CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rhoyo

OBE/Astral Projection atau Roh Keluar Dari Badan

[Copy link]
Post time 2-1-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah lagi rasa. Selalu mimpi berdengkur je masa tdo lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2024 08:44 PM | Show all posts
achinto replied at 21-12-2021 11:56 AM
menarik thread ni. Selalu baca pasal OBE tapi tak pernah lagi buat.

Rasa macam pernah experience sa ...

ya, part vibration tu dah dekat sangat dah, kalau dah biasa biasa kalau dah sampai vibration pun boleh 'exit'..


btw saya hidupkan balik thread lama ni, old timer tapi dah lupa login lama..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 08:09 PM | Show all posts
Sunrize replied at 13-3-2024 08:44 PM
ya, part vibration tu dah dekat sangat dah, kalau dah biasa biasa kalau dah sampai vibration pun b ...

ada cerita baru ker... sambung please

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:54 PM | Show all posts
plywood replied at 19-3-2024 08:09 PM
ada cerita baru ker... sambung please

Dulu-dulu jer time masih kuat perasaan ingin tahu tu, lepas dah berkali2 alami pengalaman ni, dan berkahwin kira dah stop spend time untuk adventure ni, tapi kadang2 akan terkeluar juga bila saya ejas fokus sebelum tidur,
Latest experience tu, agak personal sikit lah, mungkin banyak tak percaya, itu terpulang, tapi dlm travel ni saya ada terjumpa secara tidak sengaja dengan kenalan lama bekerja dulu yang dah lama meninggal, dalam dunia tu, di tengah2 bandar, bandar tu macam bandar2 di negara timur tengah, culture dye lebih kurang, masa tu saya jalan sambil tengok kiri kanan, orang lalu lalang tak peduli sangat dengan saya, tapi time jalan ni bila nampak sorang di depan tengah melangkah tepat berhadapan dengan saya, hati terdetik, eh orang ni familiar lah.. bila saya tenung muka dye, oh baru teringat , ni member ni....tapi kan dia dah meninggal, so waktu tu, member tu pun dongak tengok muka saya balik, dye tersengih bila nampak saya, so saya tak terfikir nak salam tapi kami masing2 terpaku sekejap, dalam 2-3 saat, tiada sesi bertanya khabar pun, saya tau dia dah takde, dia plak entah dia tak heran pun saya muncul kat situ, so time berdepan ni fikiran saya ligat berpusing, saya teringat anak2 member ni dah sebaya dengan saya, terus teringat nak tanya dia pasal anak dia sebab saya tau, this is the only chance...

So saya tanpa membuang masa tanya dye" jadi ada apa2 nak pesan dengan anak2 tak?" taatkala mendengar soalan saya , dye terus menggeleng kepala, katanya " takde, saya tak nak jawap semua tu, " muka dye memang dah firm tak nak ambil kisah pun, saya tanya lagi sekali, dye geleng kepala, dengan muka serius, dye pusingkan badan dan ajak saya pergi ke satu kedai minum, saya terus ikut melangkah dari belakang, sampai kat tempat tu, saya tengok memang ala2 restoran tapi tempat untuk orang duduk minum je, then dye pegi cakap dengan orang yang bancuh minuman tu, then duduk kat tepi meja tepi sekali. So saya dalam keadaan nak tanya seribu satu soalan tu, tanya dia balik, ok at least cakap lah sesuatu untuk mereka yang masih hidup? ada apa2 nasihat tak sy tanya.

Dye merenung jauh, then cakap " Tidak ada yang perlu dirisaukan, hidupi sahaja kehidupan yang ada, ", lepas dia dah cakap ni saya dah rasa nak terputus, macam bateri yang nak habis dah tu, perlahan2 semuanya jadi samar2, dan sayup...then macam biasa buka mata dan renung balik perbualan dgn si arwah tadi... ok lupa nak cakap, member ni ada bagi tunjuk rumah yang dia tinggal tu, nampak stail rumah teres, besar, tapi tak tahu berapa ramai yang tinggal kat dalam...

So itulah salah satu dari pengalaman sy tahun lalu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 11:18 PM | Show all posts
Sunrize replied at 19-3-2024 09:54 PM
Dulu-dulu jer time masih kuat perasaan ingin tahu tu, lepas dah berkali2 alami pengalaman ni, dan  ...
Tidak ada yang perlu dirisaukan, hidupi sahaja kehidupan yang ada
Nampaknya dari penerangan dia ni, dia faham sesuatu tentang perjalanan hidup didunia dan selepasnya, tapi dia tak boleh explain pulak.

Apa agaknya yang buat dia firm sangat tak nak cakap apa, even untuk keluarga... sikap kepada keluarga dah berubah, barangkali ada rule yang larang mereka buat mcmt tu.. barangkali juga adalah lebih baik untuk yang masih hidup untuk terus hidup sahaja tanpa mendapat apa-apa mesej  dari dunia orang dah mati...

Satu lagi pasal dunia tu, lebih kurang mcm dunia nyata keadaannya.... atau adakah ianya alam perantaraan dimana orang hidup dan orang yang dah mati boleh bertemu...


Apapun, ianya sungguh suatu pengalaman yang sungguh misteri untuk orang yg masih hidup... apalagi pesan terakhir itu seolah menjawab persoalan manusia sejagat



Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2024 09:00 PM | Show all posts
plywood replied at 19-3-2024 11:18 PM
Nampaknya dari penerangan dia ni, dia faham sesuatu tentang perjalanan hidup didunia dan selepasny ...

Misteri kehidupan dan alam kematian ni adakalanya terbuka untuk diselami dan diterokai oleh kita manusia, pilihan di tangan kita sendiri sama ada nak study benda ni atau tidak, dari pandangan saya member ni memang tahan diri dye untuk tidak memberitahu hal yang tidak perlu diberitahu, ia mungkin satu rules yang diguna pakai oleh semua yang ada di alam selepas mati, which is normal bagi mereka, tapi bagi kita yang masih hidup, why tak beritahu je kan..

In fact wish saya cuma nak ambil pesanan dari dye untuk anak-anak yang masih hidup, lagipun pertemuan tu di luar jangkaan, saya pun tak tau tup tap jumpa member ni kat situ, so saya tak nak lepaskan peluang, tapi member tak cooperate sangat, dan saya aware dye tak heran plak saya muncul kat sana, mungkin dye dah tahu awal-awal lagi, lagipun untuk mereka bukan susah sangat nak tau, tak sama macam manusia di bumi, hanya orang tertentu yang berfirasat kuat yang tahu banyak benda yang bakal terjadi,

Selain tu, saya aware yang perbualan tu bukan stail buka mulut bercakap macam biasa, just main renung-renung macamtu kita dah dengar buah fikiran dia, so perbualan kami macam tu, tapi kadang-kadang sy rasa mulut mcm bergerak sikit terikut dengan lontaran fikiran dalam minda,

Just nak share juga, pertemuan dengan insan yang dah pergi , yang saya jumpa sebelum ni pun di area yang berbeza, saya cuba cari familiarity dari kawasan penempatan atau mungkin ada informasi di sana yang boleh saya hubungkait dengan area tempat sy terjumpa member ni tapi memang tak jumpa, saya cuma boleh buat conclusion, pergerakan saya memang under supervision oleh alam selepas kematian ni, jadi pergerakan dan informasi yang saya terima sangat terhad, unless dah mati mungkin semuanya akan terkuak sepenuhnya,


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2024 09:43 PM | Show all posts
Benang lama, sudah 20 tahun masih aktif..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.065009 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list