CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Binatang-binatang Yang Hampir Pupus : Kembalikan 'rumah' Orangutan -

[Copy link]
 Author| Post time 5-1-2008 08:31 AM | Show all posts


What a beauty: Shabrina admiring the clouded leopard
captured by the Perak Department of Wildlife and
National Parks headquarters in Ipoh yesterday.



Saturday January 5, 2008
Rare cat caught in chicken coop
By CHAN LI LEEN

IPOH: A clouded leopard's search for food led it to a chicken coop at a former rubber estate in Chepor where it was later captured by wildlife officials.

Perak Department of Wildlife and National Parks (Perhilitan) director Shabrina Mohd Shariff said the department was called in after the owner discovered the adult male feline in one of his chicken coops at about 11.30am yesterday.

揥e presume the cat was driven out of its habitat to look for food because of encroachment into its surroundings,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2008 06:13 AM | Show all posts
Selamatkan Tapir Malaya
Oleh SUBASHINI RAJANDRA


Tapir Malaya adalah yang terbesar dan cepat membesar berbanding spesies Tapir lain.



ANAK Tapir lahir dengan jalur dan bintik hitam putih yang semakin
lenyap apabila mencapai usia matang



TAPIR adalah antara haiwan di mana rupanya nampak sama sejak tiga juta tahun lalu. Tapir yang kerap dikaitkan dengan 'saudara' dekatnya iaitu kuda dan badak sumbu, sebetulnya mempunyai ciri-ciri tersendiri dan unik dari segi bentuk badan dan habitat.

Tapir secara amnya boleh dikelaskan kepada empat jenis iaitu Tapir Malaya yang hidup di Asia Tenggara, Tapir Gunung, Tapir Baird dan Tapir Brazil yang terdapat di Amerika Selatan.

Spesies ini mempunyai kaki yang pendek dengan empat batang jari di kaki hadapan dan tiga batang jari di kaki belakang.

Badannya diliputi dengan bulu yang jarang dan mulutnya yang muncung atau cerompong seakan-akan sama seperti belalai gajah. Cerompong inilah yang digunakan untuk mencari makanan kegemaran seperti buah-buahan, daun dan juga rumput di hutan. Haiwan ini memiliki tubuh yang berwarna putih di bahagian tengah dan hitam di bahagian depan serta belakang badan. Bahagian luar telinga Tapir juga berona putih
.

Bagaimanapun, anak Tapir lahir dengan jalur dan bintik hitam putih yang semakin lenyap apabila mencapai usia matang. Tapir mampu hidup sehingga 30 tahun.

Ia juga dikenali dengan panggilan cipan atau tenuk dalam bahasa tempatan. Tapir menggunakan perbezaan warna pada badannya sebagai satu kelebihan untuk melepaskan diri daripada haiwan pemangsa seperti harimau bintang. Warna hitam putih secara berselang membuatkan haiwan pemangsa keliru dengan batu besar apabila ia terbaring di atas tanah sambil tidur.

Tapir yang gemar mandi, adalah perenang yang baik. Jika diganggu oleh haiwan lain, tapir akan lari ke sumber air yang terdekat untuk menghilangkan diri. Tapir Malaya boleh membesar sehingga 1.8 meter hingga 2.4 meter dan mencapai berat 250 hingga 320 kilogram. Ada juga yang menampung berat sehingga 410 kilogram.


TAPIR dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar di Malaysia


Tapir betina adalah lebih besar daripada jantan dan biasanya pasangan haiwan ini hidup bersama sehingga mati. Meskipun dinyatakan terlebih dahulu bahawa haiwan ini menerima ancaman daripada haiwan pemangsa lain termasuk harimau, namun ancaman utama datang daripada aktiviti manusia yang melibatkan kerja-kerja pembalakan, pembinaan projek hidroelektrik yang menyebabkan banjir, pemburuan dan sebagainya.

Di kawasan Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor, sebilangan besar Tapir didapati mati dilanggar kenderaan. Sikap pengusaha tanah yang tidak peka dengan keadaan alam sekitar turut memburukkan keadaan. Sehingga tahun 2006, sebanyak enam ekor Tapir dilanggar mati oleh pemandu yang melalui jalan di kawasan tersebut. Perkara yang sama juga berlaku di Kota Tinggi, Johor, berdekatan dengan Loji Air Sungai Lebam.

Begitupun, usaha sentiasa diambil untuk membiak dan memulihara spesies ini yang hanya beranak seekor dalam tempoh dua tahun.

Pada pertengahan tahun 2007, seekor Tapir melahirkan sepasang anak kembar yang sihat di Pusat Konservasi Tapir Malaya, Sungai Dusun, Tanjung Malim, Perak.

Kelahiran ini tidak disangkakan memandangkan kelahiran kembar spesies Tapir jarang berlaku. Kedua-dua Tapir itu diberi nama May dan Junior.

