CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

burj Khalifa - bangunan tertinggi di dunia

[Copy link]
Post time 13-9-2008 12:27 PM | Show all posts
tingginye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2008 02:35 PM | Show all posts
tapi dubai memang hebat, satu metropolis dia buat dlm satu masa
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 11:20 PM | Show all posts

Reply #43 Hanina's post

Amende ko ni ish bulan ramadhan ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 09:15 AM | Show all posts

Reply #44 Mawlay's post

ko ignore jerk postg2 cenggini!! byk da...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 04:43 PM | Show all posts
dah macam bangunan di bawah bayu..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 02:11 AM | Show all posts
Cantiknya Dubai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2008 06:55 AM | Show all posts
so cantiikkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 06:55 PM | Show all posts
gila kentang siot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2008 02:01 AM | Show all posts
Originally posted by remizati at 4-4-2008 10:04 AM
pak arab nieh, suka nak abiskan duit, baik derma duit tuh utk org2 islam kat seluruh dunia...:@


bkn hbskan duit lah.. tue lah namanya melabur. klu nnt bgnn tue da jd tumpuan, harus lah nak sewa lot dlm bangunan tue mahal. sume tue in come utk jangka ms pjg.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 11:39 PM | Show all posts
...bru kini faham...jelas & nyata....tanda yg amat nyata dunia menuju kiamat besar...ulama2 kitab n hadis nabi 1000 tahun lampau mnyebut akhir zaman manusia akan bina bangunan yg amat tinggi mncakar langit....akhirnya,salah satu bangunan itu berada d jazirah semenanjung arab rantau kelahiran junjungan rasul terakhir s.a.w. masyaalah n subhanallah. 1400 lampau ada hadis mnyebutnya.....kita skrg ni menyaksikannya. ada umur 1000 tahun lg ke dunia ni?? wallahua'alambissawab.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 03:00 AM | Show all posts
wallahua醠am...

tower ni dekat jer ngan ofis BG... hari2 tengok tapi lebih xcited tunggu world biggest mall `Dubai Mall' tu siap...x sabar nak pi shpg... hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2008 08:52 AM | Show all posts
Burj Dubai jadi kebanggaan

NOR SHAHAROM di samping model menara Burj Dubai di pejabatnya di Dubai.



DUBAI - Beliau terlibat dalam projek Burj Dubai yang diusahakan Emaar Properties sejak hari pertama lagi, tetapi warga Malaysia, Nor Shaharom Mansor tetap terpegun setiap kali melihat keindahan senibina bangunan yang semakin memuncak tingginya menggapai langit.

Nor Shaharom, penolong pengarah di Emaar bagi projek menara Burj Dubai ini, bagaimanapun tidak semudah itu membocorkan rahsia yang tertutup rapi mengenai ketinggian sebenar bangunan ikonik ini yang boleh dilihat dari sejauh beberapa kilometer.

Beliau akan memberitahu anda bahawa sebarang cubaan untuk mencungkil maklumat berharga itu daripada mana-mana pihak yang terlibat juga adalah sia-sia.

"Setiap konsultan dan kontraktor yang terlibat dalam projek ini telah diminta menandatangani perjanjian menyimpan rahsia bagi memastikan pembocoran maklumat dikawal," kata Nor Shaharom, anak kelahiran Melaka ini di pejabat sementara beliau di kaki bangunan pencakar langit yang sedang dibina ini.

"Ketinggian sebenarnya masih lagi rahsia. Ia akan didedahkan kepada umum sehari sebelum perasmiannya," kata Nor Shaharom sambil ketawa dan memberikan jawapan selamat apabila ditujah dengan soalan tentang ketinggian bangunan ini.

Bangunan ini, yang telah pun diiktiraf sebagai struktur buatan manusia tertinggi di dunia, akan siap pada September 2009.

Pada asalnya Burj Dubai dijadual siap menjelang akhir tahun ini, tetapi sasaran tarikhnya diubah setelah ketinggian sebenar menara ini dikaji semula, begitu juga penambahan pada reka bentuknya.

