CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26874|Reply: 170

KENANGAN,PENGALAMAN YANG MISTERI/MISTIK KOWANG

[Copy link]
Post time 20-7-2008 07:50 AM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum dan selamat berforum

sudah terlanjur aku merajinkan diri bertapa dalam thread2 yg ada kat sini,aku nak kongsi sikit pengalaman yang aku pernah alami dan kisah2 yang aku pernah dengar. selain tu aku harap korang leh bagi pendapat bagi soalan2 yg memusykilkan fikiran aku malah kongsi2kan lah pengalaman korang ngan aku.

aku ni tak lah berani. tidak la pula digelar pengecut. kiranya aku ni sedang2 la. orang tua2 pun cakap kita jgn terlampau berani dan jgn terlampau pengecut. sbb dua2 situasi ni mampu buat kita dikacau dan terkacau. tapi aku memang pantang org takut2kan aku. automatik aku jd gabra teramat.

termelecong pulak dari topik.hehe.bukan ape, cuma nak introduce serba sikit pasal aku

[ Last edited by  BabeYSHa at 29-1-2009 04:15 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2008 08:15 AM | Show all posts
aku nak kongsi serba sikit pasal pengalaman aku dan mereka2 yang berkaitan dengan aku

aku cerita mana yang aku ingat dulu ye.time tu aku masih peringkat anak2 nak membesar lagi.utk pengetahuan korang,aku ni pelajar lompat.ayah aku bekas pgwai tentera so dulu kami sekeluarga agak selalu la bepindah randah

nak dijadikan cerita,kami sekeluarga berpindah dari kl ke melaka.so dekat kwsn tmpt tinggal aku tu,aku berkawan la  dgn anak jiran depan uma aku yang sebaya ngan aku.tp kerna aku melompat,aku time tu dajah enam,dia lak dajah lima.aku namakan dia si A

otak aku time tu da tak pk belajar tp nk main je ngan A ni.kitorang ni tersangat la rajin ber'camping' walhal dekat kawasan uma tu jugak.utk pengetahuan korang,kuarters tmpt aku tggl time tu adalah rumah flat bertingkat 3

nak dijadikan cerita,satu malam tu aku,si A,adik2 aku,adik si A,dan sedara mara aku (mereka ni tggl dkt flat sblh uma aku) bercadang nak ber'camping' kat parking kereta bawah flat si A.

tapi atas sebab yg aku da terlupa,pak ngah aku telah menawarkan diri kat kami budak2 kecil ni utk ber'camping' kat rumah dia.

oleh sebab kami campur lelaki perempuan,pak ngah suruh kanak2 laki tidur dlm khemah dkt balkoni dan kanak2 perempuan pulak tidur dalam bilik.so time nak masuk tidur,mcm biasa la,da baring sebelahmenyebelah dgn membe,mata ngantuk pun jadi segar

aku pun rancak beborak dgn si A yg baring sebelah kiri aku dgn lampu bilik yg masih terpasang.sblh kanan aku time tu adik perempuan aku yg tidur.dalam pada potpet dengan si A,aku tergerak hati nak tgk adik perempuan aku.

sekali aku toleh dia,bukan adik aku yg aku nmpk,tapi satu wajah yg mencerlung tajam memandang aku dengan mata yang sangat merah dan gigi menyinga putih gila!

aku yang da ter'shock' ape lagi,terus berpaling mengadap si A dan terus tutup muka dgn selimut smbl meminta si A tutup lampu.si A yg terpinga2 ni dok tnye aku apsal aku camtu.aku terus suruh dia tidur dan aku ckp besok aku cerita dkt dia

selamat time tu aku dpt tidur terus tanpa fikir benda tu.esok paginya bila bangun tidur,sebagai seorg kanak2 yg bnyk mulut,aku terus on the spot cita kat semua isi rumah tu,tapi dengan selamba pak ngah aku cakap 'TAKDE PAPE.. TIRAH  MAMAI JE TU. TU LA PAK NGAH SURUH TIDUR KORANG BORAK2 LAGI'

bila dia da cakap mcm tu,aku sbgai dak kecik dgr je la walaupun aku tak berpuas hati dgn jwpn dia.aku balik uma terus cita kat mak aku.tp aku lupa ape respon dia masa tu.cuma yg pasti,smpai ke hari ini aku masih buleh bayangkan wajah bende tu dan itulah kali pertama bermulanya hidup aku dengan ternampak benda2 macam tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2008 08:18 AM | Show all posts
aku nak bercerita lagi tapi aku harap ade la respon dari korang. baru lah semangat sikit aku nak menaip

papepun,aku ni tak la pandai bercerita. cuma nak berkongsi pengalaman dengan korang suma
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 09:20 AM | Show all posts
wahh...best ni tak per citer la lagi..

