CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katakpuruz

[MergedMisteri laut, sungai, tasik dan lombong~by katak & Jodo

  [Copy link]
Post time 18-3-2009 10:53 PM | Show all posts

Balas #2 ctaz\ catat

orang campak pasir dalam sungai.. pernah terbaca dalam buku Tuk Awang Ngah tak silap.. makhluk tu siap ada anak bini.. cari makan waktu maghrib..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2009 12:44 AM | Show all posts
penah dengar bunyi orang kocak2 pastu benda terjun dalam tasik malam2...gelap plk tu...angkat kaki trus blah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 02:19 AM | Show all posts
hantu air ni bentuk dia mcm mane? ade iras dgn cik pontianak gak ke?
berbulu atau jelma dlm bentuk air?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 10:27 AM | Show all posts
aku penah gak memancing malam2 kat tasik dan sungai, tapi nasib amat baik tak penah jumpa apa2 yg aneh....

di tasik kenyir juga dikatakan ada ular besar dengan diameter badan sebesar 2 pemeluk dewasa... besar tuuuu...

barangkali ini semua makhluk jin yg menyerupai haiwan untuk menganggu dan menyesatkan manusia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by afezal at 19-3-2009 02:19
hantu air ni bentuk dia mcm mane? ade iras dgn cik pontianak gak ke?
berbulu atau jelma dlm bentuk air?


my sis pernah jumpa .. rupanyer mcm air yg berbentuk manusia .. kiranyer klu kiter ader dlm air mmg tak kan perasan lah ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 03:48 PM | Show all posts

Reply #65 msrosse's post

air berbentuk manusia? ish camne tu?

gamaknya klu dia naik atas darat macam predator punya invisibility tu kot?

lagi satu, ada sapa2 penah dengar pasal ikan/makhluk gergasi di tasik yang kat ulu yam tu. apa tah nama tasik/empangan tu.

aku penah dengar citer kononnya ada pemancing penah nampak mulut ikan besar gila tengah amek nafas kattepi tasik masa dia tengah memancing. dari bentuk mulut dan kocakan air dia rasa ikan/makhluk tu besar sikit dari lori 1 tan

besar tu... ada jugak yg bagitau kononnya ada taukey cina lepaskan arapaima gigas saiz gergasi dan diangkut naik lori untuk dilepaskan di tasik tu coz dah terlalu besar untuk dibela...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2009 04:09 PM | Show all posts

Reply #66 JodoKast's post

empang batu aka tasek batu..........

aku slalu mancing situ tak pernah nampak pon...............
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 04:21 PM | Show all posts

Reply #67 ctaz's post

xde la kot atau citer tu citer karut je @ ko belum ada rezeki jumpe menatang tu lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2009 03:48 PM | Show all posts
lombong the mines ade ikan besar ek?
dengo crite orang yg men jet ski atas tu kene kejar ngan ikan

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2009 10:06 PM | Show all posts
tasik kenyir nie kurang pengunjung masa aku g ari tu...sunyi giler
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 12:03 AM | Show all posts
Originally posted by fins at 5-3-2007 20:38
hehhe.. aku nih kira suka gak lar mancing.. boleh dikatakan tu pekerjaan tetap dah.. kerja ngan gomen nih kira hobi..

tasik kenyir
antara tasik yang dipenuhi misteri.. antara menda yang penah ..
selain tuh sulur bidar pun sama gak.. sejenis hewan air yang kita takpenah terpikir kewujudannya.. yang nih penah tgk jek masa kecik2 dulutapi bukan kat kenyir.. ikut kata kawan aku (ujang kartunis) sulurbidar mmg ader kat kenyir.. macam hamparan putih jek.. berenang.. caradia ngap org, dia lalu kat bawah bot atau org, kemudian gulung..
.


Apa itu Sulur Bidar?
Sulur Bidar ada katanya makhluk halus atau syaitan
yang menyerupai sesuatu pusar air atau canvas putih terbentang atas air
bagi memesongkan manusia.
Ada yang kata ular besar (ular bidang) berbentuk leper
macam carpet besor 4meter x 4meter.

