CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22132|Reply: 20

banjir besar KL 1971

[Copy link]
Post time 8-6-2008 06:33 AM | Show all posts |Read mode
Habibah Rahmat 'bayi banjir'

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

Rumah Fatimah Leman dibawa arus deras bah besar 1971


ZAITUN memangku Habibah yang dilahirkan semasa bah besar.


"ANAK saya dinamakan Habibah Rahmat sebagai memori ingatan peristiwa banjir yang berlaku pada Januari 1971 ini yang tidak akan dilupakan selama-lamanya. Betul-betul bayi ini 'bayi banjir'."

Kata ibu muda, Zaitun Ambak, 58, mengimbau kembali detik anaknya yang seberat 1.6 kilogram itu dinamakan Habibah sempena dengan perkataan 'bah'. Ketika kejadian, umur Zaitun baru 21 tahun.

Mengimbas semula saat cemas melahirkan anaknya, Zaitun memberitahu, ketika itu hampir seluruh negara dilanda banjir besar. Tarikh 4 Januari 1971 tepat pukul 12 tengah malam menjadi saksi peristiwa yang menimpanya.

"Rumah saya terletak di Petaling Bahagia yang merupakan salah satu kawasan yang teruk dilanda banjir di Selangor.
"Waktu itu, paras air naik secara mendadak dan semua orang hanya sibuk menyelamatkan diri. Saya seorang diri meredah arus banjir untuk menyelamatkan diri," katanya.

Beliau kemudian dihantar ke Hospital Tentera di Kinrara, Puchong yang menjadi penempatan sementara mangsa banjir waktu itu.


MANGSA banjir memanjat bumbung bagi menyelamatkan
diri setelah rumah mereka habis tenggelam.

Jelas ibu kepada tiga orang anak ini, suaminya, Rahmat Kiantan yang berasal dari Kuala Selangor pula bertungkus lumus menyelamatkan dua orang anaknya daripada menjadi mangsa amukan tragedi itu.

"Keadaan semakin genting, mujur ada bot tentera menyelamatkan saya. Namun perut saya semakin sakit untuk melahirkan anak yang dijadualkan akan dilahirkan hujung Januari.

"Syukur kerana saya selamat melahirkan Habibah di rumah tumpangan yang parasnya lebih tinggi," katanya.

Ujarnya, beliau berterima kasih kepada anggota penyelamat kerana menyelamatkannya kerana jika tidak beliau mungkin tidak dapat menikmati hidup lagi.

"Saya akan menetap di rumah ibu saudara sebelum suami membina rumah baru," katanya.

Fatimah Leman, 45, pula memberitahu, air matanya telah kering mengenangkan rumahnya yang tersadai di sebatang paip besar di pinggir Sungai Gombak dekat Jalan Kuching.

"Saya kehilangan 100 helai kain batik, segala perabot dan keperluan rumah, tiga buah mesin jahit yang baru dibeli serta wang sebanyak RM700.

"Saya pergi berniaga sejak pukul 5 pagi di Jalan Chow Kit. Namun apabila pulang semuanya musnah. Saya tidak menyangka akan menjadi perkara sebegini," katanya.


Banjir BESAR DI KUALA LUMPUR PADA TAHUN 1971.
KELIHATAN BANGUNAN SUltan ABDUL SAMAD DITENGGELAMI AIR.

Beliau merupakan antara ribuan mangsa banjir Kampung Maxwell yang kini merupakan lebuh raya bersebelahan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Sementara itu, terdapat seorang lelaki yang sedang mengumpulkan kain berlumpur yang masih boleh digunakan.


SUASANA di Pasar Besar Kota Bharu (sekarang Pasar Siti Khadijah)
apabila ramai suri rumah keluar menaiki perahu ketika banjir.

"Jangan tangkap gambar saya. Ini bukan barang saya namun dalam keadaan banjir sebegini ramai yang akan melakukannya kerana terdesak," ujar lelaki itu.

Bagi Che Saadiah Abdul Hamid, peristiwa banjir itu bukan sahaja menjadi trauma bagi mereka tetapi menyebabkan punca rezeki terputus sementara.

"Saya bersyukur diselamatkan oleh pihak polis dan tentera daripada menjadi korban banjir. Kampung Datuk Keramat sering banjir namun tidak pernah seteruk begini," ujarnya.



