CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ijad_adiputera

Asal-usul orang Melayu Sabah..

[Copy link]
 Author| Post time 9-11-2007 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by yaminz at 9-11-2007 11:04 AM
Hopefully, this might be help for your all as reference-...


Terima kasih Yaminz tapi..... Itu sejarah seluruh rumpun bangsa Melayu. Maklumat yg saya inginkan ialah sejarah asal-usul etnik Melayu di Sabah..

Saya kasi contoh tentang asal-usul orang Melayu di Sarawak (pernah dibincangkan dalam forum ini). Asal-usul orang Melayu di Sarawak ada 3 iaitu:-
  • Sumatera & Semenanjung Tanah Melayu;
  • Melayu Brunei yang berhijrah ke Sarawak; dan
  • orang-orang Dayak yang memeluk Islam dan mengamalkan budaya Melayu (serta pencipta Bahasa Melayu loghat Sarawak).
Maklumat sebeginilah yang saya perlukan tentang etnik Melayu di Sabah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2007 03:10 PM | Show all posts
Aku tekan sekali jerk.... yang keluar 5 kali posting.... :@:@:@:@:@

[ Last edited by  ijad_adiputera at 9-11-2007 03:13 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2007 03:10 PM | Show all posts
Aku tekan sekali jerk.... yang keluar 5 kali posting.... :@:@:@:@:@

[ Last edited by  ijad_adiputera at 9-11-2007 03:13 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2007 03:11 PM | Show all posts
Aku tekan sekali jerk.... yang keluar 5 kali posting.... :@:@:@:@:@

[ Last edited by  ijad_adiputera at 9-11-2007 03:13 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2007 03:11 PM | Show all posts
Aku tekan sekali jerk.... yang keluar 5 kali posting.... :@:@:@:@:@

[ Last edited by  ijad_adiputera at 9-11-2007 03:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 05:28 PM | Show all posts

Reply #41 ijad_adiputera's post

Samela kite...

- Etnik Melayu sabah, mungkin berasal dari: -
1) Kesultanan Melayu Sulu
2) Kesultanan Melayu Brunei
3) Sulawesi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2007 08:01 PM | Show all posts

Reply #46 yaminz's post

Aku rasa dari kalimantan.. dan asal melayu kalimantan lak , dari sumatera dan semenanjung
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2007 04:21 PM | Show all posts
off topic jap yer!<br />
kenapa keturunan org sabah masih lagi digunakan masa buat surat lahir. Kat semenanjung ni masa zaman dulu2 pun masih lagi digunakan. Contohnya ayah i keturunan melayu dlm surat lahir..tapi kakak & abang dia yang lahir tahun 40-an keturunan jawa kat dlm surat lahir..pada hal mak & bapak diorang sama jer...sebenarnya ok juga kalau digunapakai keturunan ni..so sampai ke anak cucu boleh tau asal-usul...melayu tu tetap melayu...tapi keturunan pun kita kena la tau juga...lama2 nanti pupus la sume keturunan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2007 09:04 PM | Show all posts

Reply #48 plum_candy's post

kalau kite gune keturunan/suku, kang takot jadi macam kat indonesia lak, jawa gaduh ngan madura, madura gaduh ngan dayak etc. Jika semua suku ini diletak dalam satu bangsa (melayu) mereka akan lebih bersatu. ini pendapat aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2007 08:29 AM | Show all posts

Reply #48 plum_candy's post

Setiap bangsa di dunia ni ada suku-sukunya...
Contohnya, bangsa Jepun ada suku Minamoto, Taira dll...
Tapi kini, amalan kesukuan di Jepun sudah diabaikan dan dianggap tak penting lagi kerana amalan kesukuan boleh memecah-belahkan sesuatu bangsa....

Perkara 160 Perlembagaan Malaysia telah menghapuskan amalan kesukuan di Malaysia (dan juga di Singapura yang ketika itu masih dalam Malaysia). Maka, lahirlah istilah Melayu Malaysia dan Melayu Singapura yg merangkumi pelbagai jenis suku pribumi Nusantara di kedua2 negara...

Piagam Melayu Islam Beraja
di Brunei juga telah menghapuskan amalan kesukuan di negara tersebut apabila 7 suku pribumi di Brunei iaitu Brunei, Tutong, Belait, Murut dll dikategorikan sebagai Melayu Brunei..

Istilah 'Christian Malay' dan 'Muslim Malay' diperkenalkan di Filipina sebagai satu cara utk menghapuskan jurang kesukuan di negara tersebut... Maka, lahirlah istilah 'Filipino Malay' (Melayu Filipina)

Aku setuju dgn pendpt dCrook. Sekiranya Malaysia masih terus mengekalkan amalan kesukuan, akibatnya bangsa kita akan saling berpecah-belah dan berperang sesama sendiri seperti yang berlaku di Indonesia...