[fly]sulur bidar @ sulur bidai juga dikenali sebagai hantu balong bidai @ hantu balung bidai [/fly]
Apa yang pasti makhluk ini leper macam tikar @ carpet
lebar terhampar 4meter x 4 meter
Dalam air, atas air, dekat beting pasir sungai

SULUR BIDAR adalah makhluk misteri atau hidupan misteri yang memang misterius.
Tak tahulah binatang ker syaitan.
Sulur Bidar = Hantu Balong Bidai
Mungkin syaitan yang menjelma jadik binatang.
sepanjang 20 kaki dan berbentuk 4 segi.

Macam tikar canvas putih tuh!
Ada masanya orang jumpa version warna merah.
Makan dgn cara mengulung dan memerah.
Semasa menggulungkan diri, akan menghasilkan buih.
Kemunculam makhluk ini dapat dikesan kerana ia akan timbul bersama
dedaun yang terbenam di dasar sungai ke tasik ker lombong.

Daun-daun tersebut akan timbul ke permukaan air seperti dedaun kering.
Daun-daun tersebut bila diambil akan terasa kering seolah-olah telah diperah oleh sesuatu.
Kata orang, daun yang terkena buih ini boleh diambil dari air & terus dibakar[size=85%].
Satu perkara yang aneh sehingga daun yg basah di dalam air pun boleh di nyalakan jika di bakar.


Apa saja yg sesuai pasti menjadi mangsanya.

Ketikaitulah anda disarankan agar melarikan diri & laungkan azan dengankuat agar tidak dijadikan mangsa makhluk halus tersebut.

Tempat-tempat famous yang  boatman, kaki-kaki pancing, orang asli
selalu jumpa Sulur Bidar ni
ialah di Tasik Kenyir (ada musim dia), Tasik Banding Royal Belum, Tasik Chini & Sungai Pahang

Dari Wikipedia:
Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidaimerujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia.Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air.Hantu bidai mampu menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskanmangsa.
Mulutnya ada pada setiap penjuru (4 penjuru = 4 mulut)

Dari Uncle Seekers:
Hantu Balung Bidai juga dikenali sebagai Hantu Bidai atau Hantu Balung.
Adapendapat yang menyatakan rupa bentuknya seperti seekor ular besar yangmenjalar di air dan ada pula yang menyatakan ia mempunyai kepala yangbulat, rambut dipenuhi ular yang berbisa,.. (aku teringat kat MEDUSApulak... MEDUSA, yang rambut dia dari serpents tuh)

Kalau boleh syaitan atau makhluk halus ni nak supaya kita puja atau sembah dia.
Berbekallah kita dengan iman & amalan di dada.


Research telah dibuat bersumberkan:

1. Fishing.net, Lubuk.net, wikipedia, Uncle Seekers
2. Abuse & Adore (Siri Jelajah Kenari : Gunung Jerai), ada insertion pasal Sulur Bidai = Hantu Balong Bidai
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 12:39 AM | Show all posts
Oooh ...namanya sulur bidar.
Aku ada gi mancing kat Temenggor.
Orang kampung situ pun ada cerita...
Dah lama dah kira- kira 15 tahun lalu aku ke sana.
Macam tikar hanyut pelan- pelan.
Bila sampai kat mangsa, dia gulung terus ke bawah sekali ngan mangsa tu..
Tapi tak der pulak anggota keluarga yang boleh mengsahihkan akan keujudan dia ni.
Ya..lah mesti ada yang jadi mangsa kan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 11:31 AM | Show all posts
Did giant arapaima cause duo to drown?
By R.S.N. MURALI and SHAHRIL CHE WAN

KUALA BERANG: A giant fish that supposedly caused the deaths of two men on Tuesday could have been the highly predatory and aggressive arapaima gigas.

Fish biologist Dr Mohd Fadzil Suhaimi Ramli said the natural habitat of the fish which could reach 4.9m was the Amazon and Orinoco rivers of South America.

He said the fish that the locals dubbed as ikan naga due to its features that were similar to the mystical dragon could have been released into the lake by someone when it became too large.


Monster mystery: Azhar Alias, 27, and his brother showing the location in Tasik Kenyir where the giant fish has been sighted.

