CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Binatang-binatang Yang Hampir Pupus : Kembalikan 'rumah' Orangutan -

[Copy link]
 Author| Post time 30-4-2008 10:40 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 30-4-2008 10:32 PM
ooo tak la mcm babi, wombat saya kenal la dari kecik lagi buka buku binatang dah kenal wombat. dia ni cute n manja kan, boleh dukung2



i can't hardly say it is cute and manja -
it is not a koala bear - which is much smaller
and very huggable -

actually it is not advisable to have wombat as a pet
it destroys your plants  and besides it is a protection
animals -

it lives in the wild   and is not suitable for a pet -
and you can't really dukung2 a wombat -
its claws are very sharp,  its teeth are sharp too -
it can damage your upholstery not to mention
your house fitting - and furniture -

rarely any aussie will have a wombat as a pet -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2008 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 30-4-2008 10:33 PM
mcmana dia boleh jadi keras, dia dibuat dari batu ke?



macamana dia boleh jadi keras?
buat dari batu? have you ever heard an animal
made of ROCK..  kalau ada saya nak tahu gak -
sekngucing i hope u really wanna know and have
no idea about it -

macamana ular boleh jadi slimy?
macamana ikan boleh jadi bersisik?

it is a wombat - and it is created that way -
it is fuls of fats and have a 'mampat' body -
sort of macam  volume of water -

how to imagine when you hit a wombat ?

well - think about how you feel when you fall from
30m of bridge into a water - the water is very hard
and it can break you just as wombat could -

anyway - i do not think we have wombat in malaysian zoo -
they should get one - so some students can get to know
this interesting animal -

another animal yang sorta kinda in the verge of extinction
if some drastic measures aren't taken is none other than penyu... -
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 10:51 PM | Show all posts

Reply #261 dexa's post

tak. saya tgok dari gambar kawan yg gi australia, dia peluk wombat ni, dia kata banda ni manja n nak dukung je. dari gambar tu pun dah tau dah
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 10:58 PM | Show all posts

Reply #256 peYno's post

aku dah muak la peyno .. ade peluang aje mesti ngko selit dengan unsur politik .. dalam kepala otak ngko .. dah tak ade bende lain ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 10:59 PM | Show all posts

Reply #264 sibel's post

entahnya, orang nak cerita pasal binatang wombat dia sibuk ngan umno
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2008 11:29 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 30-4-2008 10:51 PM
tak. saya tgok dari gambar kawan yg gi australia, dia peluk wombat ni, dia kata banda ni manja n nak dukung je. dari gambar tu pun dah tau dah



i see.. - but it is not a pet -
it is like you are taking any wild life as a pet
such as - a zebra or a boar (for chinese) -

mind you neither a zebra nor a boar is endangered species tho -
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-5-2008 08:12 AM | Show all posts
Mengembalikan 'rumah' orang utan
Oleh ADHAM SHADAN


Projek pemuliharaan ini dimulakan dengan menanam anak-anak pokok di sebuah nurseri di Kampung Bilit, Sabah sebelum menanamnya semula di kawasan-kawasan hutan tertentu di negeri berkenaan.



ORANG utan hanya boleh hidup dalam hutan tertentu sahaja.

DIANGGARKAN kira-kira 55,000 orang utan menghuni hutan di Kepulauan Borneo pada hari ini. Dalam tempoh lebih 30 tahun, bilangannya telah menurun kepada 30 hingga 50 peratus dan ini amat membimbangkan. Ancaman terbesar yang dihadapi oleh haiwan ini ialah kebinasaan habitatnya ekoran kegiatan pembalakan, selain kebakaran hutan yang dahsyat pada tahun 1998.

Sebahagian daripada populasi orang utan di Sabah tinggal dalam hutan yang musnah dalam fragmen pembangunan. Namun mujurlah habitatnya di bahagian tanah rendah Kinabatangan telah diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

Pusat pemuliharaan orang utan yang terkenal di dunia, Hutan Simpan Sepilok telah beroperasi sejak 1964 dan terus memainkan peranan dalam mendidik masyarakat untuk memelihara haiwan ini. Namun, hutan simpan ini sendiri tidak mampu memulihara spesies haiwan terancam itu dalam jangka masa panjang.

Menyedari bahawa haiwan ini perlu dilindungi dan diselamatkan, usaha ke arah itu telah bermula sejak Julai 2003 apabila projek mengembalikan 'rumah' orang hutan telah diusahakan oleh Tabung Hidupan Liar Antarabangsa (WWF) Malaysia. Bertempat di Kampung Bilit, Kinabatangan, projek menanam semula pokok-pokok yang menjadi habitat orang utan telah dilaksanakan.

