CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36161|Reply: 308

pestabola merdeka tournament 2007 - Final Malaysia 3 Myanmar 1

[Copy link]
Post time 19-8-2007 09:00 PM | Show all posts |Read mode
pestabola merdeka dah nak start.

group A
Malaysia
Myanmar
Lesotho
Laos

group B
singapura
zimbabwe
Bangladesh
indonesia

pandai FAM pilih pasukan jemputan yer. FAM hantar team under23. kat news tadi FAM cakap nak masukkan 3 player senior, thiru, shukor adan, zamani misbah. aku terbaca kat local news lain pulak, ketua coach under23, B. Sathianathan cakap dia tak nak masukkan 3 ekor ni. camana la tu nanti.

match start malam esok iaitu mlm isnin. malaysia main kol 9 kat stadium PJ, tak pasti stadium apa dan lawan siapa. nanti gua update lagi



- ok latest update, malaysia akan bertemu singapore esok malam di lokasi yg tak dpt dikenalpasti, sekian terima kasih

[ Last edited by  iweed at 30-8-2007 01:47 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2007 09:10 PM | Show all posts
apsal laa suke buat bende di saat2 akhir nih..
nk pilih player pon xyah laa smpi esk nk main br nk pilih player
ape laa..

lg satu xyah laa wat masuk squad senior nih..
xbraper berkenan aku..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2007 11:43 PM | Show all posts
lesotho joara..sambil makan soto mak kiah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 12:09 AM | Show all posts
jangan masuk senior terutama yg botak.....nasib baik botak satu lagi tak masuk...

trade mark diorang....sambel lewa....

mana boleh catcup...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 12:13 AM | Show all posts
aku harap pemain malaysia kali nih tak der yang ada pnoy tail atau berambut panjang....
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 01:04 AM | Show all posts

Reply #5 GRINDSAKHTANIC's post

hehe...
betui2...

cmonn junior....!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2007 02:00 AM | Show all posts
lesotho tu negara apa weii x penah dengaq
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 09:49 AM | Show all posts
hmm...pestabola ni dh takder kelas......
msia kalo lwn team2 ni..kalo tak menang....taktaula gua nak ckp haper...

korek lubang dalam2...pastu kambus la player2 msia ni......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2007 09:50 AM | Show all posts

Reply #7 borhan_abu's post

lesotho tu negara kecik kt afrika....bakal tim juara ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 10:40 AM | Show all posts
Heh....coach panggil masuk 3 org senior, si Shukor, Thiru dgn Zamani.
Sure Khaironisam gula getah, rosdi talib rebonding dgn azizon rambut kuda tertanya-tanya kenapa "kehebatan" diorang tak diperlukan...

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 11:02 AM | Show all posts
Jangan perkecil Laos – Sathia -- Pesta Bola Merdeka 2007

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

SHAH ALAM – Jurulatih skuad Bawah 23 Tahun Malaysia, B. Sathianathan mengingatkan anak- buahnya supaya tidak sesekali memperkecilkan kemampuan mana-mana lawan termasuk Laos yang akan menjadi lawan pertama negara pada Pesta Bola Merdeka ke-39 bermula hari ini.

Katanya, perlawanan pertama seperti menentang Laos dalam Kumpulan A di Stadium Petaling Jaya ini sentiasa sukar bagi sesiapa pun apatah lagi selepas skuad bola sepak negara dikecam hebat kerana dibelasah teruk dalam Piala Asia, bulan lalu.

‘‘Kami mengakui tekanan daripada peminat memang hebat terutama selepas keputusan pada Piala Asia lalu dan kami menganggapnya dan menghadapinya sebagai satu cabaran sambil tidak akan memperkecilkan mana-mana lawan dalam Pesta Bola termasuk Myanmar dan Lesotho.

‘‘Myanmar merupakan juara tahun lalu dan Lesotho khabarnya memiliki beberapa pemain yang berpengalaman Liga Afrika Selatan selain mencatat keputusan baik dalam Kelayakan Piala Negara-negara Afrika,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini, semalam.

Sathianathan turut mendedahkan permintaannya supaya pasukannya dibenarkan bermain sehari kemudian (esok) ditolak jawatankuasa penganjur memandangkan mereka baru kembali ke tanah air selepas siri persahabatan di Slovakia, kelmarin.

‘&#8216emain masih penat dan tiada rehat tetapi saya tidak mahu menjadikannya alasan apabila menentang Laos kerana saya yakin mereka masih mampu memberikan yang terbaik,” katanya merujuk keputusan dua kekalahan, satu seri dan menang sekali dengan empat kelab Slovakia itu.

