View: 16686|Reply: 17
|
wang lama; history of money
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by amazed at 5-11-2009 19:26
Lambang apresiasi wang
Oleh ADHAM SHADAN
Abdullah Ismail mempunyai hobi mengumpul wang-wang lama dan antara simpanannya ialah wang Sultan Muzaffar Shah pada tahun 1445. Mengapa dia meminati wang lama?
ABDULLAH ISMAIL bergambar bersama sebahagian
daripada kira-kira 20,000 wang lama yang terdapat
dalam koleksinya di Shah Alam, Selangor.
BERMULA daripada tiga keping duit kertas lama yang dihadiahkan bapanya ketika berusia 15 tahun, Abdullah Ismail menambah koleksi wang lama sehingga kini jumlahnya melebihi 20,000 keping. Jumlah ini mungkin lebih banyak memandangkan dia tidak merekodkan bilangannya.
Daripada tiga keping wang kertas ini iaitu satu dolar Malaya Borneo dengan lambang kapal layar, 10 dolar Malaya British Borneo dengan gambar kerbau dan sekeping wang kertas zaman Jepun, minat Abdullah untuk mengumpul duit-duit lama mula membuak-buak.
"Masa itu, saya bersekolah di tingkatan tiga. Ayah saya berikan saya wang yang telah lama disimpannya sebagai hadiah kerana dia tahu saya minat mengumpul wang. Sejak itu, saya mula 'jatuh cinta' terhadap wang lama dan mahu mengumpul lebih banyak lagi," kata Abdullah, 38, ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Koleksi persendiriannya mengagumkan. Walaupun belum cukup layak untuk digelar muzium, namun sedikit sebanyak, ia mampu membawa kita melayari sejarah wang silam di negara ini. Kebanyakan wang kertas milik Abdullah disimpan rapi di dalam album-album dan kebanyakan wang syiling pula disimpan secara berpaket di dalam peti.
Beliau bukan sekadar menyimpan wang dari zaman penjajahan British dan Jepun. Turut terdapat di dalam koleksi duit lamanya ialah duit zaman Kesultanan Melayu Melaka. Duit dari zaman Sultan Muzaffar Shah pada tahun 1445 adalah antara yang paling lama usianya.
| ABDULLAH ISMAIL turut mengumpul wang-wang luar negara termasuk yang tidak digunakan lagi pada hari ini.
|
Duit pada zaman itu diperbuat daripada timah dan merupakan antara wang terawal bertemakan Islam. Timah merupakan komoditi utama negeri-negeri Melayu ketika itu.
Berwarna seakan-akan hitam, bahagian depan duit ini tertera huruf jawi 'Sultan Muzaffar Shah'. Sementara belakangnya pula tertera tulisan yang berbunyi 'penolong kepada dunia dan agama'.
Mengakui mendapat kepuasan daripada hobi mengumpul duit lama, Abdullah berkata, dia seronok melihat perubahan wang dari satu zaman ke satu zaman.
"Kita dapat melihat perubahan wang. Misalnya, tengok duit Sultan Muzaffar ini, kita dapat tahu bagaimana bentuk wang pada zaman itu? Ia tidaklah sebulat duit syiling yang ada pada masa ini dan kelihatan dibentuk secara manual. Tetapi, kini...sains dan teknologi telah mengubah segalanya.
"Apapun jika anda amati, setiap zaman menjanjikan keunikan yang tersendiri. Bukan sahaja pada corak, tetapi juga bentuknya. Ada duit syiling yang berlubang di tengah dan ada yang bersegi-segi. Duit syiling satu sen pada zaman British berbentuk segi empat sama," ujar lelaki berasal dari Taiping, Perak ini. Dia turut menyimpan wang zaman Portugis dan Belanda.
Tambahnya lagi, wang juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk. Selain syiling dan wang kertas, ia juga boleh didapati dalam bentuk token seperti token saudagar yang juga terdapat dalam simpanan Abdullah.
| DUIT-DUIT lama mempunyai keunikan tersendiri.
|
Pada tahun 1840-an, token yang mempunyai lambang ayam jantan dan tertulis tulisan jawi 'Tanah Melayu' itu telah digunakan secara meluas di Kedah dan negeri-negeri sekitarnya sebagai medium pertukaran.
Apabila syiling diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat pada tahun 1848, penggunaan token mula dilarang dan menjelang tahun 1853, token-token ini tidak lagi digunakan di Semenanjung Tanah Melayu.
