CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kroit92

SAKA - KISAH KROIT92

[Copy link]
 Author| Post time 17-9-2007 09:52 PM | Show all posts

Reply #58 silvermuse's post

ni bod MPS ler..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


fms This user has been deleted
Post time 17-9-2007 10:56 PM | Show all posts

Reply #50 harumanisz's post

aku pon sama..
bile dah kene sihir baru prasan..
klu x, perangai mmg kureng skit..

tapi aku masih x pasti sama ade ianye saka atau ade org antar masa kecik supaya aku xde jodoh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2007 11:10 PM | Show all posts

Reply #62 fms's post

bukan takda jodoh, orang takut tengok ko..( lihat bawah )












[img] [/img]
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 01:38 PM | Show all posts
acikana dl pon x brape nk percaya psl saka ngan hantu ni tp bl dh jadi kat org yg terdekat ngan acikana baru rasa yang benda ni bole nk percaya gak la..tp bengang gak la sbb org len yg dok bela antu bagai ni tp org len yg suffer

cite die camni..
sebenarnya yg ada saka ni jiran sebelah umah acikana.tuan punya saka ni  pompuan. dl dia ada 6 org anak tp sekarang sume dh meninggal termasuk la hasben dia.sume ank ngan hasben dia meninggal secara mengejut dan bese drg demam2 pastu terus meninggal.dl dia penah amik ank sedara dia wat ank angkat tp baby tu sempat idup lbh kurang 2 tahun je..b4 baby tu meninggal baby tu suffer ade benda yang kuar kat montot dia mcm org sembelit tu.tp benda tu besa gak la dan doktor cuba macam2 cara utk masukkan semula tp xleh.siankn baby tu..

mak acikana cite masa anak pompuan dia nk meninggal dia demam pastu duk sibuk tunjuk2 kat atas pastu ckap ade antu kat merata2 tempat.mak acikana ade gak bantu cari org yang boleh tlg tapi ajal arwah dah sampai.bl pas ank pompuan dia tu meninggal org dah start cite mcm2 psl keluarga ni..tapi mak ngan ayah acikana stil bantu drg bile dia menjerit2 mtk tlg bl ank atau hasben die kn kacau ngan benda tu..

tapi sebabkan selalu tolong diorang ar ayah acikana pon dpt skit gak.ttiba je ayah acikana yang sihat segar bugar dapat penyakit semput yang agk teruk smpai susah sgt tengok dia benapas..bl ayah acikana g klinik, doktor kt ayah acikana xde penyakit semput/lelah.kompius gak..smpailah 1 hr pakcik acikana bwk ayah try berubat cara kg.masa tu la baru tau yng benda saka jiran acikana tu 'tumpang' kat badan ayah. benda tu sebenarnya marah kat ayah acikana sebab selalu tolong family tu bl 'dia' duk kacau anak/hasben pompuan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 02:09 PM | Show all posts
lps lbh krg 4 thun hasben dia meninggal dia ada kawin ag tapi hasben dia yg bru tu pun terkena gak.ttba je hasben dia dpt strok ngan lumpuh sebelah badan.padahal sebelum tu lelaki tu xde penyakit pape pon.bl laki tu dah kurang upaya pompuan tu mtk cerai n sekarang dia dah ade hasben baru..dia canangkan 1 kg yg lelaki tu x-bf dia mase nuda2 dolu.. sekarang hasben dia yang baru ni pun nmpak dh x berapa shat n lemah je.

kakak2 acikana ade yg penah kn kacau dgn benda tu.masa kakak acikana yg no3 dalam pantang dia penah ternampak bayang2 itam kat tingkap umah jiran ktrg.'benda' tu kejap besarkn bdn dia,kejap kecikn bdn die kat tepi tingkap tu.akak acikana terpaku je xleh nk kuarkn sore ms tengok benda tu smpai mak tarik dia p tmpat laen.masa dlm pantang tu gak dia kn tinih 2,3x smpai x leh nk bernapas.seb bek hasben dia x tido ag masa tu.

