CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shanew3stgalz

Azizi Haji Abdullah@Tukya

[Copy link]
Post time 4-6-2007 03:47 PM | Show all posts

SANGEETHA - AZIZI ABDULLAH

Found an article about this novel. Sesapa dah baca buku ni?
Boleh bagi komen...
Tapi mahal gak... RM 35... kalo Alaf21.. 500++ ms tu dalam 19.90 je...


AZIZI Abdullah yang terkenal dengan Seorang Tua Di Kaki Gunung apabila novel itu menjadi teks pelajar Tingkatan Lima pada 1990-an dan sesetengah universiti turut menjadikannya sebagai bahan kajian, kini tampil dengan karya terkini, Sangeetha.

Novel ini dikarang pada 2005 ketika Azizi dilantik sebagai Karyawan Tamu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan diterbitkan pada Disember 2006, memenangi Anugerah Buku Terpilih oleh Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

Sangeetha yang mengangkat kisah cinta dua bangsa tampak unik kerana ia membawa pembaca menelusuri jalinan kasih dua watak utama warga emas, Sangeetha dengan tukang kebunnya, Derus, pesara posmen.

Kisah lumrah dalam masyarakat ini kelihatan menarik di tangan Azizi apabila Sangeetha ditampilkan sebagai balu yang jauh lebih tua, tetapi bercinta dengan lelaki Melayu lebih muda daripadanya.

Novel setebal 561 halaman terbitan DBP berharga RM35 senaskhah ini mempertemukan Sangeetha (80 tahun), berasal dari Mumbai dengan Derus (70 tahun) di rumah limas potongan Perak, peninggalan Viralal.

Meskipun berhijrah di negara orang, Viralal, mampu tampil sebagai saudagar botol dan besi buruk yang berjaya dan mencipta kekayaan melalui perniagaannya itu, tanpa lupa berbudi dengan memberi derma serta sumbangan ke rumah kebajikan ketika hayatnya.

Pengarang novel ini seolah-olah cuba memadamkan stigma dalam masyarakat Malaysia bahawa orang India sebagai golongan bawahan seperti sering digembar-gemburkan selama ini, apabila mengangkat pasangan ini sebagai ahli perniagaan berjaya.

Pengarang menghanyutkan pembaca dengan pergolakan emosi dan psikologi Sangeetha yang kesunyian selepas kematian suaminya manakala Derus, pesara posmen, kebetulan tidak pernah berkahwin sebelum ini.

Detik Derus membisikkan kalimah syahadah ke telinga Viralal ketika menghembuskan nafas akhirnya sambil menganggukkan kepalanya tanda mendengar seolah-olah memberi lampu hijau kepada Sangeetha untuk merindui lelaki Melayu itu.

Setiap hari Sangeetha setia menanti kedatangan Derus ke rumahnya untuk menjalankan tugas membersihkan halaman, mencuci sangkar merbuk dan memanaskan enjin Moris Minor, milik mendiang suaminya dan sesekali membawanya ke bank atau ke pasar.

Bagaimanapun, pertemuan semula Sangeetha dengan adiknya, Meena selepas berpisah selama 40 tahun pada majlis sambutan ulang tahun ke-80 di Dewan Masyarakat Penyayang, merubah kehidupan dan hubungannya bersama Derus.

Kehadiran Meena di rumah Sangeetha menyebabkan Derus berasa dirinya tersisih kerana adik wanita itu kini menjadi penggantinya untuk menghilangkan rasa sepi dan sunyi yang selama ini membelenggu perempuan tua terbabit.

Azizi lincah menggarap perpaduan dua bangsa dengan menyelami perasaan Sangeetha dan Derus yang dimamah usia, tetapi masih memerlukan kasih sayang demi meneruskan kehidupan mereka, tanpa lelaki Melayu itu membelakangkan agamanya.

Percintaan unik kedua-dua warga emas ini berakhir apabila Derus datang menemui Sangeetha ketika sedang nazak, berkesudahan dengan kematian lelaki itu yang tiba-tiba sakit, tetapi sempat mengucapkan kalimah syahadah ke telinga cinta hatinya.

Kekuatan bahasa Azizi yang turut memanfaatkan kiasan mahupun pantun dalam menghidupkan karyanya berjaya menambat hati pembaca untuk meneruskan bacaan mereka bagi mengetahui kesudahan cerita.

[ Last edited by  EXLESSIA at 4-6-2007 03:51 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2007 03:49 PM | Show all posts

About Azizi

Azizi penulis prolifik

AZIZI Abdullah, penulis prolifik tanah air yang dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah, pada 4 April 1942, pernah dilabelkan sebagai penulis sayembara selepas memenangi beberapa pertandingan menulis secara berturut-turut.

Beliau berkhidmat sebagai guru agama dari 1965 hingga 1997 sebelum menjadi Ketua Editor akhbar Utusan Pengguna (CAP) Pulau Pinang, mula terbabit dalam dunia penulisan sejak 1963 apabila rencana pertamanya mengenai buruk baik wanita bermain bola sepak disiarkan dalam Warta Negara, Pulau Pinang.

Kehebatannya dalam dunia penulisan kreatif terbukti apabila tampil sebagai penerima Hadiah Sastera dalam genre cerpen selama lima tahun berturut-turut dari 1971 hingga 1975 dan dianugerahi Ahli Mangku Negara (AMN) serta Anugerah Penulisan Sea oleh Kerajaan Thailand pada 1988.

Azizi yang berkarya menggunakan nama sebenar dan samaran seperti Jamong, Qalam Adly, Arita, Shahrul Manjarishah, Tan Sri Sasterawan, Sri Bungsu dan Tukya, turut mendominasi Hadiah Sako (HS) apabila muncul sebagai pemenang pada HS 1 lewat WI & William (1999) dan Kawin-kawin (HS 2- 1999.