揇ue to its size, this fish preys on local species which are smaller in size,
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2009 11:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2009 07:37 PM | Show all posts
Ganjaran RM10,000 Tangkap Ikan Arapaima Di Tasik Kenyir

SETIU, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap ikan Arapaima Gigas atau ikan naga di Tasik Kenyir.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata tempoh kebenaran menangkap ikan itu bermula dari sekarang sehingga 15 Ogos ini di seluruh kawasan tasik kecuali di kawasan yang telah diwartakan sebagai Taman Negara dan Santuari Kelah.

Ikan itu yang ditangkap hidup-hidup akan ditempatkan di Mini Zoo dan Taman Rekreasi di Bukit Takal, Kemaman sebagai tarikan kepada pengunjung, katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Katanya kaedah menangkap ikan Arapaima Gigas terhad kepada penggunaan joran dan kelili, dan setiap peserta mesti mengambil permit serta mematuhi semua undang-undang kecil berkaitan dengan aktiviti memancing di Tasik Kenyir.

Segala urusan memancing termasuk menyewa bot adalah di bawah tanggungan sendiri dan setiap peserta diwajibkan mendaftar dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bagi tujuan keselamatan, katanya.

Ahmad berkata walaupun Arapaima Gigas merupakan spesies ikan yang besar, ia tidak menyerang manusia, tetapi menjadikan ikan-ikan lain di dalam tasik sebagai makanan.

"Kita khuatir dengan adanya spesies ikan yang berasal dari Sungai Amazon ini, ikan-ikan lain akan kepupusan. Kita juga bimbang ikan ini akan membiak di Tasik Kenyir yang sedang kita bangunkan sebagai destinasi pelancongan perdana di Terengganu.

"Kita tidak tahu berapa jumlah sebenarnya ikan ini di dalam Tasik Kenyir tetapi kita perlu pastikan tiada ikan pemangsa di dalam tasik buatan manusia itu. Ikan toman juga adalah pemangsa tetapi ia tidak akan membesar seperti Arapaima Gigas," katanya.

Beliau berkata ikan Arapaima Gigas boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan mencapai berat sehingga melebihi 200 kilogram.

Menurutnya, di habitat asalnya di Sungai Amazon, ikan itu diburu menggunakan lembing dan rakyat tempatan menggemari ikan itu dengan menjadikannya makanan eksotik.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 01:05 PM | Show all posts
aku ada 2 citer psl antu air nih..rasanya penah gak citer kat thread mana sblm nih..
kisah 1 ..masa aku kecik lagi, tempat sekitar ulu langat rasanya..
ayah aku mmg suka menjala ikan kat sungai, lombong segala... so this trip ayah aku gie dgn 2 tok sedara aku (tok sedara aku yg sorang nih katanya ada ilmu yg membolehkan dia berjalan atas air dan dok dlm air lama giler - wallahualam).  pagi ms nak gie tu, tok sedara aku yg sorang nih sudah ckp besar, ckp apa pun aku tak sure / ingat lah.... sampai sana diaorg pun dok nyusurlah sungai tu sambil menebarkan jala memasing... benti jap for zohor makan tghari sambung balik... then right after sambung balik tu tetiba tok sedara aku yg ckp besar tadi tu sudah hilang.. padahal jalan dia satu tu jer, bukan ada simpang ke mana mana... keliling tu kira cam utan lah.... jenuh ler ayah dan tok sedara aku lagi sorang nih mencari - trace back to where they started seme lah...sampai lah ke malam.. then sometime after maghrib tu tetiba je nampak dia berjalan cam dlm daze gitu... lumpur dari ujung rambut hinggalah ujung kaki, then bila dia nampak jer ayah aku dan tok aku lagi sorang nih, dia terus try jerit, tapi tak kuar suara.. so ayah dan tok sedara aku nih berkejarlah dapatkan dia... dia terus terjelepok tapi sempat lagi ckp kat ayah aku.. mat tolong aku... berat nih, banyak tull ikan aku dpt nih... bila ayah aku tgk jala dia siap bersimpul lagi... bila balik terus demam lah.. bila tanya balik, dia kata dia ikut satu laluan yg cantik sgt, sungai tu penuh dengan ikan menangkap nangkap kat permukaan... tah mana dia sudah masuk tak tau lah.... dua dua tok sedara aku tu pun dah kembali ke rahmatullah, selang 2 hari to each other je... innalillah.... al-fatihah ke atas roh mereka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2009 02:38 PM | Show all posts
76# adnil
selang 2 ari?
mean ninggal 2 ari lepas kejadian?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 03:04 PM | Show all posts
Besarnya ikan temoleh ...


