CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5617|Reply: 14

Bagaimanakah Caranya Untuk Menunjukkan Rasa BERSYUKUR...

[Copy link]
Post time 19-2-2007 01:00 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum w.b.t...

Bagaimanakah anda semua menunjukkan rasa KESYUKURAN di atas segala nikmat Allah s.w.t. yang telah DIA berikan kepada kita?

Bg diri saya sendiri, BERPUASA adalah salah satu cara saya untuk menunjukkan betapa bersyukurnya saya di atas segala apa yang telah Allah s.w.t. berikan kepada saya. Saya rasa hanya itu saja jalan terbaik dan termampu untuk saya lakukan.

Bagaimana pula dengan anda sekalian?

Di samping itu, saya juga ingin bertanya bagaimanakah caranya untuk menunaikan sujud syukur. Saya sebenarnya dah lama berazam sekiranya permintaan saya dikabulkan, saya ingin menunaikan sujud syukur tapi sehingga ke hari ini saya belum pernah melakukannya..

Saya harap Allah mengampunkan kesilapan saya..



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2007 08:19 AM | Show all posts
solat malam jugak petanda kesyukuran kita pada ALLAH  atas nikmat yang tak terhitung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

f@uzi This user has been deleted
Post time 19-2-2007 08:44 AM | Show all posts
Jadilah hamba Nya, yang melakukan semua ibadat tidak kira untuk dunia dan akhirat demi kerana Nya... Semoga Dia menerima kita dalam berkat dan rahmat Nya di dunia dan di akhirat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 03:51 PM | Show all posts
terdapat byk cara utk menunjukkan rs kesyukuran kita pd Tuhan..
cthnyer dgn menyebut 'Alhamdulillah' apabila menerima berita gembira..
selain dr tu..kita boleh menunaikan solat sunat di mlm hari..berzikir dan sebagai nyer..
bg diri sy pulak..kebiasaan nyer sy akan solat taubat setiap mlm disamping solat sunat hajat, mengaji dan bertafakkur menginsafi diri..
berkenaan dgn sujud syukur..sy pnh melakukannyer..tp jarang..
sy pnh sujud syukur di rumah n masjid, beralaskan sejadah..sujud n meluahkan kesyukuran sewaktu sujud tersebut.
Sebelum ini sy ader mencari sedikit info tentang perkara ni n maybe boleh dikongsi bersama di sini.

Info dr darulnuman.com
508. Cara Melaksanakan Sujud Syukur
Soalan:
Bagaimanakah caranya mengerjakan sujud syukur dan doa-doa yang patut dibaca?
Jamalis Jamaluddin, Kuala Lumpur
Jawapan:
    Maksud sujud syukur iaitu sujud yang dilakukan kerana mensyukuri nikmat Allah. Sujud ini disunatkan kepada seseorang yang terlepas dari bahaya atau orang yang mendapat nikmat dari Allah SWT. Abi Bakrah meriwayatkan "bahawa Nabi  SAW apabila datang kepadanya sesuatu yang mengembirakan atau khabar suka, baginda terus sujud berterima kasih kepada Allah". (Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)

    Imam Syafie menyukai setiap orang yang memperolehi nikmat atau terhindar daripada bala melakukan sujud syukur kepada Allah SWT sebagai tanda terima kasih hamba kepada-Nya. Namun Imam Abu Hanifah tidak mengatakan bahawa sujud syukur ini sunat. Sedangkan Imam Malik pula tidak menyukai sujud syukur ini dilakukan dalam solat.     Keterangan para ahli diatas tidak dinyatakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW mendahului sujud syukur itu dengan takbir dan tidak pula dikatakan bahawa Rasulullah SAW mengucapkan salam selepas itu. Dalam keterangan lain  dinyatakan juga "Dari Bara bin Azib, bahawasanya Nabi SAW mengutus Ali ke negeri Yaman. Lalu Bara menyebut hadis ini, berkata Bara: "Lalu Ali menulis surat tentang keislaman mereka (orang-orang Yaman). Tatkala Rasulullah membaca surat itu baginda tunduk sujud kerana berterima kasih kepada Allah". (Riwayat Baihaqi)     Jadi dari keterangan riwayat diatas membuktikan bahawa sujud syukur itu dilakukan ketika seseorang mendapat berita menggembirakan atau nikmat. Rasulullah SAW melakukannya ketika di luar sembahyang dan sujud seketika mendengar berita yang menggembirakan itu. Menurut Syaukani, dalam sujud syukur tidak terdapat sebuah hadispun yang menjelaskan bahawa untuk melakukannya itu disyaratkan berwuduk, suci pakaian atau tempat". Selain itu juga tidak terdapat keterangan dari Nabi yang menjelaskan bahawa dalam sujud syukur itu diharuskan bertakbir. Hanya saja disebutkan dalam kitab Bahr bahawa takbir untuk sujud syukur itu diperlukan. Imam Yahya berkata, bahawa sujud syukur dalam solat tidak dibolehkan dan memang tidak seorang ulamapun yang memperkenankannya.     Dalam Fiqh Islam  karangan H. Sulaiman Rasyid menyebutkan bahawa rukun sujud syukur ialah niat, takbiratul ihram, sujud dan memberi salam sesudah duduk. Sedangkan syaratnya sama dengan syarat sembahyang seperti suci dari hadas dan najis, menghadap kiblat dan menutup aurat. Sujud syukur ini hanya satu kali saja dan disunatkan diluar sembahyang serta tidak boleh dilakukan didalam sembahyang.     Mengenai bacaan dalam sujud ini tidak ada sumber khusus yang menjelaskannya kerana sujud syukur ini merupakan luahan rasa kesyukuran dari hati seorang hamba atas nikmat yang diberikan. Wallahu 'alam