Pegawai pemuliharaan WWF Malaysia, Kertijah Abdul Kadir sempat menerangkan kepada pemberita berkenaan projek itu pada majlis pelancaran kempen bersama syarikat jenama teh terkenal, Boh Plantations Sdn. Bhd. (BOH), 'Tea for Trees- Restoring The Home of Orang Utans'. Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai untuk memelihara orang utan dan berlangsung di The Curve, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir dalam program itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif BOH, Caroline Russell dan Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia, Dr. Dionysius Sharma.

Kertijah berkata, nurseri penanaman pokok yang dinamakan Nurseri Projek Habitat itu terletak di kaki Bukit Bilit dan berkeluasan kira-kira satu ekar.

"Kami menanam pelbagai jenis pokok yang digemari orang utan seperti simpur, bongkol, bayur, terap hutan, kulimpapa, mengkupa, salungapit, laran dan pokok buah-buahan seperti langsat, rambutan dan mangga. Binatang ini amat suka makan buah-buahan," kata Kertijah sambil menjelaskan, haiwan ini hanya mendiami kawasan hutan bertanah rendah dan berpaya.


KERTIJAH memberi penerangan mengenai projek penanaman pokok semula di hutan.


Bercerita lebih lanjut tentang peringkat-peringkat projek, Kertijah memberitahu, projek dimulakan dengan menanam anak-anak pokok di nurseri sebelum menanamnya semula di kawasan-kawasan hutan di Sabah. Bekalan anak pokok diperoleh dari hutan ataupun daripada masyarakat tempatan yang dinamakan Komuniti Anak Pokok Kinabatangan (Kapok). Anak pokok akan ditanam di hutan setelah ia kelihatan cukup kuat dan biasanya berketinggian satu meter.

Kerja mereka tidak terhenti di situ. Selepas ditanam, mereka memantau agar pokok-pokok yang ditanam dapat membesar, terus hidup dan tidak terlindung oleh lalang.

"Kami telah memulakan peringkat menanam semula di hutan sejak Disember 2004. Setakat ini, kami telah menanam kira-kira 10,000 batang pokok di hutan terutamanya di kawasan santuari hidupan liar Kinabatangan dan kami dapat mengesan kehadiran haiwan di kawasan sekitarnya.

"Ingin saya tekankan bahawa ini adalah projek jangka panjang. Kita tidak mungkin dapat melihat hasilnya serta merta kerana pokok juga memerlukan masa untuk membesar," katanya.

Memahami ciri biologi orang utan juga akan membuatkan kita mengerti mengapa haiwan ini mudah diserang ancaman kepupusan.

Pertama, orang utan hanya boleh hidup di kawasan hutan semula jadi yang ekstensif atau dalam erti kata lain, bukan semua hutan ia boleh hidup.

Kedua, orang utan berkembang dan membiak secara perlahan. Difahamkan, seekor orang utan betina liar biasanya hanya mampu melahirkan tiga ekor anak sahaja dalam hayatnya, walaupun dalam kondisi optimum. Ini bermakna, apa juga bentuk tekanan akan mengurangkan kadar kelahiran serta meningkatkan kadar kematian dan impak survival.

Ketiga, orang utan memerlukan makanan yang amat berkualiti tinggi dan aneka buah-buahan. Orang utan boleh makan pucuk-pucuk daun tetapi ia bukanlah makanan utamanya.


"Orang utan juga mempunyai tabiat untuk tidur di pokok-pokok yang berlainan pada setiap hari," kata Kertijah.

Menurut Kertijah lagi, pihaknya menyasarkan untuk menanam pokok di hutan meliputi keluasan 13,000 hektar.


ANAK-ANAK pokok di Nurseri Projek Habitat di Kampung Bilit, Sabah
ini akan ditanam semula di hutan.


Bagaimanapun, beliau menyuarakan kesulitan seperti mereka perlu memastikan kawasan yang ditanam tidak bertuan dan jika bertuan, pihaknya perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

"Kami juga ada menjalin memorandum persefahaman dengan beberapa syarikat perladangan yang merupakan pemilik kepada kawasan-kawasan tertentu berhubung perkara ini," katanya.

