CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ReuK

Sepak takraw

[Copy link]
Post time 29-3-2009 06:02 AM | Show all posts
March 28, 2009

T'ganu Tuan Rumah Takraw Dunia

KUALA TERENGGANU, 28 Mac (Bernama)-- Terengganu akan menjadi tuan rumah Kejohanan Sepak Takraw Dunia pada Mei ini yang dijangka diambil bahagian oleh 20 buah negara.


Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali berkata Terengganu diberi kepercayaan oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia selaku tuan rumah kerana ia antara lain dilihat mempunyai gelanggang bertaraf dunia.

"Kerajaan negeri mengharapkan penganjuran kejohanan ini akan turut memperkenalkan Terengganu ke serata dunia," katanya.

-- BERNAMA


*****************************************************************************

syabash... ganu.. syabash inspector shahab -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2009 06:31 AM | Show all posts
22 regu buat perhitungan

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR


SEBANYAK 22 regu akan mempamerkan kehebatan masing-masing pada Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Bawah 22 Tahun - Sukma 2010 yang akan diadakan pada 24 dan 25 April ini.

Setiausaha Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT), Ramlee Salleh berkata, kejohanan ini bakal menjadi medan pemilihan pemain untuk mengisi kekosongan dalam skuad Terengganu.

"PSTNT memerlukan 18 pemain untuk membawa cabaran skuad Terengganu pada Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka tahun depan.

"Setakat hari ini (semalam) sebanyak 22 regu sudah mengesahkan penyertaan termasuk regu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Nenas dan SMK Padang Midin," kata Ramlee ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain itu, beberapa pemain yang beraksi pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari edisi ke-46 di Stadium Titiwangsa baru- baru ini turut menyertai kejohanan tersebut.

Menurut Ramlee, kejohanan selama dua hari ini terbuka kepada pemain yang lahir pada atau selepas tahun 1987 bagi membolehkan mereka layak beraksi pada Sukma 2010.

Katanya, kejohanan yang akan diadakan di Gerbang Sukan, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) di Gong Badak ini menawarkan hadiah wang tunai RM700 untuk regu yang bergelar juara.

Manakala RM500 dan RM300 untuk tempat kedua serta ketiga dan masing-masing RM100 untuk dua pasukan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Katanya, PSTNT perlu membuat persiapan awal bagi menyahut cabaran kerajaan negeri yang mahu mereka membawa sekurang-kurangnya satu pingat emas pada temasya itu.

Pada penampilan tahun lalu, skuad Terengganu berjaya menyumbang satu pingat emas dalam acara antara regu manakala pingat gangsa diperoleh daripada acara berpasukan.

Pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari lalu, skuad Terengganu menamatkan saingan sebagai naib juara.

Sementara itu, Ramlee berkata, PSTNT akan mengemukakan permohonan kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk menyertai Kejohanan Dunia yang bakal berlangsung di Kuala Terengganu bulan depan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2009 09:37 AM | Show all posts
Engku Halim berlatih ala komando

Oleh DRAHMAN BAHARUN


LIBASAN maut Engku Halim (kanan) sering digeruni pihak
lawan ketika dia melalui zaman kemuncaknya pada awal tahun 1990-an.




ENGKU HALIM (kanan) berkongsi pengalamannya
bersama pemain sepak takraw negara.


BERLATIH ala komando dan duduk berseorangan di kawasan kubur pada waktu malam adalah latihan yang tidak akan dilupakan oleh setiap atlet.

Bagi bekas pemain sepak takraw negara, Engku Halim Ku Musa, 40, ia adalah latihan yang sukar untuk dilupakannya, malah menganggapnya sebagai luar biasa dalam sejarah kehidupannya bergelar atlet.

Latihan ala komando, tidak lagi kedengaran di kalangan atlet negara sekarang terutama untuk tujuan menguatkan aspek fizikal individu.

Ujian kekuatan mental iaitu duduk bersendirian di kawasan kubur pada waktu malam juga tidak pernah berlaku pada zaman seka- rang.

Bagi Engku Halim, kedua-dua latihan tersebut mempunyai keunikan tersendiri menjadikannya pemain yang memiliki fizikal dan mental yang cukup mantap.

