CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21052|Reply: 18

Perusahaan Kerepek Ubi dan pisang

[Copy link]
dooku This user has been deleted
Post time 14-5-2007 11:47 AM | Show all posts |Read mode
saya bercadang untuk memulakan perusahaan kerepek ubi dan pisang. Selama ini saya membuat kerepek secara kecilan . Kini saya bercadang untuk menjalankan perusahaan ini secara komersil . harap sesiapa disini dapat membantu saya dalam mendapatkan maklumat dan bimbingan dalam perusahaan ini. Dimana sekiranya saya ingin mendapatkan latihan dan peralatan yang sesuai bagi tujuan kemersil? Harap sesiapa yang sudah berkecimpung dalam perusahaan ini dapat membantu....

Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2007 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by dooku at 14-5-2007 11:47 AM
saya bercadang untuk memulakan perusahaan kerepek ubi dan pisang. Selama ini saya membuat kerepek secara kecilan . Kini saya bercadang untuk menjalankan perusahaan ini secara komersil . harap ses ...

Kaun duduk kawasan mana.....?????
..bekalan ubi cukupe...????
..bekalan pisang..ada ke..???
..nak pegi besar ????
.kaji dulu kelemahan industrii...
..minyak masak ada ke.....?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 12:16 PM | Show all posts
Masalah nak pergi besar...!!

1.0  Materials....pisang, ubi berapa tonne sebulan ??
2.0  Money......Modal beli pisang, ubi, minyak masak, plastic
3.0  Machine....Multy purpose cooker...dapor goreng S/Steel.
                      RM14,000
4.0  Market.....jangan bagi hutang??
5.0  Man power.....duduk kampong, ada makcik makcik
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 01:11 PM | Show all posts

Reply #1 dooku's post

sebenarnya perusahaan ini terletak dibawah hasil asas tani..maka sebenarnya perkara ini boleh dirujuk dengan Jabatan Pertanian Daerah di tempat anda ramai ada beberapa peruntukan yang boleh dipohon berkaitan dengan perusahaan ini..especially dalam peruntukan mesin/peralatan..malah kalau tak silap saya mereka juga ada menyediakan kursus berkaitan dengan benda ni..begitu juga MARA...walau bagaimana pun apa yang kawan2 kita cakap tu betullah anda perlu buat kajian/research tentang perusahaan ini kerana competitor dalam bidang ni pun dah sedia ramai..so kena ada idea2 baru untuk maju dalam perusahaan nie...
Reply

Use magic Report

dooku This user has been deleted
 Author| Post time 14-5-2007 02:52 PM | Show all posts

Reply #4 tamingSari's post

Sebenarnya perusahaan ini dijalankan secara kecilan oleh kakak saya  dan di kampung , perak. saya mempunyai modal sekitaran RM20,000 untuk membantunya mengembangkan kemahirannya. Cuma sekarang saya memcari kursus- kursus yang boleh diikuti bagi membantunya menjalankan secara komersil dan pembekal dapur utk masak kesrepek skala besar.

Bekalan ubi dan pisang saya bercadang untuk menanamnya sendiri.

Manaya;

Multi purpose cooker tu nak dapatkan kat maner?




Ada sesiapa yang tahu dimana ku
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 03:00 PM | Show all posts
try check ngan kementerian pembangunan usahawan.. or mdec.. boleh mintak pandangan diorang dan diorang akan saport sehingga produk hang boleh marketkan oversea.. macam product murtabak yang aku marketkan la ni..

diorang juga akan bantu utk dptkan kilang SMI... belikan/pajakkan equipment.. transport..etc... dan dapatkan sijil halal.. barcode.. pastu tlg advisekan ttg packaging dgn sirim... mcm2 la..

