CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3176|Reply: 41

Kasihan Idris Jusoh, begitu terdesak kempen BN Terengganu

[Copy link]
Post time 14-2-2008 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Kasihan Idris Jusoh, begitu terdesak kempen BN Terengganu

Thu | Feb 14, 08 | 8:21:19 am MYT
Selepas memikir dan mendapat khidmat nasihat yang begitu baik dari 'think tank' yang dilantik, akhirnya pimpinan Umno Terengganu menggunakan isu abang Pesuruhjaya PAS Negeri sebagai antara bahan kempen utamanya. Abang Dato' Mustafa Ali, Zakaria Ali yang berusia 63 tahun telah diberikan publisiti 'meluas' berikutan kejayaan pucuk pimpinan Umno Negeri yang membawa beliau ke dalam Umno. Borang penyertaan Zakaria dan penyokong PAS lain ke dalam Umno telah diserahkan keapda Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh dalam satu majlis Penutup Perkampungan Hadhari peringkat Daerah Marang pada 11 Februari lalu. Pimpinan dan ahli Umno Terengganu pastinya akan menggunakan isu tersebut antara isu 'utama' menjelang pilihan raya umum ke-12 tidak lama lagi. Mereka terutamanya Idris sudah menganggap ia suatu 'kejayaan yang paling besar' kerana berjaya mempengaruhi abang Mustafa untuk menyertai Umno. Tidak mustahil, abang Mustafa akan menjadi juru kempen Umno sekiranya dia berkebolehan untuk berceramah di mana-mana 'kubu kuat PAS' termasuk di kawasan Mustafa sendiri. Dalam reaksinya kepada media Mustafa mengharapkan kepada sesiapa sahaja yang mendekati dan bersama Zakaria terutama para pemimpin Umno agak menjaga abang beliau dengan sebaiknya. "Beliau masih di bawah pengawasan doktor sejak 40 tahun lalu akibat satu kemalangan jalan raya pada awal tahun 1960," Katanya. Dia juga meminta sesiapa tidak menyakiti abangnya dengan perkataan atau perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatannya. Zakaria merupakan seorang pesara telah bersara awal atas perakuan Lembaga Perubatan. Lebih ironis - dia pernah menyerahkan borang keahlian Umno semasa pemerintahan Dato' Seri Wan Mokhtar Ahmad dalam pilihan raya umum 1999 lalu. Mustafa juga memberitahu, Zakaria hanya seorang yang bersimpati dengan PAS tetapi tidak pernah menjadi ahli PAS dan tidak terlibat aktif dalam parti itu sejak 40 tahun lalu. "Sepanjang karier politik selama 30 tahun, saya tidak pernah meminta Zakaria aktif dalam parti kerana tidak mahu membebankan dia dengan isu-isu politik masyarakat dan negara. Ini memandangkan Zakaria sudah cukup terbeban dengan tanggungjawab terhadap kesihatannya sendiri," kata Mustafa yang mengulas berikutan tindakan Zakaria menyertai Umno setelah mendakwa kecewa dengan tindakan-tindakan pemimpin Pas yang tdidak mencerminkan perjuangan Islam sebenar. Walau apapun yang berlaku, Mustafa sememangnya meminta Idris dan pimpinan Umno Terengganu agar menjaga kesihatan abangnya sama ada dari segi fisikal mahupun mental. Ini adalah harapan seorang adik kepada pimpinan Umno walau apapun mungkin yang bakal dikatakan oleh abangnya kelak jika dia menjadi 'juru kempen' Umno. Persoalan yang timbul apa yang berlaku kepada pucuk pimpinan Umno negeri? Apakah ini suatu isu yang cukup besar atau lebih besar dari tekanan taraf kehidupan rakyat yang semakin membebankan? Apakah isu ini menyebabkan rakyat dan pengundi boleh lupa dengan kenaikkan harga minyak dan harga barangan keperluan serta tarif elektrik yang akan diumumkan sebaik sahaja selesainya pilihan raya umum kelak? Apakah juga pemimpin Umno Terengganu gagal menyangkal hujah PAS sehingga Zakaria menjadi antara isu 'paling utama'? Terlalu 'sedih' dan amat bersimpati jika pimpinan Umno Terengganu semakin sempit dan dangkal kempen politiknya. Pimpinan Pas Terengganu boleh menarik nafas lega apabila bekas Naib Presiden Pas, Dato' Nakhaie