CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: winamp05

[Penulis] Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis (telah meninggal dunia)

[Copy link]
Post time 12-3-2009 08:22 AM | Show all posts

Balas #80 ra5101\ catat

masa ko jenguk³ tu ada nampak sekali x buku Tok Awang Ngah dan buku³ yang sewaktu denganya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2009 11:59 AM | Show all posts
smlm g shopping kat megamal pinang prai.. jumpa buku tj tajuk pemuja roh wanita. org yg jual tu kata dorang dpt stok dari taiping. yg byk buku tok awang ngah. aku apa lagi borong abis semua buku tan. aku lupa plak nak mintak no phone company kat taiping tu. kot2 kalu ada peminat tegar tj bleh beli direct dari company tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 12:10 AM | Show all posts
Elis,
jgn lupa kalo g sana lg borong utk aku punya lak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 09:51 AM | Show all posts
kalu ader yg bro minat bgtau . bila2 miss g sana miss tanyakan
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 11:54 PM | Show all posts

Balas #84 MMISS\ catat

elis,
nnt kalo g sana..jut tlg beikn aje TAN yg ada ye..xkisah la kalo dh ada pun...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 08:15 AM | Show all posts
nyampuk gak eh..ya allah nover tamar jalis nie mmg best...teringat2 betapa dia rapat ngan atok dia...ummi start bc tamar jalis masa sek rendah lg...terlampau eager + suka membace...belum upsr ummi dh hbskan semua siri tamar jalis yg ada ms tu..my mummy yg kumpul..tp bila dh pindh randah buku tu ilang.......so sad kan.....




http://treasureofmylife.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2009 09:21 AM | Show all posts

Reply #85 attokz's post

tu hari bro ada paste kat sini buku yg bro ader. miss dah siap print. nanti miss jumpa buku yg bro lom ader miss belikan. ok tak camtu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 09:24 AM | Show all posts

Reply #86 ummiammar's post

mmg best ummi.. miss pong masa sek rendah dok bc citer2 dia tapi takde koleksi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2009 11:55 AM | Show all posts
kalau ada balik buku nie mesti still eager nk baca...i like..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 09:06 PM | Show all posts
suka jugak dulu baca buku ni time kecik2..sekarang dah tua dah!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 08:41 AM | Show all posts

Balas #87 MMISS\ catat

ok gak tu..thnx elis..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 09:45 AM | Show all posts

Reply #91 attokz's post

no problem bro...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 02:42 PM | Show all posts
Originally posted by hauntinggod at 23-4-2009 21:06
suka jugak dulu baca buku ni time kecik2..sekarang dah tua dah!!



dh tua pun boleh bc lor....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 06:05 PM | Show all posts
aku masa sekolah rendah pun aku selalu baca buku Siri Bercakap Dengan Jin ni...aku kalau baca takkan aku tengok cover buku ni sebab kalau tak silap aku ada gambar cam hantu tu...
siri ni memang best lah...walaupun aku mmg seorang yg penakut tapi aku tetap baca buku ni jugak...
masa tu makcik aku rajin beli buku cerita..
aku tumpang baca kalau pegi umah dia masa cuti sekolah...
aku tak tahu lah kalau makcik aku tu masih ada koleksi ni...aku rasa ramai yang teringin kan nak baca semula siri ni...

kalau tak silap aku - dulu ada sorang akak kt opis ni penah jumpa penulisnya tau..tapi akak tu dah berenti keje la pulak...aku pun cam tak brapa ingat cerita akak ni..tapi kalau tak silap dia ada cerita kat aku yg dia jumpa Tamar Jarlis ni masa tgh carik orang untuk tolong ubatkan adik dia yg alami sakit misteri..tapi aku tak sure lah sebab nak tanya akak tu pun aku dah takde contact no dia...kalau tak buleh jugak kita dapatkan no tipon dia dan ajak dia berporem kt sini...huhuhuhu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2009 10:54 AM | Show all posts
aku pun tengah mencari kat mana ada jual buku2 ni...da merata pelosok da kau gi kedai buku xde juga yg jual buku2 tamar jalis ni...kalo2 korang ada informasi pm la aku yer...aku nak beli sume jilid sekali
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 08:35 PM | Show all posts
siri bercakap dgn jin ker dgn din?

lawak mamabosan......................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2009 10:52 AM | Show all posts

Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis siri 49

SBDJ (Jilid 03) Siri 49: Rahsia Sebuah Kolam
Secebiskain hitam berbucu tiga dikeluarkannya. Datuk tahan nafas sambilbibirnya bergerak-gerak. Perlahan-lahan datuk membuka tapak tangankanannya dan kain hitam itu digosoknya berkali-kali di tapaktangan. Setiap kali datuk gosok tapak tangan dengan kain hitam,kaca-kaca halus, dan serbuk dari miang buluh bergerak dan berkumpul diruang tengah bilik.


