CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19510|Reply: 158

#

[Copy link]
Post time 13-3-2008 04:25 PM | Show all posts |Read mode
"SAYA kenal perempuan itu. Dia bukan kekasih suami saya." Itulah jawapan ringkas pelakon Lisdawati mengenai kisah-kisah nakal yang dikaitkan dengan suaminya, aktor Fauzi Nawawi akhir-akhir ini.

Kontroversi itu muncul apabila Fauzi Nawawi dilihat oleh sekumpulan rakan media bermesra-mesraan dengan seorang wanita di sebuah pusat hiburan karaoke di Kuala Lumpur.

Menyambung perbualan, kata pelakon jelita ini dia langsung tidak merasa marah atau kesal dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Fauzi itu.

Malah dalam pengetahuannya wanita itu juga bukan kekasih Fauzi atau mempunyai sebarang hubungan yang intim.

"Saya tahu siapa wanita itu. Lagipun mereka bukan berdua-duaan, tetapi ramai lagi yang turut hadir untuk berkaraoke bersama.

"Dia mempunyai tujuan ke sana dan mereka tidak berdua. Sebaliknya bersama para pelakon lain" katanya.

Ketika ditanya tujuan suaminya ke pusat hiburan berkenaan tanpa ditemani dirinya, Lisdawati memberitahu ia adalah sekadar untuk menghilangkan kebosanan.

"Mereka pergi ke situ untuk menghilangkan tekanan setelah berbulan-bulan menjalani penggambaran," jelas Lisda kepada KOSMO! sewaktu diminta pendapatnya tentang isu berkenaan.

Nampaknya satu demi satu kisah kurang baik menghimpit pasangan yang baru saja mendirikan rumah tangga ini.

Bukan mudah untuk menerima kontroversi atau gosip yang boleh mengaibkan diri dan keluarga, tambahan pula cerita-cerita itu sekadar khabar angin semata-mata.

Memang benar, seperti kata pepatah Melayu, 'kalau tiada angin masakan pokok bergoyang'. Tetapi kadang kala pokok yang bergoyang itu digoncangkan sendiri oleh seseorang untuk mendapatkan 'buahnya'.

Jika dilihat profil kehidupannya sebelum berkahwin lagi, pelbagai kontroversi dan cerita yang kurang enak mengenai Lisdawati menjadi bahan bualan orang ramai.

Setelah mendirikan rumah tangga, wanita berwajah ayu ini merasakan dia boleh menarik nafas lega sedikit dengan harapan tiada lagi kontroversi yang akan dilaluinya.

Malangnya, sebaliknya pula berlaku dan apa yang diharapkan hanya sekadar mimpi.

Satu persatu kontroversi yang dilalui. Tidak terkena padanya secara terus, tetapi menerima tempias hasil daripada kontroversi suaminya pula.

Paling panas yang menjadi buah mulut orang ramai apabila video lucah yang mengaitkan nama suaminya dengan aktres Ida Nerina tersebar luas di internet.

Hal itu bukan saja telah dinafikan oleh Fauzi dan Ida sendiri, malah Lisdawati juga turut membuat kenyataan bahawa dia percaya suaminya tidak melakukan perkara seperti itu.

Melihatkan isu-isu yang timbul sebegini, pasti terluka hati si isteri yang mungkin boleh menghilangkan kepercayaan kepada suaminya. Tetapi tidak bagi Lisdawati. Wanita yang sedang mengandung enam bulan ini langsung tidak melatah.

Sebaliknya dia agak 'cool' tatkala soalan-soalan kurang enak ini diajukan kepadanya. Dia sendiri akur, dunia artis penuh dengan dugaan dan pancaroba. Dan untuk itu, setiap artis yang ingin ke bidang seni, perlu mempersiapkan akal yang panjang.

"Saya sudah lali dengan gosip-gosip sebegini. Mungkin dengan pengalaman lalu, saya seperti kurang mengendahkan cakap-cakap kurang manis ini.

"Walaupun pelbagai cerita disebarkan, saya tahu kejujuran Fauzi dan saya mempercayainya. Kandungan saya juga Alhamdulillah tidak terjejas sebab saya tidak fikir hal-hal ini secara serius" ujar pelakon yang berusia 29 tahun ini.

Tambahnya sebelum berkahwin, Lisdawati sudah meneliti segala kamus hidup suaminya dan kepercayaan sesama mereka begitu utuh sekali.

"Mungkin orang akan menganggap bahawa saya ni sangat terbuka tentang hal-hal sebegini. Tidak, saya masih mengambil langkah berjaga-jaga kerana saya tahu, di dunia ini pasti akan ada wanita-wanita yang cuba menggoda suami orang.