[ Last edited by  woh_getoh at 14-5-2007 03:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2007 04:04 PM | Show all posts

Reply #5 dooku's post

kalau dah bermula okay lah...malah dibawah Jabatan Pertanian ada Kumpulan Pembangunan Wanita(KPW)di setiap daerah..banyak usahawanita yang berjaya dari kumpulan nie...untuk latihan boleh check beberapa link nie:

1.)http://www.doa.gov.my/main.php?Content=sections&SubSectionID=236&SectionID=7&CurLocation=234&IID=

2.http://www.mardi.my/main.php?Content=sections&SectionID=622(yang mardi nie tak semestinya anda perlu membayar yuran tersebut sepenuhnya..bagi mereka yang tidak mampu ada pengecualian)

kedua2 agensi nie ada menyediakan latihan-latihan berkaitan..
Reply

Use magic Report

dooku This user has been deleted
 Author| Post time 14-5-2007 05:26 PM | Show all posts
tq semua,

Woh_getoh cerita la sikit pengalaman murtabak yang dipasarkan ke oversea tu....ramai yang nak dengar kalau ni....boleh jadi panduan dan motivasi .....

Kalau selain mardi..kat maner lagi nak dapatkan kursus ni....? macam mesin2 tu boleh dapat bantuan ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


yoshimura This user has been deleted
Post time 14-5-2007 05:36 PM | Show all posts
dooku...

aku cadangkan ko cek camna thailand buat dia punya kerepek. even kalau nak tanam pun ikut teknologi thailand. aku pernah rasa kerepek thailand, memang sedap.... lagi satu.. kalau nak buat goreng pisang ala-ala thaipun sedap....

aku rasa benda ni kalau rajin surf google.. memang leh banyak dapat info....
Reply

Use magic Report

yoshimura This user has been deleted
Post time 14-5-2007 05:38 PM | Show all posts
lagi satu... ko kena buat packaging yg lebih ok banding competitor.. barulah leh laris...  dan global
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 06:08 PM | Show all posts
Originally posted by dooku at 14-5-2007 02:52 PM
Sebenarnya perusahaan ini dijalankan secara kecilan oleh kakak saya  dan di kampung , perak. saya mempunyai modal sekitaran RM20,000 untuk membantunya mengembangkan kemahirannya. Cuma sekarang sa ...

jabatan pertanian bagi.........free je
ikut lah kursus jabatan...
jadi projek anak angkat jabatan pertanian...
kalau kat perak..ok sikit, bekalan pisang penting....
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2007 06:29 PM | Show all posts
kalau bleh 80% modal you guna untuk tanam pisang...
..bekalan pisang tak cukup....
,..saya dulu pernah jadi pembekal pisang...
setakat 10 mt/bulan tu hanya untuk 3-4 orang warong goreng pisang tepi jalan...
..industrii krepek tu you develope pelan-pelan...
..modal awal dia besar..jualan awal ni sikit...baru nak cari customer..

bantuan-bantuan;

1.0 Kementerian Pembangunan Luar Bandar..skim SPED.. skim
      pembangunan ekonomi desa...
2.0 MARDI.skim anak angkat Mardi, kilang bimbingan
3.0 Jabatan Pertanian Negeri
Reply

Use magic Report

dooku This user has been deleted
 Author| Post time 15-5-2007 11:41 AM | Show all posts



Ubi Kayu Ubah Hidup Pesara Tentera
Oleh Melati Mohd Ariff

SEPANG, 19 Okt (Bernama) -- Bila disebut ubi kayu, datuk dan nenek kita mungkin akan teringat waktu makan ubi kayu rebus semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu bilamana beras sukar didapati.

Bagi petani dan pekebun di kampung, makan ubi kayu yang direbus merupakan kebiasaan selepas lelah membanting tulang di sawah dan ladang.

Namun, apa yang nyata ubi kayu yang menjadi penyambung hidup orang miskin juga boleh mengubah hidup mereka yang bijak mengambil peluang dan tabah berusaha.

Pesara tentera, Haji Jamaluddin Singah, 60, dari Kampung Bukit Bangkong, Sg Pelek di sini, kira-kira 100km dari Kuala Lumpur bergelar usahawan dengan pendapatan lumayan kerana ubi kayu.

Beliau mampu meraih pendapatan kasar sehingga RM69,000 sebulan, hasil perniagaan kerepek ubi kayu dan makanan ringan lain yang diusahakan sejak 1987.