"Kauwarisi ibu santau ini dari ayah kamu? Setiap kali ada orang yang kausantau ibu santau ini akan bcrtambah, bila tidak ada orang yang kaukorbankan dia akan susut?", datuk ajukan pertanyaan pada Dumba. Sayalihat Dumba anggukkan kepala.


"Kau mahu melupa dan membuangkan ilmu yang kau tuntut ini Dumba?"


"Ya."


"Secara rela atas keinsafan bahawa ilmu syaitan ini tidak diberkati oleh Allah atau secara terpaksa?"


"Secaraikhlas, saya mahu kembali ke jalan Allah, saya mahu amal ibadah sayaditerima oleh Allah. Sekarang saya sembahyang dan puasa, ikut semuaperintah Allah tetapi, saya membuat perkara yang ditegahnya."


Mendengarkata-kata Dumba itu, datuk terus renung wajah saya. Beberapa saat datukmelagakan gigi atasnya dengan gigi bawah beberapa kali, sambilmengecilkan mata kanannya. Bola matanya yang terlindung oleh kelopakmata merenung jauh ke arah tertentu yang sukar saya gambarkan. Sayayakin, apa yang datuk lakukan itu adalah satu sorotan secara kebatinanke dalam hati kecil Dumba.


"Kau ikhlas Dumba?"


"Ya, saya mahu bertaubat', ujar Dumba sambil menangis.


Bilatangisan Dumba berakhir, terdengar satu ledakan petir yang amat kuat.Lantai tempat kami duduk bergegar. Muka meja yang dibuat dari anyamanbuluh berkecai atas lantai. Saya menerpa ke pintu. Daun pintu sayatolak, saya lihat suasana di luar tetap tenang. Matahari bersinardengan baik, tidak ada hujan dan pekerja-pekerja di kedai itu tidakkelihatan cemas, mereka tidak mendengar bunyi ledakan petir.


Daunpintu saya rapatkan kembali. Berdiri di situ sambil merenung ke arahDumba dan datuk yang duduk berhadapan. Kedua belah tapak tangan kirimereka bercantum. Mereka bersalam dalam keadaan yang luar biasa sekali.Setahu saya, bersalam dengan tangan kiri hanya dilakukan olehanggota-anggota pengakap saja. Mereka bangun perlahan-Iahan, macamorang membuka bunga silat di gelanggang. Tangan yang berjabat tidakjuga terbuka. Sekarang mereka sudah berdiri dengan betul. Berpandangwajah dan bertentang mata.


Datukmenekan telapak tangan kirinya pada telapak tangan kiri Dumba. DanDumba terus mempertahankan dengan penuh tenaga supaya dia tidak jatuh.Tiba-tiba Dumba mengeluh dan badannya kian merendah. Dia tidak berjayamemisahkan telapak tangan kirinya yang bagaikan bercantum dengantelapak tangan kiri datuk. Dumba terduduk dan datuk segera menariktelapak tangan kirinya. Bila telapak tangan kiri datuk berpisah denganDumba, muka datuk kelihatan berpeluh.


"Sampai saat-saat begini, kau masih mahu menguji aku Dumba?"


"Saya tidak berniat begitu tetapi, saya bagaikan dipaksa berbuat begitu."


"Sebagai manusia yang ada pengalaman dalam hal ini, kau tentu dapal merasakan dari arah mana perintah tersembunyi itu datang?"


"Dari sebelah kanan."


"Aku rasa, kekuatan itu mengikut tekanan angin yang bertiup dari sebelah kanan badan kau Dumba."


"Ya."


Datukterus menekan pangkal belikat kirinya. Kemudian datuk terus dudukbersila panggung. Tumit kaki kanannya yang menindih kaki kiridirapatkan ke pangkal pusat. Dengan meluruskan tangan kiri, datukmenekan hujung jari kaki kanan dengan jari kaki kiri. Cara duduknya,tidak ubah seperti pendekar yang mahu memberikan tauliah pada anakmurid yang sudah tamat menuntut ilmu silat.


