ogos lalu, lapor ABDUL HAFIZ AHMAD.

Mereka mengukir kemenangan 2-0 ke atas India dalam acara beregu Kumpulan A Divisyen Satu dalam pertandingan antarabangsa berprestij itu untuk mara ke separuh akhir walaupun terkandas kepada Indonesia 2-0 selepas itu selain sempat ke separuh akhir acara berpasukan.

Kejayaan gandingan Norhayati Ahmad dan Nurrashidah Rashid itu membuktikan langkah pembentukan semula skuad wanita sejak Jun tahun lalu, secara perlahan-lahan membuahkan hasil dan peningkatan berbanding penampilan sulung pada edisi ke-22 yang menyaksikan mereka kalah kesemua perlawanan.

Jurulatih negara, Osman Che Meh yang kagum dengan semangat anak buahnya bagaimanapun enggan cepat berpuas hati kerana mereka sekadar mampu mengamalkan 20 peratus daripada tunjuk ajarnya dalam sesi latihan apabila bermain ketika pertandingan sebenar.

Piala Raja Thai mendedahkan mereka dengan suasana pertandingan yang tinggi dan banyak pengalaman dan pelajaran telah ditimba. Ia satu cabaran bagi saya untuk terus membentuk mereka kerana teknik yang digunakan tidak sama seperti untuk pemain lelaki.

Ada pemain yang sudah mahir melakukan gerakan asas sepak takraw seperti servis, mengawal bola, menimang dan melibas atau menghalang tetapi dari segi pemahaman permainan masih perlu diperbaiki dan digilap.

malah latihan sepanjang bulan puasa lalu, banyak yang saya tumpukan kepada kemahiran dan kesilapan individu selain cuba membiasakan mereka dengan teknik permainan beregu yang agak berbeza dengan antara regu dan berpasukan, katanya.

Sejak Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) membentuk semula skuad wanita tahun lalu, mereka sudah menyertai Kejohanan Asia Tenggara Pertama di Bengkalis dan Piala Raja Thai Ke-22 di Bangkok tetapi tidak berpeluang ke Sukan SEA Korat, Disember lalu kerana menarik diri.

Kata Osman, skuad bimbingannya yang dibentuk menghadapi Sukan SEA Laos 2009 mungkin hanya akan menyertai sebuah kejohanan antarabangsa di Hanoi, Disember ini tetapi sebelum itu dijadualkan mengadakan siri latihan dan perlawanan persahabatan di Laos pada bulan depan.

Laos dipilih kerana pengalaman mereka lebih luas dan bakal banyak mengasah skuad wanita kita walaupun ranking mereka tidak setinggi Vietnam, Myanmar dan Thailand atau China,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2008 01:53 AM | Show all posts
cukup x berkonan den ngan kategori wanita nih. apo la huh
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2008 11:42 PM | Show all posts
nampakya pasukan sepak takraw kita masih boleh tahan je.. baca ni http://www.malaysiaairlinesblog.com/?p=333 kita lawan dgn pasukan German dan kita menang?!! surprised tapi gembira lah dapat tau kita still okay
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2008 03:04 AM | Show all posts
haha. pasukan german?? singapura, indonesia, brunei, vietnam, jepun dan beberapo negara lain dah leh dikatokan nak samo taraf dah dgn kito. ngan thailand pun payah dah nak monang. dulu fight la jugak. skang huh. x tau la nak kato apo
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 02:05 PM | Show all posts

Hadiah bapa jadi perangsang

KETIKA usianya menginjak 13 tahun, bapanya memberikan sebiji bola takraw, seutas tali plastik serta 憇kipping
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 07:59 AM | Show all posts

Reply #310 acmi||aNA-'s post

oooOOOo so ni anak adnan saidin tu -

dulu masa sekolah dulu sokmo la dengar pasal
adnan saidin... buat LIPAT MAUT  segala -

saya pernah gak main takraw suka2 masa sekolah dulu
and then kat tempat kerja pun ada buat macam girl's takraw
main kat pantai masa buat department outing dulu -

girls vs girls la -- mana boleh lawan lelaki -- KO jawabnya -

bagus la kalau faizal ni ikut jejak langkah bapanya yang
famous tu... walaupun dia suka lagi takraw pantai

takraw pantai ke  bukan pantai ke.. seronok aje tengok -
a fun sports  -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2008 04:26 PM | Show all posts
hoh hoh

takder citer jasa feeder huhu... the unsung heroes..