Perusahaan Sepang RJ milik Jamaluddin tidak bermula dengan modal yang besar atau pun pinjaman bank. Semuanya dibuat secara berdikit-dikit dan perniagaan yang diusahakan secara industri kampung ini semakin meningkat.

Jamaluddin boleh berbangga kerana produk kerepek ubi kayunya turut dipromosikan dengan bantuan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) ke Singapura, Brunei, Bahrain, China dan Taiwan.



PERLU MENCARI KERJA

Kejayaan usahawan ini bukannya datang bergolek. Ia hasil kerja keras, didorong rasa tanggungjawab untuk memberikan kehidupan yang lebih terjamin buat isteri dan lima orang anaknya yang sedang membesar ketika itu.

Berasal dari Rembau, Negeri Sembilan, Jamaluddin bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika berusia 39 tahun, selepas berkhidmat selama 21 tahun.

"Mengenangkan anak isteri, saya mencari kerja selepas bersara. Kalau bujang, tak kisah, nak berhenti bila-bila pun tak apa, tak ada siapa nak menangis," kata Jamaluddin dalam wawancara dengan Bernama di pejabatnya di sini.

Wang pencen sekitar RM300 sudah tentunya tidak mencukupi untuk menyara isteri dan lima orang anak. Pesara tentera ini tidak pula menyerahkan nasibnya kepada takdir semata-mata.

"Semasa saya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan UTM (Universiti Teknologi Malaysia), Jalan Semarak (Kuala Lumpur), dalam berulang-alik ke tempat kerja saya sering berfikir apa yang saya boleh buat lagi untuk menambah pendapatan.

"Anak saya yang nombor dua, Zamri pun ada bagi pandangan tentang saya yang selepas bersara masih nak makan gaji dan memakai pakaian seragam (kerja sebagai pengawal keselamatan)," kata Jamaluddin.



KEREPEK UBI MENJADI PILIHAN

Menjual permaidani dan pinggan-mangkuk merupakan pengalaman awal beliau dalam dunia perniagaan sebelum membuat keputusan menjadikan perniagaan kerepek ubi sebagai sumber pendapatan tambahan.

]steri beliau, Mokinah Hj Sirat, yang dikahwininya pada tahun 1969, banyak memberi galakan apabila beliau memilih bidang perniagaan kerepek ini.

Dengan modal awal sekitar RM50, beliau membeli kuali dan sagat ubi untuk memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan. Dapur memasak pula terdiri daripada "tungku" dan kayu api.

Tepatlah pepatah orang-orang tua, "sikit-sikit, lama-lama menjadi bukit". Begitu juga dengan perusahaan kerepek ubi kayu Jamaluddin.

Bermula dengan sebuah tungku menjadi 10 tungku dan dari tungku kayu api kepada dapur gas.

Ketekunan dan kegigihan beliau mengusahakan perniagaan kerepek ubi kayu ini kemudiannya mendapat perhatian pejabat pertanian.

"Saya didatangi pegawai pejabat pertanian untuk menawarkan kuali menggoreng. Kuali ini sebelumnya digunakan seorang pengusaha yang perniagaannya kurang maju," jelas Jamaluddin.

Dari sebuah kuali menggoreng automatik (yang diberikan jabatan pertanian), beliau telah menambah dua lagi kuali menggoreng bagi memenuhi keperluan pengeluaran.

Usaha-usaha pemasaran dilakukannya sendiri. Tanpa perasaan segan dan malu, beliau menemui pengusaha kedai di lebuhraya, stesen minyak serta pasaraya mini untuk memasarkan kerepek ubinya.

"Saya kemudiannya berjinak-jinak dengan FAMA. Merata saya ikut ekspo mereka untuk promosi kerepek ubi kayu yang saya hasilkan ini," kata Jamaluddin.



TANAM UBI SENDIRI

Di peringkat awal perniagaan, beliau mengeluarkan sehingga dua setengah tan kerepek ubi sehari. Pada tahun 2004, Perusahaan Sepang RJ menghasilkan kira-kira 199 tan kerepek dan pengeluaran untuk 2005 dijangka melebihi 200 tan.