Perlahan-lahandaluk merenung dinding bilik, macam mencari sesuatu. Datuk senyum, apayang dicarinya sudah ditemui. Datuk menggamit saya yang masih berdiridekat pintu. Saya segera datang dan duduk di sisinya.


"Apayang aku duga memang tidak lari, ada lubang rahsia unluk angin masuk kedalam. Kenapa ini kau rahsiakan dari aku Dumba?", suara datukmeninggi. Dia tidak merenung ke wajah Dumba.


"Saya sebenarnya tidak tahu", balas Dumba.


Datuktermenung panjang. Dia anggukkan kepala beberapa kali, bagaikan setujudengan apa yang dicakapkan oleh Dumba itu. Datuk meluruskan badannyaseketika. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya lalu berhadapandengan dinding rumah.


"Dumba,kau rapat ke dinding mengikut arahan telunjuk aku", kata datuk sambilmenuding jari telunjuk ke dinding. Dumba bangun dan mematuhi cakapdatuk.


"Tutupkanlubang itu dengan kain ini", sambung datuk lagi sambil melemparkansecebis kain kuning sebesar dua jari pada Dumba. Dumba sambut kaintersebut sambil anggukkan kepala.


"Sumbatcepat", ujar datuk lagi dalam nada suara yang agak meninggi. Puas Dumbamencari lubang yang dikatakan itu tidak juga ditemuinya.


"Kaududuk di situ dan mengisut perlahan-lahan ke arah dinding, bila akukata berhenti kau berhenti", arahan yang dikeluarkan oleh datukdipatuhi oleh Dumba dengan hormat. Dumba pun mengisut. Lebih kurangdalam jarak satu kaki mahu sampai ke tepi dinding, datuk menyuruh Dumbaberhenti mengisut.


Satuarahan lagi datuk keluarkan untuk Dumha. Datuk suruh Dumba hulurkantangan kanannya yang memegang kain kuning ke depan. Dumba lakukandengan teliti hingga telapak tangannya yang mengenggam kain kuning itubertemu dengan dinding. Dumba terkejut besar, dia berhadapan dengansatu lubang kecil sebesar wang siling lima puluh sen. Aneh, sudahbertahun-tahun aku gunakan bilik ini, tetapi aku tidak tahu yangdinding ini berlubang, bisik hati kecil Dumba. Keningnya kelihatanberkerut.


"Sumbatlubang tu', pekik datuk. Dumba segera menyumbat lubang itu dengan kainkuning. Tiba-tiba saya dapati seluruh ruang bilik jadi gelap gelitabuat beberapa saat. Bila keadaan kembali terang, Dumba segeramendapatkan datuk kembali.


"Sayatahu sekarang, bila saya duduk dengan membelakangai dinding tersebut,saya selalu merasai diri saya ini cukup bertenaga dan mampu melakukanapa saja", Dumba menyatakan pada datuk. Saya lihat datuk tersenyum.Tanpa menyebut sesuatu datuk terus bangun. Melangkah ke tengah ruangbilik. Berdiri di situ dengan kedua belah tangannya memeluk tubuh.Matanya merenung tajam pada serbuk kaca, rambut dan serbuk dari miangbuluh yang berkumpul di situ. Lama juga datuk merenung benda-bendaganjil itu, serbuk kaca kelihatan berkilau-kilauan.


"Carikanaku besi berlubang sepanjang enam inci Dumba", datuk mohon pertolongandari Dumba. Tanpa membuang masa Dumba terus menuju ke arah peti hitamyang terletak di sudut bilik. Bila penutup peti hitam yang dibuat darikayu Medang Sawa itu dibuka, kelihatan kepul asap yang nipis naik keudara. Tanpa memperdulikan kepulan asap terscbut, Dumba hulurkan tangankedalam peti tersebut. Dia berjaya mengambil dan mengeluarkan besibulat sepanjang enam inci. Dengan tenang dia melangkah menghampiridatuk dan serahkan besi itu pada datuk. Dengan menggunakan kain hitamsebagai lapik telapak tangan, datuk menerima besi tersebut.


"Memang bekas asalnya", suara datuk merendah sambil merenung besi tersebut dari hujung ke pangkal beberapa kali.


"Memang betul", jawab Dumba.