Che Saadiah dan suaminya Jamal Aladdin merupakan antara 20 keluarga buta yang menetap di Kampung Datuk Keramat.

"Saya tahu air akan naik tetapi tidak sampai membahayakan beliau dan keluarga. Apabila keadaan semakin kritikal saya menyelamatkan diri dan suami saya menyelamatkan dua orang anak lain.

"Rumah saya hanyut dibawa arus banjir. Ke mana hala tuju kami selepas ini kerana rotan yang digunakan suaminya untuk membuat bakul sebagai punca rezeki telah ditelan air," katanya sambil menitis air mata.

Perdana Menteri Tun Abdul Razak mengisytiharkan Darurat Banjir Kebangsaan pada 5 Januari 1971 setelah hampir seluruh negara dilanda bencana alam itu.

Pengisytiharan ini dilakukan akibat seluruh negara ditenggelami air. Jumlah kematian akibat banjir sehingga tarikh pengisytiharan berjumlah 20 orang dan mereka yang dipindahkan berjumlah 95,000 orang.

Tragedi itu menyebabkan kerosakan harta benda, rumah, bangunan dan jambatan. Di Kuala Lumpur, kedai makanan diserbu orang ramai untuk membeli barang-barang makanan sebagai persiapan menghadapi bahaya lebih buruk.

Kuala Lumpur juga terputus hubungan dengan dunia luar dan pasaran saham terpaksa ditutup.

Beberapa tempat dilanda banjir termasuk Kampung Haji Abdullah Hukum, Kampung Baru, Semenyih, Kampung Arang Batu dan Penempatan Orang Asli Changkat Bintang di Hulu Selangor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2008 10:20 AM | Show all posts
1971? alamak aku blum lahir lagi ler,tapi kat tempat aku dulu kat sabah tiap2 tahun mesti banjir,

tapi alhamdulillah skrg dah kurang,sistem perpparitan dah ok
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2008 06:07 PM | Show all posts
syukur la..KL pon dah tak banjir macam dlm gambar tu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2008 09:39 PM | Show all posts
yeke tak banjir

kl hujan 10 minit pun jalan dah bertakung air macam nak banjir..

err...aku cakap berdasarkan aku ke kl mgu lepas...

aku bukan org kl ye
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2008 09:04 PM | Show all posts

Reply #4 Joe Hahn's post

banjir kilat ni sokmo berlaku kat kl nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2008 02:20 AM | Show all posts
Originally posted by ntohapehapentoh at 9-6-2008 09:04 PM
banjir kilat ni sokmo berlaku kat kl nih


kalu kat s alam nih.. kat taman muda ler... mana lagi... kat kawasan rumah aku kat sek 11 wokey ajer.. insyaalllah, belum pernah banjir lagi..

tapi betui tu..aku baca kalu ujan lebat sikit ajer... banjir la KL tuh!!   tapi tak seteruk 1971 nyer banjir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2008 07:07 AM | Show all posts
wah,19 thn sebelum ku di lahirkn..
banjir yg baru
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 11:17 PM | Show all posts
satu negara gak banjir ye...tak sangka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2009 03:11 AM | Show all posts
mungkin ada yg berminat nak baca..

Mengimbau 態ah Besar
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 03:17 AM | Show all posts
Banjir Paling Buruk Dalam Sejarah Negara
- credits : sirnik

Sejarah banjir paling besar pernah melanda negara kita berlaku pada bulan Januari 1971 sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat setelah hampir seluruh negara ditenggelami oleh air, akibat hujan lebat yang turun tidak henti-henti selama hampir 1 minggu

Perdana Menteri Malaysia, Tun Abd.Razak telah memanggil sidang kabinet tergempar setelah mendapati laporan banjir mula melanda seluruh tempat di Malaysia. Dalam Mesyuarat kabinet telah memutuskan untuk mengisytiharkan darurat banjir di seluruh negara berkuatkuasa bermula 5hb Januari 1971. Serentak dengan itu juga dua buah jawatankuasa kabinet bantuan dan pemulihan banjir di mana Perdana Menteri sendiri menjadi pengerusinya.


banjir besar di Pekan, Pahang - 1971

Sebuah lagi jawatankuasa untuk menaksir kerosakan dan mengarahkan lengkah-langkah pemulihan ekonomi dan sosial. Kuala Lumpur merupakan tempat yang paling teruk dilanda banjir di mana hampir 60% kawasannya ditenggelami air sehingga dapat dilihat di ibu kota Kuala Lumpur bagaikan berada di tengah lautan.


korban banjir 1971

Walaupun banjir pernah berlaku sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1926 yang dipanggil "Bah Besar" dan sekali lagi melanda dalam tahun 1946, tetapi banjir yang melanda negara pada tahun 1971 ini adalah terbesar dan terburuk dalam sejarah negara.