Selain token, ada juga medium pertukaran yang berbentuk kupon seperti kupon yang diperkenalkan British pada tahun 1941 yang digunakan dalam hal jual-beli getah kering.
Ditanya bagaimana cara dia mendapatkan wang-wang lama itu, Abdullah berkata, dia lazimnya akan bertukar-tukar dengan sahabat yang mempunyai minat yang sama, bertanya kepada orang-orang tua di kampung-kampung atau membelinya.
"Biasanya, saya bertukar-tukar dengan kawan-kawan. Tetapi, kalau pergi ke kampung-kampung, ada juga saya bertanyakan kepada mereka kalau-kalau mereka masih menyimpan duit lama.
"Ada juga yang saya beli atau bertukar dengan barangan lain yang saya miliki," jelasnya. Katanya, hal ini membuatkan penulis memahami mengapa terdapat beberapa barang antik di rumah Abdullah seperti seterika tembaga, radio lama, keris dan sebagainya.
"Saya dapat syiling Sultan Muzaffar Shah ini melalui pertukaran barangan dengan seorang kawan. Saya tukarkan seterika tembaga kepala ayam milik saya untuk dapatkan duit ini," ujarnya.
Abdullah memberitahu kos terbanyak yang dilaburkan untuk membeli sesuatu duit lama ialah RM1,200. Duit lama itu ialah wang kertas 10 dolar King George yang merupakan antara yang paling sukar didapati.
Ditanya yang mana satukah antara wang lama dalam koleksinya yang paling disayanginya, Abdullah berkata, tiga wang kertas yang diberikan ayahnya, Ismail Yusof, 70, dan sekeping wang kertas yang dibelinya buat kali pertama.
"Ia adalah duit pertama yang saya beli dengan wang poket sendiri selepas mula bekerja sebagai peniaga kedai runcit pada tahun 1989. Duit itu ialah wang kertas 10 sen yang dikeluarkan pada tahun 1941.
ANTARA wang kertas lama yang digunakan di negara ini
ketika pemerintahan British dan Jepun.
Kata Abdullah, apa yang dilakukannya ini adalah sebagai lambang apresiasinya terhadap wang.
"Saya amat menghargai wang. Apabila saya melihat orang ramai membuang duit satu sen, saya rasa sedih. Orang tidak sedar, duit itu walaupun sekecil mana nilainya mungkin boleh membantu kita satu hari nanti," katanya yang turut menyimpan duit yang tidak lagi dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) seperti wang kertas RM20, RM500 dan RM1,000 dan syiling RM1 berkeris emas.
Beliau mengakui koleksinya belum lengkap. Masih banyak yang perlu dicari dan sebagai pengumpul sejati, beliau tidak akan berhenti.
"Apabila sudah jadi hobi, saya rasa tidak puas selagi tidak melengkapkannya. Lagi susah mendapatkannya, lagi terasa mencabar," katanya sambil memberitahu dia merujuk buku-buku wang yang menghidangkan informasi yang sahih termasuk buku keluaran BNM untuk mengetahui tentang wang-wang lama. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
dulu masa kecik selalu dapat jumpa duit lama ni melekat kat tanah liat tepi pantai kat kampung aku.bila hujan lebat dengan air surut tanah liat akan timbul,massa tu berebut orang kampung cari khazanah lama macam duit siling atau cincin emas.aku dapat kumpul duit lama sampai penuh satu album! banyak duit arab,cina atau eropah tapi sayang masa kenduri kawin akak aku ,album tu kena curik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 nodiman's post
Bercakap tentang syiling lama ni...aku ada a few old syiling nak share kat sni..tapi tak tahu cara nak attach gambar...
kalau ade sesapa sudi..tolong lah tunjuk ajar .... |
|
|
|
|
|
|
|
byk jugak duit2 syiling lama kat umah.. tak tau nak buat ape..yang paling istimewa duit syiling 1 ringgit yang cam duit 50 sen. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nodiman at 26-3-2008 11:14 PM
dulu masa kecik selalu dapat jumpa duit lama ni melekat kat tanah liat tepi pantai kat kampung aku.bila hujan lebat dengan air surut tanah liat akan timbul,massa tu berebut orang kampung cari kha ...
kat mana kampung nko.. tuh..
