CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shanew3stgalz

Azizi Haji Abdullah@Tukya

[Copy link]
Post time 10-4-2008 07:19 PM | Show all posts
Originally posted by mantan at 18-4-2007 04:29 PM
ff: sikit, aku tengah tunggu ujana ilmu jual sangheeta, novel baru azizi...pastu nak mengorder..dengar citer bess

me ada beli buku sangeetha ni.. smapai sekarang tak smepat baca..
beli kat kino, KLCC.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2008 11:04 AM | Show all posts
Setau aku Seorang Tuan Di Kaki Gunung nie buku aku guna masa Form 5 tahun 1995.  Cerita tentang seorang ayah yang berazam nak buat rumah baru dengan usaha sendiri.  Anaknya yang dah tinggal dibandar dan sombong.  Tapi cucunya pula bagus walaupun tinggal dibandar tapi tak kisah atuknya bawak ke hutan.  Cerita nie akhirnya sedih bila cita-citanya nak guna pokok cengal tu untuk buat rumah tetapi mati dihempap pokok cengal tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 11:50 AM | Show all posts
Tahukah anda...

Seorang Tua Di Kaki Gunung ini walaupun hebat jalan ceritanya tetapi dapat teguran/kritikan hebat dari Shahnon Ahmad lantaran tiadanya disiplin diri AHA dalam berkarya. Shahnon Ahmad memandang penulisan AHA nie gelojoh dalam  menyiapkan novel, tiada perancangan plot,mesej, tema, bla bla & bla.  Ini diakui oleh AHA sendiri dalam buah tangan terbaru beliau "Kuras-kuras kreatif". Jika dibuat dengan penuh sabar, nescaya Seorang Tua Di Kaki Gunung tentu impaknya  lebih hebat lagi.

(ana sendiri secara peribadi menyukai penulisan spontan AHA...tak pasti apa lagi yang dicari oleh Shahnon Ahmad)

AHA nie penulis yang mendisiplinkan dirinya utk menulis sehari minimum 3 jam...jujur dalam berkarya...penelaah kamus yang tekun. Lihatlah novel2 terbaru beliau, pasti ada sahaja perkataan pelik tapi bermakna yang digunakan...ana teringat novel Sangeetha...perkataan "Pikun" kerap digunakan...

nak kenal AHA secara peribadi, mohon dapatkan Kuras-kuras kreatif, ana rekomen.
http://aziziabdullah.blogspot.co ... zi-hj-abdullah.html

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 07:33 PM | Show all posts
aku baru beli Melukut Kota-Azizi Hj Abdullah kat pesta buku semalam RM1.00 je diorang jual..kat ruang CESB
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2008 07:45 PM | Show all posts
pernah baca buku ni masa skolah dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2008 12:16 AM | Show all posts
Originally posted by neeziee at 11-4-2008 07:45 PM
pernah baca buku ni masa skolah dulu.



buku ni dah terbit lagi ke? sayang kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2008 07:29 PM | Show all posts

Reply #62 minahleter's post

sayang..

banyak buku yang bagus2 terkubur begitu je

pergi pesta buku CESB jual Melukut Kota-Azizi Hj Abdullah RM1.00 je.seronok sangat dapat beli
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 05:55 AM | Show all posts

Balas #60 insankecil\ catat

sungguh?tak pernah tahu pula pasal ni.bagi saya sendiri secara peribadi STDKG memang dag cukup bagus.boleh dirasakan keikhlasan dalam karya tu,keikhlasan dr AHA

mungkin SA punya pandangan sendiri dr kaca matanya kerana beliau telah lebih lama makan garam dalam dunia penulisan ni.tapi perlu dilihat juga.genre yg dibawa AHA dan SA juga berbeza.SA lebih kepada surrealisme dan absurdisme berbanding AHA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2008 02:48 PM | Show all posts

EKUINOKS - Azizi Ali

Mengheret pembaca menelusuri konflik cinta gadis keturunan Cina, Brenda Tan dengan duda, Iskandar ketika mereka bertemu di London kerana melanjutkan pengajian di London dalam usaha memenuhi impian serta melarikan diri daripada masalah di bumi kelahirannya.

