CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amir

Wajib,Sunat,Makruh dan Haram - Harus Bukan Hukum

[Copy link]
Post time 23-11-2007 06:27 PM | Show all posts

Reply #60 Amir's post

maknanya perkara tersebut tidak diletakkan hukum.. sekadar berdosa atau berpahala je.. tuan guru mana la yg pandai sangat nak kata seseorg itu akan dpt pahala jika buat sesuatu perkara..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2007 06:28 PM | Show all posts
Originally posted by goldraja at 23-11-2007 06:14 PM
ini soalan aku:
bagaimana jika sesuatu amalan / ibadah itu tidak terdapat larangan atausuruhan dari Allah mahupun Rasul-Nya? apa status amalan / ibadahtersebut?

ini jawapan ko:


ini bukan ...



Perkara-perkara yang hang sebut itu tadi akan jadi ibadah sekiranya dibawa ke arah kebaikan dan sebaliknya iaitu berdosa kalau ke arah maksiat.

Jangan lupa,AlQuran itu bukan saja mengandungi perintah dan larangan tetapi syor-syor terhadap sesuatu perkara atau perbuatan. Daripada perintah dan larangan,ulamak mengeluarkan hukum wajib dan haram dan tidak lupa jugak daripada syor-syor itu jugak ulamak keluarkan hukum sunat dan makruh. Contohnya aku dah sebutkan seperti Halalan thoyiban.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2007 06:30 PM | Show all posts
Originally posted by goldraja at 23-11-2007 06:27 PM
maknanya perkara tersebut tidak diletakkan hukum.. sekadar berdosa atau berpahala je.. tuan guru mana la yg pandai sangat nak kata seseorg itu akan dpt pahala jika buat sesuatu perkara..



Kan Allah dah kata yang Dia akan hisab perkara-perkara kebaikan dan kejahatan walaupun sebesar zarrah!

Kau yang tidak baca betul-betul ni raja,gold lagi...........baca baik-baik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2007 06:32 PM | Show all posts

Reply #63 goldraja's post

Perkara-perkara ada hukum iaitu sunat dan makruh.

Hei raja.........
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 06:34 PM | Show all posts

Reply #66 Amir's post

memang Allah SWT ada berfirman seperti itu.. tp siapa kita, siapa ulama, siapa kamu nak tentukan sama ada amalan baik itu berpahala atau tidak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2007 06:37 PM | Show all posts

Reply #68 goldraja's post

Siapa kita..siapa ulama...........

Adoh...adoh........aku nak salutkan kau dengan tembaga le pulak.....

Tak faham ke atau buat-buat tak paham...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2007 06:40 PM | Show all posts

Reply #69 Amir's post

aku tak faham ke? aku cuma tanya siapa kita ni yg pandai-pandai nak tentukan sesuatu amalan baik itu berpahala atau tidak?

aduh.. aduh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 06:47 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 23-11-2007 03:57 PM


Aku kemukakan asas hukum syara' yang ada didalam kitab feqah. Hanyahukum harus itu aku tak bersetuju oleh itu aku bagi hujjah aku.

Kalau kamu lihat kesemua hukum itu ada implikasinya iaitu dosa danpahala. Dan aku telah kemukakan kepada kamu ayat Quran tentang sekecilzarrah pun perbuatan kita akan dihisab. Kamu faham setekad ini.

So, kalau faham aku teruskan lagi,

Kalau perbuatan kita sekecil zarrah pun dihisab kenapa pula adaperbuatan yang dikira tak ada dosa dan tak pahala? Oleh disebabkankefahaman aku sebegitule maka aku katakan hukum harus itu tak ada.

Asas hukum syara' yang 4 tadi tu. Semuanya bersangkutan denganperbuatan kita. Selain daripada itu adalah rangkaian daripada 4 hukumtadi mestilah dilihat ianya berangkai dengan yang mana satu sepertiberangkai dengan wajib ataupun haram atau sunat ataupun makruh,itu saje.

Ikhlaslah berbincang yang benar kita benarkan dan yang kurang benar kita akur.