takraw pantai smpi skrg aku x penah tengok lagi...caner laaa org main agaknye ek?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 06:45 PM | Show all posts

Reply #312 ReuK's post

macam main takraw juga -
cuma kat pantai la...

dan lagi satu --- mesti jatuh sokmo.... -
tapi fun -

kalau main suka2 tak ada la rules semua -
tapi.. kalau matches - ada rules depa sendiri -

hang pernah main kot... nanti boleh tanya dia -
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 09:15 PM | Show all posts
cam main takraw biaso gak takraw pantai tu den raso. cumo best nyo, killor x takut la nak melambungkan badan setinggi yg buleh haha. jatuh kek tanah. xpo. x sakit. pasir pantai lak tuh. mau siap guling2 laie haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 09:27 AM | Show all posts
Skuad takraw negara galas misi sekat dominasi Thailand
Oleh Meor Hisham Zulkifli



HAMIKHAIRI akan bersama Mohd
Shazuan dan Mohd Azizi untuk mengibarkan
jalur gemilang dalam acara regu pada
Kejohanan Antarabangsa Vietnam yang
bermula, hari ini.



KEJOHANAN Antarabangsa Vietnam yang bermula, hari ini menjadi peluang terakhir bagi tahun 2008 untuk skuad sepak takraw negara menyekat dominasi Thailand selepas sekadar mengisi tempat kedua dalam kejohanan antarabangsa pada tahun ini di belakang negara Gajah Putih itu.


Berbekalkan regu yang mula menunjukkan peningkatan terutama selepas meraih naib juara di Terbuka Naning, China November lalu, skuad negara berlepas ke Vietnam, kelmarin menerus misi belum kesudahan terutama sewaktu bertemu dengan musuh tradisi Thailand.

"Misi tetap diteruskan memburu kemenangan di Vietnam namun kita menyedari hakikat bahawa pemain kita pada tahun ini masih di peringkat persiapan bagi menghadapi kejohanan pada tahun depan.

"Pada masa yang sama, PSM (Persatuan Sepak Takraw Malaysia) akan terus berikhtiar bagi mencari ramuan terbaik memastikan kita dapat membenam Thailand, selepas kali terakhir menewaskan mereka di Sukan Sea Manila 2005," kata Pengerusi Seranta PSM, Tengku Adnan Tengku Burhanuddin, semalam.

Beliau berkata, dalam cabaran beregu, pemenang tempat kedua dalam Kejohanan Piala Raja Thailand, Ogos lalu, Mohd Saifullah Mohd Nor dan Mohd Shafiq Abd Rahman akan cuba menebus aib di tangan beregu Thailand.

"Selain itu, dalam acara regu kita menurunkan pemain terkuat setakat ini dipimpin Mohd Shazuan Hussein selain Mohd Hamikhairi Roslan dan Mohd Azizi Manaf untuk mengibarkan jalur gemilang dalam kejohanan itu.

"Kita juga turut menghantar regu wanita dalam kejohanan ini dan berharap skuad wanita turut mampu memberikan saingan bermakna dalam kejohanan lima bintang yang akan berakhir pada 28 Disember ini," katanya.

Tahun 2008 menyaksikan skuad negara turus kekal di status kedua terbaik dalam saingan dunia takraw di belakang Thailand, bermula dengan Piala Datuk Bandar Hatyai pada Januari diikuti Piala Raja Thailand (Ogos), Jemputan Antarabangsa Pasir Gudang, Terbuka Naning.

************************************************************************

all the best to malaysian team -
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 11:35 PM | Show all posts
03 Januari, 2009            

Takraw Jadi Sukan Pertunjukan Pada Sukan Dunia

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Sepak takraw semakin mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila ia bakal menjadi sukan pertunjukan pada Sukan Dunia Kelapan di Kaoshiung, Taiwan dari 16 hingga 26 Julai depan.


Keputusan tuan rumah itu membolehkan usaha 12 tahun Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) dan anggota gabungan mereka untuk mempromosikan sukan itu mula berhasil.