Info dr www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic57_2001.htm

APA DIA SUJUD SYUKUR ITU ?
Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta慳la atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.

HUKUM SUJUD SYUKUR
Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :
揝ewaktu Nabi Shallallahu 慳laihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: 揝esungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:揝esungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: 揝iapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

syamiun This user has been deleted
Post time 20-2-2007 03:56 PM | Show all posts

Reply #4 shax's post

thanx to all yang share2kan ilmu disini...sesungguhnya ilmu itu akan sempurna bila diamalkan dengan cukup rukunnya...yang paling tinggi itulah ikhlas...semoga amal2 kita Tuhan tak campak balik pada muka kita....
Reply

Use magic Report

syamiun This user has been deleted
Post time 20-2-2007 04:03 PM | Show all posts

Reply #5 syamiun's post

ingatlah firman allah.... "lainshakartum la azidannakum walainkafartum, inna 'azabi lashadid"....

dan jugan berdoalah seperti sahabat... "allahummaj'alni minal qillah"

[ Last edited by  syamiun at 20-2-2007 04:05 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2007 04:01 PM | Show all posts

Reply #1 freekey's post

Hmm..

cara saya bersyukur ialah,
jadi hambanya lebih baik dari setiap segi..mungkin tidak baik serta merta tetapi setiap hari saya semakin baik.
Dan juga menjadi khalifah dibumi ini dengan lebih baik juga,
menjalinkan hubungan antara manusia dengan manusia sebaik mungkin tak kira agama,bangsa atau warna kulit, dengan ibubapa, adik-adik,rakan-rakan serta saudara yang saya tidak kenali
menjalinkan hubungan dengan manusia dengan binatang dengan sebaik mungkin tak kira ianya binatang ternakkan, peliharaan, yang diharamkan atau pun binatang buas.
Menjalinkan hubungan baik antara manusia dengan mahluk Allah lain seperti tumbuhan, jin, malaikat dan bende-bende bukan hidup jua.
dan seterusnya menghargai hidup yang singkat ini...... setiap hari Alhamdulillah, syukur...
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2007 04:29 PM | Show all posts
banyakkk..


sedekah, amal ibadat, taat pdnya dan rasul... puasa.. lawat anak2 yatim.. amal jahiriah., etc..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2007 05:54 PM | Show all posts
teringat kat kata2 imam syafie' bila beliau diajukan soalan nih...
lebih kurang camnih...

"syukur bermaksud tidak menggunakan nikmat yg tuhan berikan kepada kita ke arah maksiat (dosa)"

dapat memandang pun dah kira satu nikmat..
biler kita kaji balik apa itu nikmat...
punya la banyak list dia...
tak tercapai akalku nak huraikan satu persatu...


errrkkkk ........
pendek tapi menjawab seluruh persoalan..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 05:40 AM | Show all posts
ASM.
tingginya nilai syukur ni...pernah aku dengar orang berkata; Nilai seorang yang bersyukur ketika dia makan lebih tinggi daripada seorang yang puasa sambil dia bersabar....

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 03:40 PM | Show all posts
ucapan alhamdulillah juga menunjukkan kesyukuran

alhamdulillah....
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 12:08 PM | Show all posts
Originally posted by syamiun at 20-2-2007 03:56 PM
thanx to all yang share2kan ilmu disini...sesungguhnya ilmu itu akan sempurna bila diamalkan dengan cukup rukunnya...yang paling tinggi itulah ikhlas...semoga amal2 kita Tuhan tak campak balik pa ...