Originally posted by Amir at 23-11-2007 03:57 PM

Jangan lupa, AlQuran itu bukan saja mengandungi perintah dan larangantetapi syor-syor terhadap sesuatu perkara atau perbuatan. Daripadaperintah dan larangan,ulamak mengeluarkan hukum wajib dan haram dantidak lupa jugak daripada syor-syor itu jugak ulamak keluarkan hukumsunat dan makruh. Contohnya aku dah sebutkan seperti Halalan thoyiban.


Apa pula pandangan Tuan Amir terhadap kenyataan Ulama di bawah ni?

Sheikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan:
  "Ulama-ulama Islam telah menetapkan satu kaedah yang menyebut: Asal bagi setiap semua perkara itu adalah harus hukumnya. Kaedah ini diambil berdasar dari firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah 29: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.

(http://www.qaradawi .net/site/ topics/article. asp?cu_no= 2&item_no=3806&version=1&template_id= 74&parent_id=1)



[ Last edited by  mnm77 at 23-11-2007 06:51 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2007 07:43 PM | Show all posts
Originally posted by goldraja at 23-11-2007 06:40 PM
aku tak faham ke? aku cuma tanya siapa kita ni yg pandai-pandai nak tentukan sesuatu amalan baik itu berpahala atau tidak?

aduh.. aduh...


sy tak faham la, mungkin setengah yg dikatakan saudara amir tu boleh  dipertikai...

tapi....dia ada sebut tentang wajib ,haram dan lain2...

semua itu bukankah yg kita belajar dari kecil???....

benar, semua dosa pahala Allah yg tentukan....tapi jgn lupa Wajib dan haram semua tu Allah jugak yg bagi panduan...

dan utk hidup kita perlu pegang pada panduan ni...

bayangkan kalau tiada panduan utk kita...
atau dengan kata lain kita tak tahu bila kita buat dosa, bila kita dapat pahala...

asyik2 dok kata Allah saja yg layak tentukan...

masalahnya, nanti adalah yg mengatakan..."alah buatpa buat baik ,belum tentu dapat pahala pun..."

ataupun "alah buat jahat tak semestinya dapat dosa atau masuk neraka,...semua tu Tuhan yg tentukan...."  haaa...kan dah susah camni...

pada saya kalau saudara goldraja nak persoal saudara Amir, persoal saja mengenai hal mubah tu, jangan dipersoal hukum2 yg sudah diyakini iaitu haram wajib dan sebagainya....bincangkan mengenai mubah sahaja....

ingatlah, walaupun dosa pahala hanya Allah saja yg tentukan tapi kita perlu panduan dan memang sudah diberi panduan, bukan hentam keromo saja...

dan panduan itu perlulahlah jelas menjelaskan yang itu berdosa yg ini tidak...yang itu berpahala yg ini tidak...seperti mana yg ditulis dalam kitab2  hukum...barulah org tahu hitam putih...tahu baik buruk...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2007 08:53 PM | Show all posts

Reply #73 ussopp's post

Minta maaf sekiranya saudara ussopp terkeliru..

utk makluman, aku tidak pernah mempersoalkan hukum mubah (harus) apatah lagi membela hukum tersebut. Buat apa aku nak membelanya, sedangkan hukum harus itu dah dipersetujui oleh imam mazhab yg empat. Imam Syafie dan Imam Hanafi yg diketahui sebagai pelopor yg menyusun ilmu usul fiqh juga menerima dan tidak mempersoalkan hukum harus ini. Jadi kedudukan hukum harus sebagai asas hukum syarak sudah jelas dan kukuh.. perlu diketahui, Imam Hanafi telah mengariskan 7 asas hukum syarak (Fardhu, wajib, sunat, haram, makruh tahrim, makruh tanzih, harus), bkn 5 seperti Imam Syafie

tp aku mempersoalkan kelima-lima takrifan 揌ukum Islam
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 12:26 AM | Show all posts

Reply #74 goldraja's post

ok2.....

sila carry on....

haa...sy ulang balik soalannyaa...
Bagaimana jika sesuatu amalan / ibadah itu tidak terdapat larangan atau suruhan dari Allah mahupun Rasul-Nya? apa HUKUM amalan / ibadah tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 23-11-2007 06:28 PM

Perkara-perkara yang hang sebut itu tadi akan jadi ibadah sekiranya dibawa ke arah kebaikan dan sebaliknya iaitu berdosa kalau ke arah maksiat.

Jangan lupa,AlQuran itu bukan saja meng ...