Brenda, pelajar terbaik SPM di Pulau Pinang yang berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan manakala Iskandar yang berusia 1o tahun lebih tua daripada gadis itu adalah calon ijazah falsafah kedoktoran bidang sejarah Kolej Imperial, berpengalaman sebagai peguam sebelum itu.

Iskandar yang pernah gagal dalam perkahwinan selesa dengan kehadiran Brenda kerana memudahkannya memenuhi impian bapanya untuk melihat anak lelakinya itu menjalin persahabatan dengan rakan bukan di kalangan bangsanya sendiri di samping berpeluang bersahabat dengan Suhaimi serta Suzana.

Pengarang mengajak pembaca bersimpati dengan Brenda apabila bapa gadis itu, Pak Cik Tan memaksanya memutuskan hubungan kasihnya kerana beliau sudah mengatur jodoh anak perempuannya itu dengan Henry, anak teman baiknya, Chin yang membiayai sebahagian kos pengajian Brenda.

Sebagai anak yang mengenang budi dan tidak mahu bapanya malu selepas turut dibantu oleh Henry membuka perniagaan di tanah air, Brenda akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan pemuda pilihan bapanya itu meskipun sedar tindakannya akan memberi tamparan hebat kepada Iskandar.

Bagaimanapun pengorbanan Brenda melupakan kenangan cintanya tercabar apabila Henry tampil sebagai suami yang suka memukul isteri menjadi kehidupannya mewah tidak membawa sebarang makna kepada hidupnya walaupun mereka dikurniakan seorang anak.

Pembaca diajak menduga siapakah pembunuh Henry apabila lelaki tidak bertanggungjawab itu ditembak mati dan turut memerangkap Brenda ke permasalahan yang tidak pernah terfikir olehnya apabila disyaki sebagai penjenayah dan ketika berdepan dengan kemelut itu, Iskandar muncul semula bagi menghulur bantuan.

Brenda sepakat dengan Iskandar untuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian, Rajen dan kemunculan ahli keluarga Henry serta rakan baik mendiang, Lee, merumitkan lagi kemelut sedia ada selain melukakan hati wanita itu apabila mengetahui suaminya pernah menjalin hubungan sulit dengan dua wanita,

Hubungan sulit Henry dengan Joanne dan Cindy tidak dapat dihidu Brenda kerana suaminya itu terus mencurahkan kemewahan kepada keluarganya, tetapi apabila perniagaannya merudum, suaminya itu terjebak dengan perjudian sehingga mengalami kerugian besar, lantas membuka peluang kepada rakan baiknya Lee, mengambil kesempatan.
Pinjaman RM 1 juta yang diberikan Lee akhirnya menjerat Brenda sehingga terpaksa menyerahkan syarikat dan aset milik suaminya dan kecuaian Iskandar mempercayai Rajen memakan diri sendiri apabila penyiasat itu bersubahat dengan Lee untuk membunuhnya.

Pengarang ini mengajak pembaca untuk menjawab teka-teki siapakah pembunuh Henry dan apakah tindakan Lee terhadap Brenda dan anaknya dalam percubaannya membunuh Iskandar yang dilihat sebagai penghalang kepada rancangannya untuk memilik isteri sahabat baiknya itu.

INFO: Ekuinoks

  • Karya: Azizi Ali
  • Tebal: 405
  • Penerbit: Anggun Publishing
  • Harga: RM29.90
  • Bintang: ****
Latar belakang Azizi Ali

AZIZI Ali yang lebih dikenali sebagai penulis buku kewangan peribadi yang laris di pasaran Malaysia dan berjaya menembusi pasaran Brunei Darussalam serta Singapura, mula mengorak langkah dalam dunia penulisan kreatif dengan novel pertamanya, Ekuinoks,

Juruterbang Sistem Penerbangan Malaysia ini sudah menulis lebih 30 judul buku yang berjaya mencatat jualan laris di pasaran dan antaranya ialah Millionaires are from a different Planet!, The Millionaire in Me, Jutawan Dari Planet Jupiter!, How to Become a Millionaire Landlord, Jutawan Ekstrem, Retire Rich, Pelita Jutawan dan terbaru, ScamBuster.

Individu serba boleh yang dilahirkan di Santan, Beseri, Perlis pada 4 Jun 1962 ini, turut mengendalikan beberapa bengkel motivasi seperti di Suruhanjaya Sekuriti, Petronas, KWSP, Institut Pelaburan Permodalan Nasional Berhad, Takaful Nasional, Malaysia Airlines selain pernah mengetuai sejumlah 12,000 peserta di Bangkok, Thailand.