Ahmad yang menyertai Umno sedangkan adiknya, Suhaimi Ahmad yang juga salah seorang bekas pucuk pimpinan Pas Pusat tidak dilahirkan di Terengganu. Begitu juga Dato' Shahril Samad yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno bahagian Johor Bahru, mempunyai adik, Khalid Samad yang aktif di dalam pimpinan PAS Selangor dan kakaknya yang pernah aktif dalam PRM. Dato' Ghazi yang juga bekas pimpinan Umno Selangor mempunyai menantu, Ezam Mohd Nor yang juga bekas pimpinan parti KeAdilan, Dato' Seri Hishamudin Tun Hussien yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno mempunyai Dato' Onn Jaafar yang keluar parti dan menubuhkan Parti Negara, ayahnya, Tun Hussien Onn yang menyokong Semangat 46 dan bapa saudara, Jaafar Onn yang menjadi pimpinan Semangat 46 dahulu. Begitu juga dengan Dato' Seri Pairin Kitingan yang juga Presiden PBS dan sekutu Barisan Nasional mempunyai adik, Dato' Jeffrey Kitingan yang juga Timbalan Pengerusi KeADILan Sabah. Begitu juga dengan Pengarah Strategi KeADILan, Saifuddin Nasation yang mempunyai abang yang bertugas dengan Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak. Ramai pimpinan PAS kawasan atau pembangkang lain mempunyai keluarga dan saudara mara yang menjadi ahli dan penyokong Umno di seluruh negara. Ada pimpinan PAS kawasan di Perak, Selangor, Johor, Melaka dan lainnya yang mempunyai keluarga atau adik beradik menjadi pimpinan Umno bahagian di kawasan masing-masing.Sedih dan 'pilu' kerana kesemua mereka tidak dilahirkan atau menjadi pimpinan PAS di Terengganu! Jika Shahril, Nakhaie, Ghazi, Hishamudin, Pairin dan ramai lagi dilahirkan di Terengganu, hampir pasti mereka akan menjadi 'bahan kempen' pucuk pimpinan Umno Terengganu yang diketuai oleh Idris. Kerana itu, ada yang berpendapat dan beranggapan sesiapa yang menjadi pimpinan PAS Pusat atau negeri mahupun kawasan yang mempunyai ahli keluarga yang aktif di dalam Umno, dicadangkan berpindah ke negeri Terengganu, hampir pasti mereka akan menjadi 'popular' dan kebajikan kaum keluarga akan terjamin dari Idris dan pucuk pimpinan Umno negeri. Isu keluarga yang berlainan politik sudah lama bertapak di negara kita. Sejak dari 50 tahun yang lampau, sokongan keluarga kepada aliran politik yang berbeza tidak menjadi keutamaan atau isu berkempen. Mungkin perbezaan politik di kalangan keluarga ada digunakan oleh mana-mana pimpinan di sesetengah kawasan tetapi tidak dijadikan isu negeri sepertimana yang dilakukan oleh pucuk pimpinan Umno Terengganu.Mungkin ini dianggap sebagai 'suatu kejutan' budaya baru kepada Idris dengan sokongan ide dari 'think tank' yang dibayar ia telah dianggap sesuatu yang cukup hebat dan berpengaruh! Idris dan pimpinan Umno Terengganu sewajarnya melihat 'budaya baru' yang mencatatkan sejarah apabila Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mempunyai menantu, Khairy Jamaluddin yang menjadi Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Presiden Umno sebelum itu, Allahyarham Tun Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussien Onn dan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai anak, menantu atau keluarga rapat yang aktif di dalam politik parti. Dr Mahathir sendiri pernah mengarahkan anaknya, Dato' Mokhzani supaya meletakkan jawatan sebagai Bendahari Pemuda Umno Malaysia bagi mengelakkan 'salah faham' dan mungkin 'salah laku' di dalam politik parti itu. Kesemua mereka hanya 'membenarkan kaum keluarga' aktif di dalam politik selepas meletakkan jawatan. Tetapi tidak kepada Abdullah. Dia cukup berbangga dan cukup bertuah mempunyai kaum keluarga yang aktif di dalam politik tertinggi parti itu. Ada masalah negara atau perniagaan yang boleh diselesaikan sewaktu serapan pagi atau makan malam. Kasihan Idris! - mks.