Islam adalah sebuah agama yang dipenuhi dengan hukum-hakam, dari kita bangun tidur hinggalah kita tidur semula pada malam hari; setiap perbuatan kita mesti mematuhi hukum syarak, sama ada wajib, sunat, haram, makruh atau harus. Bermula dari kita aqil baligh hinggalah ke liang lahad, malaikat yang berada di kiri dan kanan kita tidak akan berhenti mencatat setiap amalan kita, samada baik atau buruk.

Yang pasti, setiap pahala dan dosa, walau sebesar zarah sekalipun, tidak akan terlepas dari catatan para malaikat yang mulia. Konsep pahala dan dosa ini lahir dari pematuhan dan perlanggaran terhadap hukum. Tetapi ia bukan tafsiran kepada hukum. Ini amat jelas namun masih ada yang terkeliru atau sengaja mahu mengelirukan orang lain. Memesongkan pemahaman orang ramai terhadap hukum yang jelas. Allah akan menghisab setiap amalan kita berdasarkan setiap hukum yang kita patuhi atau langgari.

Persoalan niat sahaja (yang baik) di dalam Islam sekalipun boleh memberikan pahala kepada seseorang walaupun perbuatan belum dilakukan. Fahamilah betul-betul, pahala itu lahir dari hukum yang dipatuhi, manakala dosa itu lahir apabila sesuatu hukum itu diingkari.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2007 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by Amir at 23-11-2007 04:03 PM

Kamu nak bagi lecture ke? Kamu putar le kot mana pun mana ada berubah maknanya seperti yang aku terangkan. Kamu sebut jugak hukum wajib,sunat haram makruh dengan sedikit penambahan sebutan arab-arab tu..



cuba saudara Amir yg bijaksana tunjukkan... bahagian mana yg sama antara takrifan usul fiqh dgn takrif ko?

takrifan hukum syarak bukan berdasarkan penerimaan dosa atau pahala..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 01:57 AM | Show all posts
Originally posted by Amir at 13-11-2007 12:24 PM

Bukti: Surat Az-Zilzaal Ayat 7 dan 8

Firman Allah:"Barang siapa mengerjakan kebaikan,meskipun seberat zarrah akan dilihatnya balasan kebaikan itu.Barang siapa mengerjakan kejahatan meskipun seberat zarrah akan dilihatnya balasan kejahatan itu."

Ada orang kata,makan itu hukumnya harus,betul ke? Sebabnya kalau kita makan benda yang halal lagi baik (seperti yang tersebut di dalam AlQuran) sudah tentu mendatangkan kebaikan dan ini mendapat pahala. Jadi dimana letaknya hukum harus ini sekiranya setiap perbuatan kita dihisab!


Ini lah contoh pemikiran yg tidak mencapai piawaian yg ditetapkan utk memahami dan mentafsir maksud ayat al-quran.. hujah akal seperti ini hanya akan menzahirkan kebodohan dlm memahami ayat al-quran..

jika pemahaman terhadap 5 asas hukum syarak masih lagi tidak dapat dikuasai, bagaimana utk memahami hukum-hakam yg jauh lebih rumit dan mempunyai byk cabang khilaf seperti hukum ibadat, hukum pemerintahan, hukum muamalat, hukum jinayat (hudud, qisas, tanzir) dan hukum munakahat?

Kalau ilmu baru bertaraf beginner, jgn buka topik berkaitan hukum apatah lagi yg mencabar hukum fekah. buka je topik politik dan demokrasi. kat situ hujah akal dan falsafah bebas utk digunakan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 02:04 AM | Show all posts
Pertama

Ulama Fekah mendefinisikan bahawa Hukum Syarak sebagai 揔hitabu Syar抜e al-Muta抋lliku bi af抋lil 慽bad Thalban aw Takhyiran aw Wadh抋n" (seruan Allah sebagai Pembuat Hukum yang berkaitan dengan amal perbuatan manusia baik dalam bentuk tuntutan atau memberi pilihan atau berkenaan dengan situasi).

