CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

burj Khalifa - bangunan tertinggi di dunia

[Copy link]
 Author| Post time 26-12-2009 09:01 AM | Show all posts
Ketinggian Burj Dubai dirahsiakan


SEORANG pekerja berdiri di depan bangunan Burj Dubai di Emiriyah
Arab Bersatu (UAE) pada 14 Disember lalu.

CHICAGO - Tidak ada keraguan Burj Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi bangunan paling tinggi di dunia.
Namun, hanya beberapa orang yang mengetahui ketinggian sebenar bangunan tersebut.

"Ia (ketinggian) masih lagi menjadi rahsia," kata jurutera struktur menara itu, William Baker dalam satu temu ramah sebelum bangunan tersebut dibuka secara rasmi pada 4 Januari depan.

Baker berkata, arkitek-arkitek tertanya-tanya jika terdapat seseorang yang boleh mengukur ketinggian bangunan itu berdasarkan bayangannya.

Syarikat Skidmore, Owings dan Merrill LLP yang beribu pejabat di Chicago membina sistem struktur bangunan itu.
"Pelanggan kami (Emaar Properties PJSC) membenarkan kami menyatakan ketinggiannya lebih 800 meter.

"Ia (ketinggian sebenar) merupakan sebahagian daripada perkara mistik projek ini," jelas Baker.

Tujuh daripada 10 menara tertinggi dunia terletak di Asia yang dibina sejak 13 tahun lalu.

Sistem penyejukan bangunan itu mampu mengeluarkan air yang boleh memenuhi 20 kolam renang bersaiz Olimpik setahun. - Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-1-2010 10:05 AM | Show all posts
31 Disember, 2009

Burj Dubai Terima Pemastautin Pertama Feb 2010

Oleh Abdul Muin Majid

DUBAI, 31 Dis (Bernama) -- Burj Dubai, bangunan tertinggi dunia, akan menerima kumpulan pemastautin pertamanya seawal Februari 2010.

Mereka merupakan kumpulan dari lebih 12,000 orang yang akan tinggal dan bekerja di menara serba guna itu mengandungi apartmen mewah, ruang pejabat perdana dan Armani Hotel pertama dunia - lambang gaya hidup moden.

Ekoran pembukaan rasmi Burj Dubai pada 4 Jan, 2010, pemajunya Emaar Properties akan segera mengambil alih penjagaan properti itu daripada pelbagai konsultan, kontraktor dan pembekal.

Mulai 5 Jan, orang ramai boleh naik ke dek cerapan tertinggi dunia "At The Top", Burj Dubai, di Aras 124, menurut kenyataan Emaar.

Pada paras lebih 800m, Burj Dubai telahpun mendapat pengiktirafan sebagai struktur tertinggi dunia, mengatasi tiang KVLY-TV (628.8m) di North Dakota, Amerika Syarikat.

Emaar enggan menyatakan ketinggian sebenar pencakar langit Dubai itu.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 12:19 PM | Show all posts
dubai ni mmg mewah sungguh... sana sini bangunan tinggi2.. pastu design bangunan semuanya cantik2.. tak mainla kotak 4 segi je...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 11:37 PM | Show all posts
ada kat bod ni gak... menara nakheel tu ler  yg dimaksudkan tuh..
amazed Post at 19-12-2008 21:09


status tower ni canceled kan
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 11:20 PM | Show all posts
pergh!!!!
hampir 2 kali ganda dr klcc
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2010 09:24 AM | Show all posts
Burj Dubai dibuka



Burj Dubai mercu tanda Emiriah Arab Bersatu. - Foto Reuters


Menara catat rekod dilengkapi masjid tertinggi


DUBAI, Emiriah Arab Bersatu: Bangunan tertinggi dunia, Burj Dubai secara rasminya dibuka hari ini oleh Sheikh Mohammed bin Rashid al- Maktoum, emir Dubai dengan kawalan ketat.

Secara rasminya hampir 6,000 orang dijemput menyaksikan majlis berkenaan, tetapi pihak berkuasa menjangka beberapa ribu lagi akan turut menyaksikan upacara penuh glamor itu dari luar kawasan menara itu.


Kawasan di keliling Burj Dubai, bertentangan dengan Dubai Mall akan ditutup kepada lalu lintas dan dikawal 1,000 anggota polis, termasuk dari unit pemusnah bom dan komando.