Tidak hairan selepas menyertai latihan tersebut, dia bersama rakan seperjuangan meraih dua pingat emas pada Sukan Asia 1990 di Beijing.

Menurutnya, kerana terlalu takut sehingga ada di antara pemain yang menangis sewaktu berada di kawasan kubur, namun lama kelamaan mereka dapat menyesuaikan diri.

"Kami (seramai 12 pemain) diuji di kawasan kubur di Bangi serta ditinggalkan berseorangan dengan jarak 50 meter antara satu sama lain.

"Jurulatih yang bertanggungjawab mengarahkan kami ketika itu ialah Harris Abdul Rahman dan Yunus Ibrahim.

"Ia sesuatu yang menguji mental kami dan ada di antara pemain yang menangis," katanya yang kini bekerja sebagai juruteknik di DBKL merangkap jurulatih pasukan sepak takraw Kuala Lumpur.

Menurutnya, latihan ala komando di TLDM Lumut, Perak selama dua minggu juga cukup mencabar.

"Walaupun perit, namun ia adalah untuk kebaikan kami sebagai pemain dan ia telah terbukti berkesan menerusi kejayaan yang kami capai selepas itu," katanya.

Menyingkap kejayaannya sejak mewakili skuad negara, kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah ketika memenangi pingat emas pada Sukan Asia 1990 di Beijing.

Menurutnya, dia bersama Razi- man Hassan (apit kiri) dan Norani Adnan (tekong) berjaya menewaskan regu Thailand pada perlawanan penentuan acara berpasukan.

"Kami berhempas-pulas menewaskan regu Thailand pada perlawanan ketiga yang cukup menarik. Regu ketiga kami beraksi dengan cemerlang sepanjang perlawanan yang berlarutan selama dua jam.

"Kemenangan itu adalah hasil penat lelah kami menyertai latihan yang sungguh luar biasa.

"Selain kemenangan itu, sorakan ribuan peminat yang membanjiri stadium negara untuk menyaksikan Kejohanan Sepak Takraw Sedunia MAS-Utusan- RTM turut segar dalam ingatan saya," katanya.

Kariernya sebagai pemain sepak takraw negara mula terjejas apabila digugurkan daripada skuad kebangsaan kerana mengalami kecederaan pinggang selepas Kejohanan Piala Merdeka Brunei pada tahun 1992.

"Saya mengalami kecederaan pada bahagian pinggang. Enam bulan saya tidak beraksi.

"Apa yang pasti, saya sangat sedih kerana hanya melihat rakan-rakan beraksi dari luar gelanggang," katanya.

Ekoran kecederaan itu prestasinya semakin tidak menentu dan memutuskan untuk bersara selepas Kejohanan Piala Raja Thailand pada tahun 1994.

"Saya rasa tidak lagi mampu beraksi kerana rakan seperjuangan juga ramai yang bersara termasuk Raziman Hassan," katanya.

Bakat Engku Halim diwarisi daripada bapanya, Ku Musa Ku Abdul Rahman yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan pada tahun 1960 hingga 1983.

"Minat saya timbul selepas dorongan bapa saya yang juga bekas pemain kebangsaan.

"Bapa saya mewakili negara selama 18 tahun serta pernah menjulang beberapa trofi.

"Dia sering membawa saya untuk mengikutnya menyertai latihan dan lama kelamaan saya menaruh minat dalam sukan ini.

"Ketika zaman ayah saya, mereka mudah menjinakkan musuh tradisi kita, Thailand," ujarnya.

Kini, bakat yang ada pada Engku Halim diwarisi anak sulungnya, Engku Mohd. Shazwan, 18, yang kini sudah mewakili Kuala Lumpur pada Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu tahun lalu.

Ditanya mengenai prestasi pasukan sepak takraw negara sekarang, Engku Halim berkata: "Pemain negara memiliki potensi untuk pergi lebih jauh lagi. Mereka perlu memiliki kekuatan mental serta keyakinan diri yang tinggi.

"Mereka harus mengekalkan prestasi dari semasa ke semasa dan tidak terlalu bergantung dengan jurulatih untuk mengadakan latihan. Latihan bersendirian untuk meningkatkan tahap kecergasan adalah penting."

Menurutnya, skuad sepak takraw kebangsaan mampu mengatasi Thailand jika mereka terus berusaha gigih untuk meningkatkan prestasi.