Bagi menjamin bekalan ubi kayu yang mencukupi, Jamaluddin mengambil langkah menanam pokok ubinya sendiri.

Sejak kira-kira lima tahun lalu, beliau mengusahakan ladang ubi kayu seluas 40 hektar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan Sungai Belankan yang terletak kira-kira 4 km dari rumahnya.

Pokok ubi yang ditanam adalah dari jenis yang menghasilkan ubi berwarna kuning yang sememangnya sesuai dijadikan kerepek.

"Kalau cakap dengan orang, dia kata tanam pokok ubi ni senang, patah saja batang, baling dah boleh tumbuh. Kalau nak makan daunnya sahaja, bolehlah. Untuk mendapat hasil ubi yang baik, pokok-pokok ubi perlu dijaga dan dibaja. Baja yang saya gunakan diimport dari Jerman. Kita juga perlu membuat batas," jelas Jamaluddin yang mengupah empat orang pekerja Indonesia untuk bekerja di ladang ubi kayunya.

Menurut beliau, pokok ubi mengambil masa kira-kira 10 bulan sebelum boleh dituai ubinya. Untuk itu, beliau perlu menanam secara berperingkat supaya tidak kekurangan hasil ubi kayu.

Di samping ubi kayu yang dihasilkan oleh ladangnya, beliau juga membeli daripada dua pembekal yang mengeluarkan ubi kayu yang tinggi mutunya.

"Ubi yang sudah dicabut tidak boleh disimpan nanti masuk angin. Mesti terus dikupas dan digoreng. Kalau saya nak beli ubi daripada pembekal, saya juga perlu berhati-hati. Ubi kayu yang pokoknya tidak dijaga semasa membesar, kalau digoreng warnanya jadi cokelat," jelas Jamaluddin.



PENTINGNYA PEMASARAN

Perniagaan kerepek ubi kayu pada hari ini tidak sepertimana semasa beliau mula-mula mengusahakannya.

Persaingannya semakin hebat kerana semakin ramai yang menceburi perniagaan makanan ringan itu, kata Jamaluddin.

Di samping itu, katanya harga barangan seperti diesel, minyak masak dan plastik untuk membungkus juga telah meningkat.

Beliau memberi contoh minyak masak. "Dulu saya beli RM23 untuk 17kg, sekarang RM35 untuk 17kg," jelasnya.

"Makan kerepek ubi bukan satu keperluan. Kalau kita naikkan harga tak tentu arah nanti orang tak nak beli.

"Untuk itu, kita kena rajin cari pasaran di samping jaga kualiti," tambahnya.

Menurut Jamaluddin, pemasaran penting dalam perniagaan.

"Katakan saya buat barang makanan yang sedap tetapi kalau saya tak tahu pemasaran, habis-habis jual keliling kampung sahaja atau di kedai runcit. Kalau kita pandai pemasaran, kita boleh pergi jauh sampai ke Kuala Lumpur dan Johor," katanya.



MESTI BERSUNGGUH-SUNGGUH

Sebagai pesara tentera yang tidak mempunyai pendidikan formal mengenai perniagaan, kejayaan Jamaluddin sudah tentunya boleh menjadi contoh.

Ternyata Jamaluddin mempunyai falsafah perniagaannya sendiri yang boleh dijadikan iktibar.

"Nak berniaga kena ramah dengan orang. Pelanggan adalah tuan, tak apa kalau kita rendahkan diri. Kita juga kena bersungguh-sungguh, jangan fikir sangat selalu nak rehat.

"Masa itu penting. Di awal perniagaan dulu, saya bekerja dengan isteri sampai pukul 12 malam. Semua pekerja dah balik. Tak kisah, buat kerja dua orang. Kalau nak ke pasar tani, jam 4 pagi lori dah siap," katanya.

Menurutnya, FAMA banyak membantu beliau dalam memasarkan kerepek ubi kayunya.