"Cuma kami sudah saling memahami. Malah Fauzi mengajar saya menggunakan 'friend finder' dan 3G menerusi telefon bimbit jika mahu menjejakinya," katanya.

Ditanya mungkin ada pihak mahu menjatuhkan reputasi atau nama baik dan cuba menggugat mahligai yang dibina bersama, pelakon ini tidak langsung terlintas di fikirannya.

"Saya tidak berani nak tuduh ada orang cuba buat jahat dengan saya. Tidak elok untuk saya berfikir sesuatu yang tidak baik pada mana-mana pihak.

"Saya percaya apa yang berlaku kepada saya merupakan cabaran dan mengingatkan saya agar lebih kuat dan bersabar jika mahu berjaya dalam bidang seni. Selagi tidak melampaui batas dan tak memalukan diri dan keluarga, saya masih boleh menerimanya," jelasnya.

Apa yang penting, Lisdawati memberitahu, hubungannya bersama Fauzi semakin akrab, lebih-lebih ketika terpaksa melalui saat-saat getir bersama. - FERIDE HIKMET ATAK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2008 04:32 PM | Show all posts
siapa yang bersama fauzi tu...artis jelita?
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 04:39 PM | Show all posts
ish ish ish...pozi...pozi.... xkan baru kawen dah bosan kot....hilangkan bosan g karoke plak tuh...mmmm lbh baik dok umah teman bini atau cakap2 nagn baby dlm perut lg byk paedahnyeee...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 04:39 PM | Show all posts
laa tak abes2 kontroversi...kesian bakal ibu yg sorang nih
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 04:40 PM | Show all posts
hmm...mcm2..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 04:40 PM | Show all posts
sampai bila nak percaya kat suami awak tu lisa oii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2008 04:43 PM | Show all posts
kesian Nis
telan je la sebb dah jadik laki sendiri
terpaksa ler cover kalu hal ni benar
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 04:44 PM | Show all posts
yalah.......isteri kena lah percaya pada suami...yang suami pun mana nak buka pekong sendiri....mesti lah dia nak cover line...apa dah....kalau iya pun tk kanlah si Lis ni nak hebohkan....mestilah dia nak coverline pada public baik buruk lakinya dia & Fauzi je yg tau......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2008 04:45 PM | Show all posts
sampai bila nak percaya kat suami awak tu lisda oii
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 04:47 PM | Show all posts
rita rudaini tengah dok tepok tangan sambil lompat lompat manja.....sambil cakap amik ko lis... hari tu cakap aku berebut.... nah amik la laki kesayangan spesis buaya darat gangsa berkarat yg kaki pompuan nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 04:48 PM | Show all posts
baru kawen.. dah le bini tu kategori cantek jugak tu
lepas tu.. baru plak habis shooting berbulan2...
maksudnya.. jarang le kot jumpa bini...

tu pun.. laki bleh bosan....

adehhhh!
hapa punya laki nih???? :@:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 04:48 PM | Show all posts
cisn lisda...masa ngandung ni mcm2 dugaan datang...hrp2 xde efek pd baby dlm perut....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 04:50 PM | Show all posts
hmph iyer lah tu

fauzi bosan
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 04:50 PM | Show all posts
sesuai la.. dua2 suker buat masalah.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 04:55 PM | Show all posts
poji kuar pon mungkin lis halau kot.. ..

yer laaa.. ..tengah bawak budak laaa katakan.. ..

kekadang bini menyampah tengok muka laki.. ..

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 04:57 PM | Show all posts
Kolum Kakak Tua


Kakak Tua: Hujan panas permainan hari...
13-03-2008 12:55:59 PM

HUJAN panas permainan hari, susah senang permainan hidup. Begitulah selalunya kehidupan manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

Kisah Awie yang akhirnya mendapat hak penjagaan kedua anak perempuannya setelah berhempas pulas membawa kes itu ke mahkamah paling menusuk naluri keibuan Kakak Tua pada pagi hari ini.
Bukan apa, memandangkan 'kekalutan' kes ini menurut turutannya elok juga dibuat renungan bersama. Setelah berbulan terpaksa membuka aib dan pekung di dada akhbar tiba-tiba semuanya boleh diselesai dengan mudah sekali apabila dibawa berunding.

Seandainya perkara ini difikir dengan lebih rasional sebelum dibawa ke mahkamah alangkah moleknya. Tidak perlu mencuci daki di tengah laman. Itulah yang dikata orang tua-tua, 'Akal tak sekali datang, fikiran tak sekali tiba.'
Begitupun keputusannya dibuat setelah Arni Nazira sendiri mengalah dan mengangkat bendera putih. Rasanya Kes Awie-Arni berebut anak di meja pengadilan dapat dielakkan seandainya kedua-dua bersepakat dan mengenepikan soal ego masing-masing demi kepentingan bersama.