"Berita gembira ini telah disampaikan oleh Presiden Sepak Takraw Taiwan, Huang Chung Jeng yang sekaligus membolehkan sukan ini menjadi salah satu antara enam sukan demontrasi di temasya peringkat dunia itu," kata presiden Astaf, Abdul Halim Kader ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Abdul Halim berkata pada tahun lepas, beliau sendiri telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Sukan Taiwan, Dana Thai dan Majlis Olimpik Taiwan untuk melobi kemasukan sepak takraw ke kejohanan itu.

"Ia merupakan satu penghormatan kerana sepak takraw akan dapat disaksikan oleh 110 negara yang dijangka bertanding dan ia merupakan platform terbaik untuk memperkenalkan sukan tradisi orang Melayu ini," katanya.

Beliau berkata pada kejohanan itu, tiga acara akan dipertandingkan iaitu regu, beregu dan 'hoop' untuk kategori lelaki dan wanita yang berlangsung selama lima hari bermula 17 Julai.

Bagi acara lelaki, antara negara yang dijangka menyertainya ialah Malaysia, Thailand, Myanmar, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan sementara Indonesia, Jepun, Vietnam dan China untuk wanita.

"Pemilihan juga memberi harapan bahawa sepak takraw akan dipertandingkan sebagai acara tetap pada kejohanan itu di Jerman pada 2013," kata Abdul Halim.

Abdul Halim juga menganggap kejayaan itu membolehkan impian Istaf untuk sukan takraw tersenarai di Sukan Olimpik semakin menjadi kenyataan.

Sukan Dunia yang diasaskan pada 1981, mempertandingkan sejumlah sukan yang belum pernah menyertai Sukan Olimpik dan ia dianjurkan oleh Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) yang berpangkalan di Colorado, Amerika Syarikat dan di bawah naungan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

-- BERNAMA

*****************************************************************************************

actually kalau kat north america pun.. depa berminat dengan
takraw ni.. and might be even good in it..juga --


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2009 06:21 AM | Show all posts
6 kejohanan sebagai persediaan

KUALA LUMPUR - Skuad elit negara mempunyai enam kejohanan antarabangsa sepanjang tahun ini sebagai gelanggang mengasah persediaan menjelang misi merebut sekurang-kurangnya sebutir pingat emas sepak takraw Sukan SEA di Laos, Disember depan.

Skuad bimbingan Haris Abdul Rahman ini akan membuka tirai menerusi Kejohanan Undangan Piala Raja Muda Perlis di Kangar pada 6 hingga 8 Februari ini dengan menghantar empat atau lima regunya bertanding.

Ketua Seranta Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Tengku Adnan Tengku Burhanudin berkata kepada Utusan Malaysia: "Regu dan pemain yang ke Kangar itu bakal dipilih daripada siri perlawanan ujian menentang pasukan negeri, ahli gabungan atau kelab tempatan."

Menurutnya, aksi skuad elit negara akan diikuti dengan Kejohanan Kota Bua Yai di Bua Yai, Thailand dari 21 hingga 25 Februari sebelum menyusul dengan Piala Datuk Bandar Hatyai dari 26 Februari hingga 2 Mac.

"Tiga lagi pertandingan antarabangsa sebagai persediaan kita ke Sukan SEA ialah Kejohanan Antara Kelab ASEAN (31 Mac hingga 6 April), Kejohanan Jemputan Dunia Piala Malaysia (25 hingga 31 Mei) dan Piala Raja Thai (6 hingga 12 Julai)," katanya.

Kata Tengku Adnan, ada di antara kejohanan itu yang mungkin dipinda tarikhnya bergantung kepada penganjur dan terdapat beberapa kejohanan kecil tahunan antarabangsa yang bakal diadakan oleh Vietnam dan China dengan turut mengundang Malaysia.

Lapan emas lelaki dan wanita dipertandingkan di Laos menerusi berpasukan, antara regu, beregu dan gelung tetapi setiap negara hanya dibenarkan menyertai tiga daripadanya bagi setiap kategori jantina.

Malaysia menarik diri daripada sepak takraw Sukan SEA Korat 2007 kerana membantah penggunaan bola baru bersalut getah setelah memenangi satu emas antara regu pada temasya 2005 di Filipina.

Sepanjang tahun lalu menyaksikan anak buah Haris sekadar menjuarai Kejohanan Antarabangsa Vietnam di Hanoi menerusi acara beregu dan antara regu (Disember).
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2009 05:52 AM | Show all posts
Usah terlalu hormati Thailand
Oleh MUSTAPA LAKAWA




PERTEMBUNGAN antara Malaysia dan Thailand sentiasa menjanjikan saingan sengit.