Semua kerja pembinaan berhampiran kawasan menara akan dihentikan sementara waktu untuk mengurangkan sebarang ancaman keselamatan, kata polis Dubai.

Pengarah perkhidmatan perlindungan dan kecemasan polis Dubai, Mohammad Eid al-Mansouri berkata kebanyakan polis yang bertugas akan memakai baju orang awam agar jemputan “tidak akan merasa berada di kem tentera.”
Beliau tidak menjangka sebarang masalah keselamatan akan berlaku pada majlis itu.

Burj atau menara Dubai yang dibina dengan kos RM2.7 bilion secara rasmi masih merahsiakan ketinggiannya sebenar sehingga pembukaannya hari ini.

Bagaimanapun arkitek yang terbabit dalam pembinaan menara itu berkata ia akan mencapai lebih 2,700 kaki (824 meter) atau setengah batu.

Menara itu adalah 1,000 kaki atau 304 meter lebih tinggi dari saingannya iaitu Taipei 101 (1,671 kaki atau 509 meter) dan hampir dua kali ganda ketinggian menara kembar Petronas.
Ia adalah struktur buatan manusia tertinggi dunia mengatasi menara telekomunikasi KVLY-TV di Dakota Utara, Amerika Syarikat yang mempunyai ketinggian 628 meter.

Burj Dubai mempunyai 169 tingkat yang melalui beberapa zon iklim dengan suhu di tingkat paling atas adalah sehingga 10 celsius lebih rendah daripada tingkat bawah.

Ia mempunyai kolam renang tertinggi di dunia di tingkat 76 dan masjid di tingkat 158.

Penyempurnaan pembinaan Burj Dubai juga bermakna ia adalah kali pertama dunia Arab dapat mengembalikan status struktur tertinggi dunia ke rantau itu selepas Piramid Giza di Mesir diatasi oleh Lincoln Cathedral pada 1311.- Agensi
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-1-2010 02:30 PM | Show all posts

Dubai is set to open the world’s tallest
building amid tight security on Monday,
celebrating the tower as a bold feat on
the world stage despite the city state’s
shaky financial footing.



Monday January 4, 2010

Dubai set to open world’s tallest building

DUBAI: Dubai is set to open the world’s tallest building amid tight security on Monday, celebrating the tower as a bold feat on the world stage despite the city state’s shaky financial footing.

But the final height of the Burj Dubai - Arabic for Dubai Tower - remained a closely guarded secret on the eve of its opening. At a reported height of 2,684 feet (818m), it long ago vanquished its nearest rival, the Taipei 101 in Taiwan.

The Burj’s record-seeking developers didn’t stop there.

The building boasts the most stories and highest occupied floor of any building in the world, and ranks as the world’s tallest structure, beating out a television mast in North Dakota. Its observation deck - on floor 124 - also sets a record.

“We weren’t sure how high we could go,” said Bill Baker, the building’s structural engineer, who is in Dubai for the inauguration. “It was kind of an exploration. ... A learning experience”.

Baker, of Chicago-based architecture and engineering firm Skidmore, Owings & Merrill, said early designs for the Burj had it edging out the world’s previous record-holder, the Taipei 101, by about 33 feet (10m). The Taiwan tower rises 1,667 feet (508m).

The Burj’s developer, Emaar Properties, kept pushing the design higher even after construction began, eventually putting it about 984 feet (300m) taller than its nearest competitor, Baker said. He is keeping quiet about the exact height.

Dubai’s ruler will open the tapering metal-and-glass spire with a fireworks display Monday evening.

Security is expected to be tight. Local newspapers quoted Maj. Gen. Mohammed Eid al-Mansouri, head of the protective security and emergency unit for Dubai Police, saying more than 1,000 security personnel, including plainclothes police and sharpshooters, will be deployed to secure the site for the opening.

Work on the Burj Dubai began in 2004 and continued rapidly. At times, new floors were being added almost every three days, reflecting Dubai’s raging push to reshape itself over a few years from a small-time desert outpost into a cosmopolitan urban giant packed with skyscrapers.

By January 2007, thousands of labourers, many of them brought in on temporary contracts from India, had completed 100 stories.

The finished product contains more than 160 floors. That is over 50 stories more than Chicago’s Willis Tower, the tallest record-holder in the U.S. formerly known as the Sears Tower.

At their peak, some apartments in the Burj were selling for more than US$1,900 per square foot, though they now can go for less than half that, said Heather Wipperman Amiji, chief executive of Dubai real estate consultancy Investment Boutique.