p/s: tolak derih jusoh,perabis duit rakyat tau la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2008 09:27 AM | Show all posts
tolak derih jusoh....biar jatuh sembam gitu....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 09:33 AM | Show all posts
ala bucuk-bucuk derih jusoh....usaha tangga kejayaan..good luck derih
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 09:35 AM | Show all posts
doakan dia agar cepat sedar dan insaf dan menjadi pejuang islam sejati... bukan pejuang islam penyamun
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 09:40 AM | Show all posts
deris jusuh, you rock.. muahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 09:42 AM | Show all posts
wakakak
sian derih...
mung g la pulau wang mang tu
wat kempeng hadhari..
same dengan paejah..
x dok sape nak ngundi mung
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2008 09:52 AM | Show all posts
Idris Jusoh..... buat benda nak ko nama.... nak ke hoboh je....
Buat Monson cup..... kembang hidung dia :bg:
Buat perkampungan hadari .....:bg:
Buat masjid......:bg:

asyik duk kembang hidung je..... MB ni sorang...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 09:55 AM | Show all posts

Reply #7 Yo-Ya's post

...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2008 10:35 AM | Show all posts
mapuh doh bn ler ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 10:35 AM | Show all posts
76% org Melayu masih sokong Pak Lah....deris jusoh tak yah nak pening2 kepala...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by sfhzuraz at 14-2-2008 10:35 AM
76% org Melayu masih sokong Pak Lah....deris jusoh tak yah nak pening2 kepala...

bodohnya org melayu
sah penipu pun nk sokong gak
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by ibujarikaki at 14-2-2008 10:35 AM
mapuh doh bn ler ni


kambus mana ...???:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 11:14 AM | Show all posts

Reply #12 t@t's post

dok payoh kambus...lepar ke sungai hanyut ke laut
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 11:19 AM | Show all posts

Reply #13 mfadilaa's post

sudi ke laut nok terima...........
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 11:21 AM | Show all posts

Reply #7 Yo-Ya's post

buat mesjid ... dpt kat adik dia, kayakan keluarga jer lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 01:33 PM | Show all posts
boooooooooo...boooooooooooooooo.........booooooooooooooooooo
booo same itu derihhh...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2008 01:37 PM | Show all posts
nyayuk doh derih neh....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 01:40 PM | Show all posts
lening derih nk wat mende tuh?
ade ke yang nak join???
sian sama itu derih..
nanges ler
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 02:01 PM | Show all posts
Originally posted by Yo-Ya at 14-2-2008 09:52 AM
Idris Jusoh..... buat benda nak ko nama.... nak ke hoboh je....
Buat Monson cup..... kembang hidung dia :bg:
Buat perkampungan hadari .....:bg:
Buat masjid......:bg:

asyik duk kembang hi ...


Mu tu asyik dok kembang kat misai dan janggut dan banyak cakap je
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2008 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by Ahihuh at 14-2-2008 02:01 PM


Mu tu asyik dok kembang kat misai dan janggut dan banyak cakap je


personal attack ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.067602 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list