"Masa dah berubah. Sekarang orang kaya pun makan kerepek ubi kayu. Semasa FAMA nak memasarkan kerepek ubi kayu saya di dalam kanister, saya tak berapa percaya boleh laku. Setelah dicuba di hypermarket (pasar raya besar), memang ada pasarannya dan permintaannya pun semakin meningkat," katanya.

Pembungkusan juga penting untuk menarik perhatian pembeli, katanya.

"Memang kita tak mampu nak buat iklan di TV jadi kita kena beri perhatian kepada pembungkusan," kata Jamaluddin yang baru kembali dari Singapura untuk mempromosi keluaran syarikatnya.

"Semasa saya di Singapura, saya perhatikan, tak kira orang tua atau muda, cara mereka memilih barang, mereka ini tengok pembungkusan yang cantik. Mungkin pada mereka, kalau bungkusan cantik, isi pun mesti bagus," katanya.

Promosi juga penting untuk mendapatkan pembeli, katanya.

"Kalau berniaga, kena ada promosi. Tak boleh sahaja letak barang atas meja. Kena bagi orang cuba dan rasa. Kalau di hypermarket, kena ada promoter," kata beliau.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 01:05 PM | Show all posts
Originally posted by dooku at 15-5-2007 11:41 AM



Ubi Kayu Ubah Hidup Pesara Tentera
Oleh Melati Mohd Ariff

SEPANG, 19 Okt (Bernama) -- Bila disebut ubi kayu, datuk dan nenek kita mungkin akan teringat waktu makan ubi kayu rebus sem ...

nak niaga bukan nak cuba-cuba
kena terjun
anda kena survey market dulu, beli borong kerepek orang lain, cuba jual....bukan nak untung sangat , cuma nak tahu...

1.0 jenis ubi, jenis pisang
2.0 Perbagai produk., goreng sira pedas, sira manis..salai...
3.0 Jenis plastic yang sesuai, harga plastik
4.0 Harga satu paket, berat berapa gram
5.0 Harga borong ?? harga runcit, harga kilang
6.0 Volume market, kedai , bus stop, teksi stand, kantin kilang, R&R Plus high way
7.0 Term of payment, berapa % bill to bill, berapa % cash. no hutang
8.0  sheft live, berapa lama tahan, tengik
9.0 barang rosak, berapa % return balik ke kilang

nak bissnizz.........kena tahu details....ini baru sikit,...banyak lagi kena tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 01:09 PM | Show all posts
HYPERMARKET

indah kabar dari rupa
ini untuk orang ada modal besar..
payment minima 90days
ada macam-macam charge,
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2007 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by manaya at 15-5-2007 01:09 PM
HYPERMARKET

indah kabar dari rupa
ini untuk orang ada modal besar..
payment minima 90days
ada macam-macam charge,


betul tu..kak noraini (Noraini's Cookies Worldwide) tu citer kat aku yang Hypermarket nie waktu mula2 menteri mai datang rasmi tentang produk yang masuk ke hypermarket ..berlumba2 dier orang letakproduk爐u
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


dooku This user has been deleted
 Author| Post time 18-5-2007 08:56 AM | Show all posts
Saya bercadang untuk memulakan perniagaan kerepek secara komersil ini dgn menanam sendiri ubi kayu . Ini kerana dari pengalaman pengusaha kerepek lain ,bekalan bahan mentah yang sentiasa ada penting dalam meyakinkan pemborong atau FAMA. Kalau kita nak harapkan bekalan ubi drpd org lain , takut susah nak maintain production. Selepas ladang ubi mengeluarkan hasil , baru rasanya saya berani nak membuat secara skala besar. Sementara ubi boleh dituai bolehlah saya membuat kerja - kerja penyedia dapur , mencari pasarean dan sebagainya.

Harap dapat komen dari semua .
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 03:45 PM | Show all posts

Reply #1 dooku's post

kalu u atau sesiapa  nak info ttg kerepek pisang atau bisnes pisang secara amnya saya ada..bole emel saya di  richguard5@yahoo.com
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2012 10:03 AM | Show all posts
best gak jual pisang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.068545 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list