MUNGKIN ramai yang masih ingat libasan maut Adnan Saidin pada era 1980-an.


Libasan anak Melayu inilah yang sering menghadirkan resah kepadamusuh tradisi, Thailand khususnya pemain unggul mereka ketika itu,Veeras Na Nongkhai.


Begitu juga dengan kelibat nama-nama lain seperti Zabidi Shariff,Iskandar Arshad, Rahim Kassim, Rehan Mat Din, Sahak Yassin, RazimanHassan dan Ku Halim Ku Musa.

Generasi ini adalah generasi emas yang telah meletakkan nama Malaysia sebagai kuasa utama sukan sepak takraw dunia.
Lebih membanggakan, kehebatan, ketangkasan dan kejituan mereka turut mendapat pengiktirafan.


Adnan misalnya pernah dinobatkan selaku Pemain Terbaik Asia 1984 selain digelar Raja Sepak Takraw Asia 1986.

Begitu juga dengan regu Iskandar, Ahmad Jais Baharum, Malek Samsudindan Zabidi yang suatu ketika dahulu pernah dipilih menerima anugerahOlimpian 1994 menerusi kejayaan meraih pingat emas pada temasya SukanAsia di Hiroshima tahun tersebut.

Semuanya indah untuk diceritakan, apatah lagi sepak takraw adalahsukan yang cukup dekat dengan masyarakat Malaysia dan sukan tradisibagi orang Melayu.

Hari ini, sejarah itu hanya tinggal kenangan.



HARAPAN NEGARA... Barisan pemain muda memerlukan masa bagi
mengembalikan semula maruah sukan sepak takraw negara.



Tiada lagi libasan maut ala Adnan Saidin dapat disaksikan. Tiadajuga sorakan gemuruh penyokong tempatan ketika menyaksikan anakMalaysia beraksi di gelanggang.


Semuanya macam sudah berakhir.

Sebaliknya, negara asing yang lain termasuk Korea Selatan terus majuke hadapan, sejajar dengan hasrat Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa(Istaf) yang bersungguh-sungguh membawa sukan orang Melayu ini kepentas Sukan Olimpik pada tahun 2020.

Malahan, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacobturut memberi sokongan terhadap usaha membawa sepak takraw ke SukanOlimpik 2020.

Namun baginya, adalah menjadi satu kerugian andai usaha untukmeletakkan sepak takraw di pentas dunia tidak seiring dengan komitmenuntuk mengembalikan kegemilangan pasukan negara selain usahapembangunan di peringkat akar umbi.

Persoalan kini, apa agaknya kekurangan yang ada pada pemain negara sehingga mendapati sukar untuk menyekat penguasaan Thailand?

Adakah disebabkan tiada kejohanan berprestij setaraf Piala KhirJohari ataupun tiada gelanggang seumpama Kejohanan SeduniaMAS-Utusan-RTM yang pernah menjadi kebanggaan negara suatu ketikadahulu.




Namun, bagi Persatuan Sepak Takraw (PSM) yang merupakan badanbertanggungjawab dalam sukan ini, mereka mempunyai pandangan tersendiri.

"Kekuatan mental pemain kita kurang," kata Setiausaha Agung PSM, Datuk Arshad Yahya baru-baru ini.

"Inilah kelemahan pemain-pemain kita dan inilah juga penyakit yang menggagalkan usaha kita untuk menyekat penguasaan Thailand."

Dari segi kemampuan dan bakat, Arshad mengakui pemain negara mampuberdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan pemain-pemain Thailand.

"Tiada kurangnya bagi pemain kita andai faktor kemahiran dantaktikal dijadikan ukuran. Pemain kita setanding dengan pemainThailand, malahan lebih baik daripada kuasa utama lain seperti Myanmar,Vietnam, Indonesia mahupun Singapura.

"Satu-satunya permasalahan kita adalah mental," tambah Arshad.


BARISAN pemain negara mampu kembali menyekat penguasaan Thailand suatu hari nanti.


PEMAIN negara perlu ditekankan dengan aspek kekuatan mental khususnya ketika berdepan lawan sukar seperti Thailand.




Begitupun, Arshad tidak menafikan bahawa badi Thailand sentiasamenghantui pemain-pemain Malaysia ketika berada di dalam gelanggang.