"Dulu kau menerimanya dengan menggunakan besi ini, dan sekarang kita matikan kekuatannya dengan besi ini", balas datuk.


"Saya mengikut saja"


"Itu yang aku harapkan dari kau Dumba"




     


[ Last edited by  ekin_mache at 13-6-2009 11:00 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 10:53 AM | Show all posts
Datukterus membongkok sambil menyumbat sesuatu ke pangkal besi bulattersebut. Besi bulat sepanjang enam inci itu diletakkan bcrdekatandengan scrbuk kaca, rambut dan miang buluh. Datuk tegakkan badannyakembali. Berdiri dengan meletakkan telapak tangan kanan ke atas bahukiri. Kaki kanannya dilangkah setapak ke depan. Datuk jatuhkan tangankanan seperti keadaan asal. Lagi sekali datuk membongkok danmemusingkan badannya melepasi longgokan serbuk kaca, rambut dan miangbuluh. Datuk meniarap atas lantai.


Perlahan-lahandia menghembus benda-benda tersebut dan dengan perlahan-lahan pulabenda-benda itu bergerak dan terus masuk ke dalam lubang bcsi sepanjangenam inci itu.
Bilasemua benda-benda itu berada dalam lubang, datuk segera  menyumbatbahagian pangkal lubang besi itu dengan segumpal kain hitam. Sayaterkejut, dengan tiba-tiba sahaja besi sepanjang enam inci itu menjadimerah, seperti besi yang dibakar. Datuk membiarkan besi itu disitu.Bila besi itu menjadi hitam macam kayu arang, barulah datukmengambilnya dengan menggunakan kain hitam juga.


"Kemari Tamar", kata datuk. Saya segera menghampirinya dan Dumba yangtidak dipanggil juga ikut menghampirinya. Datuk memandang wajah kamidengan tenang.


"Cuba lihat"


Bijimata saya dan Dumba tertumpu pada tempat yang ditunjukkan oleh datuk.Saya gelengkan kepala beberaopa kali sambil menggigit lidah.


"Terbakar", kata Dumba.


"Mestilah,ini menunjukkan betapa bisanya ibu santau yang kau simpan, tempathabuk-habuk itu berkumpul jadi macam arang", balas datuk. Dumba terdiamseketika. Wajahnya mempamerkan rasa kesal.


"Serbuksantau ini, bila dah masuk ke dalam tubuh manusia semua saluran darahjadi rosak, kau tengok Dumba betapa tidak baiknya santau kepadamanusia". Dumba hanya menggigit bibir mendengar cakap datuk itu. Sayaanggukkan kepala beberapa kali.


Tanpamembuang masa lagi, datuk terus memasukkan besi sepanjang enam inci kedalam buluh kuning yang panjangnya kira-kira satu kaki, ukuran lubangbuluh itu kira-kira satu hingga dua inci. Datuk balut buluh kuning itudengan kain hitam. Buluh kuning itu datuk perolehi dari dalam bilik itujuga. Datuk letakkan buluh kuning yang sudah berbalut itu atas petihitam.


"Akuharap semuanya sudah selesai segala petua dan langkah sudah aku buatsebaik-baiknya, kalau ada ujian dari syaitan kita hadapi bersama",dengan tenang datuk menujukan kata-kata itu pada Dumba. Datuk terusmelangkah ke pintu. Dia buka daun pintu lebar-lebar. Datuk berdiridisitu merenung ke langit. Daun pintu datuk rapatkan kembali. Semuagerak-geri datuk diperhatikan oleh Dumba dengan ekor matanya. Sayakira, Dumba belum begitu yakin dengan niat datuk untuk berbuat baikdengannya.


"Meniarap", pekik datuk dengan sekuat hati.


Bagaikanada satu kuasa yang mendorongkan saya merebahkan badan dengan begitupantas atas lantai. Dumba juga demikian. Bila saya renung arah datuksaya dapati datuk juga sudah merapatkan badannya atas lantai. Ketikaitu juga saya terdengar deru angin yang cukup kuat dalam biliktersebut, angin itu berpusing-pusing dalam empat penjuru bilik. Semuayang berada dalam bilik tersebut berterbangan. Bila bunyi deru anginitu berakhir, saya terdengar bunyi suara ledakkan yang tidak berapakuat.


"Bangun", kata datuk.