Sikap bersahaja pemilik True Wealth Sdn Bhd ketika berceramah dan kemampuannya membeli penyelesaian ringkas tetapi padat, beribu jenis masalah bagi individu yang berdepan dengan kesulitan mengawal kewangan mereka, mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada University of Bath, United Kingdom (UK).

Beliau beberapa kali tampil sebagai panel pada forum di stesen televisyen seperti TV3, RTM, News Radio di Singapura dan RTB Brunei, turut menulis rencana untuk The New Straits Times, Personal Money, Smart Investor dan penulis pojok Malaysian Business terbitan Berita Publishing Sdn Bhd serta dianugerahi Pingat Setia Mahkota Perlis pada 2004.


cam best je citer ni
tapi agak berat la
sesapa dah baca? boleh lah bagi review sket

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 02:57 PM | Show all posts
jalan citer menarik dan penuh misteri... first time dgr ttg novel nie...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 11:05 PM | Show all posts
ari tu tgk dah kat smo (name kdai buku)
tp xde duit lg nak beli..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 02:10 PM | Show all posts

Seorang Tua Di Kaki Gunung

Salam

Untuk pengetahuan semua kamus tengah mencari/ingin mendapatkan karya lama azizi hj. abdullah bertajuk Seorang Tua di kaki Gunung. Dulu pernah ada koleksi buku ni, tp ntah hilang kemana. Kat mn kamus boleh cari buku2 lama macam ni ye. Nak beli sangat2. Suka jalan ceritanya, dulu boleh kata sebulan sekali mesti repeat baca. Tolon..tolon...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 02:33 PM | Show all posts
cuba masuk blog dia http://aziziabdullah.blogspot.com tanya dia mana tau dia sendiri boleh tolong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 02:43 PM | Show all posts
Originally posted by casper_cute1 at 5-11-2008 02:33 PM
cuba masuk blog dia http://aziziabdullah.blogspot.com tanya dia mana tau dia sendiri boleh tolong


Thanks..Tapi dah pernah cuba, tapi blog dia mcm tak update dah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 02:43 PM | Show all posts
best buku ni...sedihhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 03:05 PM | Show all posts
Memang best sgt buku ni, suasana kampung yang digambarkan, kehidupan sepasang warga emas yg mempunyai anak di kuala lumpur yg seakan lupa kenangan semasa kecil dia di kampung. sedihhh..huhu..mn nk cr buku lama mcm nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2008 04:53 PM | Show all posts
erm, rase cam pnh baca buku ni..
tp dh x ingt citer die..
buku lama ni kn..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 09:33 PM | Show all posts
ending yang sedih bila orang tua ni mati kena hempap pokok cengal sebab nak buat rumah yang lebih baik supaya anak dia tak malu nak balik ke kampung...

memang sedih buku ni. saya masih simpan buku ni kat library rumah saya. satu koleksi yang baik. sampaikan karya ini jadi teks BM tingkatan 5 masa dulu (kalau tak silap saya la...tak tau, sebab sy bukan budak sastera)..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 12:51 PM | Show all posts
bila baca buku ni , aku dapat merasakan suasana kampung yang disampaikan dengan berkesan..detail..mendalam, dapat merasa sama penderitaan orang tua tu..mcm dapat bayangkan makan ubi kayu ngan ikan masin macam yang penulis garapkan..

mmg buku ni tak pernah bosan bila di baca..best..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 01:39 PM | Show all posts
Originally posted by pesona1 at 6-11-2008 09:33 PM
ending yang sedih bila orang tua ni mati kena hempap pokok cengal sebab nak buat rumah yang lebih baik supaya anak dia tak malu nak balik ke kampung...

memang sedih buku ni. saya masih simpan  ...



haaa..bru i ingt...citer ni dh di adaptasi kpd drama..
x silap kluaran RTM..da lama x silap akhir 80an..
bile u ckp bab hempap pokok tu..tu yg tringt..hehe..
watak wife die kalo x silap la Afida Es..sorry kalo i silap..
watak laki tu x ingt nama die tp rupa die i ingt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.072085 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list