[ Last edited by  ijad_adiputera at 10-12-2007 08:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 08:28 AM | Show all posts
Originally posted by dCrook at 7-12-2007 09:04 PM
kalau kite gune keturunan/suku, kang takot jadi macam kat indonesia lak, jawa gaduh ngan madura, madura gaduh ngan dayak etc. Jika semua suku ini diletak dalam satu bangsa (melayu) mereka akan le ...


bukan nak membezakan antara keturunan /suku..tapi nak mengekalkan asal-usul seseorang tu je...mcm yg kita sume maklum, apa yg dikatakan melayu kat malaysia ni ialah seorang yang beragama islam, bertutur bahasa melayu dan mengamalkan adat resam melayu dah dikira melayu...so melayu dalam konteks perlembagaan malaysia ni terlalu general...sape2 beragama islam, boleh cakap melayu dan ikut adat resam melayu..maka melayu lah orang tu...tapi melayu kan banyak cabang dan susur galur dia..so kita cuma nak anak cucu kita nanti sekurang-kuranya tahu yg diorang ni dari keturunan apa...bukan nak bertelagah/bergaduh pasal keturunan/suku masing-masing..lagipun kat borneo mmg diamalkan mentioned keturunan drpd dulu..tp tak pernah plak kita dgr ada berlaku pergaduhan antara keturunan/suku walaupun ada beratus-ratus jenis suku kaum kat sana kan... lagipun mcm kata Hang Tuah : "Takkan Melayu Hilang Di Dunia"
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 02:48 PM | Show all posts
Kalau melayu kawen bangsa lain mcm India,cina, kadazan, arab..adakah anak dia nnt = Melayu?Bumiputera?Dapat subsidi?

[ Last edited by  cak! at 12-12-2007 02:57 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2007 01:34 AM | Show all posts
Originally posted by cak! at 12-12-2007 02:48 PM
Kalau melayu kawen bangsa lain mcm India,cina, kadazan, arab..adakah anak dia nnt = Melayu?Bumiputera?Dapat subsidi?


Biar aku terangkan guna formula. Senang cak! dan yang lain faham...

Golongan 1
Ayah Melayu + Ibu kaum lain (Bumiputra/bukan Bumiputra) = Anak-anak dan keturunan dianggap Melayu dan Bumiputra.

Golongan 2
Ayah kaum lain (Bumiputra/bukan Bumiputra) + Ibu Melayu = Anak-anak dan keturunan dianggap Melayu dan Bumiputra.

Ini bermakna anak-anak dan keturunan kepada kedua-dua golongan di atas layak menerima Hak Keistimewaan Bumiputra di bawah Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Sebab utama mereka dianggap sebagai Melayu dan Bumiputra ialah kerana salah seorang ibu atau ayah mereka adalah Melayu, yakni seorang Bumiputra..

[ Last edited by  ijad_adiputera at 13-12-2007 01:51 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2007 02:51 AM | Show all posts
Originally posted by plum_candy at 12-12-200708:28 AM
mcm yg kita sume maklum, apa yg dikatakan melayu kat malaysia ni ialah seorang yang beragama islam, bertutur bahasa melayu dan mengamalkan adat resam melayu dah dikira melayu...so melayu dalam konteks perlembagaan malaysia ni terlalu general...sape2 beragama islam, boleh cakap melayu dan ikut adat resam melayu..maka melayu lah orang tu...


Andai kata jika seorang Cina memeluk Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu, dia hanya dianggap sebagai 'masuk Melayu' tetapi dari segi undang-undang, dia tetap bukan Melayu dan tak pernah jadi Melayu.

Walau bagaimanapun, katakan jika si Cina tu berkahwin dengan orang Melayu, maka anak-anak dan keturunannya akan diiktiraf sebagai Melayu di bawah undang-undang Malaysia.

Ingat tak dulu ada sebuah persatuan India-Muslim (Mamak) meminta kerajaan mengiktiraf golongan tersebut sebagai Melayu atas alasan 30% daripada mereka sudah mengamalkan adat resam Melayu dan berbahasa Melayu di rumah. Kerajaan pula tidak melayan tuntutan mereka atas dua sebab:-
1) golongan India-Muslim atau Mamak tidak memiliki darah keturunan penduduk Nusantara.
2) jika tuntutan mereka ditunaikan, kemungkinan golongan lain juga akan menuntut perkara yang sama dari kerajaan.