"Sejak dari dahulu lagi Thailand adalah musuh No. 1 kita. Rekodperlawanan akhir dalam mana-mana kejohanan utama sering menemukan kitadengan negara itu.

"Namun, sejak kebelakangan ini, kita sering tewas kepada mereka samaada di pentas Sukan SEA mahupun Sukan Asia. Kekalahan ini secara tidaklangsung memberi kesan kepada pemain generasi baru.

"Pemain-pemain kita macam terlalu menghormati Thailand sampai satuketika kita terpaksa tunduk kepada pemain negara itu walaupun berjayamendahului dengan selesa dalam satu-satu perlawanan. Ini realiti danhakikat yang sebenarnya," tambahnya.

Begitupun, PSM tidak tunduk dengan kelemahan itu, sebaliknya Arshadmenjelaskan bahawa pihak persatuan telah merancang beberapa strategibaru termasuk latihan yang memberi fokus kepada kekuatan mental.


"Saya yakin dengan usaha berterusan PSM selain kerjasama daripadaMajlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN), misi kitauntuk memecahkan tradisi Thailand akan berhasil tahun ini," jelasArshad penuh yakin.

Bagi ketua jurulatih negara, Haris Abd Rahman, dia mempunyaipandangan peribadi mengenai kegagalan pemain negara memecahkan dominasiThailand dalam sukan sepak takraw.

"Daripada apa yang saya lihat, kemerosotan pemain mula berlaku padatahun 1999 selepas kita meraih pingat emas pada Sukan Asia 1994 diHiroshima," jelas Harris.

Namun, Haris mengakui sepak takraw kita kembali bersinar empat tahunlalu menerusi kejayaan trio Mohd. Normanizam Ahmad, Mohd. Futra AbdulGhani dan Mohd. Zulkarnain Arif meraih emas pada Sukan SEA 2005 diManila. Sejak kejayaan di Manila itu, pemain kita gagal menyinar.

"Dari segi permainan, pemain kita telah menunjukkan peningkatan yangketara daripada satu kejohanan ke kejohanan yang lain," jelas Harismerujuk kepada prestasi semasa yang dipamerkan anak didiknya padaKejohanan Jemputan Piala Pusingan Tuanku Raja Muda Perlis di Kangarminggu lalu.

"Namun, pemain kita hanya kekurangan dari segi pengalaman dan kematangan.


"Pengalaman ini termasuklah strategi melakukan servis dan libasan.Selain itu, kita juga perlu melihat faktor-faktor lain termasuklahsistem pengadilan dan masalah peribadi pemain."
Apa yang diperlukan oleh bekas jurulatih Korea dan Singapura iniadalah masa dan sokongan daripada pelbagai pihak kepada pasukan negara.

"Beri kami masa kerana saya dapat rasakan bahawa inilah barisanterbaik yang kita ada dan mereka inilah yang mampu mengembalikankegemilangan sepak takraw di Malaysia," tambah Harris yang menjadikanSukan SEA di Laos hujung tahun ini sebagai penanda aras kepadakebangkitan pasukan negara.

"Saya merayu kepada pemain yang ada agar tunjukkan semangat untukberkhidmat dengan negara dan buatlah sesuatu yang boleh dibanggakan."
Harapan yang sama disuarakan kapten pasukan negara, Mohd. KhairuddinAdenan yang mahu melihat kegemilangan terdahulu berulang pada zamannya.

"Sebagai pemain, inilah cabaran besar bagi kami dan sudah semestinyakami juga mempunyai misi untuk mengembalikan maruah sepak takrawnegara," jelasnya.

*****************************************************************************

actually masa mula2 takraw diperkenalkan kat seap/sea games.. memang malaysia yang
sokmo sapu bersih emas.. tapi malaysia mudah lupa diri... pelapis tak cari.. mid 80s

thailand took over... rasanya sampai sekarang thailand lebih kuat dari malaysia until
malaysia boleh buat something --   macam juga dengan soccer -  dulu kita lebih kuat
dari south korea - tapi  towards end of 80s -  till now - south korea memang salah satu
yang terkuat even di dunia -
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 08:29 AM | Show all posts
eh tgk sukan ni pun berdebar2 gak tau....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 06:38 AM | Show all posts
Raziman terkenang sorakan peminat

Oleh DRAHMAN BAHARUN




18 TAHUN sudah berlalu, namun sorakan gemuruh daripada peminat sentiasa membayangi bekas pemain sepak takraw negara, Raziman Hassan.


