CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3318|Reply: 57

Putar belit kenyataan - Anwar bidas Najib

[Copy link]
Post time 12-2-2008 10:19 AM | Show all posts |Read mode

BATU KAWAN, 11 Feb (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan), Dato' Seri Anwar Ibrahim membidas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang sengaja memutar belitkan pandangannya mengenai penurunan harga minyak, kerana Najib mengetahui ianya boleh di atasi untuk memberi kelesaan pada keseluruhan rakyat. Tegasnya, minyak di negara ini bermutu dan bernilai tinggi apabila diekspot maka mustahil ia tidak boleh diturunkan bilamana keuntungan Petronas berkali ganda. "Penurunan petrolium negara tidak akan mengbangkrapkan negara malahan mengimbangkan ekonomi yang sedia ada. Jika dia (Najib) tak percaya serahkan pada Barisan Alternatif (BA) memerintah. "Kita boleh laksanakan apa yang difikirkan buntu oleh Barisan Nasional (BN)," kata Anwar ketika berceramah di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Juru semalam. Menurut Anwar, jika BA menang gaji minima akan dinaikan ke RM1,500 sebulan berbanding sekarang ada rakyat yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Sedangkan, gaji kepimpinan BN berkali ganda dengan elaun yang melimpah ruah. Apakah, rakyat mahu melihat rakan mereka terus hidup melarat tanpa pembelaan walhal wang negara digunakan terhadap projek mega yang keuntunganya kembali kepada kroni. "Itulah natijah jika terus berikan sokongan pada BN. Mereka hanya pentingkan kroni bukanya bermatlamat membantu rakyat terutamanya rakyat bawahan, " katanya dalam program anjuran KeAdilan Bahagian Batu Kawan. Rakyat ujarnya, boleh menilai apa tujuan sebenar membina koridor Wilayah Utara atau Timur, Wilayah Iskandar dan kini menular ke Sarawak semuanya mempunyai agenda dan kepentingan tersembunyi. Di Pulau Pinang dan utara semenanjung dihadiahkan 'Koridor Wilayah Utara' di mana dalam majlis perasmianya sahaja di Kedah pada penghujung tahun lalu jutaan ringgit dihabiskan. "Siapa yang untung disebalik projek 10 tahun akan datang adakah rakyat macam kita atau kepimpinan BN. Contoh paling ketara ialah RapidPenang dan akan datang Monorel di Pulau Pinang siapa punya, " tanya beliau di sambut hadirin 'anak Pak Lah!. Selain memberikan penurunan harga minyak, tol dan gaji minima dinaikan, BA juga berjanji bila menguasai Malaysia akan memberikan pendidikan percuma pada rakyat tidak macam sekarang mereka asyik menipu. "Rakyat ditipu oleh Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishammuddin Hussein kononnya nak bagi yuran percuma tapi apa yang berlaku hanya mansuh yuran RM4.90 tapi kena bayar RM100.00 lebih pada sekolah, " tegasnya. Dalam ceramahnya, Anwar menggesa rakyat supaya tidak menjadi 'Khadam Umno' lagi dalam Pilihan Raya Umum ke 12 nanti kerana kepimpinan atasan akan melatu sekiranya Barisan Nasional (BN) menang besar sepertimana sebelum ini. Sebaliknya, rakyat di era Teknologi Maklumat (IT) menjadi rakyat yang cerdik dan tahu menilai di manakan harga diri sebenar untuk memastikan negara ini makmur jauh daripada penindasan pemimpin, rasuah, penyelewengan dan kronisme. "Biar yang lepas jadikanlah teladan. Kita harus bangkit dalam satu suara untuk tidak lagi menyokong kerajaan yang kuropsi. Apatah lagi menjadi khadam kepada Umno yang langsung tidak ada hati perut membantu mengatasi kegawatan negara sekarang ini, " jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2008 10:20 AM | Show all posts
ermm..pikir2 ler
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 10:23 AM | Show all posts
undi jgn dak undi
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 10:24 AM | Show all posts
bijaklaaa bila mengundi nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 10:27 AM | Show all posts
pandai2 buat pilihan :victory:
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 10:28 AM | Show all posts
nk tanye... klau katakan la BA menang.. sape yg akan jd PM ek? aku ada dengar2 org kata... klau BA menang.. PAS tetap takleh membentuk kerajaan..  sbb tak cukup kerusi yg dipertandingkan. dia ttp akan bergabung ngan DAP n ADIL. so.. sape yg akan jd PM? takkan la dari parti DAP kot? sosiolis tu...