benda tu gak penah kaco akak acikana yang no4.benda tu duk lompat2 atas katil dia.dia terasa tiram berhenjut2 pastu ade kesan tenggelam mcm ade benda pijak katil tu.tapi dia ni berani so dia jerit suh benda tu pegi sebab dia nk tido.pas dia jerit benda tu trus berenti melompat.alhamdulillah setakat ni acikana x pnh nmpak benda tu cuma setakat lebam2 kt badan tu ade la..

br2 ni benda tu ade duk kacau ayah tapi mak cpat2 bawak ayah p berubat.benda tu muncul dlm mimpi org yg rawat ayah acikana & marah2 sbb tlong ayah acikana..mmg benda tu cukup marah kalu ade org yg halang 'dia' buat 'keje'.

acikana x tau ar ngapa pompuan tu bela benda tu lgpun pompuan tu dh penah g haji.x tau ar ms g haji dl mcmna.tp yng ktrg perasan bl dia xde kat umah, umah dia stil mcm ade org kt dlam pastu ms tmpat ktrg heboh pencuri pecah msuk umah, umah dia x terkene pon.pencuri takot nk masuk kot...

umo pompuan ni dah dekat 70 tahun tp muka dia nmpak muda je..bl dia kuar umah, nmpak mcm berseri2 je pastu dia mesti pakai cermin mata wpun sebenarnya mata dia ok..kalu pandang muka dia bl x pakai cermin mata baru kt akan nmpk muka dia dah tua pastu kat bwh mata dia lebam sangat..ktrg adik beradik kalu bercakap nagn dia takut skit nk pndang mata dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2007 06:29 PM | Show all posts
hmm..kesimpulannya, dia guna susuk kut..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2007 06:44 PM | Show all posts
susuk n saka xsama ke....

stil guna makhluk halus...... entahla xpaham daku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2007 10:33 PM | Show all posts
APA ITU SAKA?

Ringkasnya 憇aka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-9-2007 10:33 PM | Show all posts
BAGAIMANA MERAWAT MASALAH INI?

Bagi yang tahu dan menjaga saka- tak perlu dirawat kerana biasanya saka itu tidak mendatangkan masalah kepadanya.

Bagi yang tahu tetapi tak mahu lagi saka itu- kena melalui proses pembuangan saka atau rawatan.

Bagi yang tak tahu- apabila dah tahu biasanya tak mahu, maka kena lalui proses pembuangan atau rawatan

Cara rawatan pastinya melalui kaedah tradisional. Rawatan doktor moden setahu saya tak mampu menghilangkannya (boleh jadi ada kajian terbaru yang membuktikan boleh). Namun ada juga sedikit-sebanyak kaedah rawatan sains moden (bukan ilmu kedoktoran) yang berupaya membuang saka seperti melalui getaran, pernafasan, kuasa minda dan seumpamanya, cuma kaedah ini belum popular di kalangan masyarakat awam.


Kaedah tradisional:

Antaranya menggunakan khidmat pawang, bomoh, pakar perubatan tradisonal, tabib, sami dan seumpamanya. Golongan ini biasanya ada jin pendamping mereka sendiri. Jika jin mereka lebih kuat daripada jin saka, maka mudahlah diusir dengan cara-cara tertentu. Tapi ada juga jin saka yang agak kuat di mana mereka boleh kembali- berjaya dijauhkan buat sementara saja.

Jika jin saka lebih kuat, biasanya ia tidak berjaya dihalang daripada terus mendekati si sakit/ org yang nak buang. Malah mampu memudaratkan si perawat pula.

Ada perawat yang berpendamping melibatkan sama cara rawatan menggunakan doa dan ayat-ayat Al Quran. 2 dalam 1.

