CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2907|Reply: 11

FAM tetap adakan Anugerah Bola Sepak Kebangsaan

[Copy link]
Post time 7-8-2007 09:27 AM | Show all posts |Read mode
FAM tetap adakan Anugerah Bola Sepak KebangsaanPETALING JAYA - Walaupun bola sepak Malaysia mengalami kemerosotan teruk gara-gara kekalahan memalukan di Kejohanan Piala Asia baru-baru ini namun Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus Kali Ke-2 akan tetap dilangsungkan pada 9 September ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad berkata, prestasi merudum skuad kebangsaan tidak sama sekali memadamkan hasrat badan induk itu untuk tetap memberikan penghargaan kepada pemain-pemain.
Menurut beliau, anugerah yang akan berlangsung bulan depan itu adalah bagi menghargai sumbangan pemain, jurulatih dan persatuan sepanjang Liga Malaysia musim ini.
憫Sebanyak 11 kategori akan dipertandingkan melibat 1,000 pemain beraksi dalam 1155 perlawanan Liga Super, Liga Perdana, Piala Malaysia dan Piala FA.
憫Hanya 10 pemain dipilih bagi setiap kategori sebelum disenarai pendek kepada lima dan mereka yang menerima undian tertinggi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) akan diiktiraf sebagai pemenang,拻 ujarnya.
Beliau menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa anugerah di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Sejumlah 11 kategori yang dipertandingkan ialah penjaga gol terbaik, pemain pertahanan terbaik, pemain tengah terbaik, penyerang terbaik, pemain paling menonjol, pemain import paling menonjol, jurulatih terbaik, kelab penyokong terbaik dan pemain muda paling menonjol.
Manakala dua anugerah yang tidak perlu menggunakan undian SMS ialah penjaring terbanyak untuk pemain tempatan dan penjaring terbanyak buat pemain import.
Ibrahim berkata, senarai 10 calon bagi kategori yang dipertandingkan akan diumumkan minggu depan menerusi akhbar dan televisyen.
憫Di sini peminat akan menentukan siapa calon yang mereka inginkan dengan menghantar seberapa banyak SMS yang boleh,拻 ujarnya.
Menurutnya, tema anugerah Bola Sepak Kebangsaan tahun ini ialah 慘e Arah Bola Sepak Yang Gemilang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2007 09:50 AM | Show all posts
ohw lupe, FAM patut adakan sekali anugerah2 berikut;

Pemain rambut ponytail paling sexy
Pemain baju paling kemas dan bersih
Pemain paling stylo
Pemain - bergaya paling memukau
Pegawai FAM paling terbagus
Anugerah Khas Juri - ni patut bagi pada Raja Ahmad Zainuddin

Inilah FAM (pinjam kate2 Datuk Azarina). Nak harap muka2 lama ni uruskan bolasepak m'sia, sampai bila pun tahap kita macam tu jer la. Dah lama muka2 tak tahu malu ni dalam FAM, banyak dah kita bagi masa dan peluang, tapi aper hasilnya dan sumbangan kepade negara. Memalukan negara di mate dunia ader la dengan team menjadi team belasahan negara lain (ceh ayat gua, hahaha). FAM jangan sebut la sumbangan dari segi material, kebendaan, bangunan apa semua. Peminat tak pandang semua tu. Kita orang nak tengok pencapaian yg membanggakan dalam tournemant2 besar, bikin kitaorg bangga dengan team m'sia.

Apa pun, aku tak harapkan FAM ni untuk "naikkan semula" bolasepak m'sia selagi muka2 lama masih ada disitu. Harap pihak kerajaan dapat deal dengan akademi bolasepak Ajax Amsterdam untuk buka cawangan kat m'sia ni. Bawa masuk kepakaran asing untuk repair balik "kerosakan" yg dibuat oleh FAM:@

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 10:21 AM | Show all posts
aiyooo...nubi sudah mengamuk....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 01:25 PM | Show all posts
Haha....i saw this in last night's tv3 news...
Si brahim saad yg chair kan meeting utk anugerah ni...
Wartawan sukan pun dijemput utk jd panel pemilihan pemenang...
Muka monyok je si brahim mlm td....sure teruk kna hentam ....tp stil muka tebal..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2007 11:13 PM | Show all posts
muka dia tuh muka tak tau malu...aku syorkan kepada semua peminat bola sepak malaysia agar buat satu mogok secara aman di depan wisma FAM.......amacam???
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2007 09:32 AM | Show all posts
Aku rasa kite anto petisyen je, ramai2 kumpulkan setiap negeri. Petisyen bantahan pengurusan buruk FAM dan Pembaharuan pengurusan.
But then again, org Melayu ni msh ramai yg segan2 lagi. Plk tu yg tercongok kt top post FAM tu kerabat diraja yg perasan bagus....klu bantah sikit, karang kata menderhaka ke....tak ingat keetuanan melayu ke.,...............

Prthhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2007 02:01 PM | Show all posts
huhu................

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 02:11 PM | Show all posts
anugerah pemain paling poyo
anugerah keeper paling banyak bolos
anugerah badan paling menawan kat kolam mandi dalam majalah hiburan
anugerah rambut paling wangi
anugerah stail tercantik di padang
anugerah pemain yang passing langsung tak tepat
anugerah keeper buat mistake bodoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2007 02:12 PM | Show all posts
come back FAM... buat pembaharuan.. patut gantung je Anugerah Bola Sepak ni.. cakap takde sape yang layak dan kami berkabung mengenang kehampehan persemabahan kami
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 10:47 AM | Show all posts
hahaha.. dah bolasepak malaysia teruk sangat.. takyah la buat anugerah.. kalau boleh gak tak tau laa.. nanti mesia jadik satu-satunyer negara yg boleh bagi award kepada loser.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by cekodok78 at 13-8-2007 02:11 PM
anugerah pemain paling poyo
anugerah keeper paling banyak bolos
anugerah badan paling menawan kat kolam mandi dalam majalah hiburan
anugerah rambut paling wangi
anugerah stail tercantik di pa ...


cekodok,,,
gi wat poll......
nanti kita undi......!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 04:21 PM | Show all posts
x pandai ler Hang...
buat je laaa..
aku yang vote
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.064472 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list