Besides luxury apartments and offices, the Burj will be home to a hotel designed by Giorgio Armani.

It’s also the centerpiece of a 500-acre development that officials hope will become a new central residential and commercial district in this sprawling and often disconnected city. It is flanked by dozens of smaller but brand-new skyscrapers and the Middle East’s largest shopping mall.

That layout - as the core of a lower-rise skyline - lets the Burj stand out prominently against the horizon. It is visible across dozens of miles of rolling sand dunes outside Dubai. From the air, the spire appears as an almost solitary, slender needle reaching high into the sky.

The Burj’s opening comes at a tough time for Dubai’s economy. Property prices in newer parts of the sheikdom have collapsed by nearly half over the past year.

The city-state turned to its richer neighbour Abu Dhabi for a series of bailouts totaling US$25 billion in 2009 to help cover debts amassed by a network of state-linked companies. Burj developer Emaar is itself partly owned by the government, but is not among the companies known to have received emergency cash.

Emaar has said the entire Downtown Burj Dubai development, which includes the tower, will cost US$20 billion to build. Sales of properties around the Burj are meant to help pay for the tower itself, which analysts say is unlikely to be profitable on its own.

Jan Klerks, research and communications manager for the Council on Tall Buildings and Urban Habitat, which tracks world’s tallest claims, said the building’s real value might be that it is the “biggest city marketing campaign” Dubai could have come up with.

“Put your name and that of the Burj Dubai on an envelope, and no postal service in the world will have problems delivering the mail,” he said. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2010 08:21 AM | Show all posts
Pemandangan dari bangunan tertinggi dunia


PEMANDANGAN yang dilihat dari geladak pemerhatian di tingkat 120 Burj Dubai.

DUBAI - Bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang setinggi lebih 828 meter dibuka secara rasmi semalam.

Sebelum pembukaannya, beberapa orang dibenarkan untuk menyaksikan pemandangan di geladak pemerhatian di tingkat 124.

Bangunan setinggi 160 tingkat itu dibina oleh kira-kira 12,000 buruh dengan kos sebanyak AS$1.5 bilion (RM5.1 bilion).
Syarikat pemaju, Emaar menyatakan 90 peratus unit kediaman di bangunan itu sudah habis dijual.

Bangunan itu sebelum ini dikenali sebagai Burj Dubai mengatasi pencabarnya sebelum ini, Taipei 101 di Taiwan yang setinggi 508 meter. - Agensi


SEORANG wanita melihat pemandangan dari geladak pemerhatian Burj Dubai.


BEBERAPA orang berjalan dekat bangunan Burj Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2010 08:33 AM | Show all posts
Menara tertinggi dunia, Burj Khalifa dibuka

DUBAI: Ketika berdepan kemelut kewangan, bangunan dan menara tertinggi dunia yang baru - Burj Dubai - dibuka dengan rasminya malam tadi dengan ketinggian 828 meter (2,717) di tengah padang pasir Dubai.

Dengan percikan bunga api, pembinaan struktur paling mengagumkan itu dirasminya pemerintah Dubai, Sheikh Mohammad Rashed al-Maktoum.

Dikenali sebagai Burj Dubai ketika pembinaannya, Sheikh Mohammad bagaimanapun malam tadi mengisytiharkan nama baru kepada mercu tanda baru dunia itu sebagai Burj Khalifa iaitu tanda menghormati Presiden Emeriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed al-Nahayan.

Sheikh Khalifa juga adalah pemerintah Abu Dhabi, negara sekutu UAE yang membantu menyuntik AS$10 bilion tahun lalu untuk menyelamatkan syarikat pemaju hartanah gergasi Nakheel, iaitu anak syarikat Dubai World.

"Hari ini UAE berjaya memiliki bangunan tertinggi di dunia yang dihasilkan tangan-tangan manusia.

"ia asatu projek yang hebat dan ia berhak memakai nama orang yang hebat," kata Sheikh Mohammad.

Pasukan payung terjun yang memakai pakaian ala bendera UAE iaitu hijau, hitam dan putih menyentuh potrait gergasi Sheikh Khalifa yang disemat di dinding menara yang menelan belanja AS1.5 bilion itu.

Dubai berharap Burj Khalifa akan mengembalikan semula kegemilangan ekonomi dan kewangan negarai itu yang tercalar akibat kemelut hutang, baru-baru ini.

Kerja bagi Burj Dubai bermula pada 2004 dan berterusan.