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 03:14 PM | Show all posts
kisah 2 - tahun 1995 - kat spore coz my bro nak bertunang
after majlis tunang tu, malam tu ayah dan pakcik aku nak gie menjala ikan kat tepi laut - dekat changi airport tu - so yg pompuan seme pun nak ikut... so jadilah rombongan gie lepak kat tepi pantai tu memalam buter.. gie seme naik lori ekeke.. sbb aku dan bini cousin aku preggy dah agak besar perut, kitaorg gie naik keta jer.. so bila kat situ, yg pompuan seme lepak ler tepi pantai tu berborak borak yg lelaki seme gie berjalan kat gigi air sepanjang pantai tu menjala ikan.. malam tu cuaca cantiklah so melepakler kitaorg sampai dekat tgh mlm.. ms dok borak borak tu, nenek sedara aku (yg laki dia hilang ms jala ikan citer aku sblm nih) ni pun sama gak cam laki dia, mulot tak dak insuran.. citerlah pasal antu... siap ajuk ajuk lagi mengilai bagai.. tak lama pas tu mak aku sound aku dan cousin aku soh balik dulu, tak lama pas aku sampai umah auntie aku, nampak diaorg balik gak.. sekor ikan pun tarak... seme still in jolly mood lah..
so after dah bersihkan diri memasing, seme start lepak tidur kat hall.. aku 2 couples since preggy tidur kat bilik lah - share ler, since bilik kosong xdelah byk kan.. so after a few minutes borak dgn bini cousin aku, aku pusing ke laki aku, tetiba aku dgr suara org menjerit jerit kat hall.. mengelupurlah kitaorg bingkas bangun berkejar ke hall tgk apsal.. rupa rupanya nenek sedara aku yg byk mulut tdi sudah kena sampuk.... then a few minutes after that, makcik aku (mak cousin aku nih) lak terpekik pekik sambil mengirai ngirai rambut dia.. yg lenlain terus minta surah yasin dan al quran ngaji dan dan tu gak... aku nyorok blakang mak aku, tempat aku dok tu mmg bertentangan dgn balkoni dan dari mana aku duduk, dengan jelasnya aku leh nampak satu makhluk yg besar tinggi - lebih dari 6 kaki aku rasa - mencangkung tgk kitaorg, mata merah menyala, badan dia penuh dengan benda rupa cam lumut algae hijau pekat tuh..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 03:23 PM | Show all posts
lama gak org terjerit jerit nih, pas sorang sorang, cam pas batton lak.. yg peliknya, aku masa tu tak de pun rasa takut atau gerun tgkkan benda tu... bukan lah aku nak bangga diri, aku nih penakut gak lah, tapi at that time somehow or rather mmg aku tak rasa takut.. may be coz masa nenek sedara aku dok ajuk ajuk tadi, aku tak msk campur kot.  sepanjang malam mmg tak leh tidur, sampailah dekat subuh..
rupanya mak aku sudah perasan ada satu extra passenger naik lori.. dia ms tu menyerupai pakcik aku sorang nih.. coz mak aku rasa pakcik aku dah pi dok kat depan, tetiba ada lak dia kat atas lori tu gak.. tapi since dah ramai ramai tak ler tegur ke apa..
soknya kitaorg pun nak siap siap balik kl lah, tapinya sesiapa yg mandi kat bilik air depan tu, mesti berteman coz mmg terasa ada benda dok berdiri kat belakang kita perhatikan... hishh till now rasa lagi keseraman tuh..  rupanya bendatu bermastautin kat dlm tu.. auntie aku sampai tak tahan dok situ lagi, a couple of months after that, dia jualkan apartment tuh.. tak sanggup dok dlm ketakutan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.423139 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list