Bukan senang nak mengikhlaskan diri... ada yang mengatakan dia ikhlas... sedangkan hakikat ikhlas nya itu hanya Allah swt sahaja yang tahu... lagi parah lagi ramai tak tahu apa itu ikhlas... so cam na nak ikhlaskan diri... ada tip nak kongsi cam na nak ikhlaskan diri tak Syamiun?
Reply

Use magic Report

syamiun This user has been deleted
Post time 23-2-2007 01:51 PM | Show all posts

Reply #12 ct_og's post

hmmm ....memang kalau kita fikir atau nak cari tips nak ikhlaskan diri... jawabnya makin x ikhlas la....
kita nie hamba Tuhan...buat la macam hamba...kenapa nak masuk campur urusan Tuhan..kan yang menilai ikhlas itu adalah Tuhan....cuma sebagai panduan yang dapat kita kongsikan utk tahu kita nie sebenarnya beramal kerana Tuhan atau berbuat sesuatu kerana Tuhan itu mudah.....

antaranya bila kita diberi nikmat...adakah kita bersyukur..dan bagaimana cara kita menzahirkan kesyukuran itu???
kedua bila kita buat sesuatu kebaikan....bila dipuji apa pula respon kita?? dan apa pula respon kita bila dikeji....

klu dapat buat 2 perkara ni pun dah cukup utk menilai sejauh mana kita beribadah... adakah kerana dunia dan isi nya atau kerana Allah...


cuma sebagai renungan meh kita baca sajak nih.....  Hasil karya seorang manusia yang sangat Gila menjadikan Tuhan Cinta Agungnya....

TUJUAN IBADAH


Ibadah yang berbagai-bagai aspek tujuan hendak memberi cahaya kepada hati
Ibadah yang dihayati ia memberi cahaya kepada jiwa
Cahaya itu ialah hidayah dari Allah
Cahaya hati itu ialah keinsafan, rasa kehambaan
Rasa berTuhan, rasa takut dan cintakan Tuhan
Rasa rendah diri kepada Tuhan, baik sangka dengan-Nya
Redha dan sabar, merendah diri, rasa hebat-Nya Tuhan
Jangan pula ibadah itu menggelapkan hati
Jangan pula ibadah itu menghitamkan jiwa
Bagaimana ibadah menghitamkan jiwa?
Lepas ibadah senang hati, takut dengan Tuhan hilang
Rasa bangga pula datang
Ujub pun rasa berbunga di dalam jiwa
Orang yang tidak beribadah mulalah dia menghina
Dia rasa ibadahnya akan menyelamatkannya
Takut dengan suul khatimah hilang dari jiwa
Begitulah dia beribadah setiap masa
Semakin banyak dia beribadah semakin aman dia rasa
Semakin ke hujung dia beribadah semakin bangga
Hingga takutnya dengan Tuhan hilang semuanya
Ibadah yang semacam itulah yang dimaksudkan ibadah menghitamkan jiwa
Dari ibadahnya tidak mengubah perangainya
Ibadah semacam itulah ibadah yang menipu dirinya
Ibadah yang dibuat tidak sampai matlamatnya
Sepatutnya ibadah itu hendak menebalkan rasa kehambaan
Tapi hasil ibadahnya dia rasa tuan pada dirinya
Marilah kita berlindung dengan Tuhan dari ibadah yang begini rupa

16.10.2004
Selepas Asar


wasalam...

[ Last edited by  syamiun at 23-2-2007 02:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by syamiun at 23-2-2007 01:51 PM
hmmm ....memang kalau kita fikir atau nak cari tips nak ikhlaskan diri... jawabnya makin x ikhlas la....
kita nie hamba Tuhan...buat la macam hamba...kenapa nak masuk campur urusan Tuhan..kan ya ...


terima kasih... ada puisi la pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2007 12:53 PM | Show all posts

bagaimana cara utk tunjuk rasa syukur..?

sujud syukur kot...

Abi Bakrah meriwayatkn "bhw Nabi  SAW apabila dtg kpdnya ssuatu yg mngembirakn atau khabar suka,baginda terus sujud brterima kasih kpd Allah".(Riwayat Abu Dawud dan Tarmizi)

Imam Syafie menyukai setiap orang yg mmperolehi nikmat atau trhindar drpd bala melakukn sujud syukur kpd Allah SWT sbg tnda tima kasih hamba kpd-Nya.

"Dr Bara b Azib,bhwsanya Nabi SAW mngutus Ali ke negeri Yaman.Lalu Bara mnyebut hadis ini,brkata Bara:"Lalu Ali mnulis surat ttg keislaman mereka (org2 Yaman).Tatkala Rasulullah mmbc surat itu baginda tunduk sujud krn brterima kasih kpd Allah".(Riwayat Baihaqi)

Jd dr keterangan riwayat diatas mmbuktikn bhw sujud syukur tu dilakukn ktk seseorg mndpt berita mnggembirakn atau nikmat.Rasulullah SAW melakuknnya ktk d luar sembahyang n sujud seketika mndgr berita yg mnggembirakn tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.289669 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list