"Cabaran yang dihadapi pada masa depan ialah bagaimana menggunakan maklumat yang sedia ada untuk melaksanakan program konservasi dengan lebih sempurna dan berkesan," kata Pengarah Bahagian Pemuliharaan Ex-Situ, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Khairiah Mohd. Shariff. Beliau pernah menjalankan kajian terhadap Tapir di Rezab Hidupan Liar Krau, Pahang dengan Zoo Coopenhagen pada tahun 2002.

Pada awal bulan ini juga, Jabatan Perhilitan berjaya memerangkap seekor Tapir betina yang berusia dalam lingkungan tiga tahun untuk dijadikan bahan kajian. Tapir ini yang diberi nama Liya dipasang dengan sejenis kolar pada leher untuk menjejak pergerakannya.

Koordinator projek dari Zoo Copenhagen, Carl Traelholt menjelaskan mereka tidak mahu haiwan ini mengalami nasib malang yang sama seperti badak sumbu.

"Ia akan dijejaki selama enam bulan sebelum kolar itu ditanggalkan dan data yang dikumpul diteliti," katanya.


SEEKOR Tapir betina yang berusia dalam lingkungan tiga tahun
ditangkap untuk dijadikan bahan kajian.


Walaupun Tapir tidak disenaraikan sebagai haiwan terancam, namun ia sentiasa dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar dengan kira-kira 1,100 dan 1,500 Tapir dikenalpasti masih hidup di Semenanjung Malaysia. Jika tidak dipantau, bilangannya boleh menurun secara mendadak.

------------------------------------------------------------------------------------------

satu topic yang memang saya ambil berat sangat kerana saya
sayang dengan binatang2 begini.. kalau boleh kita jaga habitat
mereka.. supaya generasi akan datang dapat mengenali tapir
malaya ni... depa ni unik.. tak dapat nak cari kat negara lain..
so, harap sangat janganlah nasib mereka jadi macam rhinocerous
or even badak sumatera yang semakin pupus dan tinggal beberapa
ekor saja lagi..

kena ingat bahawa tapi ni bukan macam arnab yang asyik2 beranak
asyik2 beranak dan sekali beranak ramai pula sampai tak terjaga-
tapir ni beranak dua tahun sekali.. tu pun kalau benih subur la tu -
tak semestinya every 2 years.. ahh macam orang juga.. - cuma
memang depa ambil masa lama untuk membiak  that's why kalau
sekor jantan dah tak ada.. dah susah lah nak breeding - kena cari
lagi sekor jantan.. untuk make sure yang depa tak akan extinct -

kita sebagai rakyat malaysia - kena ambil berat juga tentang masalah
binatang2/haiwan2 yang makin lama makin pupus ni - sebab kita mahu
generasi akan datang kenal juga binatang2 ni.. dan dapat tengok mereka -
banyak binatang yang kita dah tak dapat tengok lagi  such as dodo yang
extinct 1642... dok kena tembak sokmo..sampai tak ada generasi dodo lagi..

bukan tapir aje kena jaga,  harimau bintang pun makin pupus gak.. as well
as other animals yang banyak gak kita dah bincang dalam thread ni --
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 11:32 AM | Show all posts
Satu lagi spesis yg akan pupus.......Barisan Natang
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 12:02 PM | Show all posts
Awas!!jangan tengok klu ada lemah jantung


Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2008 06:18 PM | Show all posts
ikan kelah?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 04:55 PM | Show all posts
Selmtk tenuk2 msia!! ( Kcuali tnuk2 politik)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2008 04:50 AM | Show all posts

Reply #242 dexa's post

cerita pasal TAPIR..



29 APRIL - DUA pegawai dari Jabatan Perhilitan Selangor, Mohd Farid Khairudin (kiri) dan Salehuddin Yusuf memeriksa Tapir betina yang mati dipercayai dilanggar sebuah kereta di jalan menuju ke Puncak Alam, di Shah Alam pagi semalam. Tapir berkenaan yang sepatutnya dipindahkan dari Bukit Cherakah ke pusat perlindungan haiwan di Sungai Dusun berikutan kepesatan pembangunan di kawasan itu dipercayai dirempuh kereta lewat malam kelmarin berikutan keadaan jalan yang gelap.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 05:22 AM | Show all posts

Reply #247 Jiman's post

Tapir Bukit Cherakah mati lagi
UTUSAN MALAYSIA

SHAH ALAM 29 April - Seekor tapir betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan di jalan berhampiran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Puncak Alam di sini semalam.

Bangkai tapir seberat 120 kilogram itu ditemui orang ramai yang lalu di kawasan tersebut kira-kira pukul 7.30 pagi.

Kejadian itu merupakan kali kedua kejadian tapir mati dilanggar dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Puncak Alam. Kejadian pertama berlaku pada tahun 2005.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Rahmat Topani berkata, tapir tersebut dipercayai seekor daripada dua tapir liar yang menghuni kawasan bukit-bukau dan hutan tebal berhampiran hutan Bukit Cherakah.