Setiap masa tingkat baru akan ditambah hampir setiap tiga hari, menunjukkan Dubai terus membentuk keadaannya sejak beberapa tahun dari sebuah padang pasir kepada sebuah kosmopolitan urban gergasi yang dipenuhi pencakar langit.

Sehingga Januari 2007, beribu-ribu pekerja yang kebanyakan mereka dibawa secara kontrak sementara dari India menyiapkan 100 tingkat bangunan terbabit.

Bangunan lengkap mengandungi lebih 160 tingkat. Ia melebihi 50 tingkat berbanding Menara Willis di Chicago, bangunan yang pernah memegang rekod paling tinggi yang dikenali di Amerika Syarikat sebagai Sears Towers.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 10:58 AM | Show all posts
Post Last Edit by sayangidaku at 5-1-2010 11:00

nk pg tngok bangunan ni live, akhir bulan ni :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 12:24 PM | Show all posts
okay.. congrats.. pasni ade tak negara yg nak wat bangunan dr sini terus ke angkasa lepas... lg siok woo......... huhu.. bkn dengki nih.. cuma rasa sgt sedey... kalu dwet banyak, apesalahnya tolong negara2 Islam yg miskin2.. tolong palestine... kan lg afdhol.... huhuhu....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 12:59 PM | Show all posts
habiskan duit je
baik pi derma kat negara yang memerlukan....
lagi dapat pahala
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 07:43 PM | Show all posts
tinggiiiiiiiinyerrrr......
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 11:12 PM | Show all posts
sekarang ni ramai org berlumba2 nak buat bangunan tinggi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2010 06:54 AM | Show all posts
Cuci tingkap bangunan tertinggi dunia di Dubai


GAMBAR menunjukkan tiga mesin yang digunakan untuk
mengangkut pencuci tingkap di Burj Khalifa, Dubai semalam.


BANGUNAN Burj Khalifa dikelilingi kerlipan bunga api semasa majlis
perasmiannya di Dubai, kelmarin.

MELBOURNE - Sebuah syarikat Australia menceritakan tugas yang mencabar semasa mencuci cermin bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan menggunakan sejumlah baldi di sam-ping bantuan peralatan berteknologi tinggi berharga AS$7.3 juta (RM24.7 juta).

Pengurus Besar Cox Gomyl, Dale Harding berkata, syarikat berkenaan mencipta dan memasang beberapa mesin unik yang digunakan untuk membersihkan tingkap sebelum bangunan itu dirasmikan kelmarin.

Sebanyak 12 mesin itu dengan berat keseluruhan 13 tan mampu membawa sehingga 36 tukang cuci yang menggunakan air dan sabun untuk membersihkan 24,830 tingkap bangunan tersebut selama tiga bulan.

"Bahan pencuci yang kami gunakan itu sama seperti yang digunakan untuk mencuci cermin kedai. Tiada yang luar biasa mengenainya," kata Harding.

Tukang-tukang cuci itu berdiri di atas mesin tersebut yang bergerak di sebuah landasan mudah alih dan dipasang mengelilingi bangunan Burj Khalifa.

"Ia cabaran yang amat besar. Mereka mahukan bangunan itu sebersih yang mungkin sebelum majlis perasmiannya dan jadual kami pula singkat," jelas pengurus besar berkenaan.
Burj Khalifa sebelum ini dikenali sebagai Burj Dubai.

Nama baru itu diambil daripada nama pemerintah Dubai, Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahayan.
Bangunan itu setinggi 828 meter itu memiliki 160 tingkat. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 07:53 AM | Show all posts
Cantek sungguh bungaapi semasa pembukaan Burj khalifa...berapa pulak wang yg di bakar pd hari tersebut?...hmmmmm salah satu tempat yg teringin nak dilawati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2010 01:21 PM | Show all posts
bangunan tertinggi dah ade .. x nak ke berlumba2 nak upgrade logistik ketenteraan??? setakat bangunan tertinggi tu, kalau military nan ado .. tok sah harap la negara yahudi yang tak berapa jauh dari UAE tu nak gerun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2010 06:56 AM | Show all posts
Gayat di ketinggian 800 meter
Rakyat Malaysia, Datuk A.K Nathan, sering diberi kepercayaan untuk menyiapkan struktur terakhir bangunan-bangunan pencakar langit termasuk Burj Khalifa dan Menara Berkembar Petronas.