boleh jadi dulu2 tempat kapal berdagang tak.. tak pon tapak bank negara dulo-dulo... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 pull_over's post
kat selat melaka...dekat dengan Cape Rochado yang memang ada arus kuat..jadi memang banyak kapal2 nak ke Melaka atau ke China/India tenggelam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 chrysalis's post
gi kat imageshack
uploadkan gambar kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 KiMi-HaNNa's post
masa saya kecik2.. saya tengok gak koleksi my mom -
dia still simpan all those old syilling..
ada yang bentuk hexagon even.. bersegi2 pulak -
awesome - |
|
|
|
|
|
|
|
tq jugak pada encik ianho sebab sudi beri tunjuk ajar Originally posted by ianho at 31-3-2008 09:15 PM
gi kat imageshack
uploadkan gambar kat situ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 chrysalis's post
Aku bukanlah penggemar duit syiling tapi antara duit syiling yg ada ialah ;
1. Duit syiling 20 sen tahun 1950
2. Duit syiling 10 sen tahun 1961
3. Duit syiling 1/2 sen tahun 1884
4. Duit syiling 1 sen tahun 1893
5. Duit syiling 1 sen tahun 1943
6. Duit syiling Pulau Pinang tahun 1828
[ Last edited by Pak_Tam at 1-4-2008 05:56 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Pak_Tam at 1-4-2008 12:44 PM
salah satu di antara koleksi Syiling Pak Tam :
wow.... pak tam...nampak antik sungguh. Pernah pergi eveluate tak syiling nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chrysalis at 1-4-2008 05:49 AM
wow.... pak tam...nampak antik sungguh. Pernah pergi eveluate tak syiling nih?
Tak..........belum pernah buat apa-2......pon............lagipon pt tak tau sangat ttg duit syiling ni............ini pon saja-2......... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun minat gak kumpul duit lama2 nie...tapi duit lama2 yang ada dlm simpanan aku cuma yang biasa2 punya la..mcm duit syiling 1 sen petak.. |
|
|
|
|
|
|
|
History of Money
2009/07/29
The History
Throughout history, money has been the pulse of civilisations. The earliest form of money was not the paper bills and coins that we know today. They were possessions and objects such as cows or pottery. These were traded for anything the owner might have been in need of.
Unfortunately, unless you were a shrewd negotiator, this method wouldn’t favour you. Also, changes in the value of certain objects, too, could not work in your favour. Soon, as a result, coin-based currency began to take hold.
Among the earliest civilisations to use coins were the Greeks and the Chinese.
The Romans caught on later, and soon the practice spread around the globe, although it did not completely replace the bargaining method or barter trade.
Early coins were usually made of a mix of metals, and, later, the coins were made of gold or silver.
Forgery became a problem but this was solved when mints made coins with ridged edges which were hard to duplicate.
But then, changes in the weight and purity of coins caused inflation and it became harder to control.
The ancient banking systems in Europe collapsed after the fall of Rome and did not resume until the Crusades.
The Chinese became the first to develop paper money due to a severe shortage of copper (circa A.D. 815). The idea behind paper money is that each bill would be backed by its value in gold or silver by the government.
China was forced to abandon paper money around A.D. 1455 due to severe inflation but started again a while later.
Other governments had similar problems when they adopted paper money, but eventually the system settled down to become what we are familiar with today.
Malaysian Money
The history of Malaysia’s money is even more interesting. Originally, tin cubes of varying size were the currency of Malaysia. Over time they were made in many different styles.
Did you know that Malaysia once had coins shaped like animals such as crocodiles and elephants?
Another distinct style of the period is the “coin tree”. This was a metal rod with “branches” of coins. When needed, these coins could be broken off and used. The spare metal was then turned into more coins.
The first actual money to arrive in Malaysia was in the form of bronze coins brought by Chinese merchants. Eventually the Malacca Sultanate began to issue their own currency of gold, silver, and bronze coins.
This in turn was replaced, as the colonial powers came to Malaysia, with each one introducing its own currency.
Portuguese, Dutch, and English money have been the currency of Malaysia at one time or another.
However, the first paper money was once again from the Chinese banks that had opened branches in Malaysia.
During the rule of the Government of the Straits Settlements, the main forms of money were the Spanish Dollar, the Dutch Doit, and the Singapore merchant tokens.
Eventually, after the departure of the British, Malaysia began circulating what we know now as the Malaysian Ringgit (it was originally called the Malaysian dollar and represented with the sign M$). Malaysia has even issued its own gold bullion called the Kijang Emas after the barking deer. |
|
|
|
|
|
|
| |
|