sorila klau soalan aku bodo2.. tp aku mmg tak begitu mengikuti politik.. infact.. lom ngundi pon lg.. cuma curious nk tau... plz.. bole xplain secara ilmiah tak.. takmola bias mane2 pihak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-2-2008 10:30 AM | Show all posts

Reply #6 talapia's post

wa mau sgt nuar berahim jd PM...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2008 10:32 AM | Show all posts
minimun gaji bulanan rm1500 tuh.. kira dah ok la rakyat jelate dapat at least banyak tuh..
sekarang jd guard pun bawah RM500
nak makan ape dik dgn lima ratus tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2008 10:33 AM | Show all posts
1.2 juta kakitangan kerajaan tetap setia kpd barisan nasional sbb gaji dah naik
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by batman_2007 at 12-2-2008 10:32 AM
minimun gaji bulanan rm1500 tuh.. kira dah ok la rakyat jelate dapat at least banyak tuh..
sekarang jd guard pun bawah RM500
nak makan ape dik dgn lima ratus tuh


klu keje ngan swasta sukati dorgle nak bagi bape.. kerajaan xbley watpe pun.. jgnle cepat terpedaya ngan janji xrealistik bung nuar tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2008 10:44 AM | Show all posts
minimum tuh..
kalau ko gaji 2 ribu tak kan nk kasi turun kot..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 10:47 AM | Show all posts
aku sangat yakin DSAI sangat sesuai menjadi PM malaysia jika dibandingkan dengan kaki tidur seekor tu pemikiran dia memang sangat bagus
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 10:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 10:49 AM | Show all posts
Originally posted by nr2427 at 12-2-2008 10:33 AM
1.2 juta kakitangan kerajaan tetap setia kpd barisan nasional sbb gaji dah naik



oh.... come on !!......
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 11:10 AM | Show all posts
Turun kan harga minyak gamat atau minyak dhob utk pasaran donia boleh la kot???



Mufti - Nak imbangkan ekonomi negara kunon....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 11:18 AM | Show all posts
Koridor Utara
Koridor Timur
Koridor Selatan
Koridor Sarawak
Koridor Sabah
Koridor kapla dungga...
bla..bla...bla........................


semua mau songlap duit jer.....porahhh....

kesian rakyat kene tifu pun tak gheti2 lagi....hmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2008 11:23 AM | Show all posts

Reply #8 batman_2007's post

makan mee segera dengan air suam....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 11:24 AM | Show all posts
Originally posted by melia_star at 12-2-2008 11:18 AM
Koridor Utara
Koridor Timur
Koridor Selatan
Koridor Sarawak
Koridor Sabah
Koridor kapla dungga...
bla..bla...bla........................


semua mau songlap duit jer.....porahhh....

k ...



Nak tanya sikit. Tang mana yg ko tengok benda nih songlap duit???


Mufti - Kena bertanya utk tambah pengetahuan....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 11:25 AM | Show all posts
Kalu pun tak betul esok bila kita kasi BA menang..TKO la utk election penggal 5 tahun lagi..
apa kurangnya selama ini kita dah kasi pemimpin BN kaya raya

setakat satu penggal 5 tahun je BA berpeluang nak lunaskan janji2 tu semua
lagipun BN ni...dah lama dahhhh...cukuplahhhh

kasi la Pak Lah chance bercuti rehat selamanya kat rumah bnilai RM60 juta tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 11:36 AM | Show all posts

Reply #1 batman_2007's post

Kenapa Anwar Al Berahi tak nak "BIDAS" Pak Lah atau KJ????? Bukan Najib je yang bercakap pasal harga minyak kan???

Ohh yaaa..... harap2 Pak Lah lantik dia balik jadi TPM? Atau terhutang budi dan tergadai bodi hehehehee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.436044 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list