Skuad Bawah 23 Tahun ini turut menyenaraikan tiga lagi pemain daripada skuad Piala Asia iaitu Shukor Adan yang dilantik sebagai ketua pasukan; Norhafiz Zamani Misbah dan V. Thirumurugan selain tiga yang dipanggil ketika ke Slovakia, Safee Sali, Nor Farhan Muhammad dan Aidil Zafuan Radzak.

‘‘Mereka dipanggil kerana kami kehilangan ramai tonggak pertahanan dan tengah seperti S. Subramaniam, Bunyamin Omar dan Safiq Rahim serta Sabre Mat Abu masing-masing akibat kecederaan ketika Piala Malaysia, Piala Juara-Juara Belia (CYC) dan masalah peribadi,” katanya.

Penolong pengurus pasukan Laos, Oudom Sengsirivanh berkata, mereka menyenaraikan tujuh atau lapan pemain senior ke kejohanan ini manakala selebihnya dibarisi ramai pemain skuad Bawah 20 Tahun pada Kejohanan AFF di Kota Ho Chi Minh, baru-baru ini.

‘&#8216esta Bola ialah sebahagian persediaan pasukan belia (bawah 23 tahun) kami ke Sukan SEA Korat (Disember ini) memandangkan ada beberapa pemain senior kami yang berpangkalan dan masih bermain dengan kelab di Hanoi, Vietnam,” katanya yang ditemani jurulatih, Khamsay Chanthavong.

Sementara itu, jawatankuasa penganjur bersetuju mengawalkan kesemua perlawanan kedua ke pukul 8.45 malam dari 9 malam seperti yang dijadualkan pada mulanya manakala perlawanan pertama kekal 6.30 petang atas permintaan wakil media massa.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Che Mat Jusoh berkata, dua pasukan bagi perlawanan kedua akan diarahkan membuat sesi pemanas badan sama ada dalam kawasan stadium atau luar padang kira-kira 25 minit sebelumnya seperti dikehendaki peraturan antarabangsa.

Harga tiket kesemua perlawanan peringkat kumpulan ialah RM15 untuk semua kawasan tempat duduk manakala RM20 bagi kedua- dua perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir.

SKUAD MALAYSIA

Syed Adney Syed Hussein, Nasril Nourdin, Nor Farhan Muhammad, Norshahrul Idlan Talaha, Khyril Muhymeen Zambri, Norhafiz Zamani Misbah, Daudsu Jamaluddin, Safee Sali, V. Thirumurugan, Shukor Adan, Azi Shahril Azmi, Samransak Kram, Aidil Zafuan Radzak, Syamsol Sabtu, Zaquan Adha Radzak, Amirulhadi Zainal, Sumardi Hajalan, Shahurein Abu Samah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 11:03 AM | Show all posts
tapi tgk la camner skuad nih lak perform... ke laut ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 12:13 PM | Show all posts
Jgn la main cam skuad senior tu..menyampah ada geram pon ada...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 01:04 PM | Show all posts
masukkan 3 org senior tu lagi porak peranda..

1. habis dibulinya bebudak jr.
2. segala kesalahan, kalah, bolos <-- tunjuk ke muka junior. Padahal ko yg xbetul

tgk EPL lagi bagus

[ Last edited by  eiyoei at 20-8-2007 01:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 01:38 PM | Show all posts
wahahaahaa.. satu tim ngan bangla.. perli ke ape nihh
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 02:22 PM | Show all posts
Zamani tu camne lah boleh terpilih lagi....menyampah tahap gaban aku tgk....byk lagi defender kat Liga M ni yg aku tgk lagi terer 'sikit' drpd dia........

sib baik Rosdi 'Rebonding' Talib dan Khaironisam 'Chewinggum' Sahabudin  tak dipilih....

Apa2 hal pun aku wish all the best for Malaysia in Merdeka Tournament.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2007 02:23 PM | Show all posts
eh ada live tak kat tv..... menyampah2 pun tapi aku tetap nak tgk team Malaysia main..... semangat patriotik lah katakan ......
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 03:02 PM | Show all posts
xde laa...kat astro pun xde....selalunye tv1 ade wat siaran tertunda..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 04:40 PM | Show all posts
rase-rasenye malaysia bole menang tak tournament ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 08:34 PM | Show all posts
Originally posted by death at 20-8-2007 03:02 PM
xde laa...kat astro pun xde....selalunye tv1 ade wat siaran tertunda..


aku tau kenape xde live sbb diorang takut stadium kosong.....

Go! Go! Malaysia....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.087587 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list