CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: girl'z

OSHIN

[Copy link]
Post time 11-1-2007 12:11 AM | Show all posts
taknah tgk pun cite ni dulu..
kalau Suzuran tu pernah lah tgk..
owang kate lebey kurang Oshin ni gak eh cite Suzuran tu..

ermm kalau da start cite ni sok..
harap2 ade yg leh rekodkan..
maklumla..cite lame susah woh nak dapat ^_^
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2007 01:32 AM | Show all posts
Originally posted by katt at 10-1-2007 03:53 PM


Memang sedih cerita ni, awal2 lagi dah sedih bila kecik2 dah kena berpisah dengan keluarga sebab nak cari rezeki pasal miskin sangat. Part masa Oshin nak pergi dibawa orang, ayah dia ikut da ...

rasanya suami oshin bunuh diri sbb dia sedih anak dia mati dlm peperangan kan:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 01:36 AM | Show all posts
^ juga sebab hutang bisnes bangkrap kalau tak silap tapi masa tu Oshin pun sama2 menanggung susah. Tetiba hilang tempat bergantung dan terpaksa uruskan keluarga sendirian.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 01:39 AM | Show all posts
Originally posted by ckucin at 10-1-2007 11:55 PM
ckucin pun ingat2 lupa citer ni.. tp ada beberapa since yg ingat ler juga.. oshin masa kecik becoz of kemiskinan kena jual kat satu family org kaya.. dia jadi orang gaji kat situ. orang gaji tu lak ada anak perempuan sebaya.. at first budak tu sombong..tp lama2 jadi kawan baik dia.. hingga hari dia nak mati kawan dia tu serahkan anak dia untuk Oshin bela.  Oshin pun anggap budak tu macam anak dia sendiri.


Part ni memang tak berapa ingat sangat... itu yang nak tengok balik cerita ni. Tapi orang memang cepat mesra dengan dia. Cuma keluarga mertua yang sisihkan dia habis2an.

Dulu pun tertunggu2 jugak... kot2 ada stesen tv yang nak ulang cerita ni, nasib baik ada yang teringat... koleksi lama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 01:43 AM | Show all posts
Originally posted by emiko at 11-1-2007 12:11 AM
taknah tgk pun cite ni dulu..
kalau Suzuran tu pernah lah tgk..
owang kate lebey kurang Oshin ni gak eh cite Suzuran tu..


Ha'ah... cerita Suzuran tu memang nak menimbulkan balik nostalgia Oshin tapi tak dapat beri impak macam Oshin. Maybe pasal acting sama, pelakon2nya jugak. Kita tengok jugak Suzuran tu ... ada part kanak2 sampai dewasa nak sama macam Oshin tapi memang tak boleh lawan Oshin. Tu pasal orang selalu sebut2 pasal Oshin walaupun dah 20+ tahun lebih berlalu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 02:17 AM | Show all posts
oshinnn.. !!
satu hapah pom haku taley recall leks crite dier cane..
hikhik.. gylerr kecit gik ar tyme tue.. tpi mmg pemes sgguh crite nyew..
yg pasti kalu bkk crite pasal oshin, haku musti tringat kat nasik kepal..
apersal eks.. ?? keke..

bile start tayangan nyew ney.. ?? tak saborrr..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2007 02:18 AM | Show all posts
suzuran yang pasai makcik yang bukak hotel tapi anak pompuan tiri dia yang gemuk tu tak suka kat dia tu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 02:24 AM | Show all posts
Originally posted by adie82 at 11-1-2007 02:18 AM
suzuran yang pasai makcik yang bukak hotel tapi anak pompuan tiri dia yang gemuk tu tak suka kat dia tu ker?


Suzuran cerita pasal budak perempuan kena tinggal kat stesen keretapi luarbandar and jadi anak angkat station-master kat situ. Mak dia tinggalkan baby tu, nasib baik bapak angkat budak perempuan ni baik.. dia ambil dan jaga budak perempuan ni macam anak sendiri. Bila besar dia cari mak kandung dia ... at last jumpa juga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2007 03:00 AM | Show all posts

Reply #85 katt's post

tp sy suke woh Suzuran tu..
agaknye kalau sy tgk Oshin ni lagi lah sy suke :love:
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 03:02 AM | Show all posts

Reply #87 adie82's post

yg ni bukan cerita A Woman's Spirit or sumthing camtu? main kat TV2 dlm kul 1-2 ptg gitu ke?
er ke satu lagi cite yg psl hotel2 gak tu (tp yg ni sy tertgk skali 2 je)..kat NTV7 kan tayang dulu kalau x silap :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 07:20 AM | Show all posts

Reply #86 ms_green's post

nasi kepal oshin buat tu sedapppppppp... cewah..macam ckucin pernah makan... kira bila oshin bukak kedai mmg laku habis ler.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 09:01 AM | Show all posts
TV9 tayang semula drama Oshin
Oleh Rozdan Mazalan

MASIH ingatkah drama Jepun Oshin yang sangat popular suatu masa dulu? Tentu ramai yang mengingatinya memandangkan kisah sedih, ketekunan dan kegigihan dipaparkan berupaya menyentuh perasaan sesiapa saja yang menontonnya.