Sayadan Dumba segera bangun. Ketika itu juga saya lihat pintu bilik terbukadengan lebarnya, beberapa keping kertas melayang-layang keluar ikutpintu tersebut. Bila keadaan sudah kembali tenang, datuk segeramenghampiri saya dan Dumba. Secara mendadak saja, hati saya menjadicemas dan berdebar tidak menentu. Perkara yang tidak pernah sayafikirkan, berlaku di hadapan mata saya sendiri. Dumba menangisteresak-esak sambil memaut lutut datuk.


"Janganbuat begitu Dumba, cara yang kau lakukan ini seperti menyembah danmendewa-dewakan aku, perbuatan ini salah, tidak ada yang mulia diantara kita, kerana kita semuanya hamba Allah", kata datuk.


TernyataDumba tidak menghiraukan kata-kata datuk itu. Dia terus memeluk lututdatuk. Dengan kasar datuk menolak Dumba hingga terlentang atas lantai.Dumba berguling-guling sambil menangis. Saya jadi kelam-kabut melihatkeadaan yang serba ganjil itu. Datuk yang tadi kelihatan tenang danlembut segera bertindak agak kasar. Tangan kanan Dumba disambarnyaserta dipulaskannya ke belakang.


"Apa kena kau Dumba?"


"Masanya sudah sampai"


"Apa yang sampai?"


"Saya akan mati tuan, hari ini saya akan mati tuan"


"Mana kau tahu?"


"Sayatahu tuan, bila besi yang saya berikan pada tuan tadi dimasukkan kedalam buluh kuning, kuasanya akan hilang. Ayah saya dulu, secara tidaksengaja telah memasukkan besi itu ke dalam buluh kuning, akhirnya diamati dibunuh orang."



Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 10:54 AM | Show all posts
Datukterus menggigit bibir sambil mengerutkan keningnya. Dia jadi serbasalah bila berhadapan dengan orang yang teguh keyakinannya pada sesuatuperkara yang tidak berasas. Datuk sedar keyakinan yang ada dalam diriDumba itu secara tidak langsung menafikan kekuasaan Allah. Meskipuntangan Dumba dipulas agak kuat, kesannya tidak ada pada Dumba. Diaterus meronta-ronta seolah-olah dia tidak mengalami sebarang rasa sakit.


Dalamsaat-saat yang mencemaskan itu, saya lihat datuk terus membaca surahAl-Fatihah beberapa kali. Kemudian datuk merapatkan mulutnya ke telingaDumba sambil membaca surah Al-Ikhlas. Sebaik saja ayat-ayat dari surahitu tersebut datuk tamatkan, saya lihat Dumba terdiam. Tidak menangisdan tidak meronta-ronta lagi.


"Dumba"


"Ya"


"Tahukahkau ajal maut seseorang terletak pada Allah, tidak ada manusia di duniaini boleh menentukan tarikh kematian seseorang, walaupun orang itupandai melangit, kaya dengan ilmu batin, kaya dengan seribu petua danlangkah."


"Tetapi, ayah saya sudah membuktikan kebenaran itu."


"Ituterjadi secara kebetulan saja, kalau ayah awak tidak memasukkan besiitu ke dalam buluh kuning, dia akan mati juga, kerana janjinya sudahsampai", datuk melepaskan tangan Dumba dan termenung sejenak. Sepasangmatanya merenung wajah datuk.


"Dumba,memang menjadi tabiat orang-orang Melayu yang mengamalkan ilmu dunia,perkara yang berlaku secara kebetulan itu dianggap sebagai perkara yangbenar dan mesti, mereka sudah melupakan kebesaran Allah, akal fikiranyang diberikan oleh Allah pada mereka tidak dimanfaatkan dengansebaik-baiknya, di sinilah syaitan memesongkan iktikad kita sebagaiorang Islam", datuk memberikan ceramah singkat.


Sayalihat Dumba terdiam. Dia sandarkan badannya ke dinding sambil melihatpokok-pokok buluh di dalam biliknya yang sudah lintang-pukangkedudukannya. Daun buluh juga sudah kelihatan layu. Datuk segera bangunlalu mengambil buluh kuning yang terletak atas peti hitam. Buluh kuningitu diletakkan di celah ketiak kirinya.


"Mari kita selesaikan kerja ni, Dumba."


"Ke mana lagi tuan."


"Janganpanggil aku tuan, panggil nama atau kawan kawan saja', ujar datuksambil melangkah ke pintu. Saya segera bangun begitu juga dengan Dumba.Sampai di muka pintu, datuk berhenti sebentar. Dia merenung ke arahsaya dan Dumba.