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 12:56 PM | Show all posts
sapa tau kat KL nie dewan atau tempat main takraw malam?

area keramat/w.maju/gombak/uluklang atau mana2 yg berdekatan

dewan ttwangsa fully booked febuari nie...nk cri alternatif..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 01:17 PM | Show all posts
Takraw is my life.....minat gilerrrrrr...But aku still in learning to become perfect killer...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2010 02:26 PM | Show all posts
semekom,aku mencarik seller kasot nanyang @ tangnam
(area kl)
email kt : fizan_gbk@yahoo.com.my
thx
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2010 07:50 PM | Show all posts
Boleh tahan jugak Jepun Promosikan Sukan Sepak Takraw nih....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2010 12:39 AM | Show all posts
National Team Promotes Sepak Takraw






Recently, a promotional activity was jointly organized by Guangzhou Asian Games Organizing Committee and Chinese Sepak Takraw Association at Guangzhou's Third Middle School. Tian Xinde, Vice Secretary-General of GAGOC, said that the activity was aimed at popularizing Sepak Takraw in Guangzhou for the coming 2010 Asian Games.

Sepak Takraw was recognized as a medal event in 1990 Beijing Asian Games and is popular in Southeast Asia. As such it will be an extremely exciting spectator sport and emblematic of " Thrilling Games, Harmonious Asia " theme.







At the invitation of GAGOC, the national Sepak Takraw team gave an excellent performance. An additional activity was the prize quiz that helped people learn more about Sepak Takraw in an interesting way. Finally, GAGOC presented Sepak Takraw balls to 20 middle schools in Guangzhou.

The activity is the first one of a series of activities of promoting medal events for 2010 Guangzhou Asian Games.



Sources : http://www.gz2010.cn/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2010 01:25 AM | Show all posts
masih ingatkah dengan Jenama dari China ini ?





WARRIOR SHOES
HangPC2 Post at 5-10-2008 10:16


Salam,

kasut jenama ni memang best klu pakai pada kaki tekong..ada warna hitam dan putih..sebelum aku pakai kasut jenama warrior, aku guna jazz..
tapi la ni, semua nak pki kasut jenama; adidas dan nike..  

ps: ada sesape dah try kasut 'Rejam'? bagi testimoni skit..
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 12:26 AM | Show all posts
Reply 329# katakpuruz


Aku penah pkai worrior  tp kasut tu tapaknyer keras sikit...bila timbang bola slalu lari...hihi
Bila aku try Rejam fuhhhh ringan ,flexible, cengkaman bgus...
Dah 3 thn aku pkai produk ni.....Apa yg pting ringan !! hehe


p/s : skrg tgh training nk gulung 360.....waaaaaaaa susahnyerrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2010 09:51 AM | Show all posts
bila la agaknya malaysia nak menang pingat emas sepak takraw sukan sea ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 11:23 PM | Show all posts
PSM nak jual ' bola klon ' Gen II


sham@bharian.com.my


' Salim ' datang dari kilang sama Marathon yang cetus kontroversi di Korat


ALASAN bola bersalut getah jenama tempatan seperti yang diumumkan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) kononnya disahkan oleh Istaf, akhirnya terjawab apabila terbongkar betapa, ia sebenarnya adalah klon kepada bola Gen II keluaran Marathon.

Laporan yang diperoleh mengesahkan bola takraw SS1 berjenama Salim itu diperoleh daripada pengeluar bola Marathon yang sebelum ini ' berperang ' dengan PSM sehingga skuad negara tidak mengambil bahagian di Sukan Sea 2007.

Sumber Berita Harian menyatakan, oleh kerana bola Marathon Gen II sudah diluluskan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), pengeluar bola Salim mengambil jalan pintas dengan mendakwa bola yang diedarkan mereka turut mendapat kelulusan sama.

" Cuma bagi membezakan antara bola Gen II dan Salim adalah warna kerana Gen II berwarna kuning tetapi Salim merah. Ini hanya satu sandiwara kerana sebelum ini PSM mendakwa bola ini dibuat sendiri oleh anak tempatan.