Maknanya, "keyword" utama di sini ialah darah keturunan. Kalau tak, habislah semua kaum di Malaysia ni pun boleh jadi Melayu...

Originally posted by plum_candy at 12-12-2007 08:28 AM
so kita cuma nak anak cucu kita nanti sekurang-kuranya tahu yg diorang ni dari keturunan apa...bukan nak bertelagah/bergaduh pasal keturunan/suku masing-masing..


Apa kata awk kaji sejarah keluarga awak setakat yang termampu. Pastu, awk buat satu carta menunjukkan salasilah keluarga awk. Kemudian, tulislah tentang sejarah hidup setiap tokoh dalam keluarga awk spt ibu, ayah, datuk, nenek, moyang dll. Akhir sekali, bukukan dan wariskan buku tu pada anak-cucu awk. Rata-rata masyarakat Arab dan Barat buat mcm tu agar anak cucu mereka tau asal-usul dorg (contohnya dlm cter Charmed..)

[ Last edited by  ijad_adiputera at 13-12-2007 02:55 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by isegrim_82 at 8-11-2007 06:33 AM
Fakta 1
- Berdasarkan dr prof aku,semua penduduk sabah (tolak cina,india,pilipin,pendatang asing) adalah rumpun melayu



isegrim,

kenapa tolak pilipin(orang Filipina) ?

Orang Filipina kan Rumpun Melayu juga!

Di Filipina, yang bukan Rumpun Melayu ialah Negrito, Cina, dan Orang Sepanyol di Filipina.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 9-11-2007 03:10 PM


Terima kasih Yaminz tapi..... Itu sejarah seluruh rumpun bangsa Melayu. Maklumat yg saya inginkan ialah sejarah asal-usul etnik Melayu di Sabah..

Saya kasi contoh tentang asal-usul orang M ...


  • Sumatera & Semenanjung Tanah Melayu;
  • Melayu Brunei yang berhijrah ke Sarawak; dan
  • orang-orang Dayak yang memeluk Islam dan mengamalkan budaya Melayu (serta pencipta Bahasa Melayu loghat Sarawak).
Maklumat sebeginilah yang saya perlukan tentang etnik Melayu di Sabah....


maaf.. melayu Brunei yg ada di Sabah dan Sarawak bukan nya mereka yg BERHIJRAH. tp mengikut sejarah, sebahagian Sabah dan Sarawak adalah di bawah pemerintah Kerjaan Brunei dizman dulu.. dan keturunan mereka yg ada hingga kini masih mengaku diri mereka  Melayu Brunei. (korang jgn konpius lak, mereka hanya mengaku diri mereka berbangsa Puak Melayu Brunei, tp tetap berbangga sebagai rakyat Malaysia)..

yg saya pasti, Puak Melayu Brunei yg ada di Sarawak ialah di bahagian Limbang,(lihat peta bahagian Selatan Brunei), manakala bahagian timur Brunei, kawasan Lawas, sundar, merapok, dan di sabah : Spitang, beaufot, hingga ke Papar.. (termasuk Labuan).. kawasan ini sudah pasti majoritinya penduduk Melayu Brunei.
dan semestinya, kawasan2 yg disebutkan diatas masih mempunyai pertalian darah yg rapat.

heheheh mcm cub, 1st cousin ada kat Lawas n beaufot. kat Limbang ada 2nd cousin.....

manakala, 1 kawasan di Kallimantan, dikenal pasti ada puak Melayu Brunei. area tu cub tak ingat. tp dipahamkan pertuturan mereka mirip kepada dialek MB.. mungkin Ijad akan tertanya2, mengapa sampai jauh ke Kalimantan.. jawapan nya ialah, salah seorang adik pemerintah Brunei kala itu,diarahkan utk memerintah Sambas..(atas sebab pertelingkahan utk memerintah Brunei- dan adik sultan ni beribukan puteri sambas,- mereka hanya se-ayah).mungkin mereka2 itu adalah waris2 yg dibawa oleh adik sltan tersebut untuk memerintah sambas.

p/s: ni cub dpt dr buku sejarah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2007 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by my_3A at 18-12-2007 10:27 AM



isegrim,

kenapa tolak pilipin(orang Filipina) ?

Orang Filipina kan Rumpun Melayu juga!

Di Filipina, yang bukan Rumpun Melayu ialah Negrito, Cina, dan Orang Sepanyol di Filipina.


, setuju, kenapa kena tolak pilipin.. bangsa Moro di Pilipin ialah bangsa melayu islam.. Moro berasal dari perkataan Moroko, penjajah merujuk kepada org2 Moroko yg beragama islam.