Daripada definisi ini menjelaskan bahawa apa sahaja ayat Al-Quran dalam bentuk perintah melakukan perbuatan atau meninggalkan perbuatan (wajib, haram, fardhu) atau saranan-saranan (sunat, makruh) atau memberi pilihan (harus) adalah merupakan hukum syarak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 02:07 AM | Show all posts
Kedua

Sebuah hadis Nabi SAW:
揇ari Abi Tsa'labah Al Khusyany Jurtsum Bin Nasyir RA daripada Rasulullah SAW, sabdanya: Sesungguhnya telah memfardhukan (mewajibkan) beberapa kewajiban, maka janganlah kamu mensia-siakannya. Dan Dia telah menetapkan beberapa had (batasan), maka janganlah kamu melampauinya. Dan Dia telah mengharamkan sesuatu, maka janganlah kamu mencerobohinya. Dan Dia telah mendiamkan tentang sesuatu, sebagai rahmat bagi kamu, bukan kerana Dia lupa, maka janganlah kamu (mencuba) menyelidikinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2007 02:11 AM | Show all posts
Ketiga

Fahamilah betul-betul Qa抜dah Kulliyat, iaitu perbincangan tentang kaedah terbitan hukum dari mafhum (pemahaman) sesuatu ayat. Kaedah ini telah banyak menyelesaikan permasalahan melalui penerbitan hukum, walaupun hanya melibatkan satu ayat. Dari kaedah ini ia dapat menyelesaikan banyak permasalahan hukum yang berkaitan dalam hidup manusia. Sebagai contoh, jika kita membaca ayat

揇ialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2007 02:13 AM | Show all posts
Keempat

Asas hukum syarak yang ditetapkan ialah 揳sal sesuatu yang dicipta Allah adalah mubah (harus). Tidak ada satu pun yang haram, kecuali kerana ada nas yang sah dan tegas dari yang berhak membuat hukum itu sendiri, iaitu Allah dan Rasul-Nya, yang mengharamkannya. Sekiranya tidak ada nas yang sah, misalnya kerana ada sebahagian hadis lemah atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram atau menimbulkan keraguan, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, iaitu mubah (harus).

Ulama Islam menegaskan ketetapan, bahawa segala sesuatu asalnya mubah (harus), seperti tersebut di atas, dengan dalil ayat-ayat al-Quran yang antara lain:

"Dialah Zat yang menjadikan untuk kamu apa-apa yang ada di bumi ini semuanya." (al-Baqarah ayat 29)

"(Allah) telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi semuanya daripada-Nya." (al-Jatsiyah ayat 13)

"Belum tahukah kamu, bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Dia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmat-Nya yang nampak mahu pun yang tidak nampak." (Luqman ayat 20)

Perlu diketahui, penggunaan hukum haram dalam syariat Islam sebenarnya sangat terhad; dan penggunaan hukum harus pula sangat luas. Ini kerana nas-nas yang sahih dan tegas dalam halal-haram, jumlahnya sangat sedikit. Sedangkan sesuatu yang tidak ada keterangan halal-haramnya, adalah kembali kepada hukum asal iaitu harus, iaitu perkara yang Allah diamkan.

Untuk soal ini ada Hadis Sahih yang menyatakan sebagai berikut:

"Apa saja yang Allah halalkan dalam kitab-Nya, maka ia adalah halal, dan apa saja yang Dia haramkan, maka dia itu adalah haram; sedang apa yang Dia diamkannya, maka dia itu dibolehkan (harus). Oleh karena itu terimalah dari Allah kemaafannya itu, sebab sesungguhnya Allah tidak bakal lupa sedikitpun." Kemudian Rasulullah membaca ayat: dan Tuhanmu tidak lupa.
(Riwayat Hakim dan Bazzar)

"Rasulullah s.aw. pernah ditanya tentang hukumnya samin, keju dan keldai hutan, maka jawab beliau: Apa yang disebut halal ialah: sesuatu yang Allah halalkan dalam kitab-Nya; dan yang disebut haram ialah: sesuatu yang Allah haramkan dalam kitab-Nya; sedang apa yang Ia diamkan, maka dia itu salah satu yang Allah maafkan buat kamu." (Riwayat Tarmizi dan lbnu Majah)

Rasulullah tidak memberikan jawapan kepada si penanya dengan menerangkan satu persatu, tetapi baginda membuka jalan pemahaman terhadap suatu kaedah yang mana dengan kaedah itu mereka dapat memahami panduan dari ayat-ayat Allah.