" Hakikatnya mereka sekadar membuat pesanan khas untuk bola Gen II dan mengedarkannya di negara ini menggunakan nama yang berbeza, " kata sumber itu yang enggan namanya didedahkan.

Sebelum ini, PSM bercakaran dengan pengeluar bola Gen II kerana mendakwa bola yang mahu digunakan di Sukan Sea, tidak diluluskan Kongres Istaf dan Kongres Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf), selain mendakwa ia mendedahkan pemain kepada penyakit Parkinson.

Kemuncak daripada bantahan menyaksikan PSM memulaukan Sukan Sea Korat, sebelum akhirnya pada Mei 2008 bertindak meluluskan bola Gen II di Kongres Istaf, namun ' terlupa ' memaklumkan kepada anggota Majlis PSM atau pihak berkuasa sukan negara.

" Sebelum ini mereka kelihatan seperti sudah berpatah arang dengan Marathon, tetapi kini menerima bola berkenaan tanpa menyedari hakikat bola itu sebenarnya adalah hasil keluaran Marathon, cuma nama saja berbeza, " kata sumber itu lagi.

Kelmarin, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong, berkata tindakan pengeluar bola jenama Salim berdepan tindakan perundangan kerana ' memalsukan ' penggunaan perkataan kelulusan Kementerian Belia dan Sukan serta logo kementerian.


- Berita Harian -


Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 11:44 PM | Show all posts
Salim Sports taja peralatan takraw


Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
hafiz.aziz@utusan.com





Pengerusi Salim Sports, Datuk Mohd. Salim Basri (kanan) menimang bola sambil diperhatikan Anis Nadia Jefri (kiri), tekong skuad wanita Malaysia selepas meninjau Kompleks Stadium Rakan Muda, Puchong semalam.


KUALA LUMPUR - Salim Sports Marketing Sdn. Bhd, menjadi penaja peralatan pada Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan Malaysia, Oktober ini.

Salim Sports akan menyediakan peralatan sepak takraw berprestasi tinggi untuk kegunaan peserta pada kejohanan yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Puchong, pada 1 hingga 3 Oktober ini.

Pengarah Urusan Salim Sports, Mohd. Faizal Md. Taib berkata, pihaknya berbangga menjadi penaja kejohanan takraw berprestij itu, selepas Kejohanan Emas Khir Johari, yang berlangsung tahun ini.

" Tujuan utama penganjuran kali ini bukan sahaja memperkenalkan produk takraw yang dikeluarkan Salim Sports.

'' Kejohanan ini mampu mengangkat sukan ini ke tahap yang lebih tinggi.

"Dengan promosi yang meluas, kejohanan ini mampu menarik golongan muda untuk menyertainya.

" Ini akan meningkatkan prestasi serta pencapaian mereka untuk berada pada peringkat yang lebih tinggi untuk menyerlah, " katanya ketika melawat tapak gelanggang kejohanan, semalam.

Salim Sports merupakan pengeluar peralatan sepak takraw yang telah beroperasi lebih setahun.

Produk mereka mencapai spefikasi tinggi apabila diiktiraf Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa, setanding dengan jenama antarabangsa lain.

Berpengalaman dalam penajaan besar-besaran dan yang diiktiraf oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia, Salim Sports, turut mempunyai siri acara tersendiri yang sedang berlangsung.

Faizal juga berharap, pihaknya dapat bersama menjadi sebahagian daripada penganjur pada tahun berikutnya.

" Saya mempunyai keinginan untuk melihat penganjuran ini diadakan setiap tahun, tidak setakat tahun ini sahaja, " jelasnya.

Ujarnya, pada kejohanan di Puchong itu nanti, Salim Sports akan memperkenalkan bola takraw sepak raga tuju, bagi mempromosikan acara tersebut.

" Kami akan membuka gerai barangan Salim yang menawarkan harga istimewa kepada peserta dan pengunjung, '' katanya.



- Utusan Malaysia -


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 12:40 AM | Show all posts
PSM berminat sunting dua pemain Chandik


KUALA LUMPUR - Tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah manusia siapa yang tahu.

Itulah nasib pasukan Chandik dari Kelantan yang kini menjadi perhatian Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) untuk diserapkan dalam skuad pelapis sepak takraw kebangsaan.