"Ke mana kita nak pergi?", soal Dumba dengan nada suara yang agak cemas.


"Kehutan mencari kolam tinggal untuk membuang ini", balas datuk sambilmenunjukkan buluh kuning yang terkapit di celah ketiaknya.


Tanpamembuang masa lagi kami keluar dari bilik khas Dumba yang terlelak dibahagian belakang kedainya. Ketika melintas di ruang kedai, saya lihatramai juga orang yang minum kopi di situ. Dumba terus menemui salahseorang pekerja sambil bercakap sesuatu. Lepas itu Dumba kembalimengekori datuk hingga ke tepi jalanraya. Datuk merenung ke langit lagi.


"Cuaca baik", katanya.


"Ke mana kita nak pergi tuk?"


"Ke bukit sana", telunjuk datuk mengarah ke sebuah bukit yang letaknya cukup jauh, nampaknya berbalam-balam dari tepi jalan.


Sayamula membayangkan tentang kcsusahan yang akan dialami untuk sampai ketempat tersebut. Saya terbayangkan pacat gunung yang laparkan darah,saya terbayang binatang-binatang buas dan akar-akar kayu. Mahu sajasaya mencadangkan pada datuk, supaya membatalkan hasratnya itu. Tetapi,saya tidak berani menyuarakannya pada datuk.


"Mari,jangan buang masa lagi", datuk pun melangkahkan kaki kanannya. Saya danDumba juga melangkah tetapi saya tidak berapa pasti sama ada sayamelangkah kaki kanan atau kaki kiri dulu.  Bagi saya, kaki kanan ataukiri tetap sama. Pokoknya, mesti sampai ke tempat yang dituju. Itupendapat saya, pendapat seorang cucu yang berani-berani takut dengandatuknya. Satu sikap yang tidak wajar wujud dalam diri seseorang yangmahu menjadi orang berilmu macam datuk. Kerana itu agaknya, saya tidakpunya cita-cita walau sebesar biji saga untuk jadi macam datuk. Tetapi,saya terhibur mengikutinya ke mana-mana.



Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 10:55 AM | Show all posts
Lebihkurang setengah batu kami berjalan kaki di tepi jalan raya menuju kearah Tajung Malim. Sampailah kami di satu selekoh berdekatan dengansebuah bukit kecil, datuk menyuruh kami berhenti berjalan.


"Kita masuk ikut ini", kata datuk.


"Awak tahu jalannya?", tanya Dumba.


"Ikutsaja cakap saya", balas datuk sambil tersenyum memandang ke arah saya.Saya keberatan sekali untuk melangkah kaki masuk ke dalam hutan kecildi tepi jalan yang dipenuhi dengan rimbunan pokok-pokok yangsubur. Beberapa orang pemandu kenderaan yang lalu dijalanraya merenungke arah kami yang berdiri di tepi jalan. Mereka merasa hairan melihatkami herdiri di situ sambil merenung ke bukit kecil. Badan saya mulaberpeluh dipanah matahari yang cukup terik. Melihat kedudukan matahariketika itu, saya meramalkan sudah hampir pukul dua belas tengahari.


"Mari",datuk terus menarik tangan saya ke dalam hutan kecil. Dumba mengikutdari belakang. Lebih kurang dua puluh minit bcrjalan, saya sudah tidakmendengar bunyi kenderaan di jalanraya. Kiri kanan saya di penuhidcngan pokok-pokok besar yang tinggi. Cuaca agak lembab, sinar mataharitidak dapat menembusi kawasan yang kami lalui kerana dilindungi olehpokok-pokok besar. Suara burung liar bersahut-sahutan, di samping suarareriang rimba yang memanjang dan menyeramkan. Perjalanan saya tidakbegitu lancar, saya terpaksa melangkah dengan hati-hati supaya tidaktersepakkan akar-akar rotan, dan kayu yang menjalar di situ.


Sayalihat Dumba tidak mengalami masalah seperti yang saya hadapi. Diamelangkah dengan rancak dan bersemangat. Tetapi, wajahnya sentiasadibayangi rasa cemas, sesekali dia mengeluh macam orang yang putusasa. Datuk terus juga melangkah tanpa memperdulikan keadaan diri sayadan Dumba. Dia tidak mahu ambil tahu sama ada kami merasa dahaga atauletih. Perjalanan menuju ke bukit tersebut kian sukar. Dua tiga kalisaya terjatuh terlanggar akar kayu. Nyamuk hutan yang besar, kian ganasmenyerang saya dan Dumba. Suara nyamuk itu cukup nyaring dan kuatsekali.


