CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: uda

MISTERI PELBAGAI JENIS KAYU ~ by UDA & PUTRA_BENGAL

[Copy link]
Post time 25-6-2007 02:51 PM | Show all posts

Reply #117 putra_bengal's post

kayu kokka boleh tahannnn niii ada power jugakkk
ramai yang ada kayu ni tapi masih ragu2 kegunaanya.
ada sapa sapa tau pasal kayu ni cerita la lebih lanjut.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2007 08:32 AM | Show all posts

RAHSIA & KELEBIHAN KAYU KOKKA

Jenis kayu Bahtera Nabi Nuh AS - Tongkat Nabi Musa AS

Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.
     Sepertimana kita sedia maklum, Rodium, Paladium, Platinum, Emas dan Perak merupakan bahan logam yang paling berharga dalam industri barangan perhiasan. Menurut urutan, Rodium merupakan logam paling mahal dan sukar didapati. Bagi wanita misalnya, Emas adalah sangat tinggi nilainya. Antara logam bernilai tinggi dalam industri pembinaan pula adalah Titanium yang digunakan untuk membina pesawat dan seumpamanya kerana ia keras serta ringan. Terdapat pelbagai logam lain yang mempunyai kelebihannya tersendiri. Namun dalam kebanyakan logam, magnet atau besi berani adalah logam yang paling aneh dan unik.
     Di dalam kategori kayu pula, kajian saintifik mendapati TongkatAli mengandungi khasiat sebagai penawar bagi menguatkan tenaga dalam tubuh badan manusia. Terdapat juga pelbagai jenis akar dan kayu yang boleh dijadikan ramuan sebagai penawar dan penyembuh penyakit. Kayu Tas pula mempunyai kelebihan sebagai pelindung sepertimana yang digunakan oleh pengendali pertunjukkan sarkis bagi menakut dan menundukkan binatang buas. Manakala kayu Kokka pula merupakan kayu paling tinggi mutunya dalam segala jenis kayu yang terdapat di muka bumi ini. Ianya telah digunakan sejak zaman Nabi-nabi yang terdahulu. Contohnya seperti bahtera Nabi Nuh AS, tongkat Nabi Musa AS dan Nabi Syuaib AS diperbuat daripada kayu Kokka.
     Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata. Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan.
     Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsiadankelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk Tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa. Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak 慒irst Aid抂/i] sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat
Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:
  • Rumah yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
  • Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
  • Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum, insya Allah sembuh.
  • Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
  • Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
  • Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
  • Termakan santau atau terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
  • Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
  • Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
  • Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
  • Sekiranya memakai ketika orang hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
  • Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan, alhamdulillah.
  • Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.
Kepada sesiapa yang ada memilikinya, membawanya sahaja walau sebiji,
jaga amalan dan mohon kepada Allah SWT agar Dilindungi dari bahaya penyakit berjangkit, insya Allah.
Akan bertambah lagi khasiatnya jika digunakan sebagai tasbih untuk berzikir.
Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya.
Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa mengingati Allah SWT
dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.
Semoga dapat dimanfaatkan demi Agama, Diri, Keluarga dan Negara,
INSYA ALLAH.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 11:08 AM | Show all posts

Reply #122 putra_bengal's post

wauu..byknya khasiat kayu kokka ni...tapi mana nk dapat yer kayu ni..?ada jual kat Mekah aje ker?lagi satu kayu ni datang dari pokok apa yer..macamana rupa pokok tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 11:14 AM | Show all posts

Reply #123 feirina's post

kokka kat malaysia nie boleh tahan harganya.. kokka slalunya di ambil apabila pergi haji.. hanya buahnya sahaja di kasi.. pokoknya or kayunya susah nak dapat kerana di jaga ketat di sana.. buahnya pun keras semacam kayu.. itulah kelebihannya...
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 11:23 AM | Show all posts

Reply #124 putra_bengal's post

oo..yer ker..kalau ada gambar buah kokka tu..jgn lupa paste kat sini yer,boleh sama2 tgk camna rupa buah kokka
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2007 06:47 PM | Show all posts

Reply #125 feirina's post

ok insyaAllah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2012 08:30 PM | Show all posts
feirina posted on 22-6-2007 03:32 PM
pasal koleksi-koleksi ni..aku tak ada byk...buluh perindu,raja kayu,tahi besi..

Pernah dgr bambu petung tak? Ada org minat
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 08:39 PM | Show all posts
putra_bengal posted on 20-6-2007 09:14 PM
buluh tumpat..

My dad citer kata buluh tumpat (Indon panggil bambu petuk) nii ada keajaibannyer. Dia tanya ader org nak jual ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2012 06:39 AM | Show all posts
putra_bengal posted on 19-6-2007 07:21 PM
koleksi aku seterusnya..

teras sekilo/ teras kelo/ kayu malam

My Dad beri teras kelo kecik je...lepas 2-3 minggu hilang gitu je...mana pergi erk?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2012 03:06 PM | Show all posts
sepaileman posted on 14-6-2007 02:02 PM
pokok pokok yg berduri pun setan takut jugak...
mcm pokok rotan tapi jgn la di buang durinya ada or ...

      sebut pasal pokok berduri ni jin2 takut... teringat waktu berubat uci (nenek dlm bahasa rawa) saya... uci saya ni terkena buatan orang sapa yg pernah baca thread saya tau la... du hujung2 usia dia... kami dah berubat sendiri je, tak pergi cari perawat dah sbb... benda yang menumpang uci saya tu akan masuk balik... jadi bila uci saya sakit semula.. mak sedara saya akan bawa dia berubat dgn ayah saya all the way from sg petani...
      rumah ayah saya ni kuarters polis baru yang dbahagikan 4 compartment tu.. setiap compartment ada beranda yang ada sliding door... jadi kat beranda tu saya buat lanskap.. jadi penuhla dengan pokok mahkota berduri...
      malam kami berubat arwah uci saya tu... pintu sliding door kami buka luas2... waktu ni, benda tu yang bercakap dengan ayah saya... ayah saya suruh balik kat tuan dia.. pastu benda tu cakap aku nak balik... bukakla pintu... ayah saya pun selambe je cakap... hang terbang la keluar ikut beranda tu... benda tu marah, takmau aku nak keluar ikut pintu... saya pun pi bukak pintu... waktu tu rasa macam angin lalu kat sebelah saya... pintu kami tutup sbb takmau orang tau...
       uci saya pun ok dah... ayah saya dok heran pasaipa dia takmau keluar ikut beranda.. pastu baru ayah saya teringat... ada pokok berduri patut dia takut nak lalu situ...

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 12:10 PM | Show all posts
harap2 masih ada lagi info yg boleh dikongsi bersama di sini...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2012 01:50 PM | Show all posts
kat rumah saya ade kayu tas, raja kayu, buluh tumpat, teras delima, kemuning hitam
dan ade 3 lagi jenis yang saya lupe namanya..ekceli hubby saya yg suke bende2 nih..
Setakat nih xpernah la lagi gunakan kayu tu untuk ape2 ke just suke2 simpan. Cuma sekali
tu pernah kena marah ngn hubby sbb saya main2 buluh tumpat tuh..die kate jgn terkena badan t bisa.
Itu je ler yg saya tau..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.053204 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list