Dengan sokongan serta sorakan daripada peminat, ia dianggap sebagai pencetus semangat kepada Raziman untuk menampilkan aksi lebih cemerlang.

"Setiap kali membawa bendera Malaysia, bulu roma saya berdiri. Ia secara tidak langsung memberi semangat untuk saya terus berjuang dan bermain bermati-matian untuk negara.

"Sebagai pemain kami tidak pernah memikirkan mengenai imbuhan tetapi hanya memburu kemenangan dan mengharumkan nama negara," kata Raziman kepada Kosmo! Ahad semalam.

Raziman berkata, sepanjang kariernya, kejayaan yang paling dibanggakan ialah Malaysia berjaya menundukkan keegoan Thailand dengan menyapu bersih acara berpasukan dan regu pada Sukan Asia 1990 di Beijing.

Menurut Raziman, ketika itu, dia bergandingan dengan Norani Adnan yang bertindak sebagai tekong manakala Ku Halim Ku Musa tampil selaku feeder.

Dengan gandingan yang cukup mantap, mereka berjaya menghadiahkan pingat emas buat negara.

Paling membanggakan apabila mereka menewaskan gandingan Thailand yang diterajui raja tekong mereka, Pakdee Dangwattanapibul.

"Ketika zaman kami, perlawanan dengan Thailand sentiasa seimbang. Namun, ketika itu pasukan negara digeruni pasukan negara lain. Ketika itu, Thailand juga tidak boleh mendabik dada.

"Perlawanan akhir yang tidak pernah saya lupakan ialah menentang Thailand dalam acara berpasukan pada Sukan Asia di Beijing.

"Perlawanan akhir itu cukup mendebarkan apabila perlawanan yang bermula jam 8 malam berlarutan sehingga jam 2 pagi.

"Namun, saya cukup bersyukur kerana kemenangan menyebelahi kami," tambah Raziman.

Mengimbas kembali pengalamannya sebagai pemain negara, Raziman berkata, dia mula berjinak-jinak dalam sukan sepak takraw sejak tingkatan empat di Sekolah Menengah Tinggi Kajang.



JIKA tiada sebarang urusan luar, Raziman (dua dari kanan)
lebih cenderung meluangkan masa bersama ahli keluarganya.

Kemudiannya, dia dipilih mewakili Daerah Hulu Langat sebelum mewakili Selangor pada tahun 1978.

"Saya mewakili Malaysia pada tahun 1983 dan meraih pingat emas pertama pada Sukan SEA 1983 di Singapura.

"Abang saya (Razali) banyak memberi galakan kepada saya untuk terlibat secara aktif dalam sukan sepak takraw," katanya.

Raziman berkata, dia juga tidak terlepas daripada menghadapi masalah kecederaan, namun ia tidak mematah semangatnya untuk terus berjuang demi negara.

"Saya bersyukur kerana tidak pernah mengalami kecederaan serius sepanjang karier saya," katanya.



RAZIMAN (kiri) pernah mencipta nama dalam sukan
sepak takraw suatu ketika dahulu.


Dalam pada itu, Raziman berkata, dia kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya sebagai ahli perniagaan.

Katanya, dia tidak berhasrat untuk menjadi jurulatih pada masa akan datang, namun bersedia bertindak sebagai sukarela dalam jawatankuasa panel penilai pemain negara.

"Sejak bersara pada tahun 1991, saya sudah melupakan sepenuhnya sukan sepak takraw. Bagaimanapun, saya masih melihat perkembangan semasa sukan sepak takraw negara.

"Meskipun sudah lama meninggalkan sukan sepak takraw, saya tahu pemain mana yang sesuai dan layak dipilih," katanya yang mula menceburi perniagaan sejak tiga tahun lalu.




******************************************************************************************

familiar aje nama raziman hassan ni -
not sure sama ada dia ni ada sama dengan adnan saidin - lagi sorang pemain
takraw malaysia tu - rasanya batch sama.. sebab adnan very popular in 80s
kalau tak silap -
unfortunately malaysian susah nak cari pelapis macam raziman dan adnan lagi -
focus pemain tu dah ke lain aje -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.123888 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list