"Dahaga,saya dahaga tuk", jerit saya. Datuk mematikan langkahnya lalumenghampiri ke pokok besar yang berjuntaian dengan akar-akar sebesarlengan budak. Salah satu akar itu datuk potong dengan golok.


"Mariminum", katanya sambil menghulurkan akar yang mengeluarkan air yangjernih itu kepada saya. Air dari akar kayu itu terus saya sedut hinggarasa dahaga hilang. Dumba juga melepaskan rasa dahaganya seperti yangsaya lakukan tetapi datuk tidak berbuat demikian. Dia cuma membasuhimuka saja.


"Jauhkah lagi tuk?", tanya saya.


"Tak jauh lagi, kira-kira selari angin saja."


"Selari angin tu apa dia tuk?"


"Jarakselari angin tu, kira dua batu lagi", terang datuk sambil ketawa. Sayadan Dumba mengeluh, dua batu berjalan dalam hutan bukanlah satu perkarayang senang.


"Janganduduk lama sangat, mari kita pergi sekarang", sebaik saja mendengarcakap datuk itu, saya dan Dumba segera bangun dan meneruskan perjalanandalam hutan yang tidak berapa saya senangi itu. Saya menyumpah-nyumpahdalam hati bila saya terpaksa mendaki bukit yang dilerengnya dipenuhidengan pokok-pokok bertam dan kelubi yang berduri tajam.


Kalaukurang hati-hati melangkah, pasti tergelincir dan jatuh dalam rimbunanpokok bertam dan kelubi. Anda tentu dapat membayangkan betapa sakitnyabadan, bila duri-duri yang tajam itu menyucuk daging tubuh saya yanglembut ini.


Setelahbersusah payah mendaki, akhirnya kami sampai ke puncak bukit yangtinggi menjulang itu. Dari puncak bukit itu,  saya dapat melihat hutanyang cukup luas menghijau dengan dedaun kayu. Pemandangannya amatmenarik dan cantik sekali. Keadaan bertambah menyenangkan, bila anginmenyentuh kulit muka dan badan, terasa sejuk dan nyaman sekali. Awankelihatan berarak dengan tenang, tidak ada suara burung hutan ataumonyet,  kecuali bunyi deru angin dan sesekali kelihatan burung helangterbang rendah di bawah puncak bukit.


Rasasusah dan penat saya hilang dengan sendirinya bila berhadapan dengankeadaan alam yang begitu indah. Sungguh indah ciptaan Allah keluh batinsaya sendirian.


"Kalautak silap, kita sekarang berada di sempadan antara negeri Pahang danSelangor." ujar datuk yang tersandar di pangkal pokok besar. Sebaiksaja dia bercakap, datuk segera bangun.
Diaberjalan menuju ke arah barat daya tanpa mengajak saya dan Dumba ikutserta. Dalam waktu beberapa minit datuk hilang dari pandangan kamidilindungi oleh pokok-pokok besar yang tumbuh gagah di situ.


Sayadan Dumba berpandangan, bimbang juga dengan tindak-tanduk datuk itu.Rasa bimbang itu hilang bila datuk muncul dengan tiba-tiba dari arahbelakang kami.


"Akudah jumpa kolam tinggal", beritahu datuk pada kami dengan wajah yangriang. Datuk terus mengajak kami menuju ke kolam tersebut.


Jarakkolam tinggal dari tempat mula-mula kami berhenti lebih kurang limarantai. Kedudukan kolam itu betul-betul berada di tengah puncak bukit,bentukanya macam kawah dan tebingnya agak curam sedikit tanpa ditumbuhisebarang jenis rumput. Kolam itu tidak berapa besar, panjangnyadianggarkan sepuluh kaki dan lebarnya antara lima hingga enam kaki.Airnya cukup jernih. Bahagian atas tebing kolam itu dikelilingi olehpokok besar dan bertam. Kerana kolam itu berada di bahagian tengahpuncak bukit, airnya dapat menerima sinaran matahari dengan cukupsempurna.