Ada juga perawat yang berpendamping menggunakan ayat Quran dan doa sbg 揷over
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2007 10:43 PM | Show all posts

Ilmu saka boleh sakiti orang lain dan diri sendiri

Bersama: DR. AMRAN KASIMIN
SOALAN: Saya sekeluarga mengalami masalah besar. Ayah saya sebelum meninggal dunia lebih kurang empat bulan, sebelum dia sakit suka keluar rumah pada waktu malam. Selepas pukul 12 malam merayau di seluruh kampung.

Orang kampung takut kerana dia begitu garang ketika itu. Ketika sakit, selain makanan yang biasa, dia suka makan isi kelapa muda setiap malam.

Siang dia tidak bermaya, tetapi bertenaga dan liar pada waktu malam. Setelah meninggal dunia semua anaknya mengalami sakit badan seperti digigit-gigit lembaga hitam berwajah arwah ketika tidur.

Anak saya selalu kena pijak perut dan ditindih ketika tidur. Di rumah selalu ada bau busuk atau hanyir dan hilang dengan tiba-tiba. Anak lelaki saya selalu didatangi lembaga hitam berwajah arwah. Saya katakan kepada adik-beradik apa yang berlaku adalah saka, tetapi mereka semua marah kepada saya, dikata saya memperlekeh dan tidak menghormati arwah ayah, sedangkan orang kampung tahu arwah ayah adalah orang alim.

Saya sekarang berikhtiar hanya untuk menyelamatkan keluarga saya. Apa yang saya perlu tahu di sini, apakah sebenarnya saka itu? Adakah ia benar-benar wujud?

- Amir, Kajang, Selangor.
_________________________________________________________________

JAWAPAN: Membicarakan tentang saka adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya, daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.

Yang dimaksudkan dengan ``ilmu yang dipusakai'' itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari.

Dengan perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga waris ada kalanya melibatkan diri dengan ilmu kebatinan mempertahankan diri, seperti ilmu amalan wali suci, budi suci dan lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan amalan al-Fatihah, silat syeikh, amalan sinar Islam dan sebagainya.

Amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi, seperti ilmu seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional.

Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk melakukan rawatan dan sebagainya, yang berkaitan dengan ilmu kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus.

Dari sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri, menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya.

Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak.

Keadaan seperti ini dikenali sebagai ``menurun'' di mana makhluk halus tadi telah menurun atau meresap dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan sesuatu menurut tujuan asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia.

Pelbagai natijah luar biasa (nadir) mencarik kebiasaan adat, dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab-musabab berlaku seperti yang dijelaskan. Iaitu boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.

Makhluk yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.

Jin atau makhluk halus yang dibela oleh manusia, pada kebiasaannya memerlukan manusia yang biasanya terdiri daripada kaum keluarga atau terus berdampingan dengan manusia setelah tuan yang asal tadi meninggal dunia. Makhluk yang seperti inilah yang dinamakan saka, yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya.

Penurunan saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan sengaja apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau berkelayakan mewarisi ilmu pemiliknya, yang dimiliki selama ini. Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka bermula dari tarikh itu, dia telah mewarisi saka tadi.

Penurunan ilmu saka juga boleh berlaku secara tidak langsung apabila seseorang waris itu menerima barang-barang tertentu, yang pada kebiasaannya terdiri daripada keris, lembing, ataupun tombak atau objek lain seperti tangkal, azimat, batu geliga, akik dan sebagainya.

Objek-objek tersebut pada zahirnya merupakan benda yang dapat dipegang dan dirasa dengan tenaga atau dilihat oleh pancaindera. Objek tersebut hakikatnya adalah merupakan lambang, di mana di sebalik lembing atau batu geliga atau lain-lain objek tadi terdapat jin atau jin-jin berserta dengannya. Penurunan kaedah kedua ini biasanya berlaku setelah pewaris meninggal dunia di mana barang-barang tadi menjadi barang peninggalan si mati (pewaris).

Objek-objek ini, terutamanya keris pada kebiasaannya dilangiri dengan air limau nipis pada malam-malam tertentu, seperti malam Jumaat, sebulan sekali atau di malam Jumaat awal Muharam setiap tahun ketika bulan penuh dan diperasapkan dengan kemenyan.