TIDAK semua orang mampu melakukan perkara ini. Berdiri pada ketinggian 828 meter di atas struktur bangunan yang belum siap dan melakukan kerja-kerja pemasangan struktur besi di atasnya.

Tanpa sebarang dinding dan hanya berpijak pada tapak yang semakin mengecil, sesekali tubuh dibuai angin kencang musim panas dengan suhu minimum 39 darjah Celcius.

Membayangkan keadaan itu sahaja sudah mampu membuat sesiapa saja kecut perut, apatah lagi jika ia menjadi rutin harian.

Biarpun terdedah dengan pelbagai risiko, demi menjaga nama baik dan reputasi elit yang disegani, Datuk A.K Nathan tidak berkompromi dengan perasaannya sendiri.

"Saya bukan jenis orang yang takut pada ketinggian. Tetapi di Burj Khalifa, melihat pemandangan luar dari cermin lif sudah cukup menjadikan saya gayat, lebih-lebih lagi jika terpaksa naik ke aras tertinggi dan keluar untuk memantau kerja-kerja pemasangan besi.

"Saya memang kecut perut lebih-lebih lagi apabila pandang ke bawah. Semua nampak kecil, ada juga yang tak nampak langsung.
"Bila bangunan itu siap, saya tersenyum sendiri bila teringat semula pengalaman ketika berada di puncaknya.

"Rasa macam tak percaya pula," seloroh Pengarah Urusan dan Pengerusi Kumpulan Eversendai, syarikat Malaysia yang diberi tanggungjawab menyiapkan pemasangan struktur besi pada bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa.




Ujarnya, 260 meter terakhir menara itu adalah satu struktur keluli yang dibina oleh Eversendai. Selain itu, apa yang lebih membanggakan, Eversendai juga menjadi syarikat pertama di dunia yang membuat kerja-kerja pembinaan pada ketinggian lebih 700 meter.

"Tiada sesiapa di dunia pernah bekerja pada ketinggian ini. Ia satu cabaran besar kerana tiada kesilapan boleh dilakukan apatah lagi kemalangan. Semua aspek gerak kerja perlu diperhalusi kerana risiko memasang besi yang telah difabrikasi lebih pada aras 700 meter bukan mudah.

Menurutnya, pemasangan struktur keluli dalam bangunan sangat kompleks kerana ia memainkan peranan penting sebagai rangka bangunan seperti yang dimahukan di dalam pelan rekaan.

Selain itu, gabungan besi yang telah difabrikasi juga digunakan sebagai rasak yang mengukuhkan lagi bangunan sebelum ditampal dengan simen mahupun kemasan lain.
"Bayangkan jika sudah berada di atas, ukuran besi yang mahu disambungkan beralih 1 sentimeter daripada struktur sedia ada.

"Ia tidak hanya soal kos dan keselamatan pekerja tetapi apa yang lebih penting, ketidaktepatan itu boleh memberi kesan kepada keseluruhan struktur bangunan dan kualiti kerja secara keseluruhannya," ujar lelaki berusia 53 tahun ini.

Kualiti


EVERSENDAI mengambil masa selama enam bulan untuk memasang
struktur besi setinggi 260 meter di puncak Burj Dubai.

Sungguhpun Eversendai diberi kepercayaan penuh oleh beberapa pihak untuk memberi sentuhan inovatif di pelbagai bangunan berprofil tinggi, Nathan tidak sekali-kali mendabik dada.

"Saya tidak berkompromi dengan kualiti kerja. Bagi saya, semuanya perlu disiapkan lebih bagus daripada apa yang pelanggan mahukan mengikut spesifikasi yang tepat dan masa yang ditetapkan.

"Merangka di atas kertas memang lebih senang daripada melaksanakannya. Sebab itu, saya sangat menjaga kualiti kerja.
"Untuk membina nama dan menjaga reputasi bukan mudah. Perlu bekerja keras, bijak serta berfikiran kreatif. Sebab itu saya selalu berpesan kepada pekerja supaya keluarkan seberapa banyak idea.

"Tidak perlu meniru kerja orang sebaliknya buat lain daripada yang lain tetapi dengan kualiti yang sempurna.
"Ia ternyata berhasil malah belum ada satu pun projek Eversendai yang pernah tertangguh. Sama ada ia siap awal ataupun diserahkan kepada pelanggan mengikut masa yang ditetapkan.