Beliau berkata, pihaknya yang dimaklumkan mengenai perkara itu segera ke tempat kejadian dan sehingga kini tiada maklumat tepat jenis kenderaan dan bila tapir tersebut dilanggar.

"Kini bangkai tapir itu berada di Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk dibedah siasat dan diawetkan sebelum diserahkan kepada pihak muzium kerana tapir adalah haiwan yang hampir pupus dan dilindungi di negara ini," katanya di sini.

Menurut Rahmat lagi, bagi mengelakkan kejadian sama berulang, pihak Perhilitan akan menjalankan operasi besar-besaran untuk mencari seekor lagi tapir yang dipercayai menghuni kawasan hutan Bukit Cherakah.

Beliau berkata, semasa kejadian pertama pada 2005, pihaknya berjaya menangkap dua ekor tapir dan dua lagi gagal dikesan.

"Kita percaya ada seekor lagi atau mungkin lebih kerana yang mati dilanggar ini adalah tapir betina.

"Usaha mencari haiwan tersebut akan dimulakan esok," ujarnya.

---

sesapa yg ternampak tapir kat mana2
terutamanya kat kawasan shah alam,
boleh la hubungi jabatan perhilitan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2008 05:43 AM | Show all posts

Reply #248 Jiman's post

thanks for the info jiman -

tapir dah almost extinct - tak ada kat mana2 lagi
except in malaysia i reckon -

harap semua akan ambil berat dalam menjaga species ni -
biarlah anak cucu kita dapat mengenali binatang2 ini -

we were denied so many species because long ago there's
no organization establislhed to prevent animals from be killed -

hopefully kita dapat sedarkan orang ramai betapa pentingnya
preserve these kind of animals - (at the bridge of extinction)
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 12:28 PM | Show all posts
aku memang suka kat tapir nih...kalo bleh bela, dah lame aku nak bela dalam rumah....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 10:04 PM | Show all posts
kesian tapir, tapi halal ke pegang tapir ni? namapak gaya rupa dia mcm babi la,sedara kot?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 10:24 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 30-4-2008 10:04 PM
kesian tapir, tapi halal ke pegang tapir ni? namapak gaya rupa dia mcm babi la,sedara kot?

soalan ni sama macam soalan..
"haram ke pegang siput babi?"
"haram ke pegang anjing laut?"

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2008 10:26 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 30-4-2008 10:04 PM
kesian tapir, tapi halal ke pegang tapir ni? namapak gaya rupa dia mcm babi la,sedara kot?


what do you mean halal ke ?

ingat pegang babi tu haram ke...
pegang babi tak haram..  makan daging dia yang haram..

kalau awak terpegang babi - awak kena samak - bukannya
awak dosa sebab pegang -- tapi kalau tak ada sebab nak pegang
tak yah la susah2 kan diri pegang - nanti nak samak semua -
menyusahkan... -  
and... just cuz muka macam sama (tapir and babi) -  didnt mean it is the same -

kalau cakap muka macam babi -- then tak leh pegang..?? the question is irrelevant -
ishhhh  banyak gak yang muka macam babi  
for one - wombat - ada la iras sikit  but it is a marsupial
i saw one in australia - it is an australian animal -



btw - wombat is very -  mampat.. maksud saya
if you hit him with your car - the damage will be
on your car -- boleh remuk -- cuz wombat memang
keras -

*nanti ada lak orang kata - kalau rupa orang tu
ada iras2 babi  camana lak -- ha!  sedara ke?
so already didnt make sense -

and yes u can hold the tapir -
it is not a pig,  not even close -
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 10:32 PM | Show all posts

Balas #253 dexa\ catat

ooo tak la mcm babi, wombat saya kenal la dari kecik lagi buka buku binatang dah kenal wombat. dia ni cute n manja kan, boleh dukung2
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 10:33 PM | Show all posts

Balas #254 sekngucing\ catat

mcmana dia boleh jadi keras, dia dibuat dari batu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 10:35 PM | Show all posts
Binatang UMNO pon hampir pupus gak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2008 10:36 PM | Show all posts
Originally posted by Jiman at 30-4-2008 05:22 AM
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor, Rahmat Topani berkata, tapir tersebut dipercayai seekor daripada dua tapir liar yang menghuni kawasan bukit-bukau dan hutan tebal berhampiran hutan Bukit Cherakah.


kesian yg tinggal sekor tu ilang partner, mesti tercari2
boringnya dok sekor2 takda geng borak
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 10:37 PM | Show all posts

Balas #256 peYno\ catat

siapa binatang umno?umno ada binatang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 30-4-2008 10:37 PM
siapa binatang umno?umno ada binatang ke?

opsss.. "Seorang yg mengaku penyokong PAS" begitu terasa bila UMNO disebut binatang
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 10:39 PM | Show all posts

Balas #259 peYno\ catat

saya suka wombat, comel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.774824 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list