Terkini, novel Azizi, Harga Sebuah Maruah, memenangi tempat kedua Sayembara Jubli Emas Dewan Bahasa 2006 dan membawa pulang wang tunai RM30,000 serta dalam proses menyiapkan buku Kontras Dan Realiti.

Sehingga kini Azizi sudah menghasilkan lebih 200 cerpen, 30 novel dan beberapa antologi cerpen selain puisi, artikel drama radio dan TV serta tidak menunjukkan tanda-tanda akan berundur daripada dunia penulis meskipun usianya sudah semakin memanjat senja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 08:01 AM | Show all posts
aku pernah baca 2 je karya azizi abdullah:

persidangan malaikat -kisah malaikat berdiskusi tentang balasan Allah dan iblis
cermin - kisah seorang lelaki yang obses dengan kecantikan diri dan membeli cermin baru untuk mencerminkan ketrampilan beliau, tetapi kembali kepada cermin lama apabila cermin baru itu tidak menunjukkan kekurangan beliau

2-2 cerpen yang menarik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 08:08 AM | Show all posts
Originally posted by limau_nipis at 5-6-2007 08:01 AM
aku pernah baca 2 je karya azizi abdullah:

persidangan malaikat -kisah malaikat berdiskusi tentang balasan Allah dan iblis
cermin - kisah seorang lelaki yang obses dengan kecantikan diri dan  ...



tulisan azizi ni memang best. dia ni kekadang buat cerita boleh buat kita senyum sendiri , kekadang rasa sedih sesangat  kekadang tu penuh semangat:@ memacam cara dia menulis pokoknya semua memang best. dia ni antara penulih lama yg bagus seimbangkan komersil dgn garapan ilmu yg padat. penulis baru patut contoh dan studi stail azizi ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 08:18 AM | Show all posts
aku pernah baca seorang tua di kaki gunung tu...
sadis gak masa dia kena hempap ngan pokok

then... one more book.
pasal perkahwinan mutaah ke apa
lupa lak tajuk dia
tu pun ok
best dan ada bab2 yang kelakar gak...

nak cari AYAHANDA
dengar buku ni best...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 08:18 AM | Show all posts

Reply #5 EXLESSIA's post

yg perkahwinan mutaah tu novel kawin-kawin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2007 08:23 AM | Show all posts

Reply #6 limau_nipis's post

yep!!!
betul..
thanx for reminding...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 03:49 PM | Show all posts
best ke buku tulisan dia ni?
nama dia familiar ler jugak..
tapi x pernah lagi bace hasil karya dia....
patut ke aku bace???????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2007 05:21 PM | Show all posts

Reply #8 tudung_bawal's post

azizi abdullah ni, kalau menulis.. bahasa dia pakai halus, kena banyak fikir

sebab jalan cerita dia selalu berkias-kias.. kalau orang yang tak minat berfikir, nak cerita yang relaks-relaks, dia ni tak sesuai.. tapi kalau ada yang nak deep thinking, sesuai la sangat
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 12:21 PM | Show all posts
betul tu. jenuh jugak aku nak menghabiskannya. Byk ayatnya yg berulang-ulang. Maklumlah cerita cinta org-org tua. kiranya cerita cinta luar biasa lah. tapi mesejnya amat berat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 01:04 PM | Show all posts
Dua buku ni kisah orang tua bercinta. Sesuatu yang luar biasa. Biasanya cerita cinta org muda yg hensem dan perempuan yg cantik. Sesuatu yg berani daripada Azizi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 03:09 PM | Show all posts
i am merging this topic
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 10:19 AM | Show all posts
saya pernah baca buku beliau masa sekolah rendah dulu ... "Mekong" ... masih ingat ceritanya sampai hari ini

mengisahkan dua beradik melayu (muslim) yg kehilangan kedua ibu bapa terpisah .. yg prempuan di jaga oleh seorang imam or something n jadik ustazah while the brother di bela oleh seorang sami .. besar di wat .. dan akhirnya jadik sami

bila dewasa they met each other n fall in love ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2007 11:53 PM | Show all posts
seorang tua di kaki gunung..
buku ni mmg best.. dulu baca buku ni..siap dengan ulasan2 sekali..
mengalir air mata.... sedih sangat.......... tp skrg x jumpa lak novel ni..
ade kat rumah dulu.. (aunt punya)..tapi entah mana dah dia letak skrg.. huhu..

kalau nak beli buku ni.. mmg highly recommended la.. mmg best..menusuk kalbu!
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 10:44 AM | Show all posts

Novel2 lama Azizi Hj. Abdullah, kat mana nak dapat?

Salam,

Saya baru je masuk board ni & masuk semata2 sebab nak tanya soklan tu... Sori kalau dh ada thread ni. Malas nak selak page2 blkg. Kat kedai buku still ada jualke novel2 lama dia tu? Saya pernah baca kat library sekolah dulu & teringin nak simpan buat collection.

[ Last edited by  mami2x at 10-4-2008 10:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 10:50 AM | Show all posts
dik, boleh tak continue discussion kat sini

http://forum6.cari.com.my/viewth ... e%3D5&sercari=5

nanti akak merge this topic ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2008 10:51 AM | Show all posts

Reply #1 mami2x's post

dewan bahasa pustaka
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 11:20 AM | Show all posts
mana nak cari semua buku ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 11:56 AM | Show all posts

Reply #55 lyza2474's post

kat minerva ade buku2 AHA...gie aa sana
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2008 12:02 PM | Show all posts
dulu2 pernah baca buku ni kakak punya....time sekolah rendah lagi.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.224737 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list