akk sanggup membacanya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 09:58 AM | Show all posts


menakutkan

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 10:21 AM | Show all posts

Reply #3 kalauandaceria's post

permulaan yang menarik...ceritalah lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2008 12:36 PM | Show all posts
Originally posted by kalauandaceria at 20-7-2008 08:15 AM
aku nak kongsi serba sikit pasal pengalaman aku dan mereka2 yang berkaitan dengan aku

aku cerita mana yang aku ingat dulu ye.time tu aku masih peringkat anak2 nak membesar lagi.utk pengetahuan ...



AVATAR TU GAMBAR KO KER??

HUHU...soklan menyimpang
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 04:16 PM | Show all posts
jom kita sumer bagi moral support kat tuan rumah....:pompom: :pompom: :pompom:

kamon...kamon...citerlah lagikk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2008 04:32 PM | Show all posts

Reply #4 hanna1905's post

ni yang buatkan aku semangat bila ada orang yang sudi nak membaca cerita aku

thanks korang sebab sudi masuk sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2008 04:34 PM | Show all posts
Originally posted by the_slayers at 20-7-2008 12:36 PM



AVATAR TU GAMBAR KO KER??

HUHU...soklan menyimpang


off topik jap

a'ah.gambar aku. kenapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2008 04:35 PM | Show all posts
thanks la ye kat suma yang bagi aku sokongan padu dan penuh ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2008 04:50 PM | Show all posts
bermula la hidup aku dengan pengalaman yang agak misteri dan ala2 mengecut perut (cerita nak saspen je)hehe

sebab kegilaan ber'camping' tu memuncak2 dalam diri aku dan lain2.kami pun meneruskan kegiatan kami itu dengan penuh semangat.aku pun da tak amek pusing pasal benda yang aku nmpk tempoh hari.

tapi kali ni port kami di tempat lain pulak.iaitu dikawasan pertama yang kami plan nak camping itu hari tapi tak jadi iaitu di tmpt carpark flat si A.ade dua khemah.satu utk perempuan dan satu lagi utk lelaki.

macam biasa la,bila da ramai2 berkumpul,mula la masing2 bersuka ria dan bersakan bersama.dalam pada kami syok2 beborak tu,time tu dalam 2pagi kalau tak silap aku,mata aku elok je memberi fokus penuh dekat anak tgga nak naik flat depan iaitu flat kediaman keluarga aku.

tangga tu ada dua bahagian nak naik,sebelah kanan dan kiri dan dipertemukan ditgh2 baru menjadi satu tngga(hope korang paham la ape yg aku cuba explainkan ni)

dalam pada telinga memberi fokus penuh dkt cerita kawan2,mata aku still pandang tangga tu.tiba2 satu kelibat putih bedesup lalu tangga naik di sebelah kanan.aku tergamam tapi mata aku tak berganjak dari tgk tmpt tu.yg memelikkan aku,kelibat tu tak keluar di tgga sebelah kiri.adakah di menuju ke rumah2 di atas termasuk rumah aku?itu tak dapat pulak aku pastikan

oleh sebab gentar dan cuak,aku pun ajak kawan2 aku tidur.mereka pun bising la sebab meng'spoil'kan semangat ber'camping' dorang.lalu aku cakap aku ada nmpk something terus suma huru hara masuk khemah.nak tergelak aku time tu tp takut punya pasal,kalau gelak pun tak kuar suara aku rasa

esoknya masing2 tanya apa aku nmpk tp aku lebih suka mendiamkan diri.malas nak heboh kat bebudak ni.dorang tahu dgr je tp setakat halwa telinga.buang karan aku je.tp dekat umi still aku cerita kan.umi macam biasa jadi pendengar setia aku

cerita tak habis di situ je,macam2 lagi kejadian yg berlaku kat tempat tggl aku dulu.nanti aku sambung lagi

selamat membaca  
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 05:25 PM | Show all posts
seronok gak baca..