Limau nipis merupakan satu bahan penting yang sering digunakan dalam pelbagai upacara amalan kebatinan termasuk perubatan Melayu tradisional, untuk memutus ubat, mandi perajan, mandi membuang sial badan dan sebagainya. Kaedah atau upacara melangiri senjata mungkin diketahui melalui pengajaran oleh pewaris ataupun melalui mimpi.

Apabila seseorang itu menerima saka tadi, tidak kira sama ada pada asalnya pewaris itu reda atau tidak, lalu akhirnya tunduk menerima dan melakukan upacara atau syarat-syarat yang diajar secara langsung atau tidak langsung termasuk ketika mimpi, makhluk tadi akan semakin rapat dengan ``tuan'' barunya yang boleh ``diperintah'' melakukan sesuatu. Iaitu untuk tujuan rawatan seperti yang dijelaskan. Untuk membinasakan lawan atau orang lain dengan permintaan ``pelanggan'' yang datang menemuinya.

Dari sinilah lahirnya pelbagai jenis amalan kebatinan seperti ilmu pengasih, ilmu penunduk, ilmu seri muka, ilmu pemisah iaitu untuk memisahkan antara suami isteri, ilmu pelalau iaitu ilmu menyebabkan seseorang itu, tidak kira lelaki atau perempuan tidak mendapat jodoh atau premis perniagaan yang tidak didatangi oleh pelanggan.

Termasuk dalam ilmu kebatinan ini ialah khidmat daripada pemilik saka yang boleh digunakan untuk menyakiti seseorang yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak normal atau bertindak seperti orang yang tidak waras, santau dan sebagainya.

Semua amalan ini termasuk dalam kategori ilmu sihir iaitu tindak-tanduk manusia yang melibatkan jin-jin atau yang dikenali sebagai makhluk-makhluk halus. Perlu dijelaskan bahawa amalan sihir adalah salah satu perbuatan dosa besar yang membinasakan.

Ilmu yang diwarisi melalui saka ada dua jenis. Jenis pertama adalah seperti yang dijelaskan di atas, yang ada kalanya boleh digunakan untuk sesuatu yang dianggap boleh memberi manfaat, seperti untuk tujuan rawatan, ilmu pengasih, ilmu seri muka, digunakan untuk mencari barang hilang dan sebagainya.

Selain mencari barang hilang, saka juga boleh digunakan untuk mencuri barang kepunyaan orang lain, seperti mencuri wang, barang kemas, pakaian termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu banyak hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan makanan iaitu kurma di zaman nabi s.a.w.

Selain boleh ``digunakan'' untuk tujuan yang dijelaskan, makhluk ini juga sering menyakiti orang lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga ``tuan'' saka tadi, malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan iman si empunya diri, yang dianggap sebagai ``tuan'' tadi, akan menyerang tuannya, terutama ketika telah uzur, sakit atau ketika tua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2007 10:44 PM | Show all posts
Orang Melayu yang memahami hal-hal yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan bahawa makhluk ini seumpama tidak terkawal apabila ``tuannya'' meninggal dunia dan tidak ada di kalangan keluarga yang ``bersedia'' untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pewaris selama ini.

Keadaan akan menjadi reda apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada makhluk ini.

Anggapan ini ada kebenarannya, tetapi pada hakikatnya biarpun makhluk ini mempunyai tuan baru, ia tetap menjadi masalah kepada manusia, terutama kepada keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu ialah untuk menyesatkan manusia seberapa banyak yang boleh, agar mereka dapat masuk ke neraka bersamanya.

Jenis kedua ialah saka ataupun penyakit yang diwarisi daripada seorang pewaris kepada seorang atau beberapa orang waris akibat daripada gangguan atau serangan iblis dan syaitan yang berlaku turun-temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris itu sakit, sakit yang sama akan dideritai oleh warisnya.