Kertijah turut menjelaskan, projek ini juga ibarat serampang dua mata kerana selain bertujuan memulihara orang utan, dalam masa yang sama, ia juga berusaha memajukan komuniti tempatan.

"Kami mengambil tenaga kerja anak muda tempatan untuk menyertai kami menjayakan projek ini. Kami juga melatih mereka dengan kemahiran keusahawanan agar mereka dapat berdikari dan menghasilkan penanaman sendiri," katanya sambil memberitahu terdapat kira-kira 10 orang anak muda tempatan bekerja dalam projek ini.

Menyentuh mengenai kerjasama yang dihulurkan oleh syarikat seperti BOH, Kertijah berkata, hubungan yang dijalin sejak Januari 2005 telah banyak membantu kelangsungan projek ini terutamanya berhubung bantuan kewangan.

Dengan bantuan yang wujud juga, ia memungkinkan pekerja-pekerja diberikan pendapatan yang lebih baik dengan tempoh kerja selama 22 hari dalam sebulan pada masa ini.

Seorang anak muda Kampung Bilit, Roziman Kalai, 32, yang ditemui dalam majlis yang sama memberitahu, amat seronok melakukan kerja-kerja ini.

"Selain mendapat pendapatan, saya amat gembira kerana berpeluang untuk melakukan sesuatu bagi menyelamatkan orang utan. Saya sedar, kita sebagai manusia perlu bertanggungjawab dalam hal ini," katanya tersenyum.

------------------------------------------------------------------------------------------------

bagus betul apa yang dibuat oleh kertijah ni... memang betul yang orangutan
hanya boleh membiak at certain rainforest aje - macam di acre brazil sebagai
contohnya... -..last year kalau kita ingat malaysia buat pertukaran dua ekor anaconda
dengan 2 ekor urangutan.. sebab nak minta biak kat sana juga -cuz rainforest in
brazil is one of the few rainforest that suitable to breed this orangutan -

kalau letak kat hutan savannah - pengsan la depa -

btw to replanted is one of the ways to ensure the survival of this animals and
to sustain life in rainforest - saya memang alu2 kan sangat benda2 camni - it would be
benefit not to urangutan specifically but to the world generally ...

not many people realize how important to preserve this wildlife for the future of our
children - just as we do not want croc to knock our door at any time - we do not want
this orangutan to lose their habitat and become extinct -  if we didnt do anything it surely
will diminish from the face of earth -
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 03:03 PM | Show all posts

Reply #267 dexa's post

orang utan mat saleh sebut oreng uten
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2008 08:44 PM | Show all posts
cipan bapok ngan bigfoot...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 04:55 PM | Show all posts
saya kesian tgok kucing2 ygkena langgar kat jalanraya
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 05:00 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 2-5-2008 04:55 PM
saya kesian tgok kucing2 ygkena langgar kat jalanraya


SAMALAH..SETIAP HARI MESTI NAMPAK BANGKAI KUCING KAT JALAN..
ITU BELUM LAGI YANG JADI SANTAPAN WARGA VIETNAM..
SILAP2 ANJING & KUCING PUN TERGOLONG DALAM HAIWAN YANG AKAKN PUPUS TAK LAMA LAGI..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 05:07 PM | Show all posts

Reply #271 akulynn's post

warga vietnam makan kucing? jahatnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 2-5-2008 05:07 PM
warga vietnam makan kucing? jahatnya



ANJING MEREKA PANGGANG CAM KAMBING GOLEK..
HUJUNG MINGGU KALAU TAK HUJAN, SALAI DEKAT LUAR..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 05:13 PM | Show all posts

Reply #273 akulynn's post

jahanam betul!dahla rampas pekerjaan kita, rampas kawasan kita ni curi binatang2 kita pula
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 09:30 PM | Show all posts


wombat yang comel
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2008 09:38 PM | Show all posts
comel betul wombat tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2008 09:52 PM | Show all posts
Originally posted by sekngucing at 4-5-2008 09:38 PM
comel betul wombat tu



siyesly....  antara  wombat  dgn polar bear.......................................................


Wombats will often sleep on their backs, feet in the air


aku ambik polar bear sbg pet  any day  banding dengan wombat...








aku rasa polar bear ni pun kena protect gak kot...  mana ada worang memandai nak tembak dia!~.. so ni kira binatang hampir pupush  la jugak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 12:33 PM | Show all posts

Reply #277 amazed's post

mcmana beruang polar boleh duduk kat artik? heran aku, boleh da sesuaikan diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.072188 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list