Menurut ketua jurulatih pelapis kebangsaan, Yunus Ibrahim, remaja yang perlu diberi perhatian itu adalah Mohd. Nasri Hafiz Mohd. Najib yang bermain sebagai apit kiri di samping tekong pasukan, Mohamad Badri pada Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan Malaysia, Ahad lalu.

" Kedua-dua mereka ini menyerlah dalam kejohanan ini dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil mereka untuk diserapkan dalam PSM dan juga Majlis Sukan Negara (MSN).

" Kita akan berbincang dengan mereka terlebih dahulu, jika masih bersekolah kita akan berurusan dengan keluarga mereka dan jika bekerja, kita akan meminta kebenaran dengan majikan.

" Kejohanan ini benar-benar membuka mata terhadap kemunculan bakat baru yang menyerlah untuk diasah sebagai pemain kebangsaan suatu hari nanti," katanya yang juga menjadi pengurus Malaysia Muda dalam kejohanan ini.

Chandik menewaskan Malaysia Muda yang diisi barisan pelapis negara 21-18, 21-17 pada perlawanan penentuan kategori lelaki bawah 18 tahun kejohanan ini.

Ditanya tentang kekalahan skuadnya sedangkan pelapis negara diturunkan dalam kejohanan ini, Yunus menjelaskan, ini sebahagian pendedahan kepada atlet.

" Mereka memerlukan banyak pendedahan dan tiada yang perlu dikhuatirkan kekalahan ini kerana mereka ditewaskan oleh pasukan yang lebih baik.

" Lagipun atlet pelapis yang diturunkan sebagai Malaysia Muda masih baru diserapkan oleh PSM selepas aksi Sukan Malaysia (Sukma) baru beberapa bulan ini, " jelasnya yang berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya itu.


- Utusan Malaysia -



Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 12:42 AM | Show all posts
Buka lebih banyak kategori - Adnan


KUALA LUMPUR - Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan Malaysia 2010 yang berakhir Ahad lepas wajar diteruskan setelah mendapat sambutan luar biasa daripada peminat sukan sepak takraw.

Malah, beberapa kategori juga perlu dibuka pada penganjuran akan datang untuk memberi peluang yang lebih besar kepada orang ramai selain mampu merancakkan perkembangan sukan tersebut.

Bekas pelibas handalan Malaysia, Adnan Saidin berkata, dengan membuka lebih banyak kategori seperti kategori Terbuka Wanita mampu menampakkan kelainan yang baik dalam kejohanan sepak takraw selain dapat mencungkil bakat baru di kalangan golongan wanita.

'' Penganjuran yang baru berakhir pada Ahad lepas boleh dikatakan berjaya kerana sambutan yang diberikan oleh peminat sepak takraw tempatan sungguh diluar jangkaan.

'' Saya yakin sekiranya pihak penganjur mengadakan kejohanan yang sama ini pada masa depan jumlah yang menyertai akan bertambah lebih tinggi daripada yang ada sebelum ini sekiranya ada peluang diberikan melalui beberapa kategori, '' kata Adnan ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Sementara itu, Adnan berkata, pihak penganjur kejohanan perlu diberikan pujian kerana melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mengembalikan kegemilangan sukan sepak takraw di negara ini.

'' Ini adalah sukan tradisi kita yang perlu dijaga serta dipelihara sekiranya ada lebih banyak pihak yang merancang untuk mengikut jejak langkah KFC dan Utusan Malaysia memang saya galakkan, '' jelasnya.


- Utusan Malaysia -


Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 12:43 AM | Show all posts
Thai tolak beregu sepak takraw Sukan Asia


KUALA LUMPUR - Pingat emas sepak takraw Sukan Asia Guangzhou, bulan depan tampak semakin sukar bagi skuad elit apabila Thailand sah mahu turut menjadi rintangan utama usaha Malaysia itu dalam dua acara lelaki pilihannya.

Ia sekali gus menyamai pilihan masing-masing yang rela mengorbankan acara beregu - sejajar dasar kekangan penyertaan oleh Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) supaya setiap negara mempunyai peluang yang lebih cerah dan seimbang untuk mengutip pingat.

Guangzhou menjadi Sukan Asia pertama yang menyaksikan pengenalan dasar kekangan Astaf (kecuali tuan rumah) sebagai mengelak monopoli emas oleh sesebuah negara seperti mana yang dikuatkuasakan ketika Sukan SEA Laos, Disember lalu.