"Dengan kerja yang teliti, siap pada masanya dan kualitinya tidak dipertikaikan, ia akan menarik sendiri pelanggan untuk datang kepada kita," ujar anak kelahiran Puchong, Selangor ini.
Kebetulan


SELAIN bangunan tinggi, Nathan turut diberi kepercayaan membina stadium bertaraf Olimpik.

Membina empayar Eversendai pada tahun 1984, Nathan yang pernah bekerja sebagai operator mesin menceritakan detik penglibatannya dalam industri besi dan pembinaan hanya satu kebetulan.

"Saya sebenarnya terbabit dalam bidang ini secara kebetulan.

"Pada tahun 1982, saya bekerja sebagai ejen insurans apabila abang saya meminta saya membantunya melaksanakan sementara projek pemasangan besi rancah di bangunan Dayabumi kerana pada waktu itu dia masih terikat dengan sebuah syarikat Jepun di Singapura.

"Masa itu saya tak tahu apa-apa mengenai perniagaan keluli. Kerana masih setahun jagung, saya rujuk di Yellow Pages untuk mencari subkontraktor yang boleh menyiapkan projek itu.

"Selepas itu, saya mula ditawarkan kontrak lain. Dari situlah bermulanya kerjaya saya.
"Selepas itu pada tahun 1988, saya berpindah ke Singapura untuk memantau kerja-kerja keluli di Stadium Tertutup Singapura, Plaza Republic, Pusat Pemeriksaan Imigresen Tuas dan beberapa projek lain.


"Pada tahun 1993, saya pulang ke Malaysia dan bekerja untuk projek Menara Berkembar Petronas di KLCC.
"Saya sangat bertuah pada masa itu kerana mendapat faedah daripada polisi Pandang Ke Timur kerajaan kerana saya memang sudah memiliki hubungan baik dengan syarikat Jepun dan Korea," katanya.
Masih jelas mengingati detik pertama kali bekerja dengan syarikat asing iaitu Nippon S
teel Corporation pada tahun 1984, apabila beliau menyaksikan majlis penyerahan kunci kilang Proton di Shah Alam.

"Dengan rekod yang masih samar, saya memberanikan diri mengetuk pintu Pengurus Projek Jepun pada masa itu.
"Pada akhir perbincangan, saya terkejut apabila dia menawarkan saya projek. Selepas itu apabila saya terserempak dengannya di lapangan terbang, saya bertanya, mengapa saya diberikan projek itu.

"Dia menjawab, Nathan, apabila saya bercakap dan merenung mata awak, awak tidak mengelak. Saya fikir itu petanda baik kejujuran dan integriti," katanya.

Selain menyiapkan struktur tertinggi Burj Khalifa, sayap Eversendai juga telah lama melebar di rantau Asia terutama Singapura, Indonesia, Hong Kong, Thailand dan India selain Malaysia sendiri.
Negara Arab





Mengakui tidak memiliki bahagian pemasaran di Dubai, Nathan memberitahu semua pelanggan yang berpuas hati dengan hasil kerjanya bertindak menjadi ejesn pemasaran tidak rasminya."

Lewat 1990-an, Nathan turut menerima pelbagai projek pembinaan di negara-negara Arab seperti Qatar, Oman, Arab Saudi, Bahrain dan Abu Dhabi.

Antara projek yang mendapat sentuhan Eversendai ialah The Emirates Tower, Hotel Burj Al-Arab, Stadium Olimpik Khalifa, Ski Dome, Menara kedua Petronas (KLCC) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Selepas projek berprofil tinggi Burj Khalifa, Eversendai kini sedang melaksanakan beberapa projek mega lain seperti Princess Tower, Emirates Park Tower, Capital Gate dan Tiara United Tower, semuanya di Dubai serta Dubai Tower di Doha.

"Ini semua hasil titik peluh pekerja-pekerja saya. Mereka adalah kekuatan saya sehingga syarikat ini berupaya berada di tahap sekarang," tuturnya yang memiliki empat kilang fabrikasi keluli iaitu di Malaysia, Sharjah dan Dubai di UAE, Qatar dan sebuah lagi bakal siap di India.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 04:01 PM | Show all posts

lightning striking the burj khalifa


Standing at an astonishing 2717 feet, the Burj Khalifa is the tallest structure in the world. It is a marvel to look at in broad daylight, but in the night time it becomes the largest lightning rod in the world. Here are 10 amazing images showing lightning striking the already amazing building.

























Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 04:12 PM | Show all posts
where the pic?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.429724 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list