Yang peliknya, keputusan pengadilan perlu diputuskan oleh orang tengah atau lebih tepat 'orang luar' seperti hakim, peguam dan saksi-saksi. Itu belum lagi mengambil kira, golongan orang-orang luar di sana yang dengan rela hati bertindak sebagai hakim dan peguam tidak bertauliah, memberi pandangan dan pendirian masing-masing.

Mungkin senarionya tidak sama tapi 'moral of the story' tetap sama dengan apa yang sedang dilalui oleh pasangan 'pengantin baru' Lisdawati-Fauzi Nawawi di mana persoalan kesetiaan suami menjadi tanda soal dan si isteri pula diduga untuk melahirkan cinta tanpa cemburu bagi menjawab segala 'pertuduhan.'

Walaupun 'cool' dalam keterpaksaan, Lisda tampil membela diri pihak suami. Namun jawapan yang diberi lebih banyak membawa persoalan 'kenapa dan mengapa'. Kan kah lebih manis seandainya Lisda berdiam diri saja dan tidak bersuara?

Mungkin keadaan dirinya bak 'Membelah kepayang muda, dimakan mabuk, dicampak sayang' tapi TIDAK semua pertuduhan perlu dijawab.

Jika kita arif dengan permainan media, kita sudah tentu tahu apa yang akan disensasikan dengan 'fakta' yang lahir dari mulut sendiri dan akhirnya akan jadi senjata makan tuan.

Memanglah 'Hujan berpohon, panas berasal' tapi dalam isu rumahtangga rasanya tidak perlu orang luar ambil tahu.
Dan apabila kita tampil dengan hujah-hujah membela diri, 'kelemahan diri' akan tampak lebih ketara apabila ianya sering dimainkan dan disebut-sebut di dada akhbar ibarat 'hilang sepuh nampak senam' - jahat sahaja yang kelihatan. Manis jauh sekali. Sebagai 'subjek' kita pula menjadi 'mangsa' dan akhirnya terpaksa menjeruk hati.

Pengajaran dan pengalaman silam banyak mengajar Kakak Tua untuk bertindak secara logika, berhemah dan sempurna. Dan 'silence is golden' dalam banyak keadaan.

Sebagai wartawan, Kakak Tua tahu sesuatu berita yang terjadi secara tiba-tiba akan panas dan dipanaskan lagi -'Hinggap bak langau, titik bak hujan,' maka berduyun-duyunlah wartawan yang akan mencari dan mengorek bahan berita.

Tapi bila difikirkan balik, berapa kerat yang ingin tahu kebenaran dan kesahihan sesuatu berita itu? Lebih parah kredibiliti sesuatu berita itu apabila seseorang wartawan tersilap membuat perhitungan dan 'bet on the wrong horse' maka berita-berita susulan pula akan menjadi bahan fitnah.

Tanpa disedari, sikap prejudis akan menguasai diri kerana ingin membenarkan berita yang salah itu. Itulah sebenarnya permainan media.

Yang sering mendapat tempat adalah berita yang paling negatif. Selalunya, apabila dua pihak berbalah, yang lebih 'popular' dan lebih mesra dengan pihak media akan mendapat pembelaan sewajarnya. Dan yang kurang popular terpaksa akur menerima kekalahan dengan penyesalan (mungkin juga dendam) yang berpanjangan.

Tapi sedarkah kita, realiti kebenaran bukan di tangan sesiapa (jarang sekali di tangan pihak media) kerana hanya Allah jua yang Maha Mengetahui. Orang jahat ini mempunyai banyak wajah dan 'hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya' - percayalah.

Kesimpulannya, tidak perlulah kita mendabik dada berkata 'Akulah yang benar' atau 'Akulah yang teraniya' atau membuka 1001 keaiban pihak lawan.

Berdiam diri adalah senjata yang paling efektif diwasa ini dan dengan kesabaran kebenaran akan tampil juga menghadirkan wajahnya dalam berbagai bentuk. Wallahualam!

KAKAK TUA: Selalunya sudah habis akal, baru tawakal!


sumber ; mstar.com.my


[ Last edited by  chekshu at 13-3-2008 04:58 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2008 10:56 PM | Show all posts
kesian awek ni..selepas dimengandungkan suami buat hal..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 11:02 PM | Show all posts
terpaksa cover...nanti kena gelak si rita pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 11:09 PM | Show all posts
cover jgn x cover...kenduri kendara da abes beriban...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 11:17 PM | Show all posts
sabo jea la...mcm ni lah kalu dah jadik artis.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.419096 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list