Presiden Astaf, Abdul Halim Kader berkata, turut berentap demi merebut emas berpasukan lelaki sepak takraw Sukan Asia Ke-16 ini ialah tuan rumah China, India, Indonesia, Jepun dan Korea Selatan.

" Namun bagi antara regu, selain Malaysia dan Thailand, cuma dua lagi negara turut menyertainya, tuan rumah dan Myanmar sekali gus menjadikan pertandingan mengikut format liga sepusingan dengan pasukan paling tinggi kutipan matanya, bakal bergelar juara.

Malah, pengesahan penyertaan ini bererti semua negara dalam regu lelaki sudah pun dijamin sekurang-kurangnya sebutir gangsa tanpa berangkat lagi ke Guangzhou kerana tiada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat bakal dijalankan.


- Utusan Malaysia -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2010 05:34 PM | Show all posts
Misi libas Thailand



SKUAD sepak takraw negara enggan lagi dibayangi kehebatan Thailand pada Sukan Asia 2010. Setelah kerap kali menerima kritikan dan cemuhan berhubung kegagalan mengatasi Thailand sejak beberapa tahun lalu, skuad sepak takraw negara kini turun dengan misi ‘melibas’ musuh tradisi mereka itu pada temasya yang akan membuka tirainya secara rasmi hari ini hingga 27 November.

“ Kami sebenarnya bukan terlalu yakin mahupun cakap besar tetapi setiap pemain kita telah berikrar akan memberi sepenuh jiwa dan raga mereka dalam usaha menyumbang satu pingat emas biarpun tampak seperti sukar, ” kata pengurus pasukan sepak takraw negara, Datuk Awang Sham Amit di Lapa- ngan Terbang Antarabangsa Baiyun, Guangzhou semalam.

“ Selama ini kita memang dibayangi oleh kehebatan musuh ketat kita, Thailand dalam apa jua acara pun, namun kali ini saya dapati pemain-pemain negara sudah jemu dengan status kita di tempat kedua.

“ Dengan latihan yang cukup intensif sebe- lum kita berlepas ke Guangzhou dan dengan semangat yang berkobar-kobar dalam diri pemain kita, saya yakin kita ada potensi untuk menghadiahkan satu kilauan emas daripada dua acara yang disertai dengan izin Tuhan. ”

Skuad takraw negara akan menyertai acara antara regu dan berpasukan setelah pera- turan membenarkan setiap negara hanya menghantar wakil dalam dua dari tiga acara yang dipertandingkan.

Dalam acara berpasukan, Malaysia diletak dalam Kumpulan B bersama India, China dan Jepun manakala Thailand pula mengetuai Kumpulan A bersama Korea Selatan dan In- donesia dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke separuh akhir.

Bagi acara antara regu, Thailand dan Malaysia dijangka mengulangi pertemuan final di Doha, Qatar empat tahun lalu setelah hanya empat pasukan bertanding selain Myanmar dan China.

Meskipun Thailand dilihat sebagai halangan utama, Awang Sham bagaimanapun menasihati anak-anak buahnya yang dibarisi gandingan pemain muda dan senior agar jangan memandang mudah dengan pasukan- pasukan lain seperti Vietnam, Korea Selatan dan Myanmar.

“ Jika semua berjalan dengan baik, saya percaya Tuhan akan membalas niat baik kita dengan kejayaan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh peminat sukan di Malaysia selama ini, ” ujar Awan Sham.

Kali terakhir skuad sepak takraw negara memenangi pingat emas Sukan Asia ialah pada edisi 1994 di Hiroshima, Jepun.

Bagaimanapun, skuad negara pulang hampa pada tiga temasya berikutnya iaitu di Bangkok 1998, Busan 2002 dan Doha 2006.



- Kosmo -



Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2011 11:37 AM | Show all posts
Takraw Thailand League






http://takrawthailandleague.com/



Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 01:57 PM | Show all posts



Anime : Nichijou
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2011 05:02 PM | Show all posts
salam... aku main posisi tekong... sepak je... biasa tekong pakai kasut ape ek? aku skrg baru je pakai warrior hi-cut tapak ijau RM15
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.614443 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list