Bagi siswazah lulusan senibina University of Louisiana, Lafayette, Amerika Syarikat ini, penglibatan beliau dalam daya usaha yang begini besar merupakan satu cabaran dan penghormatan.

Projek bernilai AS$20 bilion ini secara keseluruhannya berketinggian 629 meter, sementara tiang KVLY-TV yang memegang rekod struktur bersokong tertinggi di dunia sejak 1963, berukuran 628.8 meter. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 10:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 11:17 AM | Show all posts
tak silap aku... dubai ader kuarkan berita arituh, bila burt dubai neh siap.. dia nak wat sebiji lagik bangunan yg menjadik tertinggi di alam maya neh.. ia setinggi 1KM... cuba chek balik berita...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 01:35 PM | Show all posts
gayat plak aku tengok bangunan tinggi2 sangat nih.hoho..
tapi aku tetap rase twin tower paling comel skali..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 08:09 PM | Show all posts
Originally posted by totokreturn at 16-12-2008 11:17 AM
tak silap aku... dubai ader kuarkan berita arituh, bila burt dubai neh siap.. dia nak wat sebiji lagik bangunan yg menjadik tertinggi di alam maya neh.. ia setinggi 1KM... cuba chek balik berita...




mak aiiiii.. pasni suruh buat bagi cecah angkasa lepas la   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2008 09:09 PM | Show all posts

Reply #54 totokreturn's post

ada kat bod ni gak... menara nakheel tu ler  yg dimaksudkan tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 12:56 AM | Show all posts
Originally posted by sosimple at 4-4-2008 07:31 PM
kalau kapal terbang langgar agak2 bleh runtuh x??....
more bigger they're, the harder they fall
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2008 12:58 AM | Show all posts
Originally posted by biggirlduncry at 19-9-2008 03:00 AM
wallahua醠am...

tower ni dekat jer ngan ofis BG... hari2 tengok tapi lebih xcited tunggu world biggest mall `Dubai Mall' tu siap...x sabar nak pi shpg... hehehe
nanti siap tolong tempek gamba kat sini yek:victory::victory::victory:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2009 11:26 PM | Show all posts
03 Oktober, 2009

Burj Dubai Ikut Jadual Untuk Siap Dan Dibuka Pada 2009



Oleh Abdul Muin Majid

DUBAI, 3 Okt (Bernama) -- Bangunan tertinggi di dunia, Burj Dubai, mengikut jadual untuk siap akhir tahun ini, demikian menurut pemajunya, Emaar Properties.

Ketinggian akhir menara kegunaan bercampur yang mengandungi kediaman, suite korporat serta Armani Hotel and Armani Residences yang pertama di dunia, akan diumumkan apabila Burj Dubai dibuka akhir tahun ini.

Emaar mengumumkan beberapa angka dan fakta yang mengagumkan mengenai pembinaan menara itu, yang kini pada ketinggian lebih 800 meter di pusat projek mega Downtown Burj Dubai.

Keseluruhan berat aluminium yang digunakan bagi lapisan pelindung bahagian luar struktur tinggi itu bersamaan dengan lima pesawat A380, dan jumlah panjang besi keluli ialah 293 kali ketinggian Menara Eiffel di Paris.

Sejumlah 103,000 meter persegi kaca digunakan dalam panel pelindung yang boleh meliputi 14 padang bola sepak dan 15,500 meter persegi besi keluli dengan ukiran yang digunakan boleh meliputi 34 gelanggang bola keranjang yang diperakui Persatuan Bola Keranjang Nasional.

Jumlah panjang gasket pula ialah 2,050,000 meter linear, yang jika diukur hujung ke hujung ialah kira-kira jarak antara Dubai ke ibu negara Syria, Damascus yang berada pada 2,052 kilometer.

Lapisan pelindungan luar Burj Dubai siap baru-baru ini, dengan rekod dunia pemasangan tertinggi permukaan aluminium dan kaca, kata Emaar.

Panel lapisan pelindung yang ke-24,348 itu, seberat 750 kilogram dipasang pada ketinggian lebih 662 meter.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.811939 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list