Pada kebiasaannya, sakit yang berpunca daripada saka tidak kira sama ada saka jenis pertama atau kedua adalah sama. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu tidak boleh tidur malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji lalu dia menghantuk-hantukkan kepala maka keadaan yang sama akan dialami oleh keturunannya, atau mereka yang diserang oleh saka tadi yang terdiri daripada kaum keluarganya.

Tidak mudah untuk memberi penjelasan bahawa seseorang itu sakit akibat saka. Umumnya, apabila sesuatu masalah atau sakit itu dirujuk kepada mereka yang terlibat dengan amalan kebatinan, maka selalunya dikatakan bahawa penyakit tersebut dirujuk sebagai kena buatan orang, kena sihir, gangguan, saka dan sebagainya.

Hakikatnya masalah penyakit perlu dirujuk kepada pakar, kerana punca penyakit itu adalah pelbagai akibat kecederaan, seperti luka, patah, keracunan, stres, depres dan sebagainya, akibat gangguan ataupun sihir.

Punca kedua ini sukar diakui oleh pengamal perubatan moden juga, berpunca daripada dua faktor yang dijelaskan yang berlaku serentak kepada mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 11:05 PM | Show all posts
wah panjang betui pasal hal saka ni.. barulah aku paham. Tak sangka maseh wujud di zmn serba canggih ni.. teringat aku sorang pakcik aku, anaknya sakit dihospital kerana pembedahan ketumbuhan diperitnya jadi lamalah sikit dok disepital..bilia pakcik ku tanya ank nya bagaimana rasa di sepital , anaknya kata ok tapi kalo mlm sunyai sgt jadi pakcik ku ckp takpe dia boleh uruskan. Mlm tu bila semua org dah balik kata ank nya wad dia cukuplah rioh rendah mcm ramai org berbuallah ,ketawalah makin tak boleh tido jadinya,tapi dia tak nmpak ape ape. Esok nya bila bapak nya dtg jengok dia tanya kat bapak dia apa bapak dia dah buat, so org tua tu ckp balik dia cuma nak kasi anak nya teman.. so anak pakcik aku suruh bapak dia panggil balik sape-sape yg dtg mlm tu dia tak nak teman yg mcm tu.. jadi lepas tu tak de lah yg dtg temankan dia dlm bilik wad tu.. ini cerita dari sepupu aku,anak pakcik aku. aku tak tahu betul ke tak.. pakcik tu dah ninggal, dia hidup menongkat langit jugak tapi tak de ape yg pelik cuma kekadang bebual sendiri je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 10:05 AM | Show all posts
sangatlah menarik cerita pasal saka ni,tak pernah tau dan takut dengar ceritanya...
Reply

Use magic Report

fms This user has been deleted
Post time 19-9-2007 04:07 PM | Show all posts

Reply #63 kroit92's post

hehe..
x mcm hantu avatar aku..
nampak kelakar ade laa..
Reply

Use magic Report

fms This user has been deleted
Post time 19-9-2007 04:37 PM | Show all posts

Reply #63 kroit92's post

hehe..
x mcm hantu avatar aku..
nampak kelakar ade laa..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 12:57 AM | Show all posts
dah ada dah thread saka nih...nak aku mergekan ke atau korang nak continue perbincangan dekat sini sahaja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2007 06:21 PM | Show all posts

Reply #72 boxchick's post

pakcik tu macam ada bela la ek?  dah dia kata sunyi, so dia antar untuk ilangkan sunyi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 07:56 AM | Show all posts
patutnya Saka harus dihapuskan dari muka bumi dari dulu lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2007 02:06 AM | Show all posts
mana posting ilang ni..
Reply

Use magic Report

Dookiezz This user has been deleted
Post time 22-9-2007 02:29 AM | Show all posts
Sesungguhnya... haku ni terasa macam nak suruh je saka aku cari pembunuh kejam Nurin tuh......... hiba hati baca kes arwah Nurin... amjadah brengsek punya Paedophile abusers... :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.406768 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list