Sabda Rasulullah lagi:
揇ari Abi Tsa'labah Al Khusyany Jurtsum Bin Nasyir RA daripada Rasulullah SAW, sabdanya: Sesungguhnya telah memfardhukan (mewajibkan) beberapa kewajiban, maka janganlah kamu mensia-siakannya. Dan Dia telah menetapkan beberapa had (batasan), maka janganlah kamu melampauinya. Dan Dia telah mengharamkan sesuatu, maka janganlah kamu mencerobohinya. Dan Dia telah mendiamkan tentang sesuatu, sebagai rahmat bagi kamu, bukan kerana Dia lupa, maka janganlah kamu (mencuba) menyelidikinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2007 04:13 PM | Show all posts

Reply #68 mnm77's post

Quoted:

[quote]Apa pula pandangan Tuan Amir terhadap kenyataan Ulama di bawah ni?

Sheikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan:
  "Ulama-ulama Islam telah menetapkan satu kaedah yang menyebut: Asal bagi setiap semua perkara itu adalah harus hukumnya. Kaedah ini diambil berdasar dari firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah 29: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi.
[/quote]



Penjelasan:

Ini pendapat aku dan aku bertanggongjawab kepada Allah SWT kerana Allah telah berfirman bahawa kita tak boleh dakwa-dakwa kepada orang lain hatta ulama ataupun Yusof Al Qardhawi pun tak boleh menyelamatkan aku.

Ayat itu ayat tauhid pemberitahuan tentang segala-gala yang ada dibumi Dia ciptakan untuk manusia.Kita isbat perkara itu dan tak boleh nafi dan kalau nafi, kufur jadinya.

" Asal bagi setiap semua perkara itu adalah harus hukumnya." Apakah ayat itu bermaksud hukum harus itu disabitkan hukum harus itu kepada manusia? Manusia boleh makan, minum, berteduh dan sebagainya. Seolah-olah permulaan manusia ini dibumi ini. Walhal tidak bergitu! Permulaan manusia itu diSyurga seperti mana yang kita mengetahui dan diSyurga lagi Allah telah wujudkan hukum melalui perintahNya kepada Adam as dan Hawa.

Oleh itu tiada hukum perbuatan disitu tetapi yang ada hanyalah hukum tauhid saje;hukum iman.

Di Syurga sana telah ada hukum yang dikenakan kepada manusia tetapi dibumi ini,manusia telah mewarisi hukum boleh atau tidak boleh. Jadi penafsiran ulama itu tidak tepat kerna mereka(ulama) semestinya melihat ayat-ayat AlQuran keseluruhannya dan tidak ambil satu-satu kemudian tafsir.

Dan satu lagi,hukum ini dikaitkan dengan perbuatan kita;orang yang melakukannya. Ini ulama sebut: asal bagi setiap semua perkara, apa itu makna perkara,ini tidak jelas.

[ Last edited by  Amir at 26-11-2007 04:14 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2007 04:35 PM | Show all posts
Originally posted by goldraja at 26-11-2007 02:13 AM
Keempat

Asas hukum syarak yang ditetapkan ialah 揳sal sesuatu yang dicipta Allah adalah mubah (harus). Tidak ada satu pun yang haram, kecuali kerana ada nas yang sah dan tegas dari yang berhak ...



Tak payahlah nak terangkan seperti nak mengajar orang lain. Anggaplah orang lain jugak tahu akan selok-belok agama.

Kehidupan ini penuh dengan peraturan dan setiap apa yang kita lakukan merupakan ibadah dalam ertikata yang luas. Setiap perbuatan/tindakan kita berkisar kepada peraturan yang diturunkan oleh Allah dan ianya akan dihisab walaupun sebesar zarrah yang kita lakukan.

Sebagai hamba Allah kita mesti akur terhadap peraturan-peraturanNya.Peraturan-peraturan ini lebih memberi makna yang lebih luas merangkumi segala hukum-hukum. Setiap hukum jugak berkait-rapat dengan yang lain dan mesti dilihat sebagai perkara ibadah kepada Maha PenciptaNya.

Kalau kamu tak puas hati berilah contoh-contoh pada perkara mubah/harus yang tiada kaitan dengan pahala dan dosa agar dapat aku huraikan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.080539 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list