CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35040|Reply: 129

burj Khalifa - bangunan tertinggi di dunia

[Copy link]
Post time 2-4-2008 06:55 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amazed at 15-2-2010 17:25

Misi cabar kejuruteraan moden

KAWASAN kompleks mega Burj Dubai yang menempatkan
bangunan tertinggi dunia kini berada pada peringkat akhir
pembinaannya.

PUTERA al-Walid bin Talal bersama isterinya, Puteri Ameera.KAWASAN kompleks mega Burj Dubai yang menempatkan bangunan tertinggi dunia kini berada pada peringkat akhir pembinaannya.PADANG pasir yang gersang di Arab Saudi bakal menjadi tumpuan dunia apabila seorang bilionair merancang untuk membina sebuah menara setinggi 1,600 meter sekali gus memecahkan rekod sebagai menara paling tinggi di dunia.

Rancangan tersebut didedahkan oleh seorang kerabat diraja Arab Saudi, Putera al-Walid bin Talal yang juga merupakan pemilik Hotel Savoy di Britain.

Projek berharga ? bilion (RM31.65 bilion) itu dirancang dibina untuk sebuah bandar baru berhampiran pelabuhan Laut Merah di Jeddah.

Menara yang direka bentuk oleh dua syarikat perunding kejuruteraan Britain itu mempunyai ketinggian hampir dua kali ganda daripada beberapa pencakar langit tertinggi di dunia.

Bagaimanapun, beberapa pakar berpendapat menara tertinggi di dunia yang dirancang dibina di Arab Saudi itu bakal mencabar kejuruteraan manusia.


PUTERA al-Walid bin Talal bersama isterinya, Puteri Ameera.

Helikopter terpaksa digunakan untuk mengangkat sebahagian besar bahan binaan dan ia juga digunakan untuk membawa pekerja.

Menara itu juga mesti kukuh daripada tiupan angin yang kuat dan mampu menampung cuaca ekstrem yang sering berubah-ubah di padang pasir.

Suhu di padang pasir pada waktu siang hampir mencecah takat didih tetapi pada waktu malam suhu pula menurun hampir ke takat beku.

Bangunan itu juga dilengkapi dengan pengimbang kawalan berkomputer bagi mengelakkan ia bergoyang yang boleh mengakibatkan penghuninya mengalami sakit seperti mabuk laut.

Sebanyak dua menara mini yang mempunyai ketinggian melebihi 235 meter juga akan dibina di kedua-dua belah menara utama tersebut.

Dua menara mini itu akan dihubungkan dengan jejantas pejalan kaki dan ia juga berfungsi sebagai satu sauh dan pengimbal.
Sekiranya projek itu yang masih belum diketahui tarikh pembinaannya menjadi kenyataan, ia bakal mengatasi ketinggian beberapa menara tertinggi dunia yang sedang dalam perancangan atau masih dalam pembinaan.

Amerika Syarikat (AS) merancang membina sebuah menara setinggi 700 meter yang dinamakan Freedom Tower di New York.

Menara itu dirancang dibina di tapak bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York yang musnah akibat serangan pengganas pada 2001.

Sehingga kini Burj Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bakal menjadi bangunan tertinggi duniaapabila ia siap pada 2009.
Menara Bruj Dubai mula dibina pada 21 September 2004 dan projek itu menelan belanja AS$4.1 billion (RM13.4 bilion).




Pelan bangunan itu telah diubah beberapa kali untuk menjadikan ia lebih tinggi dan dalam versi terakhir menara itu bakal mencapai ketinggian 701 meter serta mempunyai 160 tingkat.

Sebelum ini ketinggian akhir menara itu dirahsiakan untuk mengelakkan persaingan daripada beberapa bangunan pencakar langit lain yang sedang dibina atau dicadangkan.

Kerajaan Kuwait juga merancang untuk membina sebuah menara setinggi 1,001 meter di sebuah bandar moden yang dirancang dibina di Subiya.

Menara yang dinamakan sebagai Mubarak al-Kabir itu direka bentuk oleh sebuah firma di Britain dan projek itu dijangka mengambil masa 25 tahun untuk disiapkan. - Agensi




weiiiiiiii  160 tingkat; 2 kali ganda tinggi dari petronastwin towers.. 818m  gayat ler aku...  tapi cantik burj dubai ni ek... kalu dah kayooooo tu apa aje boley buat sbb duit ada jang!!   aku caya bangunan ni nanti jadi antara yg tercantik kat doniya.. moden semua..

[ Last edited by  amazed at 2-9-2008 05:37 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2008 07:55 AM | Show all posts
teruja pon ada, seriau pon ada.....semua ada.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 12:46 PM | Show all posts
pergh...hampir 2 kali  tinggi dari KLCC...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 02:27 PM | Show all posts
klcc ada kembar la...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 05:39 PM | Show all posts
mahal weh nak masuk situ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 06:00 PM | Show all posts
Originally posted by newyork at 2-4-2008 14:27
klcc ada kembar la...


kembar siam...........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2008 08:33 PM | Show all posts
KLCC menara kembar yg tertinggi di dunia
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 08:40 PM | Show all posts
cemana nak naik tingkat ke 88 yg kat KLCC tu ha???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2008 01:20 AM | Show all posts

Reply #8 purpearllyna's post

naik lif
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 10:28 AM | Show all posts
giler aa...kurang 200meter nak sampai 1 kilometer dah tu punya ketinggian....aku tgk klcc drpd bawah pun giler tinggi, ni plak nak tgk bgnan yg 2x dr klcc...dasat2....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 02:55 PM | Show all posts
camna workers yg wat building ni..aku tgk ni pon dah rasa gayat...
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 10:04 AM | Show all posts
pak arab nieh, suka nak abiskan duit, baik derma duit tuh utk org2 islam kat seluruh dunia...:@
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 01:38 PM | Show all posts
peh..tinggi gler..x feymesler klcc jawab nyer
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 02:27 PM | Show all posts
dah siap ka bangunan tu ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 06:46 PM | Show all posts
betul betul ke ni??
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 07:31 PM | Show all posts
kalau kapal terbang langgar agak2 bleh runtuh x??....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2008 12:54 AM | Show all posts


gile kaya UAE nehhh ....
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 07:22 PM | Show all posts
Originally posted by dafiza at 2-4-2008 20:33
KLCC menara kembar yg tertinggi di dunia


ada ka menara berkembar yg lain?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2008 12:19 AM | Show all posts
dunia akhir zaman..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2008 07:07 AM | Show all posts
pembangunan untuk menunjukkan kekuasaan dan kekayaan kerajaannya..jauh dari aspek kerohanian dan tawaduk sebagai seorang hamba..tunggulah berapa ramai orang yang akan terkorban semasa proses pembinaannya..dan pengorbanan hasil keringat rakyat dieskploitasi sewenang-wenangnya..  inilah dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.197274 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list