CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3086|Reply: 0

Ijtima Ulama Pondok seNusantara (12-15 Apr 2007)

[Copy link]
Post time 22-3-2007 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Ijtima Ulama Pondok seNusantara
Kompleks Yayasan Al Jenderami, Sepang, Selangor
12-15 April 2007 (Khamis-->Sabtu)

Kepada sesiapa yang berminat mungkin boleh menghadirkan diri majlis yang akan berlangsung
12-15 April 2007 ini di Kompleks Yayasan Al Jenderami, Sepang, Selangor. Beberapa orang rakan
dari kawasan saya dah confirm nak pi, saya belum confirm. Ustaz memberitahu banyak pondok di sekitar
Baling menerima jemputan untuk menghantar wakil masing-masing. Insyaallah banyak kesempatan
mencari ilmu di samping bertukar-tukar fikiran mengeratkan silaturrahim.

http://www.aljenderami.com.my/home/ijtima 2007.htm

A part of of the write-up on their website.

Warisan Nabawi Sunnatullah telah menetapkan bahawa sekalian Rasul-Rasul tidak ada meninggalkan warisan
dinar dirham (harta kekayaan duniawi) melainkan mereka itu meninggalkan warisan ilmu agama.
(Al Hadith: "Kami jemaah Nabi dan Rasul tidak mempusakai & tidak dipusakai (harta dunia) melainkan
kami meninggalkan warisan ilmu. Maka sesiapa yang mengambil akan dia sesungguhnya mereka
telah mengambil habuan yang sempurna").

Warisan ilmu Nabawi ini telah ditafsirkan oleh para Sahabat dan Salafus Soleh sebagai pendidikan akhlak
yang sempurna. (Al Hadith: "Hanyasanya dibangkitkan akan daku supaya menyempurnakan akhlak yang mulia")

Ia merangkumi akhlak hamba mengenal zat dan sifat Tuhannya, akhlak hamba mengabdikan diri kepada
Tuhannya secara kerohanian, akhlak hamba dengan hamba dan segala makhluk Allah, bertimbang rasa, berkasih
sayang, mengakui kelemahan diri dan sedar dia di dalam genggaman Tuhannya, memuliakan para Awliya, Ulama'
dan Solihin yang dimuliakan oleh Allah dan RasulNya dan pembinaan akhlak yang lain.

PEREDARAN SEJARAH
Unsur-unsur luaran yang memasuki dunia Islam telah mengakibatkan salah tafsir warisan Nabawi ini yang menjurus
kepada pencarian ilmu bukan lagi untuk mencapai akhlak yang sempurna seperti tersebut di atas, tetapi semata-mata
perlumbaan ilmu untuk kemakmuran duniawi, kemahsyuran pangkat, pengumpulan harta kekayaan sehingga ahli-
ahli ilmu tidak lagi memperjuangkan ketinggian kalimatullah malah semata-mata nafsu syahwat insan. Ketaqwaan,
Kewarakan, Keikhlasan, sifat Tawadhu' dan Akhlak Al Kiram telah hilang daripada sahsiah ahli ilmu sehingga
umat Islam tidak dapat mencontohi tauladan daripada mereka itu. Akibatnya, maka berbagai-bagai masalah
keruntuhan akhlak melanda dunia Islam zaman ini seolah-olah tidak ada penyelesaian dan jalan keluar dari kemelut
ini.

ADAKAH BENAR TIDAK ADA JALAN KELUAR ....??
Imam Malik R.A Imam Darul Hijrah telah berkata : " Tidak akan berjaya umat kemudian melainkan mereka
mengikut umat yang dahulu" yakni menurut kembali Warisan Nabawi yang sebenar yang dijalani oleh para Sahabat
dan Salafus soleh.

SEJARAH NUSANTARA MELAYU telah memperlihatkan bagaimana Salafus soleh ...


Baca seterusnya di:
http://www.aljenderami.com.my/home/ijtima 2007.htm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.048148 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list