Cota Batu di Mindanao tu adalah tempat persinggahan Sultan Brunei ke-5, Sultan Bolkiah.. sultan yg terkenal kerana zaman baginda la kerajaan kegemilangan Brunei. . dan pada asasnya, mungkin, baginda menamakan Cota Batu tu mengambil sempena dgn istana dan kerajaan baginda yg berpusat di Kota Batu, Brunei.. jauhnya hanya 5 km dr BSB pada masa ini...  serta makam baginda terletak di Kota BAtu, Brunei
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 11:26 AM | Show all posts
Originally posted by MH772 at 8-11-2007 10:04 AM
Setau aku bangsa Kadazandusun nih sebenarnya berasal dari Selatan China. Sbb tuh muka mrk nih ada rupa Cina



Itu tak tepat.

Sebab:

1. Rumpun Melayu semuanya berasal dr Selatan China/Taiwan.


2. Kadazan yang berupa Cina tu ialah Kacukan Cina-dengan-Kadazan(Sino Kadazan).

3. Dr segi linguistik tiada persamaan bahasa dengan Bahasa Cina seperti:
    a)kosa kata "survived"(terselamat) - Bahasa Kadazan tak sama spt Bahasa Cina.
    b)tatabahasa; imbuhan dll - begitu juga dengan sistem imbuhan dan tatabahasa yang lain.

4. Pakaian bukan sesuatu yang asas; tak boleh disamakan dengan kaum Miau.

5. Fizikal, Bahasa(linguistik), dan Kepercayaan ialah antara asas kajian.

6. Antropologist dan Linguist sepakat dan telah kategorikan Kadazan dalam Rumpun Melayu selepas pelbagai kajian dijalankan.






KESIMPULAN
Kadazan-Dusun ialah Rumpun Melayu yang tak dapat dinafikan lagi
.

[ Last edited by  my_3A at 18-12-2007 11:31 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by daun_jampi at 8-11-2007 09:02 AM
bugis ni asal dari mana yer? ada yang kata dari papua new guinea dan sumatera riau.


Bugis memang ada di Papua(Irian Jaya) dan Riau Sumatera, tapi di sana mereka bukan penduduk asal.

Bugis berasal dr Sulawesi, Indonesia.

Mereka ada di Jawa, Samarinda(di Kalimantan), dan Timur Sumatra di Indonesia.

Di Malaysia, mereka terdapat di Semenanjung, dan Sabah.

Di Filipina, mereka telah menetap di Selatan Filipina.

Ada pendapat mengatakan bahawa Bugis Sabah berasal dr Filipina setelah berhijrah dr Sulawesi(di Indonesia).

Nak tau sebab2 Diaspora Bugis?

Diaspora Bugis berlaku oleh migrasi semasa abad 18 dan 19 yang mana dipandu oleh penjajahan Belanda dan Sistem Cultivation (dlm Bahasa Belanda: cultuurstelsel).
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 12:24 PM | Show all posts
Originally posted by ijad_adiputera at 13-12-2007 01:34 AM


Golongan 2
Ayah kaum lain (Bumiputra/bukan Bumiputra) + Ibu Melayu = Anak-anak dan keturunan dianggap Melayu dan Bumiputra.




ijad_adiputera,

dari mana kau dapat maklumat ni?

Setahu aku lah,

Menurut peraturan dan ketetapan di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN), kalau Ayah = Bukan-Bumiputra walaupun ibunya Bumiputra, maka anak = Bukan Bumiputra.

Contohnya:

Bapa Cina + Mak Kadazan = Anak Cina.

Tetapi, ada yang ibunya mahu anaknya diiktiraf Bumiputra,jadi  ibunya memohon di JPN.
Maka dapatlah taraf Sino-Native(Cina Bumiputra). Tapi tak dapat taraf Bumiputra penuh.

Ikutkan tak boleh buat macam tu, kerana peraturan di JPN = Keturunan/Kaum ditentukan melalui kaum bapa, walaupun ibunya = Bumiputra.

Golongan 2 tu tak tepat.

Ada satu perkara yang berlaku di Semenanjung, ramai India Muslim mahu taraf Bumiputra, pasal nak dpt keistimewaan Bumiputra(Melayu).
Jadi pernah dituntut oleh mereka(dr sebuah persatuan India Muslim) untuk jadi Melayu.

Dalam UMNO pula, dah wujud segelintir golongan Bukan Rumpun Melayu yang mengaku Melayu.
Padahal ketara betul yang diri mereka Bukan Melayu sebaliknya ialah India Muslim.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.081444 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list