teruskan mengarang ye tuan tanah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2008 05:43 PM | Show all posts

Reply #13 nauze's post

thanks nauze

aku nak cerita lagi lebih2 lagi tade ape nak buat skrg tp kalau aku cerita je,tade pula cerita aku nak post nnti.so aku akan cerita pengalaman seterusnya sebentar lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 05:48 PM | Show all posts
Originally posted by kalauandaceria at 20-7-2008 04:34 PM


off topik jap

a'ah.gambar aku. kenapa?


off topic lagik

nmpak cam comei jer

dah...dah...sambung citer!
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 05:55 PM | Show all posts
seram lak bile baca cite u nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2008 06:17 PM | Show all posts
Originally posted by the_slayers at 20-7-2008 05:48 PM


off topic lagik

nmpak cam comei jer

dah...dah...sambung citer!


comel?   ni yg buat aku perasan ni

hehe,kidding.aku bebiasa je :victory:

tp atas sebab ko da puji aku,aku bg ko sekuntum bunga mawar :flower:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2008 06:20 PM | Show all posts

Reply #16 narvmarishka's post

petang2 tak elok seram2.jemput minum kopi ni cik narv :tea:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2008 06:37 PM | Show all posts
dekat flat aku malah kat flat sekitar tu mang ade terdengar cerita2 ala2 kecut perut ni.biasa la kalau tinggal kat rumah macam ni memang selalu ada je gangguan

macam mak aku dia selalu dengar org guna lesung batu utk masak kat uma atas kami walhal time tu cik ida satu kuarga balik kg.cik ida pulak selalu dgr org main tarik sorong kerusi kat atas uma dia tp atas tu takde org duduk.

dalam pada tu,anak cik siti yg satu blok dgn aku dua tiga kali kene sampuk.anak dia ni agak nakal la dan suka tunjuk berani.kem kami duduk tu dekat ngan pantai dan belakang uma kami tu hutan iaitu shortcut utk pergi pantai tu.

waktu maghrib pada suatu hari tu,secarai tiba2 dengar suara budak meraung2.tapi sekejap je lepas tu senyap.kami ni tak pk ape la sebab kat situ ramai anak2 umo 3,4 tahun.dengar pun sekali lalu je.mang kami tak syak ape2

sekali esoknye kecoh satu blok yg rupa2nya semalam suara budak meraung tu anak cik siti.al-kisahnya cik siti bg tau,anak dia ni balik time maghrib dari pantai.bila dia nak naik tgga nak naek uma tgkt tiga,dia perasan something tp dia buat tak tahu,sekali da nak masuk rumah,dia perasan ada lembaga hijau tgh betenggek dpn pintu rumah dia

dia apa lagi,terus belari turun bawah,puas jugak tawaf depan flat sebab kene kejar dengan lembaga hijau tu.tp yg muskilnye tade jiran yg sedar time tu.mgkn sbb semua dalam rumah.ye la time maghrib adat la semua tutp lagsir pintu kan.so cik siti ni la yg besusahpayah tgkp anak dia dan bawa msk kereta

aku tak tau la pulak dia bawak pergi mana.kalau aku jd cik siti,aku ketuk pintu jiran mintak bantuan.tp time kaget camtu suma bende lupa kan
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2008 08:01 PM | Show all posts

Reply #19 kalauandaceria's post

ko nie asyik mention flat je..bgitau ler flat kat ner?
bleh aku jalankan aktiviti seekers aku

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
ultra78Penghantar makanan rugi RM82,000 ditipu
Views : 7400 Replies : 31
Betulkah orang bukan Melayu tak makan kedai Melayu?
YgBenarBetulkah orang bukan Melayu tak makan ke
Views : 5746 Replies : 34
Pempengaruh maut ditembak di restoran
mojarean_XPempengaruh maut ditembak di restoran
Views : 9428 Replies : 2
TERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
mojarean_XTERKINI!!! Azam Baki dilantik semula Ket
Views : 1665 Replies : 3
‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaikan Mendadak Cukai Pintu Di Selangor Mengejutkan Penduduk
YgBenar‘Dulu RM191, Sekarang RM429’ – Kenaik
Views : 15155 Replies : 57
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 29283 Replies : 219
comel
rospinkicomel
Views : 7212 Replies : 47
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9609 Replies : 32
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7158 Replies : 33

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.483042 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list