Banjir yang melanda pada tahun 1971 ini surut dalam masa seminggu kemudian dengan mengorbankan 24 orang dan kerugian harta benda dianggarkan melebihi RM 84.7 juta. Banjir ini turut meninggalkan kesan kesan kerosakan yang paling teruk, ramai kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Ramai yang terpaksa tinggal sehelai sepinggang, setelah semua harta benda dihanyutkan oleh banjir.

Peristiwa Banjir Besar 1971 yang tidak diketahui umum:-

1. Beratus-ratus kereta dan lori tersadai selama 3 hari apabila jambatan dekat Maran runtuh.Feri terpaksa digunakan untuk membawa kenderaan tersebut menyeberangi sungai.


Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah

2. Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang) hampir mati lemas apabila bot yang baginda bersama rombongannya untuk meninjau keadaan banjir telah dinaiki air di Sungai Pahang dekat daerah Pekan. Bagaimanapun Baginda dan rombongannya terselamat apabila dua buah bot nelayan muncul dan memberi bantuan. Speed bot baginda yang berharga RM 60,000 itu karam pada pukul 10.30 pagi.

3. Hamzah bin Haji Salleh ( berusia 23 tahun) dari Kampung Pasir Baru, Petaling Bahagia, muncul sebagai "hero banjir" kerana berjaya menyelamatkan 20 orang yang terperangkap dalam banjir besar ini.Walaupun peristiwa ini telah lama berlalu, namun peristiwa ini tetap terpahat dalam lipatan sejarah sebagai banjir paling besar yang melanda negara kita..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 11:58 AM | Show all posts
skang ni banjir besar jarang berlaku.mungkin sistem peparitan dan ok.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2009 05:00 PM | Show all posts
1971 tu tahun tdpp lahir dan pindah ke Kuala Lipis. Kalau tanya orang lama diorang kata mesjid lama ni tak banjir walaupun sebelah Sungai Jelai. Seberang jalan mesjid ni ialah kedai tapi tenggelam sampai syiling..

http://artmelayu.blogspot.com/2009/02/masjid-lama-old-mosque-of-kuala-lipis.html




[ Last edited by  tdpp2006 at 19-4-2009 17:10 ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 01:21 PM | Show all posts

Reply #5 ntohapehapentoh's post

macammana la tak berlaku banjir kilat kat KL nie..
semua sampah sarap buang dlm longkang..
pastu complaint DBKL tak buat pemantauan etc..etc..
kesedaran sivik kurang dlm diri memasing..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 03:29 PM | Show all posts
Banjir KL? Selalu berlaku. Tak hairan langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 07:20 PM | Show all posts



ini gambar kat Aceh lah....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 03:13 PM | Show all posts
Originally posted by tdpp2006 at 19-4-2009 17:00
http://2.bp.blogspot.com/_-qBpApnovQQ/SYwDz_LsOOI/AAAAAAAAOrc/pnsWZaosVxA/s1600-h/17P2010071.jpg1971 tu tahun tdpp lahir dan pindah ke Kuala Lipis. Kalau tanya orang lama diorang kata mesjid lama ...


kawan tahu masjid ni....arwah ayah ada cerita....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2009 01:13 PM | Show all posts

Balas #15 HangPC2\ catat

aku pn terkezut tgok gambaq tu. br nk tanya area mana smpai mayat bergelimpangan..  
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 02:57 PM | Show all posts

Reply #5 ntohapehapentoh's post

sgt btol..
hujan lbt n lame sket mule la banjir..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2009 07:11 PM | Show all posts

Reply #15 HangPC2's & #17 selipar_hijau's post

mungkin nanti boleh komen kat blog tu & tegur pasal 'kesilapan teknikal' tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 01:40 PM | Show all posts
Nanti, kl akan sekli lgi mengalami peristiwa ini.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.844135 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list