Bagi mereka yang terlalu merindui drama bersiri ini disiarkan semula, stesen televisyen TV9 bakal menambat penonton untuk terus mengikutinya bermula 15 Januari ini jam 10 malam setiap Isnin hingga Rabu dan juga boleh diikuti melalui stesen Astro menerusi saluran 22.

Drama ini mengisahkan mengenai perjalanan hidup seorang kanak-kanak bernama Oshin yang dilahirkan dalam sebuah keluarga petani miskin. Bersama seekar tanah, mereka bekerja keras untuk menampung sembilan ahli keluarga termasuk nenek mereka yang uzur.

Ceritanya bermula sekitar 1983 apabila Oshin yang dijadualkan membuka kedai barunya, tiba-tiba menghilangkan diri menaiki sebuah kereta api untuk pulang melihat keadaan kampung asal usulnya. Keluarganya mula risau dan bergegas mencarinya.

Namun, cucunya saja berjaya menjejaki Oshin dan menaiki kereta api bersamanya. Dari situ, Oshin mula menceritakan kehidupan awal kepada cucunya dan bagaimana usaha gigihnya telah menjadikan beliau pemilik rangkaian pasar raya terbesar di Jepun.

Watak Oshin berkisar kisah ibu kepada Kazuo Wada, seorang ahli perniagaan berbangsa Jepun yang bertanggungjawab membina pasar raya terbesar di sana bergelar Yaohan. Sejak 1983 hingga kini, Oshin disiarkan hampir 59 negara termasuk Singapura, China, Thailand, Hong Kong, Belanda, Belgium, Indonesia, Iran, Australia, Sri Lanka, Saudi Arabia, Mexico, Brunei dan di Filipina.

Bersama jalan cerita serta persembahan meyakinkan, penonton di serata dunia terpesona dengan lakonan Kobayashi Ayako sebagai Oshin semasa berumur 7 tahun. Watak ini kemudian dibawa Tanaka Yuko yang memainkan peranan Oshin ketika remaja dan akhir sekali oleh Otowa Nobuko.

"Penyiaran drama Oshin adalah bertepatan dengan konsep TV9 yang mengutamakan nilai serta contoh teladan yang baik dan universal untuk masyarakat", kata Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda. Kekuatan pengisian jalan cerita drama ini telah mencetuskan minat serata dunia kerana ia memaparkan isu hubungan anak dengan ibu bapa, hubungan suami isteri, peranan institusi keluarga dan renungan mengenai pencapaian hidup seseorang.

Drama yang banyak menyampaikan mesej dan teladan yang berguna kepada masyarakat mengenai cara hidup seorang kanak-kanak yang tabah berusaha menyebabkan kesenangan dimiliki amat sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 09:03 AM | Show all posts
Originally posted by emiko at 11-1-2007 03:02 AM
yg ni bukan cerita A Woman's Spirit or sumthing camtu? main kat TV2 dlm kul 1-2 ptg gitu ke?
er ke satu lagi cite yg psl hotel2 gak tu (tp yg ni sy tertgk skali 2 je)..kat NTV7 kan tayang dulu k ...


yg tayang kat ntv7 dulu tuh tajuk die ONNA WA DOKYOU

pastu tv2 ulang tayang balik mase tghari.... kalo tk salah la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 09:04 AM | Show all posts
citer nie dah ler panjang.....tayang kul 10 mlm...entah
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 09:08 AM | Show all posts
rindu plak nak tgk oshin citer dia pon ingat2 lupa...
bila tgk iklan kat tv rasa macam tak sabar aja nak tgk balik....

bila agaknya main kat TV arr
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:05 AM | Show all posts
Sib baik main malam boleh tengok.....:music: :music:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2007 10:30 AM | Show all posts
mula 15 JANUARI, pukul 10 malam kat TV9, setiap Isnin hingga Rabu :

dia main sejam ke ek? kalau sejam maknanya 4 episod (atau 3 episod kalau tolak iklan) sekali main

Isnin minggu depan dah mula kawan2! ;)
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:37 AM | Show all posts
hihi kene blik cpt2 ni nak tgk oshin :jeling:
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:38 AM | Show all posts
Pasaraya Yaohan maknanya kisah benar lah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 10:39 AM | Show all posts

Reply #93 lucero's post

oh cite yg sama ek?
yg sy igt yg TV2 dulu tu ada Pinko Izumi salah sorang pelakon utamanye..
yg NTV7 tu mmg sy tak dpt recall langsung selain part ada cam hotel lame tu hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.145900 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list