Anehnya,walaupun kolam itu dikelilingi oleh pokok-pokok besar, tidak adasehelai pun daun dari pokok-pokok tersebut jatuh ke kolam atau tersadaidi tebingnya. Saya merasakan kolam itu bagaikan dijaga oleh orangtertentu dengan begitu rapi dan baik sekali. Datuk terus berpusing dibibir kolam itu sebanyak tiga kali. Kemudian, datuk mengambil rantingkering lalu dicampakkan ke dalam kolam. Air dalam kolam berombak.


"Tempatyang sesuai", kata datuk sambil bertinggung dibibir kolam. Sepasangmatanya merenung tajam pada air kolam. Dia menajamkan mulutnya sambilmenghembus angin.


"Dalamkolam ini tidak ada ikan, kolam ini juga bukan tempat binatang minum",tambah datuk lagi sambil berdiri. Saya dan Dumba berpandangan samasendiri. Tidak berani menyoal atau bertanya sesuatu pada datuk.


"Kitatidak boleh membuang jenis bisa ke dalam kolam yang jadi tempatbinatang minum atau tempat ikan, perbuatan begitu, satu perbuatan yangkejam menyiksa makhluk lain untuk kesenangan diri sendiri, kerana ituaku ajak kau ke mari", datuk berleter lagi.


Dumba terdiam, dia nampak resah tidak menentu, macam ada sesuatu yang menekan perasaannya.


"Semuanyakita tamatkan di sini Dumba, dan kau rela aku melakukan semuanya ini?",datuk mengajukan pertanyaan sambil mcrenung wajah Dumba dengan tepat.Dumba anggukkan kepala sambil menyembunyikan rasa cemasnya daripengetahuan datuk.


"Kau takut Dumba?"


"Ya, saya kira hidup saya juga akan berakhir di sini."


"Janganjadi bodoh.", datuk marah dengan tiba-tiba. Suara datuk yang meninggiitu membuat Dumba terkejut. Rasa takut dan cemas hilang dari diriDumba.  Datuk segera mengambil buluh kuning yang tersepit di celahketiaknya. Buluh itu dijulangnya tiga kali ke udara sambil mulutnyamembaca sesuatu. Dengan pantas datuk mencabut sebatang pokok yangbesarnya kira-kira sama besar dengan betis budak berusia enam tahun.


Datukterus mengikat buluh kuning pada bahagian akar pokok tcrsebut dengantali guni. Kemudian datuk terus membenamkan akar pokok dan bawang kayuke dalam kolam.
Caradatuk membenamkan pokok tersebut juga agak ganjil, dia tidak perlumasuk ke dalam kolam. Apa yang dibuatnya ialah berlari sebanyak tujuhkali mengelilingi kolam dan akhirnya dia melompat menyeberangi kolamdari sebelah kiri ke kanan.


Biladia yakin yang dirinya berada betul-betul di tengah-tengah kolam,barulah pokok yang dicabutnya itu ditekan ke dalam perut kolam. Datukberada betul-betul di bahagian tengah kolam itu tidak lama. Dia beradadi situ lebih kurang tiga minit saja. Dan keadaannya seperti orangterbang dengan kedua belah kakinya lurus ke arah tebing kolam, manakalatangannya terus menekan pokok yang masih berdaun itu ke perut kolamdengan penuh tenaga.


Bilatugasnya selesai, datuk memusingkan badannya ke udara dan bergerak ketepi tebing sebelah kiri. Dia berdiri di situ, seolah-olah dia tidakmelakukan sesuatu. Semua kejadian yang saya anggap amat menakjubkan ituberlaku bagaikan mimpi di badapan mata saya dan Dumba. Datuk segeramenghampiri kami. Saya lihat pokok yang datuk cacakkan di tengah kolamitu bertukar warna. Daunnya yang hijau segar terus menjadi layu dankering begitu juga dengan batangnya.


Airdalam kolam yang tadi jernih dan tenang segera bertukar menjadi kelabudan berbuih, macam buih sabun. Buih-buih itu pula mengeluarkan asap dipermukaan kolam. Datuk melihat kejadian itu dengan tenang. Bila asap dipermukaan kolam tinggal itu hilang, datuk menyuruh saya mencari pucukbertam dan kelubi. Dumba pula disuruhnya mencari kulit pokok samak dankulit jelutung. Kulit pokok itu harus diambil dari arah kanan ke kiri.Semua yang datuk inginkan dapat saya dan Dumba adakan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.071089 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list